Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 12
04 July 2010 | 1:58 PM | 0 comments

karya:mentari

Lagu ‘yank’ kedengaran sekali lagi ditelinga Aishah lantas tangkas dia menjawabnya.
“Hello, babe…ada apa??”
“Hello sha, apa khabar??”
“Oh, aku sentiasa sihat babe, ko pulak??”
“Aku pun sama macam kau…sihat selalu.”
“ Ada apa kau call aku, Mila??” tanya Aishah yang hairan rakan baiknya itu mendadak telefonnya.
“Call kau pun tak boleh??”
“Bukan tak boleh, cuma pelik jer…kau kan dah lama tak call aku, biasanya kau terus datang rumah aku jer.”
“Yer ker…tak der lah, aku just nak ajak kau keluar lepas kau habis kerja.”
“Oh, keluar…okay, no hal, tapi kita keluar malam la…baru syok sikit…hehe.”
“Okay…okay…malam nanti kita jumpa.”
“Dekat mana??” tanya Aishah lagi.
“Dekat tempat biasa lah.”
“Okay…Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Balas Mila.
Aishah hairan akan temannya itu kerana selama dia bersahabat dengan Mila, Mila jarang menghubunginya dan kalau dia ingin bertemu dengan Aishah, pasti dia akan terus ke rumah Aishah. Kebiasaannya, hanya Aishah yang selalu menghubungi Mila.
“ Ada apa pulak minah ni?? Dia sakit ker?? Tiba-tiba jer call aku.” Bicara hati Aishah. Aishah mengelamun keseorangan sehinggakan Akim yang masuk ke pejabatnya lantas berada di sebelahnya juga tidak disedarinya.
“Shah…Aishah…” Akim menepuk bahu Aishah.
“Astaghfirullahalazim…Akim ni, buat terkejut Aishah jer.”
“Aishah mengelamun eh??”
“Eh, mana ada.”
“Tipu.” Balas Akim.
“Mana ada tipu…betul la.”
“Aishah tengah fakir pasal siapa??” tanya Akim.
“Erm…tak der apa-apa lah, Akim.”
“Betul tak ada apa-apa??”
“Betul la sayang…yang Akim ni datang sini, ada apa??” Ucap Aishah.
“Ni…Akim nak Aishah check proposal sebelum Akim bagi pada Along.”
“Okay.”
Akim memberikan Aishah proposal tersebut. Aishah meneliti satu persatu maklumat di dalam proposal tersebut agar tidak tersalah.
“Okay…semuanya okay…tak ada apa-apa masalah pun.”
“Kalau macam tu, Aishah bagi terus dekat Along eh…Akim ada meeting dengan pegawai bank kejap lagi.”
“Kenapa Akim tak bagi sekarang??”
“Along tak der…dia keluar dengan Marsha.”
“Keluar dengan kak Mar??”
“Aishah kenal dengan Marsha??”
“Of course Aishah kenal…adik kak Mar tu kawan baik Aishah.”
“Maksudnya Mila??”
“A’ah, Mila…dia pernah datang rumah Akim kan ??”
“Mana Aishah tahu??”
“Mila yang cerita pada Aishah…masa tu dia cerita pasal Aril and before Aishah kenal dengan Akim.”
“Oh, I see…okaylah, sayang, I have to go now.”
“Okay, bye.”
“Bye.” Balas Akim.
**********
“Candy, Encik Aril ada??”
“Erm, ada, tunggu sebentar yer cik Aishah.”
“Okay.”
Candy menekan butang interkom lalu bertanya kepada Aril soal kunjungan Aishah ke ruangannya.
“Silakan masuk cik Aishah.” Candy membuka pintu buat Aishah.
“Okay, thank you.”
“Aishah, have a sit.”
“Thanks.”
“ Ada apa Aishah datang sini??”
“Encik Aril, ini ada proposal daripada Encik Akim and saya dah check semuanya.”
“Kenapa dia tak datang sendiri??”
“Dia ada meeting dengan pegawai bank.”
“Oh, I see.”
“Okaylah Encik Aril, urusan saya dah selesai, so, saya nak balik bilik saya dulu.”
“Eh, tunggu…tunggu…Aril nak cakap sikit dengan Aishah.”
“ Ada apa lagi Encik Aril!” tegas kata-kata yang dikeluarkan Aishah.
“Malam nanti, Aishah free tak??”
“Tak…Aishah ada temu janji dengan kawan.” Bilang Aishah dengan endah tak endah.
“Dengan Akim??” balas Aril dengan penuh sinis.
“Kalau dengan Akim sekalipun, kenapa?? Ada masalah??” Aishah sengaja menyebut nama Akim untuk menyakitkan hati Aril walaupun pada malam itu, Milalah orang yang ingin ditemunya.
“Bukan macam tu, cuma…Aishah kena hati-hati dengan Akim…Akim tu pandai ambil hati perempuan dan pandai membuang hati yang telah dia curi.”
“Encik Aril, Akim tu jauh lebih baik dari Encik Aril tau! Encik Aril jangan nak tuduh adik Encik Aril sendiri yang bukan-bukan.”
“Terpulang Aishah nak percaya atau tidak…kita just tengok dan lihat, siapa yang jauh lebih baik.”
“Buatlah apa pun…Aishah tetap percayakan Akim!” tegas Aishah lantas Aishah terus bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari bilik pejabat Aril dengan penuh kemarahan.
Ketika dalam pejabat Aishah….
“Apa maksud Aril tadi?? Ada apa semua ni?? Uhhh…” bicara Aishah sendirian sambil mengeluh panjang.
RING!! RING!! RING!!
Telefon pejabat Aishah berdering.
“Hello!”
“Cik Aishah…”
“ Ada apa Fatin??” tanya Aishah.
Fatin Suraya yang merupakan setiausaha Aishah tidak hadir ke pejabat.
“Erm, esok saya still tak masuk office because saya still demam.”
“Erm…tak per lah, lagipun, tadi saya suruh Saida ganti awak.”
“Terima kasih cik Aishah.”
“Sama-sama…rehat cukup-cukup tau??”
“Yer lah…Assalamualaikum.” Ucap Fatin.
“Waalaikumussalam.” Balas Fatin.
Ganggang diletakkan. Jam menunjukkan hampir 5.30 petang. Aishah mengemas mejanya agar tidak berselerak.
Setelah itu, Aishah membawa laptopnya keluar dari bilik tersebut lalu menuju ke lot parking di Hotel Tiara dan memandu kenderaannya pulang ke rumah. Aishah masih memikirkan kata-kata yang diucapkan Aril tadi. Apa maksud Aril?? Apa tujuan dia berkata demikian??
**********
Malam muncul kembali. Hatinya tidak keruan memikirkan kekasihnya yang tersayang. Siapa sebenarnya lelaki itu?? Baik atau hanya berpura-pura baik. Lagu ‘yank’ berkumandang menandakan satu panggilan telefon masuk. Lantas, Aishah menuju ke tempat beradunya untuk mengambil telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan telefon tersebut.
“Hello, sha??”
“Eh, Mila?? Kenapa??” Tanya Aishah yang bingung.
“Kau kat mana Aishah??” Tanya Mila kembali.
“Kat rumah la…kenapa??”
“Malam ni kan aku ajak kau keluar.”
“A’ah, yer la…aku lupa…hehe…sorry.”
“Erm, tak per la…aku tunggu kau kat tempat biasa.”
“Okay.” Jawab aishah. Butang merah ditekan menandakan panggilan sudahpun tamat. Tanpa melengahkan masa, Aishah terus pergi bersiap memandangkan dia sudahpun solat Isyak. Aishah hanya mengenakan pakaian yang simple, namun, tetap manis dan cantik.
Hampir 15 minit Mila menunggu Aishah di Starbucks cafe, akhirnya muncul juga gadis manis itu.
“Hai babe.”
“Hai…” jawab Mila sambil memeluk Aishah.
Aishah mengambil tempat duduknya di depan Mila. Sebelum memulakan perbicaraan, mereka memesan makanan dan minuman.
“Ada apa yang kau tiba-tiba nak jumpa dengan aku ni, Mila??” Tanya Aishah.
“Tak der apa-apa…saje jer nak jumpa dengan kau…tak boleh ke??” balas Mila pula.
“Bukan tak boleh, cuma terkejut jer…hehe…”
“Kau sekarang macam mana Aishah??” Tanya Mila.
“Aku?? Sekarang?? Alhamdulillah…disamping yang tersayang.”
“Yang tersayang?? Siapa tu??”
“Akim!!” jawab Aishah dengan penuh semangat.
Mila terkejut dengan nama yang disebut Aishah. Dia masih berharap Akim itu adalah Akim yang lain dan bukan Airit Hakim.
“Akim??” Tanya Mila sekali lagi.
“Yups, Akim, adik Aril.. ” Jelas Mila.
Mila terdiam seketika, dia tidak menyangka Akim yang disayanginya adalah lelaki yang Aishah cintai. Mila mula menyukai Akim sejak perkenalannya di rumah keluarga Akim. Pada saat itulah, terdetiknya perasaan sayang dan suka kepada lelaki itu meskipun dia tahu lelaki agak sombong pada awalnya.
“Mila…Mila!!” Aishah memanggil-manggil Mila namun tiada sebarang reaksi. Lantas, dia menepuk tangan Mila, barulah Mila tersedar.
“Ha…ada apa??” Mila terkejut.
“Yang kau ni mengelamun ni, kenapa?? Kau sakit ke??” Tanya Aishah yang penuh kerisauan.
“Tak der apa-apa la…aku okay jer…tak payah la risau.” Jelas Mila.
“Betul ni, tak ada apa-apa??”
“Betul la…” bilang Mila.
“Kau sekarang dengan siapa, Mila??” Tanya Aishah lagi.
“Erm…mana ada siapa-siapa…manalah ada orang suka kat aku ni…aku tak secantik kau.”
“Kau ni apa la…lelaki ni mana ada memandang kecantikan, yang paling penting adalah hati yang cantik.” Jelas Aishah yang melihat kawan baiknya itu rendah diri.
Perbualan mereka sememangnya tidak pernah habis apabila sudah lama tidak berjumpa meskipun hati Mila kini terseksa dengan perasaannya, namun, dia tetap berpura-pura seperti orang yang tiada apa-apa masalah.
Jam menunjukkan tepat pukul 1.00 pagi, setelah pertemuannya dengan Aishah tadi, Mila masih memikirkan hubungan Akim dan Aishah. Dia tidak boleh melelapkan matanya. Dirinya bingung, patutkah dia menjauhkan diri dari Aishah kerana dia tahu, dia tidak sanggup untuk mendengar setiap cerita bahagia antara Aishah dan Akim.
“Ya Allah! Apa yang perlu aku lakukan?? Bantulah aku Ya Allah!!” bisik Mila dalam hati. Itu adalah cinta pertamanya. Semakin lama, semakin berat matanya, lantas, dia akhirnya tertidur dibuai mimpi.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries