Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 15
14 July 2010 | 2:01 PM | 0 comments

karya:mentari

Akim sampai dirumahnya tepat jam 2 petang. Hatinya tidaklah berbunga riang. Hidupnya seperti tidak terurus sejak Aishah tidak mahu bertemu dengannya. Dia tidak pernah menyalahkan Aishah membenci dirinya malah dia sendiri yang menyalahkan dirinya atas kejadian malam itu
Akim terus naik ke tingkat dua rumahnya untuk beristirehat sebentar.
PANG!!!
Pintu biliknya di tutup kuat. Hampir seluruh isi rumah mendengar bunyi pintu itu. Akim hanya memandang cermin dihadapannya. Dia merasakan dirinya memang bersalah dalam hal ini walaupun dia tahu dia tidak sengaja berkata demikian.
TOK!! TOK!! TOK!!
“Masuk!!” jerit Akim.
“Sayang, kenapa ni??” Tanya ibu kesayangan Akim.
“Tak der apa-apa lah ma…Akim okay jer…” Akim terpaksa berpura-pura dengan Puan Sri Noradira.
“Are you serious tak der apa-apa??”
“Errr….” Akim terkelu lidahnya. Dia tidak tahu apa yang harus dia cerita kepada ibu kesayangannya. Sejak kecil, Akim merupakan seorang anak yang tidak tahu untuk menipu anggota keluarganya terutama ibunya.
Dia pasti akan menceritakan segalanya kepada Puan Sri Nora sama ada yang pahit, manis dan sebagainya. Namun, dalam soal cinta, ingin sekali dia menyelesaikannya sendirian tanpa bantuan orang lain.
“Ni mesti pasal Aishah kan??” teka Puan Sri Nora.
“Tak der la…bukanlah ma, Akim cuma penat sikit sebab satu hari tak tidur.” Akim terpaksa bagi alasan lain. Namun begitu, hatinya cukup berat kerana terpaksa menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
“Betul ni??” Tanya Puan Sri Nora sekali lagi.
“Betul la ma…”bilang Akim.
“Akim, mama nak tanya ni, esok Akim pergi Penang kan??” Tanya Puan Noradira.
“A’ah la ma, Akim kena pergi Penang esok.” Bilang Akim yang terlupa akan tugasnya di pejabat.
“Mama nak bagitahu Akim, yang esok Mila ikut sama. Dia kena ganti tempat kakak dia untuk projek pengubahsuaian office kat sana.”
“MILA??” Akim terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari ucapan mamanya itu.
“A’ah Mila, kenapa??”
“Err…ermm…tak ada apa-apa la ma…”
“Okaylah, kalau tak ada apa-apa, mama keluar dulu la yer…jangan lupa mandi, lepas tu solat zuhur.”
“Okay ma…”
Akim bingung seketika. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Fikirannya tetap kepada Aishah.
“Kenapa mesti Mila?? Ya Allah, bantulah aku!” bisik hatinya.
Tanpa melengahkan masa, Akim pergi membersihkan diri di kamar mandi yang terletak di dalam biliknya. Lantas, tanpa melengahkan masa, dia terus bersolat untuk memenuhi rukun Islamnya.
Setelah setengah jam berlalu, Akim melengkapkan dirinya dengan pakaian pejabat untuk sambung bekerja.
“Ma!!!!!!” jerit Akim.
“Ya!!!” balas ibunya.
Akim mencari-cari ibu kesayangannya itu.
“Ma, Akim pergi dulu.” Akim bersalaman dengan ibunya.
“Eh, nak pergi mana ni??” Tanya Puan Sri Nora.
“Akim nak pergi office kejap, nak ambil fail-fail yang nak bawak esok.”
“Kalau ya pun, makanlah dulu…ni mama ada masak makanan kegemaran Akim, ikan keli masak lemak cili api.”
“Ha…yer la…yer la…Akim makan.” Akim terus mengambil tempatnya untuk menjamu selera. Begitulah Akim, dia tidak sanggup untuk mengecewakan ibunya dan dia pasti akan merasa makanan ibunya meskipun tidak lapar.
**********
Akim tiba di pejabatnya tepat jam 4 petang. Meskipun dia bercuti pada hari itu namun, disebabkan esok dia harus berlepas ke Penang, dia terpaksa mengambil semua fail-fail yang harus dibawanya.
“Eh, Encik Airit Hakim ada kat sini?? Bukan ke Encik sedang bercuti??” Tanya Stacy yang merupakan setiausahanya.
“Oh, saya memang tengah bercuti sekarang ni, saya dating sini just nak ambil fail-fail penting untuk meeting dekat Penang esok.”jelas Akim.
“Oh, I see…by the way, saya dah letakkan semua fail-fail tu dekat atas meja Encik Akim.”
“Okay, thanks.” Bilang Akim.
Akim lantas masuk ke kamar pejabatnya. Dia duduk di tempatnya. Dia bukanlah memikirkan mesyuarat yang harus dihadirinya esok, tetapi dia masih memikirkan Aishah. Hatinya tak keruan. Dia harus bilang kepada Aishah bahawa dia akan berangkat ke Penang esok bersama Mila kerana dia tidak mahu ada pertelingkahan lagi.
“Aduh, macam mana aku nak cakap dengan Aishah ni?? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!” Bisik hati kecil Akim sendirian.
Tanpa melengahkan masa, Akim bangun dari kerusinya lalu berjalan menuju ke mobilnya di tempat letak kenderaan lalu menuju ke hospital di mana tempat Aishah dirawat. Setibanya di sana, dia terus menuju ke kamar tersebut.
TOK!! TOK!! TOK!!
Aishah hanya mendiamkan diri. Lantas Akim terus masuk setelah mengetuk pintu kamar tersebut.
“Assalamualaikum…” ucap Akim.
Aishah memandang Akim dengan pandangan yang sinis. Hati Aishah terasa sakit apabila memandang wajah Akim meskipun jauh dilubuk hatinya, cintanya tetap untuk Akim.
“Aishah…sihat??”
“Akim buat apa kat sini??!” Tanya Aishah dengan tegas.
“Akim datang nak jenguk Aishah dan…”
“Dan apa?? Dan Akim nak jelaskan semuanya?? Tak payah la Akim, Aishah dah penat dengar semua penjelasan Akim.” Aishah menyampuk ketika Akim mula berbicara.
“Tapi Aishah…Akim…”
“Dah la Akim, Aishah dah penat dengan namanya lelaki…lelaki semuanya sama jer.”
“Tapi Akim tak macam tu…Akim tahu Akim salah masa tu, Akim ingatkan Mila tu Aishah, lagipun masa tu seluruh isi rumah gelap gelita, so, Akim tak tahu siapa yang bawa kek untuk Akim.”
“Lebih baik Akim balik sekarang, Aishah betul-betul tak der mood sekarang ni.” Arah Aishah yang sedikit bengang.
“Okay, Akim akan balik sekarang tapi Akim datang sini just nak minta maaf kat Aishah soal malam tu, Akim betul-betul tak sengaja nak cakap macam tu pada Mila and esok, Akim akan berangkat ke Penang untuk meeting kat sana dan untuk bantu Mila soal pengubahsuaian office kat sana.” Jelas Akim satu persatu.
“MILA?? Kenapa mesti Mila?? Kenapa mesti kawan baik aku??” Bisik hati kecil Aishah geram.
Aishah hanya mendiamkan diri. Hatinya bertambah panas dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Akim tadi.
“Mila terpaksa pergi dengan Akim sebab Marsha ada hal lain esok.” Jelas Akim lagi. Akim seakan tahu isi hati Aishah.
“Okaylah Aishah, Akim balik dulu…Assalamualaikum…”
Lantas tanpa melengahkan masa, Akim terus keluar dari kamar Aishah. Akim begitu kecewa dengan sikap Aishah terhadapnya. Besar sangatkah kesalahan dia sampai Aishah begitu membenci dirinya.
“Waalaikumussalam.” Setelah Akim pergi, barulah Aishah membalas ucapan salam dari Akim.
Aishah merindukan Akim yang dulu. Dia tahu dia telah buat Akim kecewa dengan sikapnya.
“Kenapa perkara itu harus berlaku?? Akim takkan tidak menyedari antara suara Aishah dengan suara Mila masa Mila menyanyikan lagu hari jadi untuknya?? Takkan Akim mencintai Mila??” bisik hati kecil Aishah.
Soalan-soalan itu sentiasa berlegar-legar di minda Aishah. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Adakah dia harus menerima penjelasan dari Akim atau memutuskan hubungannya dengan Akim??
TOK!! TOK!! TOK!!
Kedengaran ketukan pintu dari luar. Siapakah orang itu??
“Assalamualaikum Aishah.” Ternyata orang itu adalah doktor yang merawat Aishah.
“Waalaikumussalam.”
“Aishah sihat??” Tanya doktor itu sambil mengerjakan tugasnya disamping jururawatnya.
“Alhamdulillah, sihat.”
Setelah membuat beberapa check up ke atas Aishah, akhirnya ada satu berita gembira.
“Okay, bagus semuanya…kalau macam tu, esok pagi, Aishah dah boleh balik.” Bilang doktor itu sambil menulis sesuatu di buku laporannya.
“Really, doktor??” Tanya Aishah yang seakan tidak percaya.
“Betul.”
“Alhamdulillah…” ucap syukur Aishah ke hadrat Ilahi.
“Okaylah, kalau macam tu, saya keluar dulu la yer.”
“Okay, thanks doktor.” Bilang Aishah.
Aishah cukup gembira kerana dia akan keluar dari rumah sakit itu tidak lama lagi. Hatinya sedikit berbunga riang walaupun masih ada luka di hatinya itu.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries