Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 8
27 June 2010 | 6:05 PM | 0 comments

karya:mentari

“Abang…” Aishah mencuit bahu Dafi Arman.
“Hmmm…ada apa??”
“Mana lelaki tu??”
“Entahlah…semalam dia cakap nak jumpa kita dekat sini and dekat meja nombor 8 cause dia dah tempah.”
“ Cuba abang tanya pelayan tu meja nombor 8 dekat mana??” bilang Aishah kepada abangnya sambil menunjukkan jari telunjuknya.
“Yer la, abang pergi tanya dia, Ecah tunggu dekat sini sekejap.”
“Okay.”
Selang beberapa minit kemudian, mereka dihantar oleh pelayan tersebut ke meja yang bernombor 8.
“Hish…mana mamat ni?? Janji pukul 2 petang…ni dah pukul 2.30…haih…” bisik hati kecil Aishah sambil menunjukkan mimik muka yang geram.
“Encik Dafi Arman??” tiba-tiba terdengar satu suara yang bertanya. Lamunan Aishah terhenti seketika. Sungguh dia tidak menyangka akan apa yang dilihatnya.
“Ya saya…kenapa ya encik??”
“Saya Airit Hakim.”
“Mamat ni??” hati Aishah berbisik sendirian.
“Oh ya Encik Airit Hakim…silakan duduk.”
“Thanks.”
“Oh, by the way, kenalkan ini adik saya…Deanna Aishah…satu-satunya adik yang saya ada.” Dafi memperkenalkan adik kesayangannya kepada lelaki tersebut. Aishah sekadar senyum sahaja tanpa membalas tangan yang telah dihulurkan oleh Airit Hakim.
“Oh ya…Encik Airit Hakim.”
“ Ala …tak payah la berencik-encik dengan saya, just call me Akim jer.”
“Okay, tapi Akim pun kena panggil saya Dafi sahaja.”
“Okay.”
Mereka berdua rancak berbual tetapi tidak bagi Aishah. Bertemu dengan orang yang sudah dianggap tidak sopan dengannya sememangnya membuatkan dirinya bertambah geram dan bengang.
“Akim…saya nak pergi toilet kejap yer…berbual-bual la dulu dengan adik saya ni.”
“Cepat sikit abang, panaslah dekat sini.”
“Panas?? Kan ada air cond kat sini…haih, ada-ada jer kau ni.”
Dafi terus menuju ke tandas meninggalkan Aishah dan Akim.
“Aishah sihat??” tanya Akim sebagai tujuan memulakan bicara.
“Sihat.”
( haih…mana abang ni…lambat betul la.)
“Awak still marah dengan saya??”
“Marah?? Taklah cuma geram jer.”
“Awak ni cantiklah bila marah.” puji Akim.
“Hish mamat sengal ni, main puji-puji aku pulak.” Bisik Aishah.
“Oh…thank you…saya memang sentiasa cantik, baru perasan ker??” balas Aishah dengan hati yang sedikit geram.
“Tak der la…dah lama saya perasan awak cantik…err…actually, saya nak mintak maaf pasal hari tu…saya tahu saya salah and saya harap awak maafkan saya.”
Betul ker apa yang aku dengar ni?? Maaf?? Dari mamat ego terlebih ni?? Hahaha…I’m not believe it.” Bisik Aishah sendirian.
“Okay, saya maafkan kesalahan awak tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?? Apa syaratnya??”
“Syaratnya, awak kena berjanji yang awak takkan buat apa yang awak dah buat pada saya hari tu pada wanita-wanita dekat luar sana and awak kena mengaku setiap kesalahan yang awak dah buat tanpa menyalahkan orang lain…satu lagi, awak mesti buang ego awak yang terlebih tu, okay??”
“Okay, saya janji.”
“Bagus kalau macam tu.”
“Memandangkan awak dah pun maafkan saya, apa kata kalau esok malam pukul 8, saya belanja awak makan??” ajak Akim kepada Aishah.
“Makan?? Erm…okay…esok malam.” Aishah setuju dengan pelawaan Akim.
“Hai Akim…rancak berborak.” Tiba-tiba satu suara menyampuk perbualan mereka berdua.
“Tak der lah Dafi, saya just borak-borak kosong jer dengan Aishah ni.”
“Akim, sebenarnya, saya nak ucap terima kasih yang tak terhingga bagi pihak Aishah dan keluarga saya sebab awak dah tolong Aishah hari tu, kalau awak tak der masa tu, saya tak tahulah apa yang akan terjadi pada Aishah ni.” Jelas Dafi.
“Tak der apa-apa lah Dafi…hal kecil jer…tolong-menolongkan perkara biasa.”
“Kalau macam tu, tak per lah…sekejap lagi saya ada meeting so saya nak mintak diri dulu la yer.” Bilang Dafi kepada Akim.
“Ha…yer lah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“Ecah, jom.”
Aishah dan Dafi segera meninggalkan Akim dan keluar dari restoran itu. Pertemuan antara Aishah dan Akim membuatkan Akim berasa ingin mengenali wanita itu dengan lebih dekat. Perasaan suka mula berputik dihati Akim.
**********
“Akim?? Hmmm…baik jugak mamat tu kan ??” bicara Aishah sendirian sambil berdiri di jendela kamarnya.
“Woii!!” Aishah terkejut dari lamunannya apabila seorang gadis menyergah dirinya.
“Mila!! Ya Allah!! Apesal tak ketuk pintu dulu??”
“Saje jer nak bagi surprise kat kau…hehehe…kau tengah cakap dengan siapa?? Senyum sorang-sorang..”
“Cakap?? Dengan siapa?? Mana ada…pandai-pandai jer kau ni.”
“Tengok tu…muka dia sudah merah la…”
“Hish kau ni…” Aishah mengambil bantal yang ada di katilnya kepada Mila kerana ingin menutup malunya.
“Kau tak kerja hari ni, Mila??” tanya Aishah.
“Kerja la sayang oi, tapi tengok la kat luar tu hari dah gelap la…kau ni kenapa?? Pelik jer??”
“Pelik?? Tak der la…sorry aku tak perasan langit dah gelap…hehehe…”
“Tak perasan?? Bukan tadi kau duduk dekat tingkap ker??” tanya Mila dengan penuh kehairanan melihat sikap rakannya.
“Kau datang sini nak jenguk aku yer??”
“Of course la babe, kau kan kawan aku...so, kau sihat??”
“Sihat Alhamdulillah…esok, aku dah start kerja.”
“Really?? Oh, by the way, semalam aku ada jumpa Aril.”
“Aril?? Macam mana kau kenal dengan dia?? Setahu aku, kau cuma dengar cerita pasal dia dari aku and kau mana pernah jumpa dia.” Tanya Aishah kepada Mila dengan penuh kehairanan.
“Oh, aku jumpa dia masa makan malam dekat rumah dia.”
“Makan malam?? Maksudnya??”
“Parents aku dengan parents dia rupanya kawan baik dan keluarga dia undang kami sekeluarga untuk makan malam dekat rumah dia and first masa dia kenalkan diri dia tu Aril, aku terkejut jugak and entah macam mana aku rasa dia adalah Aril yang kau cerita dekat aku dulu.” Jelas Mila kepada rakan baiknya itu.
“So??”
“So, semalam aku terserempak dengan dia dekat kafe then we just bual-bual kosong and aku tanya dia pasal kau sama ada dia kenal kau atau tak and ternyata tekaan aku tu tepat…dia kenal dengan kau, Aishah.”
“Apa yang dia dah cerita dekat kau pasal aku??” tanya Aishah.
TOK!! TOK!! TOK!!
Perbualan mereka terhenti setelah mendengar pintuk diketuk. Selang beberapa saat, pintu dikuak tanpa keizinan dari tuan empunya kamar.
“Ecah, Mila, ni makanan dengan minumannya.”
“Ya Allah! Auntie, susah-susah jer buatkan makanan dengan minuman ni.”
“Tak der la, mana ada susah Mila…senang jer…erm, tak per la, kamu berdua berborak la dulu, auntie ada kerja dekat dapur ni.” Bilang Puan Rini.
“Okay auntie…terima kasih banyak-banyak yer.” ucap Mila kepada ibu Aishah.
“Sama-sama.”
Setelah itu, Puan Rini terus melangkah keluar dari bilik puterinya. Mila dan Aishah pula menyambung perbualan mereka tadi.
“Sha, kau tanya apa tadi??” tanya Mila yang terlupa akan pertanyaan dari Aishah.
“Tadi aku tanya kau, Aril cakap apa pasal aku??” ulang Aishah.
“Tak der cakap apa-apa cuma dia ada cakap yang sampai sekarang dia masih cintakan kau…bukan jer cinta tapi sangat mencintai kau.”
“Cinta?? Dia cakap cinta?? Kalau dia tahu apa itu cinta, dia takkan pernah tinggalkan aku.”
“Yer aku tau kau still marahkan dia tapi kau tak boleh nak hukum dia macam tu…masa kitaorang cakap pasal kau, muka dia terus berubah sedih...kesian pulak aku tengok dia macam tu.”
“Kau cakap aku marah dekat dia?? hukum dia?? Mila, kalau kau nak tahu, aku dah lama maafkan dia tapi bila aku jumpa dia, aku selalu teringatkan kenangan aku dengan dia dulu…sebab tu kalau boleh, aku tak nak bertemu dengan dia.” Jelas Aishah.
“Kau still sayang or cintakan dia??” tanya Mila kepada Aishah.
“Mila, aku kan pernah bagitahu kau dulu kalau aku dah tak cintakan dia…aku cuma anggap dia sebagai kawan jer, tak lebih dari itu.”
“Tak per la sha, yang penting kau bahagia…kalau kau bahagia, aku pun bahagia.”
“Thanks Mila sebab faham aku…Mila, makanlah kuih tu, sedap tau.” Aishah mempelawa Mila untuk menikmati juadah yang telah dihidangkan ibunya tadi.
“Yer lah…yer lah…aku makan la ni.”
Jam di dinding kamar Aishah menunjukkan tepat pukul 10.30 malam.
“Sha, dah pukul 10.30 la…aku nak balik la, dah malam sangat ni…nak mak aku bising pulak.”
“Okaylah kalau macam tu, jom, aku hantar kau kat bawah.”
“Okay tapi kita bawak makanan ni kat dapur dulu.” Bilang Mila.
“Allright, jom.” Setuju Aishah dengan suruhan Mila.
Mereka berdua membawa makanan dan minuman ke dapur lalu Mila sebagai tetamu, terus berjumpa dengan kedua orang tua Aishah untuk meminta diri pulang ke rumah. Setelah itu, Mila terus melangkah kaki keluar dari rumah rakan baiknya itu lantas ke kenderaannya sambil dihantar oleh Aishah.
“Sha, aku balik dulu yer..Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…bye.” Balas Aishah sambil melambai-lambaikan tangannya.
Mila terus memecut untuk pulang ke rumah manakala Aishah pula terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke kamarnya. Tanpa membuang masa, Aishah terus merebahkan dirinya ke tempat beradunya untuk siap dibuai mimpi.
Hari itu, cukup bermakna buat Aishah dan sahabat baiknya. Pertemuan antara mereka membuatkan hubungan mereka menjadi lebih rapat.
**********
“Alamak! Aku dah lambat ni.” Bicara Akim sendirian sambil berlari-lari.
Tiba-tiba….
BOOMM!!!!
Satu pelanggaran telah berlaku dihadapan pintu lif.
“Sorry….sorry cik…cik tak apa-apa??” tanya Akim dengan penuh perhatian.
“Aduh!” gadis itu mengeluh kesakitan sambil mengusap-usap badannya.
“Sakit yer cik?? Sorry yer…sorry…tadi saya…” Akim mengucapkan kata-katanya separuh jalan kerana terkejut melihat wajah yang dia lihat.
“Eh, Aishah??” tanya Akim.
“Akim??” balas Aishah.
“Awak sakit lagi ker??”
“Tak der lah…sikit jer…tak der apa-apa pun, saya dah okay dah.”
“Betul ni Aishah??”
“Yer betul…awak ni risau sangatlah…oh, by the way, awak buat apa dekat sini??” tanya Aishah sambil menekan butang lif itu. Selang beberapa minit, pintu lif terbuka luas lalu mereka masuk ke dalamnya.
Aishah menekan butang yang menunjukkan nombor 15 dimana terletaknya pejabat di dalam hotel tersebut.
“A’ah…saya kerja dekat sini…tadi saya nak cepat so tu yang sampai terlanggar awak.”
“Oh…first day yer??” tanya Aishah.
“Yup, first day.”
Lif sekali lagi terbuka luas menunjukkan mereka sudah sampai ke destinasi mereka. Aishah dan Akim keluar dari lif tersebut lalu menuju ke pejabat.
“Aishah, bilik bos besar dekat mana??” tanya Akim yang masih baru di pejabat itu.
“Oh…erm, dari sini, awak terus pastu belok kanan then ada tag nama dia tertulis dekat pintu office dia.”
“Okay, thanks, kalau macam tu, saya pergi dulu la yer…nanti kita jumpa lagi.”
“Okay.”
Akim terus pergi meninggalkan Aishah. Perbualan mereka berhenti setakat itu dan Aishah terus ke bilik pejabatnya untuk meneruskan pekerjaannya.
Butang interkom di tekan kerana ada panggilan masuk.
“Cik Aishah, Tan Sri Faizal suruh masuk bilik dia sekarang.”
“Okay, thanks Fatin.”
Tanpa melengahkan masa, Aishah keluar dari kamarnya dan menuju ke bilik Tan Sri Faizal.
TOK!! TOK!! TOK!!
“Masuk!” ucap Tan Sri Faizal.
Sebelum Tan Sri Faizal bicara, Aishah melihat dua lelaki yang tampan berdiri di hadapannya.
“Aishah, kenalkan ini Manager kewangan kita yang baru, Airit Hakim and Akim, ini cik Deanna Aishah, our assistant manager.”
Mereka berdua bersalaman sebagai tanda bekerjasama.
“Akim anak saya yang bongsu sekali, adik kepada Aril so, saya harap awak dapat membantu dia.”
“What?? Anak?? Adik Aril??” bisik hati Aishah. Dia terkejut mendengar setiap butiran perkataan yang keluar dari percakapan Tan Sri Faizal. Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan perkara ini pada hari ini dan akan datang.
Di satu sisi, dia sangat membenci Aril dan di satu sisi, hatinya sudah mula menyukai sikap Akim. Adakah Akim sama seperti Aril??

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries