Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Cintaku Hanya Untukmu 16 (ENDING)
16 July 2010 | 11:48 AM | 0 comments

karya:mentari

Malam menjelma kembali. Aishah masih sendirian di kamar hospital itu. Tiada siapa yang menjenguknya. Fikirannya mula terbang melayang memikirkan kekasih hatinya. Saat masnis bersamanya mengimbau seribu satu kenangan bersama Akim.
Sedang Aishah enak memikirkan kekasihnya meskipun saat itu dia sangat kecewa akan pacarnya, muncul pula wajah yang sangat dikenalinya masuk ke kamar istirehat di hospital itu.
“Assalamualaikum…Aishah…”
“Waalaikumussalam…” Hanya itu ucapan sambutan Aishah terhadap Mila.
Setelah itu, masing-masing membisu. Tada perkara untuk diceritakan.
“Kau sihat??” Tanya Mila dengan penuh prihatin.
“Sihat.” Jawab Aishah acuh tak acuh.
“Aishah…aku nak minta maaf tentang malam tu…aku tahu kau marahkan aku, tapi aku tak de niat nak buat macam tu kat kau…” jelas Mila.
“Tak de niat?? Tapi malam tu kau suka kan?? Kau suka kan Akim kan??” Tanya Aishah.
“Errr…errr…aku…aku…” Mila menjadi gagap seketika.
“Kenapa kau tergagap??”
“Sha, maafkan aku…” hanya itu ungkapan yang mampu dilafazkan.
“Maksudnya kau suka kan?? Jujur jer la dengan aku.” Tanya Aishah sekali lagi.
“Okay…aku akan terus-terang dengan kau tapi kau kena dengar satu persatu, lepas tu, baru kau menilai aku dan Akim.”
“Actually, aku memang sukakan Akim sejak first time aku datang kat rumah dia…masa tu, aku rasa kau belum mengenali Akim, dan bila kau cerita yang kau dah sebulan bercinta dengan dia, aku rasa sakit, hati aku sakit tapi yang aku tahu, aku harus menerima hubungan kau dan dia, aku rela dengan semua tu…soal malam tu, sememangnya aku tak tahu, yang aku tahu Aril suruh aku bawa kek tu dekat Akim dan menyanyi lagu hari jadi untuk dia…aku tahu sepatutnya kau yang kena lakukan semua tu bukannya aku, tapi aku tak tahu kenapa Aril suruh aku.” Jelas Mila satu persatu.
“Aril?? mesti dia nak kenakan aku.” Bicara hati Aishah.
Sememangnya, Aishah agak terkejut akan semua yang diungkapkan oleh Mila, namun, dia tahu Mila tidak bersalah, begitu juga dengan Akim. Walaupun begitu, perasaan cemburunya sukar ditahan. Hatinya membuak-buak bagi api yang sedang membara.
Mereka berdua mendiamkan diri. Masing-masing terasa janggal setelah kejadian malam itu. Akhirnya, Mila memutuskan untuk pulang ke rumah.
“Erm…Aishah, aku balik dulu la…”
Aishah hanya menganggukkan kepalanya dan mendiamkan diri.
“Assalamualaikum.” ucap Mila.
“Waalaikumussalam.” Balas Aishah.
Perbualan mereka setakat itu sahaja. Mereka tidak tahu ingin bercerita apa. Hubungan mereka tidak seperti dulu hanya kerana seorang lelaki. Setelah Mila pulang, mata Aishah lama-kelamaan ingin lelap sambil teringatkan kisah antara dia dan Akim. Akhirnya Aishah dibuai mimpi yang indah.
**********
“Akim!!! Cepat turun!!! Nanti terlepas flight!!” jerit Puan Sri Nora pada pagi yang indah itu.
“Ya!! Ya!!! Kejap!!!” jerit Akim dari kamarnya.
Akim sudah bersiap dan hanya menunggu untuk dihantar ke KLIA . Akim terus turun ke bawah untuk makan tengah hari bersama keluarganya.
“Erm…sedapnya, mama masak hari ni…” bilang Akim.
“Dah…dah…pergi makan cepat…nanti mama suruh Pak Mat hantar Akim.” Bilang ibu kesayangan Akim itu.
“Yer la…yer la…”
Akim makan dengan segera kerana takut flight dia terlepas. Setelah itu, dia bersalaman dengan kedua orang tuanya sebagai tanda meminta restu untuk pergi bekerja. Lantas, dia segera dihantar ke KLIA oleh Pak Mat, yang merupakan pemandu keluarga Tan Sri Faizal.
“Akim dah pergi belum?? Nak call ke tak nak?? Selamat ke tak dia naik kapal terbang ni??” bisik hati kecil Aishah yang sudah pulang ke rumah awal pagi tadi, terasa tidak sedap hati akan kepergian Akim.
Jam di dinding kamarnya tepat pukul 1.30 tengah hari. Pasti Akim sudah pun sampai di Pulau Pinang kalau dia berlepas pagi tadi.
“Ecah!!!” jerit Puan Rini.
“Ya!!! Kejap!!! Kejap!!!” jerit Aishah.
Aishah berlari-lari anak, lalu, turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku. Kedengaran suara ibunya seperti orang yang kerisauan.
“Ya…ibu…ada apa??” Tanya Aishah tercungap-cungap.
“Berita ni…berita ni…Ecah, tengok ni…” bilang Puan Rini.
Aishah melihat penuh teliti berita apa yang ibunya maksudkan. Mata Aishah mula berkaca. Jantungnya terasa bagai nak tercabut.
“Ibu…ibu…Akim…ibu…Akim…” Aishah menangis sambil memeluk ibunya. Berita kapal terbang yang menuju ke Pulau Pinang terhempas di lautan akibat cuaca yang sangat teruk. “Ibu…Akim…Mila…” bilang Aishah lagi.
“Sabar sayang…kita belum tahu siapa penumpangnya.” Puan Rini cuba menenangkan diri puteri kesayangannya.
“Ecah nak pergi KLIA sekarang jugak…Ecah nak cari Akim…Akim mesti belum pergi lagi…” bilang Aishah sambil teresak-esak menangis.
“Tapi Ecah…” tanpa sempat Puan Rini menasihati anaknya. Aishah dengan keadaan menangis terus melangkah pergi menuju ke KLIA dengan memandu kereta miliknya.
Aishah terus menangis dan terus menangis tanpa henti. Separuh nyawanya bagai hilang. Akim adalah cinta hatinya dan tiada siapa yang dapat merubah perasaan itu. Mila adalah sahabat karibnya sejak kecil lagi. Dia sangat menyesal akan kata-katanya terhadap Mila dan Akim.
Setengah jam kemudian, Aishah sudahpun tiba di KLIA. Dia berlari-lari seperti orang yang hilang arah mencari kekasih hatinya itu.
“AKIM!!! AKIM!!!” Aishah menjerit-jerit nama Akim meskipun ramai yang memandang gelagatnya.
Aishah penat mencari Akim di seluruh kawasan di KLIA dan berhenti. Mungkin itu adalah takdir hidupnya. Mungkin Akim bukanlah jodohnya.
“Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Akim…janganlah biarkan dia pergi…” doa Aishah dalam hati dan berharap Akim belum berangkat lagi.
“Aishah…” satu suara menegurnya dari arah belakang badannya. Lantas, Aishah memalingkan mukanya lalu dia sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya.
“Akim!!!” Aishah sedikit menjerit, lantas, terus memeluk Akim tanpa mempedulikan orang yang sedang melihatnya. Aishah terus menangis tanda bersyukur, kekasihnya masih hidup.
“Aishah…Akim minta maaf…Akim cintakan Aishah…cinta Akim hanya untuk Aishah.” Akur Akim.
“Aishah pun…Aishah tahu Akim tak bersalah masa tu…maafkan Aishah…Akim jangan tinggalkan Aishah, Aishah sangat mencintai Akim.” Aishah juga akur akan hatinya terhadap Akim.
Akim mengusap pipi Aishah yang basah dengan air mata.
“Akim…Mila??” Tanya Aishah.
“Sayang, Mila…”
“Mila kenapa?? Mila kenapa Akim??” Tanya Aishah dengan terdesak.
“Mila dah….”Akim tak sanggup mengatakan perkataan itu.
“Innalillahi wainnaillaihi raji’un…” Aishah menangis dengan sepuas-puasnya. Sahabatnya pergi jua akhirnya meninggalkan dirinya selama-lamanya.
Telefon bimbit Aishah berdering. Aishah melihat nama ‘rumah’.
“Ibu…Mila…Mila dah tak der…” Aishah memberitahu berita itu kepada ibunya tanpa sempat ibunya memberi salam.
“Itu yang ibu telefon ni, mama Mila telefon ibu tadi…mana Aishah tahu?? Akim??” Tanya Puan Rini.
“Akim yang bagitahu, Alhamdulillah Akim selamat. Flight Akim tak sama dengan Mila…flight Mila pagi, pukul 11.00…Akim, flight dia pukul 1.30.” jelas Aishah sambil menangis teresak.
“Alhamdulillah…kejap lagi pengebumian jenazah Mila, ibu nak Ecah balik sekarang, nanti kita pergi sama-sama.”
“Okay ibu, kejap lagi Ecah balik…Assalamualaikum.” Bilang Aishah.
“Waalaikumussalam.” Balas ibunya pula.
Aishah menamatkan panggilan itu sebelum Puan Rini. Aishah masih mengalirkan air mata.
“Akim, jom kita balik sekarang…Aishah nak pergi ziarah keluarga Mila…Akim ikut sekali yer??” Tanya Aishah.
“Mestilah sayang…” bilang Akim terhadap kekasihnya itu.
“Aishah, dah, jangan menangis, malu dilihat orang.” Pujuk Akim terhadap Aishah.
“Okay…okay…”Aishah mengesat air matanya. Namun, jauh di sudut hatinya dia tetap menangis.
“Family Akim dah tahu ke Akim tak flight ni??” Tanya Aishah lagi.
“Mestilah dah tahu…dah la, jom.”
“Jom…kita naik kereta Aishah yer…tak payahlah suruh Pak Mat jemput.” bilang Aishah.
“Okay…tapi Akim yang drive.”
Aishah hanya menganggukkan kepalanya, sebagai tanda setuju mengikut keinginan Akim. Mereka berdua terus menuju ke rumah Akim lalu giliran Aishah pula memandu sendirian tanpa Akim untuk menuju ke rumahnya pula.
“Aishah balik dulu yer…kirim salam dekat semua orang.”
“Okay…hati-hati sayang.”
“Okay.” Balas Aishah.
Selang 20 minit kemudian, Aishah tiba di rumahnya.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam…Ecah, dah cepat pergi mandi.”
“Okay…okay…tunggu kejap.”
Hampir 15 minit mempersiapkan diri, Aishah turun ke ruang tamu di tingkat bawah untuk menemui ayahanda dan bondanya.
“Jom…baba, ibu, Ecah dah siap…tapi, abang mana?? Tak ikut ke??”
“Abang kamu kan pergi Melaka hari ni, tapi ibu dah bagitau dia, nanti dia balik sini, dia terus ziarah kubur arwah Mila.” Jelas ibu kesayangan Aishah.
“ Dah, jom, karang lambat pulak.” Bilang ayah Aishah.
Aishah duduk di bahagian belakang mobil milik Encik Obri, manakala ibunya sudah semestinya di sebelah suaminya. Sepanjang perjalanan, Aishah menangis kerana teringat kenangan manis dan pahit bersama arwah Mila sepanjang hayatnya.
Aishah juga berasa cukup bersalah terhadap arwah Mila tentang peristiwa pahit itu.
“Assalamualaikum.” Ucap ibu Aishah kepada ibu Mila setelah tiba di tempat pengebumian jenazah Mila.
“Waalaikumussalam...kak Rini, Mila dah tak de.” Puan Sri Baizura memeluk ibu Aishah.
“Sabar ye Zura, semua tu ada hikmahnya.” Pujuk Puan Rini kepada ibu arwah Mila dan Marsha.
Majlis pengebumian Mila berakhir sudah. Aishah masih bersedih atas pemergian sahabat baiknya itu.
“Aishah!! Tunggu!!” jerit seorang lelaki ini.
Aishah menghentikan perjalanannya menuju ke mobil milik keluarganya.
“Ada apa Aril??” Tanya Aishah dengan malas.
“Akim!!!” jerit Aril kepada adik bongsunya itu.
Kini, Akim pula melangkah menuju ke Aishah dan Aril.
“Ha…ada apa along??” Tanya Akim.
Hafiz yang merupakan abang Akim yang sedang berjalan di sebelah mereka, hanya membiarkannya tanpa masuk campur dalam urusan mereka bertiga.
“Akim, Aishah…Aril nak minta maaf atas semua kesilapan yang Aril pernah lakukan dulu…Aril sangat mencintai Aishah dan Aril tak dapat menerima hakikat bahawa cinta Aishah terhadap Akim sangat utuh dan tidak mungkin dapat dileraikan, so, Aril minta maaf banyak-banyak dan harap korang berdua maafkan Aril.” Jelas Aril yang panjang lebar.
“Err…okay…okay Aishah maafkan tapi, Aril jangan cuba-cuba untuk memisahkan kami berdua tau.” Bilang Aishah. Dia sendiri pun tidak mahu untuk berbalah hanya kerana cinta.
“Akim pun maafkan along.”
Akhirnya mereka bertiga rapat kembali. Akim dan Aishah kini bersatu untuk sepanjang hayat mereka tanpa ada sebarang gangguan. Mereka kembali bahagia. Hidup mereka mula ceria sejak hari itu.
**********
“Dah setahun Mila meninggalkan kita, terasa rindu pulak dengan dia.” bilang Aishah.
“Ya la sayang, apa kata kita ziarah kubur dia.”
“Okay…okay…jom.”
“Sayang siaplah dulu...Akim tunggu dekat bawah.”
“Okay.”
Kini, hampir 3 bulan Aishah dan Akim menjadi pasangan suami isteri. Mereka cukup bahagia dengan rumah tangga mereka. Aishah dan Akim memiliki sebuah rumah yang selesa dan sederhana untuk mereka.
“Akim, jom.”
“Okay, jom…kunci pintu dulu.” Arah Akim.
“Dah kunci dah.”
Mereka segera meninggalkan kediaman mereka, lantas, menuju ke tanah perkuburan di mana terletaknya kubur arwah Mila di sana. Setelah 15 minit duduk di dalam kereta, akhirnya mereka tiba juga. Surah Yassin beserta air bunga di bawa bersama.
“Eh, along dengan kak Mar pun ada.” Bilang Aishah.
“A’ah, setiap dua hari sekali, kak Mar akan pergi sini.”
“Oh, I see…kak Mar dengan Aril bila nak kahwin ni?” Tanya Aishah.
Marsha tersipu-sipu malu mendengar persoalan yang dikemukan Aishah terhadapnya.
“Bulan depan kitaorang kahwin la…persiapan dah hampir siap.” Bilang Aril.
“La…yer ker…tak tahu pun.”
“Bukan Akim tahu ke??”
“Akim tak bagitahu pun.” Jelas Aishah.
“Akim ni memang, bukannya nak bagitahu orang lain hal-hal yang penting macam ni.” Perli Aril.
“Ala…Akim malas nak kecoh-kecoh pasal hal ni.”
“Ha, yer la tuh…dah la, along nak balik dulu.”bilang Aril.
“Okaylah, Aishah, kak Mar balik dulu yer…Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Aishah dan Akim serentak.
Akim menghamparkan tikar lalu duduk di atasnya. Mereka membaca surah Yassin bersama dan setelah itu, mereka menyiram kubur arwah Mila dengan air bunga yang mereka sudah sediakan.
“Mila, maafkan atas semua salah dan silapku…jujur, ku akui, aku salah mentafsir diri kau…kau sahabat aku yang paling hebat…terima kasih atas kejujuranmu…Mila, sekarang aku bahagia disamping Akim, hanya dia lelaki yang aku sayang dan cinta, tiada yang kedua dan ketiga…cintaku hanya untuk dirinya sepanjang hayat hidup aku…thanks Mila, kerana kau sudi menemaniku di kala aku susah mahupun senang saat kau masih hidup dulu.” Bicara Aishah dalam hati.
“Aishah!! Aishah!!” satu panggilan suara menghentikan lamunannya.
“Ya…kenapa??”
“Jom kita balik.” Ajak Akim.
“Okay…okay…jom.” Balas Aishah.
Sebelum pergi menuju ke pagar besar tanah perkuburan Islam itu, Aishah menoleh pandangannya sayu ke arah kubur arwah Mila. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya dia terhadap Mila.
Akim dan Aishah bahagia meneruskan kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri. Mereka cukup bahagia terutamanya Aishah. Dia berjanji bahawa cintanya di dunia ini hanyalah untuk Akim dan begitu juga dengan Akim yang mencintai Aishah sehingga akhir hayatnya.

Labels: , , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries