CSI AISHKIM : Jom meriahkan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 di Putrajaya!
22 July 2010 | 3:14 PM | 0 comments
credit:sinar harianSabtu ini, bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya, bakal menyaksikan Konsert Kemuncak Suria FM 2010, dengan penuh gilang-gemilang dan pastinya mengukir sejarahnya yang tersendiri.
Konsert yang bertemakan “ 90-an vs Terbaru” ini melibatkan artis-artis popular era 90-an seperti Jamal Abdillah, Fauziah Latiff, Anuar Zain, Hattan, kumpulan XPDC, Slam dan Joey BPR . Tidak ketinggalan artis baru seperti Aizat, Mawi, Akim, Dayang Nurfaizah, Alyah dan Kumpulan One Nation Emcees yang akan berkongsi pentas. Pastinya gabungan artis lama dan baru ini akan menggamatkan lagi Konsert Kemuncak Suria FM yang julung kalinya diadakan di pusat pentadbiran terkenal di negara ini.
Turut serta, barisan penyampai Suria FM, seperti Linda Onn, Halim Othman, Tuah, dan ramai lagi yang bakal ‘turun padang’ untuk menghiburkan anda. Malah anda juga berpeluang menyaksikan kesemua penyampai kesayangan anda itu membuat persembahan ‘gimik’ sewaktu pembukaan konsert.
Sebelum konsert kemuncak menjelang, seawal pagi lagi, para pengunjung akan di sajikan dengan beberapa persembahan dari artis seperti Black, Jinbara, Vince, Aliff Aziz, The 5, dan Azharina. Malah banyak persembahan dan acara menarik turut disediakan. Selain itu terdapat juga beberapa gerai jualan makanan dan pelbagai barangan sepanjang karnival itu berlangsung.
Labels: akim, akim af7, info, suria fm, the hero