Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 11
04 July 2010 | 1:49 PM | 0 comments

karya:mentari

Akim menunggu abangnya di starbucks kafe yang berhampiran dengan Hotel Tiara.
“Akim, dah lama sampai??” tanya Aril sambil menepuk bahu Akim.
Akim sedikit kaget dengan kehadiran abangnya itu secara mengejut.
“Erm, tak der la, baru 10 minit.”
“Sorry, tadi ada problem sikit dekat hotel.”
“Problem?? Problem apa??”
“Entah, tadi ada pelanggan buat hal tapi dah selesai dah pun.”
“Along nak bincang apa dengan Akim??” tanya Akim.
“Tak der apa-apa cuma….”
“Cuma?? cuma apa??”
“Cuma soal Aishah.”
“Soal Aishah?? kenapa dengan Aishah??” tanya Akim yang kebingungan.
“Akim dengan Aishah ada apa-apa ke??”
“Kalau ada, kenapa??”
“Kalau ada…errrr…” Aril sedikit gagap.
“Biar betul??” bisik hati kecil Aril.
“Kalau ada, Along orang yang pertama akan menentang hubungan kau dengan Aishah.”
“Kalau berani, cubalah…tapi Along ingat satu perkara, Akim cintakan Aishah dan Aishah cintakan Akim.”
“Okay, tak per…kali ni memang Along tak boleh buat apa-apa, tapi ingat Akim, cinta tu boleh berubah bila-bila masa.”
“Kalau macam tu, okay, kita tengok siapa yang menang!! Along atau Akim!!” Akim tegas berkata.
Lantas, hatinya membuak-buak seperti gunung berapi yang nak meletus. Akim tidak menyangka, abang yang sangat dia sayangi akhirnya menjadi musuh utamanya untuk merebut hati Aishah.
Akim tidak sanggup untuk melihat wajah abangnya itu, lantas, dia terus bangun dari tempat duduknya dan keluar dari kafe itu.
**********
Malam muncul kembali. Sebulan sudah berlalu, kini, Aishah bahagia sekali dengan apa yang dia miliki. Akim adalah cintanya, kerana Akim juga, kini dia kembali berani untuk membuka pintu hatinya.
TOK!! TOK!! TOK!!
Lamunan Aishah terhenti. Pintu kamar Aishah diketuk.
“Ya!! Ya!! Kejap!!”
Aishah berlari anak bagi mendapatkan pintu kamarnya. Pintu dikuak segera.
“ Ada apa abang??” tanya Aishah.
“Akim datang.”
“Akim?? Suruh dia tunggu kejap.”
“Yer la…yer la…cepat sikit tau.”
“Iya…iya…kejap lagi Aishah turun.”
Aishah menutup kembali pintu kamarnya untuk menyiapkan dirinya. Aishah sememangnya kelihatan cukup manis walaupun hanya berpakaian sederhana.
Hampir 15 minit Akim menunggu Aishah di ruang tamu, akhirnya, Aishah selesai juga bersiap.
“Sorry Akim, lambat sikit.” Bilang Aishah.
“It’s okay.”
“Ibu, baba, Ecah pergi dulu yer.” Aishah meminta izin kedua-dua orang tuanya sebelum pergi.
“Ha, yer lah, tapi, hati-hati eh…Akim, tolong jaga anak auntie ni baik-baik tau.” Pesan Puan Rini kepada Aishah dan juga Akim.
Aishah dan Akim segera bersalaman dengan Puan Rini Adrina dan Encik Obri Khalid sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua. Setelah itu, Aishah dan Akim terus menuju ke restoran kegemaran mereka.
Akim dan Aishah tiba di restoran itu tepat jam 8.30 malam. Akim sudah pun menempah meja untuk mereka berdua.
“Cantik Aishah malam ni??” puji Akim.
“Yer ker cantik?? Biasa jer lah…Aishah hari-hari memang dah cantik…hehe..”usik Aishah dengan manja.
“Orang baru puji sikit, dah puji terus diri sendiri.” Bilang Akim.
“Ala Akim, Aishah gurau jer lah.”
“Yer Akim tahu.”
“Sayang, awak nak makan apa??” tanya Akim setelah seorang pelayan datang menghampiri mereka.
“Erm, apa-apa jer lah yang sedap dekat sini.”
Akhirnya, Akim terpaksa memesan makanan untuk Aishah.
Setelah selesai memesan makanan mereka, Akim dan Aishah sambung perbualan mereka berdua.
“Sayang, hari ni dah sebulan kita bersama and I hope kita akan bersama-sama selamanya.” Bilang Akim sambil memegang tangan Aishah.
“Aishah pun Akim, Aishah harap hubungan kita sampai bila-bila.”
“Shah…”
“Ya Akim.”
Makanan mereka tiba 15 minit kemudian dan setelah itu, mereka sambung kembali perbualan mereka.
“Next week Akim akan bertolak ke Penang and Akim tak der selama seminggu.”
“So??”
“So, Akim nak Aishah jaga diri baik-baik.”
“Okay sayang…Aishah janji yang Aishah akan jaga diri.” Janji Aishah kepada Akim.
Akim dan Aishah terus berbual tanpa membuang sesaat masa. Kerinduan antara mereka, mereka lepaskan dengan melihat wajah masing-masing.
Jam menunjukkan tepat pukul 10.30 malam. Akim kelihatan tidak mahu melepaskan Aishah, namun dia akur akan pesanan kedua orang tua Aishah. Akim akhirnya bersetuju untuk memulangkan kembali Aishah kepangkuan keluarganya.
Aishah tiba dirumahnya sebelum jam 11 malam.
“Ecah, Akim mana??” tanya Encik Obri Khalid.
“Akim dah balik la baba...”
“Kenapa tak singgah dulu??”
“Esok kan kerja, so, dia balik terus.”
“Hmmm…”
“Baba, Ecah naik atas dulu…penatlah, nak tidur.”
“Ha…yer lah.”
Aishah berjalan terus naik ke tingkat atas dan menuju ke kamarnya.
Pintu dikuak Aishah lantas merapatkannya kembali.
“Aduh!! Penatnyer.” Keluh Aishah.
Aishah meletakkan tas tangannya lalu terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai semuanya, Aishah merebahkan badannya di katil kesayangannya itu.
Aishah merindukan Akim setiap saat, setiap detik yang berlalu. Lama-kelamaan, mata Aishah mula kuyu dan akhirnya dia dibuai mimpi.
**********
Pagi khamis membuatkan kesemua pekerja Hotel Tiara terasa sungguh aman.
Butang interkom ditekan Candy.
“Encik Aril, Cik Marsha dah sampai.”
“Okay, suruh dia masuk.”
Ganggang telefon diletakkan Candy. Candy membawa Marsha ke ruangan Aril.
TOK!! TOK!!
“Masuk!!”
Candy mempersilakan Marsha masuk ke ruangan Aril.
“Silakan duduk Mar.’ giliran Aril pula yang mempelawa Marsha.
“Thanks Aril.”
“So, apa yang Mar nak discuss dengan Aril ni??”
“Oh, actually Mar dapat tahu yang Hotel Tiara ada buka cawangan baru dekat Penang, so, uncle ada suruh syarikat kami mencantikkan ruangan di setiap ruang yang ada di hotel tu, so, Mar nak discuss about kos barang and jenis ruangan yang you nak.” Jelas Marsha.
“Kenapa you tak bincang dengan ayah I jer??”
“Ayah you kan tak berapa sihat and tak masuk office, so, I kena discuss dengan you la.”
“Okay.”
“So, boleh kita discuss sekarang??” tanya Marsha.
“Yes, of course.”
Marsha dan Aril terus berbincang soal Hotel Tiara di Pulau Pinang .
“Alhamdulillah…selesai jugak akhirnya.” Ucap Aril.
“So, projek pengubahsuaian Hotel Tiara di Penang boleh dijalankan 2 minggu lagi lah.” Bilang Marsha.
“Okay.”
“So Aril, sekarang ni kan dah pukul 1.00 petang, apa kata kalau kita pergi lunch sama-sama??”
“Okay, jom…lagipun I free sekarang ni.”
Aril dan Marsha berkunjung ke restoran yang berhampiran dengan Hotel Tiara.
“Hmmm…you nak nak makan apa Aril??” tanya Marsha.
“Nasi Ayam jer la.”
“Okay.”
“Bagi Nasi Ayam dua yer cik.” Bilang Marsha kepada pelayan yang menanti pesanan mereka.
“And….bagi saya orange jus and you Aril??”
“Guava jus.”
“Itu jer cik??” tanya pelayan tersebut.
“Yer…itu sahaja.”
Setelah pelayan itu pergi, Aril dan Marsha kembali berbual.
“Sabtu ni you free tak??”
“Sabtu?? Hmmm…free, kenapa??” tanya Aril.
“I nak ajak you temankan I main golf, boleh??”
“Golf?? Okay no problem…you selalu main golf??”
“Selalu la jugak tapi bergantung kepada keadaan.”
“I pun selalu jugak pergi club golf dulu tapi sekarang ni I dah buzy so, tak der masa nak pergi sana .”
“You pun minat main golf??”
“Mestilah…tu sukan yang paling I suka.”
“So, kita sama lah…tapi, I tak pernah nampak you pun??”
“I biasa pergi hari ahad…hari sabtu jarang la because hari sabtu I kena kerja.”
“Oh, I see.”
“Eh, makanan dah sampai.” Bilang Marsha.
Pelayan itu menghidangkan makanan untuk mereka berdua. Aril dan Marsha makan dengan penuh tertib dan teratur sambil berbual dan disusun dengan gelak ketawa.
Bibit-bibit suka mula berputik dalam hati Marsha walaupun pertemuan antara mereka hanya dua kali. Adakah itu tanda cintanya kepada Aril??

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries