Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 14
12 July 2010 | 8:16 PM | 0 comments

karya:mentari

“Assalamualaikum…”
Kedengaran satu suara yang memecah suasana sunyi di hospital itu.
“Waalaikumussalam…doktor…” ucap Akim.
“Siapa ahli keluarga pesakit tadi??” Tanya doktor tersebut.
Beberapa saat kemudian, muncul Dafi beserta kedua orang tuanya.
“Saya ayah dia…” jelas Encik Obri Khalid.
“Macam mana dengan anak saya, doktor??” Tanya Puan Rini Adrina dengan cemasnya.
“Encik, Puan, jangan risau…anak puan tak ada apa-apa, cuma….”
“Cuma apa doktor??” Kini giliran Dafi pula yang bertanya kepada doctor tersebut.
“Cuma, paru-paru cik Aishah sudah dimasuki air ditambah dengan penyakit lelah yang agak kronik yang dihadapinya membuatkan dia pengsan, tapi, jangan risau, kami akan sedaya upaya untuk membantu cik Aishah.” Jelas doktor wanita itu.
“Alhamdulillah….” Ucap Akim dan keluarganya, begitu juga dengan Mila sekeluarga dan juga keluarga Aishah.
“Doktor, boleh kami jenguk Aishah??” Tanya Akim.
“Erm…buat sementara waktu ni, biarlah cik Aishah berehat dulu, so, lebih baik kalian semua pulang dulu, dan esok pagi baru jenguk Aishah.” Jelas doktor tersebut.
“Tapi…doktor, saya nak menemani Aishah malam ni…boleh??” Tanya Akim sekali lagi.
Semua orang hanya mendiamkan diri dan memerhati kerenah Akim. Jauh dari sudut hati Puan Sri Noradira, dia dapat merasakan cinta Akim terhadap Aishah.
“Baiklah…tapi dengan satu syarat…Encik hanya boleh menemani cik Aishah dari luar bilik sahaja.”
“Errr…baiklah…terima kasih doktor.”Ucap Akim.
“Sama-sama.”
Aril hanya memandang dari jauh ditambah dengan perasaan cemburunya terhadap Akim begitu juga dengan Mila, yang kurang suka dengan perasaan Akim terhadap Aishah meskipun Aishahlah sahabat baiknya.
Doktor yang merawat Aishah berlalu pergi untuk mengerjakan tugas yang lain pula. Manakala, kedua orang tua Aishah hanya memandang Aishah dari luar bilik sahaja.
“Ibu, baba, jom kita balik…” bilang Dafi.
“Tapi…ibu…”
“Sudahlah ibu…Akim kan ada…” jelas Dafi.
“Tapi…”
“Tak per lah auntie, saya janji saya akan jaga Aishah.” Bilang Akim kepada Puan Rini.
“Akim janji dengan auntie yer??”
“Yer auntie…Akim janji.”
Setelah itu, keluarga Aishah bertemu dengan keluarga Akim dan Mila. Mereka beramah mesra sebelum pulang ke rumah. Setelah itu, Puan Rini, Encik Obri, dan Dafi Arman, hilang dipandangan.
Setelah keluarga Aishah beransur pulang, kini, tiba giliran keluarga Mila pula untuk pulang memandangkan jam menunjukkan tepat 11.30 malam.
“Akim…”
“Yer ma…”
“Mama nak balik ni…kesian Mak Leha kemas rumah sorang-sorang.”
“Tapi…mama tak kisah ker Akim teman Aishah??” Tanya Akim.
“Sayang…mama faham dengan apa yang Akim tengah buat sekarang ni…don’t worry honey, mama tak akan marah, malah, mama bangga dengan apa yang Akim buat pada orang yang Akim sayang.” Jelas Puan Sri Noradira.
“Tapi soal Mila??”
“Don’t worry Akim, mama tahu Akim salah pada masa tu.”
“Mana mama tahu??”
“Akim kan anak mama, so, mama tahu la semuanya pasal Akim.”
“Thanks ma sebab memahami Akim.”
“Sama-sama.”
Tan Sri Faizal, Hafiz hanya mendengar kata-kata dari Puan Sri Nora manakala Aril pula hanya mendiamkan diri. Api cemburu menguasai dirinya.
“Okaylah Akim, mama balik dulu yer sayang.”
“Okay.” Akim bersalaman dengan ibu kesayangannya.
“Akim, papa pun nak balik jugak ni…jaga Aishah baik-baik.”
“Okay pa.” Kini Akim pula bersalaman dengan ayah kesayangannya.
Tiba pula giliran Hafiz ingin pulang.
“Bro, aku balik dulu.” Bilang Hafiz sambil memeluk Akim.
“Okay, angah…drive elok-elok.”
Aril tidak bersalaman dengan Akim malahan terus beredar tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Akim.
Jam menunjukkan tepat 12.00 tengah malam. Akim hanya dapat memandang Aishah dari luar. Matanya tidak lagi mengantuk. Dia sanggup berdiri lama di cermin pintu hanya untuk memastikan Aishah dalam keadaan baik.
Akim rela menunggu Aishah sehingga pagi tanpa memikirkan masanya untuk tidur semata-mata kekasihnya itu sentiasa dalam keadaan baik.
**********
Akim tetap berdiri di hadapan pintu yang mempunyai cermin untuk melihat Aishah sejak malam tadi.
“Encik…”
“Yer nurse…” bilang Akim kepada jururawat yang bertugas.
“Maaf encik, boleh saya masuk.” Kata jururawat tersebut.
“Oh…yer…yer…silakan…silakan…”
Setelah jururawat itu masuk, Akim menunggu di tempat duduk dihadapan kamar Aishah.
“Assalamualaikum…” satu suara mengejutkan Akim.
“Eh, auntie…mana uncle?? Dafi??”
“Uncle pergi toilet kejap…si Dafi pulak pergi kerja.”
“Oh…”
“Akim tak kerja ke??” Tanya Puan Rini Adrina.
“Tak…hari ni Akim cuti.”
“Akim ni Nampak letih jer…tak tidur yer semalam??”
“Ish…tak der la…Akim…”
“Tak payahlah Akim nak berdolak-dalih dengan auntie…Akim tahu semuanya dari riak wajah Akim…sekarang ni, lebih baik Akim balik, tukar baju.”
“Tak per lah auntie…Akim nak tunggu Aishah sampai dia sedar.” Bilang Akim dengan keputusannya itu.
“Tapi…Akim kan penat menunggu Aishah sampai tak tidur.”
“Tak per auntie…Akim sayangkan Aishah…biarlah Akim menunggu Aishah sampai dia sedar.”
Puan Rini tidak tahu bagaimana untuk memujuk Akim beristirehat dan terpaksa mengakui semua keputusan yang sudah dibuat oleh Akim.
“Amboi, enak bersembang…” tiba-tiba satu suara dating mencelah perbualan antara mereka berdua.
“Eh, abang…” bilang Puan Rini kepada Encik Obri.
Akim bersalaman dengan ayah kesayangan Aishah sebagai tanda hormat.
“Encik Obri…”
“Yer nurse, ada apa??”
“Cik Aishah ingin berjumpa dengan encik.”
“Aishah dah sedar??” Tanya Akim.
“Yer encik...kalau encik nak masuk, silakan.”
“Terima kasih nurse.” Ucap Akim.
Encik Obri, Puan Rini dan Akim masuk ke dalam bilik yang dihuni Aishah sendirian.
“Assalamualaikum…” ucap Encik Obri.
“Waalaikumussalam…baba!!” jerit Aishah.
Aishah memeluk ayahnya seerat-eratnya lalu bersalaman dengan kedua orang tuanya.
“Ibu…” kata Aishah.
“Sayang, macam mana?? Dah sihat??” Tanya Puan Rini.
“Alhamdulillah…sihat…” jelas Aishah.
“Ecah, ni Akim ada sekali dekat sini.” Akim hanya menunjukkan senyuman kepada Aishah, namun, Aishah membalas dengan pandangan yang marah.
“Ibu, kenapa dia ada kat sini?? Suruh dia pergi…Ecah tak nak tengok muka dia…”
“Tapi, kenapa sayang??” Tanya Puan Rini.
“Ecah cakap tak nak…tak nak la…”
“Tapi…”
“Tak per lah auntie…Akim keluar dulu…” Akim hanya menuruti kata-kata Aishah.
“Ha…yer lah…”
Akim keluar dengan penuh kehampaan. Dia harus mencari cara untuk menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Aishah.
**********
“Ecah…kenapa cakap macam tu dekat Akim?? Apa yang dia dah buat pada Ecah??” Tanya Puan Rini Adrina dengan penuh kelembutan.
“Tak der apa-apa lah ibu…Ecah just malas nak jumpa dengan dia.”
“Janganlah macam tu sayang, Akim tunggu Ecah kat sini dari malam tadi sampai sekarang sampai dia tak tidur malam semalam semata-mata sebab Ecah.” Jelas ibu Aishah.
“Betul ke apa yang ibu cakap ni?? Atau ibu hanya nak menyedapkan hati aku jer.” Bisik Aishah sendirian.
“Hmmm….” Aishah mengeluh panjang.
Aishah malas nak fikir soal Akim.
“Ibu masak apa hari ni??” Tanya Aishah.
Aishah cuba menukar topik lain.
“Ibu ada bawak sambal kentang, udang goreng tepung dengan sayur masak lemak.”
“Wow! Sedapnya.” Puji Aishah.
“Ecah, baba keluar dulu yer.”
“Kenapa nak keluar??” Tanya Aishah.
“Baba saje nak bagi peluang Ecah dengan ibu berbual panjang.” Usik ayahnya.
“Ala...baba ni merajuk pulak.” Bilang Aishah.
“Mana baba merajuklah sayang, baba Cuma nak ambil angin dekat luar jer.”
Encik Obri keluar dari kamar Aishah manakala Aishah dan ibunya sambung bercerita disamping bergelak ketawa.
“Akim??”
“Eh, uncle…”
“Akim tak balik lagi??” Tanya Encik Obri Khalid.
“Erm…tak…saya nak tunggu Aishah kat sini.”
“Tunggu Aishah??” Tanya Encik Obri Khalid
Akim hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
“Macam ni lah Akim, lebih baik Akim balik dulu, mandi, lepas tu, isi perut yang kosong tu, baru Akim jumpa Aishah.” Arah Encik Obri.
“Tapi uncle….”
“Akim, orang kalau tengah marah, dia boleh cakap apa sahaja…walaupun uncle tak tahu apa masalah Akim dengan Ecah, tapi uncle rasa, lebih baik Akim bagi Ecah peluang untuk tenangkan diri dia, lepas tu, baru Akim jelaskan baik-baik pada Aishah.” Bilang Encik Obri yang seperti tahu mereka berdua punya masalah yang berat.
Akim berfikir sejenak. Mungkin apa yang dikatakan ayah kepada kekasihnya itu benar. Dia akhirnya akui dengan keputusannya.
“Erm…kalau macam tu, tak per lah uncle, Akim balik dulu.” Akim bersalaman dengan Encik Obri, lantas, pergi ke muka pintu untuk melihat Aishah yang kembali sihat.
Aishah sedar Akim memandangnya dari luar pintu, namun, tidak diendahkannya. Dia masih marah akan kejadian malam tadi. Hatinya sakit mendengar Akim meluahkan cintanya kepada orang lain, lebih-lebih lagi perempuan itu merupakan sahabat baiknya.
Akim pulang menaiki teksi disebabkan dia sendiri tidak memandu pada malam semalam. Dia mengambil keputusan ingin bersendirian walaupun keluarganya keluarganya memiliki seorang pemandu yang boleh mengambil dan menghantarnya pulang.
Ketika di dalam teksi….
“Aishah…aku cintakan kau…selamanya aku mencintai kau…janganlah buat aku begini, Aishah…aku tak boleh hidup tanpa kau…aku tahu aku bersalah, tapi, ingin sekali aku menjelaskan segalanya kepada kau…I’m so sorry Aishah…I’m so sorry…Ya Allah! Kau bantulah aku dan Aishah…Aku serahkan segala-galanya kepada-Mu…” Bisik hati Akim sendirian. Hanya dia yang tahu betapa sakitnya perasaan dia apabila orang yang dia cintai tidak mengendahkannya.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries