Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 13
04 July 2010 | 2:00 PM | 0 comments

karya:mentari

“18 Januari 2010?? Aishah melihat kalendar di diarinya…Hari ni kan birthday Akim.” Bisik Aishah dalam hati. Sudah hampir sebulan sejak tahun lepas mereka bercinta. Namun ini adalah peluang Aishah untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada kekasihnya itu.
“Erm…nak bagi apa yer kat Akim??” Aishah berfikir sejenak. Meskipun saat itu Aishah sedang bekerja, namun, dia tidak henti-henti memikirkan kekasihnya itu.
Satu panggilan masuk di telefon pejabatnya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, cik Aishah.”
“Yer Saida, ada apa??” Tanya Aishah kepada Saida yang menggantikan Fatin Suraya sebagi setiausahanya.
“Encik Aril ingin berjumpa dengan cik Aishah sekarang.”
“Sekarang??” Tanya Aishah.
“Yes, cik Aishah.” Jelas Saida.
“Okay…okay…”
Lantas, Aishah meninggalkan pejabatnya, lalu menuju ke bilik pejabat Aril.
TOK!! TOK!! TOK!!
Pintu diketuk oleh Aishah.
“MASUK!!!” teriak Aril.
“Assalamualaikum, Encik Aril.”
“Waalaikumussalam...Silakan duduk.”
“Terima kasih.”
Aril memulakan perbualan mereka.
“Aishah, hari ni birthday Akim, so, ini kad jemputan untuk awak.”
“Saya?? Kad jemputan?? Untuk apa??” Tanya Aishah yang sedikit bingung.
“Kad jemputan untuk birthday party Akim.”
“Oh…I see…okay, insyaAllah, Aishah datang malam ni.”
“Erm, tapi ingat, this is secret because my parents yang nak buat surprise party untuk dia.”
“Oh…okay…kalau macam tu, tak per lah…Aishah pergi dulu…Assalamualaikum.”
Aishah terus bangun dari tempat duduknya itu lalu berlalu pergi meniggalkan bilik pejabat Aril.
Tanpa melengahkan masa, Aishah terus masuk ke bilik pejabatnya, lalu, menyiapkan semua pekerjaannya. Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang. Akhirnya pekerjaanya selesai juga.
Aishah mengemas semua barang di atas mejanya itu, lantas, dia terus keluar dari bilik pejabatnya di Hotel Tiara, menuju ke kereta kesayangannya di tempat letak kenderaan untuk pulang ke rumah.
Ketika dalam perjalanan, Aishah berhenti di sebuah kedai untuk membeli hadiah yang special buat kekasihnya itu. Hari ni, satu hari dia tidak berjumpa dengan kekasih hatinya itu kerana Akim sedang sibuk bermesyuarat di hotel lain.
Setelah selesai memilih hadiah untuk Akim, dia terus pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum menghadiri majlis hari jadi Akim, buah hati kesayangannya.
**********
Malam sudah pun tiba. Hampir satu jam Aishah bersiap. Akhirnya selesai juga. Malam itu, Aishah kelihatan begitu anggun sehingga boleh mencairkan hati-hati lelaki yang memandangnya.
Tanpa melengahkan masa, Aishah meminta bantuan abang kesayangannya, Dafi Arman untuk menghantarnya ke rumah Akim.
“Abang, cepatlah!!! Aishah dah lambat ni.” Jerit Aishah kepada abangnya itu.
“Ya…ya…sekejap la...”
2 minit kemudian, muncul wajah abangnya itu. Aishah menarik tangan abangnya itu menuju ke kereta milik abangnya itu.
“Ecah, sabarlah…kalau nak cepat sekalipun.” Bilang Dafi.
“Yer la…yer la…”
Aishah dan Dafi pergi bersalaman dengan ibu dan baba mereka sebelum bertolak keluar dari rumahnya.
Selepas itu, Dafi dan Aishah mula pergi menuju ke kenderaan milik Dafi.
“Hati-hati!!!” jerit ibu dan baba Aishah dan Dafi serentak.
“Okay!!” balas Aishah dan Dafi.
Tanpa melengahkan masa, Dafi memecut menuju ke rumah Akim untuk menghantar Aishah. Setibanya di rumah Akim, Aishah turun di hadapan rumah Akim. Dafi meninggalkan Aishah sendirian lalu pulang ke rumahnya.
Pelbagai perasaan menguasai dirinya. Tiba-tiba seorang lelaki datang kepadanya.
“Assalamualaikum, cik, boleh saya bantu??” Tanya lelaki yang memakai baju berwarna putih yang merupakan security guard di rumah itu.
“Err…err…saya nak jumpa dengan tuan empunya rumah ni…ni kad undangannya.”
Aishah menunjukkan kad undangan yang dia dapat daripada Aril.
“Oh…baiklah cik, silakan.” Lelaki yang berusia separuh 50-an itu menunjukkan jalan menuju ke rumah Akim untuk bertemu dengan tuan empunya rumah. Akhirnya, Aishah bertemu juga dengan bosnya di Hotel Tiara iaitu Tan Sri Faizal dan isterinya, Puan Sri Noradira.
“Assalamualaikum, Tan Sri, Puan Sri.” Aishah memulakan perbicaraannya.
“Waalaikumussalam.” Jawab mereka berdua serentak.
Puan Sri Noradira memandang Aishah dengan penuh terpegun. Dia melihat anak gadis itu sungguh polos dan ayu membuatkan hatinya sebentar luluh. Bukan hanya dia malah seluruh manusia yang ada di situ memandangnya dengan terpegun.
“Dira, ni lah assistant general manager dekat hotel kita.” Jelas Tan Sri Faizal kepada isterinya.
“Oh…ye ker…ni lah Aishah, kawan Akim tu kan??”
“Yer, Puan Sri.”
“Bukan kawan Akim jer ma, tapi kawan Along jugak.” Aril menyampuk perbualan antara ibunya dan mantan pacarnya.
“Kawan?? Oh please la!!” bisik hati kecil Aishah.
“Oh…yer ker…manalah mama tahu.” Bilang Puan Sri Noradira.
“Dah, Along, bawak Aishah ni pergi duduk dulu…kesian dia berdiri lama-lama kat sini…kejap lagi party dah nak mula…Akim pun dah on the way kat sini…pastikan semua orang senyap and get ready.”
“Okay ma.” Bilang Aril. Aril membawa Aishah ke tempat duduk para tetamu.
“Kawan??” sinis Aishah.
“Sejak bila Aishah cakap, Aril kawan Aishah??”
“Ikut suka hati Aril la nak cakap Aishah kawan Aril.” Bilang Aril.
Aril meninggalkan Aishah begitu sahaja. Aishah memandang Aril dengan geram dan penuh kesabaran, ingin sekali dia berbalah dengan Aril namun dia harus menjaga sikapnya dihadapan orang ramai.
Selang 10 minit kemudian, lampu seluruh rumah dipadamkan dan Akim tiba di perkarangan villa milik keluarganya. Dia sedikit kaget, kenapa begitu banyak kereta di rumahnya. Lantas tanpa melengahkan masa, dia terus keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam villa itu.
Villa putih itu gelap gelita, dan tiba-tiba datang satu cahaya kepadanya dan dia dengar satu suara yang lunak menyanyikan lagu hari jadi untuknya dan dia fikir suara Aishah kerana pada saat itu, gelap gelita.
“Sayang, I love you.” Bilang Akim.
Semua orang hanya senyap, lantas beberapa saat kemudian, lampu dipasang kembali dan orang yang membawa kek itu dan menyanyikan lagu hari jadi buatnya bukanlah Aishah tetapi Mila. Mila hanya tersenyum lebar mendengar kata-kata itu yang disaksikan banyak pihak.
Dia tergamam, tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Matanya mencari Aishah dan akhirnya dia lihat Aishah tepat dihadapannya. Mata Aishah mula berkaca namun Aishah harus menjaga kelakuan agar tidak malu dihadapan orang ramai.
Namun, untuk meneruskan acara tersebut, Akim terpaksa meniup lilin kek tersebut. Setelah selesai upacara meniup lilin dan memotong kek, upacara memberi hadiah kepada birthday boy pula dilangsungkan.
Orang yang pertama member hadiah buat Akim adalah Mila dan bukannya Aishah. Aishah pula menjadi orang terakhir yang memberi hadiah buat Akim.
“Akim, this is for you.” Bilang Aishah.
“Thanks sayang.”
Hanya itu perbualan mereka. Aishah terus berlalu pergi meninggalkan Akim, namun, tangannya di tarik Akim. Aishah melepaskan tangannya setelah kejadian tadi.
“Aishah…” Akim memanggil Aishah, namun, tidak diendahkannya.
Aishah menuju ke kolam renang di kawasan villa itu untuk menjauhkan diri dari Akim. Mila pula mencari Aishah untuk meminta maaf meskipun di dalam hatinya terasa bahagia mendengar perkataan itu dari Akim, namun, dia bukanlah sejahat itu terhadap kawan baiknya itu.
“Aishah…”
Aishah hanya memandang wajah Mila namun tidak berkata apa-apa.
“A…ak…aku…minta maaf.”
Aishah masih mendiamkan diri. Mila tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Mungkin memang pantas dirinya untuk dimarahi.
Aishah bangun untuk meninggalkan Mila, namun, Mila menarik tangan Aishah. Aishah ingin lepas dari genggaman Mila namun, tidak boleh. Tiba-tiba, Aishah terpaksa menggunakan kudratnya untuk menarik tangannya dari Mila namun tiba-tiba, satu kejadian yang tidak diingini berlaku. Aishah tergelincir….
“AISHAH!!!!!” jerit Mila.
Akim pantas berlari menuju ke tempat kejadian. Akim melihat Aishah sudah berada di dalam kolam renang milik keluarganya. Tanpa melengahkan masa, Akim menyelamatkan Aishah. Aishah pengsan tidak sedarkan diri.
Semua orang hanya memandang kelakuan Akim.
“Sayang…sayang…Aishah…bangun…”Akim menampar-nampar pipi Aishah perlahan untuk menyedarkan Aishah, namun, tiada reaksi.
“Mama, papa!!!” jerit Akim memanggil kedua orang tuanya. Tan Sri Faizal dan isterinya berlari anak bagi mendapatkan puteranya itu.
“Ya, sayang…ada apa ni??” Tanya Puan Sri Noradira dengan cemas.
“Sediakan kereta! Sediakan kereta!” bilang Akim dengan cemas.
Akim mengangkat Aishah dengan penuh kasih sayang. Dia takut akan terjadi apa-apa kepada Aishah.
“Ya Allah! Selamatkan kekasihku ini.” Bilang hati Akim. Akim memangku Aishah ketika dalam kereta menuju ke hospital.
Akim rasa begitu bersalah dengan kejadian tadi. Dia merasakan dirinya adalah penyebab utama kejadian tersebut berlaku. Aishah masih tidak sedarkan diri. Seluruh tubuhnya dingin. Akim membuka kot miliknya lantas menyelimutkan badan Aishah yang basah kuyup.
**********
Perjalanan mereka mengambil masa 15 minit. Akhirnya, mereka tiba di hospital tersebut. Aishah terus dibawa ke bilik kecemasan untuk diperiksa. Akim terpaksa menunggu di luar.
Selang beberapa minit kemudian, muncul Aril, Hafiz dan kedua orang tua mereka, begitu juga Mila dan keluarganya.
“Macam mana dengan Aishah??” Tanya Puan Sri Nora kepada putera bongsunya itu.
“Tak tahulah ma, Akim bingung.”
“Kenapa pulak Akim bingung??” Tanya Puan Sri Nora.
Akim hanya mendiamkan diri dan menunjukkan rasa cemasnya di hadapan semua orang. Mila hanya melihat tingkah laku Akim, namun, jauh disudut hatinya dia tahu hanya Aishah orang yang Akim cintai.
Akim menelefon keluarga Aishah.
“Assalamualaikum, Dafi.”
“Waalaikumussalam…ada apa Akim??”
“Aishah sekarang ada dekat hospital.”
“Hospital?? Kenapa??”
“Nantilah aku cerita.” Bilang Akim.
“Okay…okay…kejap lagi aku sampai sana.”
Panggilan dimatikan Dafi. Dia terus memberitahu kedua orang tuanya itu, lantas mereka berangkat meninggalkan rumah menuju ke hospital tersebut.
Akim masih memikirkan keadaan Aishah. Dia hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa sebelum dia mengetahui keadaan Aishah. Dia sangat mencintai Aishah dan tidak mungkin akan meninggalkan Aishah begitu sahaja. Cinta dan hatinya hanyalah untuk Aishah dan tidak mungkin akan berubah.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries