Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 9
30 June 2010 | 9:59 AM | 0 comments

karya:mentari

“Macam mana boleh jadi macam ni?? Ya Allah! Kuatkanlah aku.” bicara Aishah sendirian.
Tiba-tiba satu panggilan masuk.
“Ya Fatin, ada apa??”
“Cik Aishah, Encik Airit Hakim nak bertemu dengan Cik Aishah.” jelas setiausaha Aishah.
“Awak cakap dengan dia, saya ada banyak kerja, saya tak nak diganggu.”
“Baiklah Cik Aishah.”
Ganggang diletak oleh Fatin begitu juga dengan Aishah.
“Boleh saya masuk sekarang, Fatin??”
“Maaf Encik Hakim, Cik Aishah sibuk dan dia tak nak diganggu sama sekali.”
“Oh yer ker...hmmm…tak per lah Fatin, thanks.”
“Okay.” Ucap Fatin.
Aishah masih memikirkan kejadian pagi tadi. Dia bingung dengan perasaannya sendiri.
“Apa yang perlu aku buat ni?? Aduh….kenapalah semuanya terjadi pada aku??” bicara Aishah sendirian.
Sekali lagi telefon pejabat Aishah berbunyi.
“Ya Fatin, ada apa lagi??”
“Maaf cik Aishah, Encik Aril minta cik Aishah datang ke pejabat dia sekarang jugak.”
“Okay…okay…nanti saya datang, by the way, thanks Fatin.”
“You’re welcome cik Aishah.”
“Aduh…apesal pulak si Aril ni…haih…menyampah betul aku…tadi Akim, sekarang Aril.” Bisik hati kecil Aishah.
Tanpa melengahkan masa, Aishah terus menuju ke bilik Aril untuk bertemu dengannya.
TOK!! TOK!! TOK!!
“Masuk!” bilang Aril yang menyuruh Aishah masuk.
“Ha…Aishah, duduklah.”
Aishah menerima pelawaan Aril.
“ Ada apa Encik Aril panggil saya??”
“Aishah kenapa?? Aishah sakit lagi?? Kenapa muka macam badmood jer??”
“Tak apa-apa lah…kalau Encik Aril panggil saya atas alasan nak tanya benda-benda yang tak penting baik tak payahlah…kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu lah.” Tegas Aishah.
“Aishah, nanti..nanti dulu…actually, kejap lagi after lunch, saya ada meeting tapi saya tak boleh pergi because saya ada urusan lain yang tak dapat dielakkan, so, saya nak awak ganti tempat saya and…erm…nanti adik saya temankan awak, okay??”
“Adik Encik Aril?? Maksudnya Encik Akim??”
“Yup.”
“Okaylah, kalau macam tu, saya keluar dulu Encik Aril.” Bilang Aishah.
“Okay, silakan.”
Aril sekadar melihat sikap Aishah yang dingin terhadapnya kerana kesalahannya dulu. Aishah pula terus melangkah keluar dari bilik pejabat Aril. Hatinya terasa panas bila melihat wajah lelaki itu.
Ketika di dalam pejabat Aishah…
“Damn!! Kenapa mesti dengan Akim??” bicara Aishah sendirian sambil menampar meja dihadapannya.
Setelah puas Aishah berdiri, Aishah terus duduk di tempatnya. Pada hari itu, semua pekerjaannya, semua tidak menjadi. Fikirannya masih tetap ingat akan kejadian pagi tadi semasa di ruangan pejabat Tan Sri Faizal. Jalan apa yang harus Aishah jalani??
**********
“Aishah!! Aishah!!” jerit Akim sambil berlari bagi mendapatkan Aishah ketika di lobi hotel meskipun ramai yang memerhati gelagatnya. Aishah terus berjalan menuju ke keretanya tanpa memikirkan Akim.
“Aishah! Aishah! tunggu dulu…” bilang Akim sekali lagi namun tiada reaksi dari Aishah.
Setibanya Aishah di keretanya…
“Aishah, nanti dulu…kenapa dengan awak ni??” tanya Akim yang bingung dengan kelakuan Aishah.
“Tak der apa-apa lah…saya nak cepat ni…kejap lagi ada meeting.”
“Kita pergi sama-sama yer?? Kan kita meeting dengan client yang sama.”
“Saya tak nak…saya nak pergi sendiri.”
“Please Aishah…please…” pujuk Akim.
“Akim…apa ni main pegang-pegang tangan…malu lah orang nampak…okay, okay, kita pergi sama-sama tapi lepaskan tangan saya dulu.” Aishah terpaksa menyetujui pelawaan Akim kerana dia tidak mahu orang melihat perbuatan Akim terhadapnya.
“Okay, kalau macam tu, jom, naik kereta saya.”
“Kereta awak??” tanya Aishah.
“Yer la kereta saya, saya yang drive…okay, jom.”Akim terus menarik tangan Aishah menuju ke Audi tt miliknya.
“Silakan masuk wahai cik adik.” Akim membukakan pintu untuk Aishah.
“Thanks.” Balas Aishah dengan penuh sopan. Hatinya seperti tidak mampu untuk membenci Akim namun dia tetap akan menyembunyikan perasaannya terhadap Akim.
Tanpa membuang masa, Akim terus memandu menuju ke pejabat clientnya dengan berhati-hati.
Akim memulakan bicaranya.
“Aishah sihat??”
“Sihat.”
“Macam mana dengan kerja Aishah?? okay??”
“Okay.”
Akim bingung melihat kelakuan Aishah terhadapnya.
“Aishah, kenapa dengan awak ni?? Dari tadi diam jer?? Biasanya awak tak macam ni??”
“Yer ker…tak der lah, biasa jer.” Balas Aishah.
Setelah 20 minit berada di dalam kereta, akhirnya mereka tiba di destinasi yang ingin dituju. Setelah itu, mereka menuju ke pejabat client mereka untuk meneruskan mesyuarat. Setelah hampir satu jam setengah mereka di dalam bilik mesyuarat, akhirnya selesai juga pekerjaan mereka.
Akim dan Aishah keluar dari pejabat clientnya menuju ke kereta milik Akim.
“Aishah, jom kita pergi lunch.”
“Lunch?? Saya malas la…saya nak balik office jer, kalau awak nak lunch, pergilah…saya balik naik teksi jer.”
“Aishah, please!! Jomlah...tadi kan kita tak lunch lagi so, kalau awak sakit macam mana??” pujuk Akim sekali lagi.
“Hmmm…yer lah…yer lah.” Bicara Aishah sambil lewa.
“Yes!!” bisik hati kecil Akim.
Sekali lagi Akim membukakan pintu keretanya untuk Aishah.
“Silakan cik Aishah yang cantik jelita.”
“Thanks.”
Tanpa melengahkan masa, Akim masuk ke perut kenderaanya untuk memulakan perjalanan. Akim membawa Aishah makan tengah hari di restoran kegemarannya iaitu restoran Kenny Rogers Roasters yang menyediakan pelbagai jenis makanan.
**********
Akim memulakan bicaranya.
“Aishah, sedap tak makanan tu??”
“Erm…okaylah.”
“Shah, awak ingat tak janji awak pada saya??”
“Janji?? Janji apa?? Saya rasa saya tak pernah berjanji apa-apa dengan awak.” Jelas Aishah yang bingung.
“Janji makan malam dengan saya…malam ni kan ??”
Ya Allah!! Apesal aku boleh terlupa ni…” bisik Aishah dalam hati.
“Awak datang kan malam ni??”
“Entahlah…saya tak tahu…maybe ya maybe tidak.”
“Mana boleh macam tu Aishah…awak kan dah janji dengan saya.”
“Aduhai,macam mana ni…nak pergi ker tak nak?? Tapi aku dah janji…” bicara hati dalam hati.
“Okay…okay…malam ni saya pergi tapi dekat tempat hari tu kan ??”
“Yes…tempat hari tu, saya tunggu awak dekat sana .”
“Aishah, awak still single lagi or dah ada…”
Belum sempat Akim meneruskan perbicaraannya, Aishah pula menyambung perbicaraan itu terlebih dahulu.
“Tak, saya tak ada boyfriend and I’m still single…kenapa??”
“Tak ada apa-apa…saje tanya, tak boleh??” bilang Akim.
“Bukan tak boleh Cuma macam pelik sikit.”
Setelah itu, Akim hanya mendiamkan diri begitu juga Aishah. Mereka hanya memandang amper sendiri dan meneruskan acara makan tengah hari mereka walaupun hari sudah hamper petang.
Selang setengah jam kemudian, mereka berdua sudah pun selesai makan dan Akim membayar semua makanan yang dipesan tadi lantas selepas itu, mereka berdua terus keluar dari restoran itu dan menuju ke kereta milik Akim untuk pulang semula ke pejabat.
Setelah amper 15 minit memandu, akhirnya mereka tiba di hotel milik keluarga Akim. Aishah melangkah keluar dari kereta Akim dan berjalan terus tanpa mempedulikan Akim menuju ke dalam hotel tersebut.
“Aishah!! tunggu dulu!!” teriak Akim.
Aishah menghentikan langkahnya.
“Awak nak apa lagi??”
“Malam ni jangan lupa ya Aishah…pukul 8 malam.”
“Ya…ya…saya tak lupa, dah la, saya nak cepat ni.”
Aishah terus berlalu meninggalkan Akim di lobi hotel dan menuju ke tingkat 15.
“Eh, Candy!! Candy!!” jerit Aishah.
Aishah berlari anak bagi mendapatkan Candy.
“Ya cik Aishah, ada apa??”
“Encik Aril tak der dekat pejabat kan ??”
“Yup, dia tak der.”
“Ni, ada laporan dari saya tentang meeting yang saya gantikan Encik Aril, so, saya nak, nanti awak bagi dia laporan ni yer.”
“Kenapa cik Aishah tak nak bagi dia sendiri??”
“Erm…saya takut tak sempat jumpa dia sebab ada banyak kerja yang perlu saya bereskan hari ni.”
“Okaylah cik Aishah.”
Aishah memberi laporan tersebut kepada setiausaha Aril.
“Thanks Candy, ingat, jangan lupa bagi laporan tu.”
Candy hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda mengerti akan arahan dari Aishah.
Ketika di dalam bilik pejabat Aishah….
“Aduh…malam ni?? Dengan Akim?? Apa yang aku dah buat ni??” bicara Aishah dalam hati.
Aishah bingung dengan perasaannya. Dia ingin sekali menghindarkan diri dari Akim dan Aril sedangkan hatinya tidak mahu begitu. Fikirannya buntu, dia tidak tahu jalan penyelesaian yang mana yang harus dilaluinya.
**********
Aishah termenung di jendela kamarnya sendirian. Langit mula menjadi kelam. Jam menunjukkan tepat 7 malam, dirinya masih belum dibaluti pakaian yang cantik. Hatinya gundah gulana, bingung akan janji yang sudah dia ucapkan.
Lantas, Aishah terpaksa menyiapkan dirinya dengan memakai dress paras lutut membuatkan dirinya tampak menawan. Dengan solekan yang agak sederhana, Aishah kelihatan begitu anggun.
Jam menunjukkan tepat 7.45 malam. Aishah bergegas menuju ke kenderaannya.
“Aishah!! nak pergi mana tu??” tanya Puan Rini kepada puteri kesayangannya.
“Ibu, Aishah ada dinner malam ni, Aishah dah lambat ni.” Jelas Aishah.
“Dinner?? Dengan siapa??”
“Erm…dengan kawan.”
“Kawan?? Pakai cantik macam ni?? Ke dengan pakwe??”
“Cantik sangat ke ibu?? Pakwe?? Tak der la ibu, kawan jer.”
“Cantik la sayang…anak ibu memang cantik.”
“Terima kasih ibu…okaylah, Aishah pergi dulu la ibu, dah lambat ni…Assalamualaikum.” Bilang Aishah sambil bersalaman dengan ibunya.
“Waalaikumussalam…hati-hati memandu.”
“Okay ibu.”
Tanpa melengahkan masa, Aishah terus memecut menuju ke tempat yang sudah ditetapkan oleh Akim.
Setelah hamper 15 minit memandu, akhirnya Aishah tiba juga di restoran itu. Namun, dia terkejut kerana tiada pengunjung yang hadir ke restoran itu sedangkan restoran itu merupakan salah satu restoran yang terkenal.
“Mana semua orang ni??” bisik hati Aishah.
“Cik Aishah??” tanya seorang pelayan wanita itu.
“Ya saya.”
“Silakan cik Aishah.”
Aishah hanya mengikuti langkah pelayan tersebut. Dia sendiri bingung akan apa yang telah terjadi.
“Cik…cik…apesal gelap ni??” tanya Aishah kepada pelayan tersebut apabila tiba di satu ruang namun tiada jawapan dari pelayan wanita itu.
Selang beberapa minit kemudian, lilin dipasang oleh seseorang dan ternyata orang itu adalah Akim.
“Silakan Aishah.” Akim membawa Aishah ke tempat duduk yang sudah dikhaskan untuknya.
Akim yang berpakaian kot hitam kelihatan cukup segak dan tampan membuatkan Aishah sendiri terpaku melihatnya.
“Akim, apa semua ni??”
“Untuk awak…saya buat semua ni untuk awak.”
“Untuk saya?? Tapi…”
Belum sempat Aishah meneruskan kata-katanya, tiba-tiba datang seorang pelayan menghidangkan makanan untuk mereka. Dengan berlampukan lilin, diwarnakan dengan bunyi biola membuatkan makan malam itu cukup romantis.
“Aishah, malam ni awak sangat cantik.” Bilang Akim.
“Thanks.”
“Makanlah Aishah.” Akim menjemput Aishah makan. Aishah hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia setuju.
Akim dan Aishah meneruskan acara makan malamnya sambil diiringi dengan muzik yang cukup romantis. Akim memandang Aishah dengan penuh kagum membuatkan Aishah sendiri tidak selesa dengan Akim.
“Aishah…” ucap Akim. Akim bangun dan menuju ke tempat duduk Aishah lantas duduk seperti orang yang ingin melamar seseorang.
“Aishah, sudikah awak menjadi kekasih hati saya??”
“Kekasih??” Aishah terkejut mendengar setiap ucapan perkataan yang keluar dari mulut Akim. Lantas, tanpa membuang masa Aishah terus bangun dari tempat duduknya meninggalkan Akim. Akim terpaksa mengejar Aishah bagi mendapatkannya.
“Aishah, kenapa ni?? Awak tak suka ke??” bilang Akim sambil memegang tangan Aishah supaya Aishah tidak lari daripadanya.
“Akim…sorry saya tak boleh terima awak.”
“Tapi kenapa?? Awak tak suka dengan saya ke??”
“Tak bukan macam tu…sejak saya bertemu dengan awak hari tu, hati saya dah mula suka dengan awak tapi…saya tak nak hati saya disakiti lagi.” Jelas Aishah bersama air matanya yang mula tumpah.
“Disakiti lagi?? Maksud awak?? Siapa yang sudah menyakiti hati awak dulu??”
“Awak takkan faham Akim…”
“Macam mana saya nak faham kalau awak tak explain.”
Akhirnya Aishah bersetuju untuk berterus-terang segala-galanya kepada Akim. Tentang hubungannya dengan Aril dahulu, tentang Aril meninggalkan dirinya dan tentang hatinya.
“Oh…so, dulu awak and abang saya…”
“Ya, tapi itu dulu.”
“Aishah…saya betul-betul cintakan awak and saya berjanji saya tak akan pernah tinggalkan awak.”
“Tapi…”
“Aishah, please!! Saya takkan jadi bodoh macam abang saya yang sanggup meninggalkan perempuan yang cukup baik dan cantik ini semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.” Jelas Akim. Ucapan Akim begitu meyakinkan Aishah.
“Awak janji??”
“Saya janji.” Bilang Akim sambil mengangkat tangan.
“Okay, kalau macam tu, saya akan bagi awak satu peluang.” Kata Aishah.
“Maksudnya?? Awak sudi jadi kekasih hati saya selama-lamanya.”
“Ya, saya sudi.”
Akim begitu gembira mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Aishah. Akim mengusap air mata di pipi Aishah lantas Akim memeluk Aishah dengan eratnya. Masing-masing cukup bahagia.
Aishah juga tidak percaya dia telah membuka pintu hatinya untuk lelaki lain. Hatinya sudah dimiliki sekarang dan dia akan menjaga hati itu untuk selama-lamanya.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries