Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : JUMPA MEREKA MALAM INI
17 July 2010 | 10:20 AM | 0 comments
(gambar sekadar hiasan)

credit:utusan malaysia

SIAPA nak tengok artis baca puisi? Pastinya ramai di kalangan kita khususnya mereka yang meminati bidang sastera tidak mahu melepaskan peluang ini.
Apatah lagi, personaliti yang bakal ditampilkan bukan calang-calang orang.
Sempena Malam Puisi Utusan yang akan berlangsung malam ini di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur, warga kota diundang untuk sama-sama memeriahkannya.
Antara bintang popular yang akan memeriahkan majlis baca puisi malam ini ialah pelakon sensasi, Rozita Che Wan, Lan Typewriter, Akim AF7, Marsha dan Suhaimi Mior Hassan.
Bukan saja mereka, bahkan Malam Puisi Utusan juga akan dibarisi oleh nama-nama besar dalam gelanggang sastera tanah air.
Mereka terdiri daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penyair Marsli N.O, Shukri Abdullah, Rajeswari Seetha Raman, Harlem Yeo, penyanyi lagu puisi Roslan Madun dan Kumpulan Gemersik Persebudaya dari SMK Kati Kuala Kangsar.
Seperti lazimnya, majlis Malam Puisi Utusan dibuka secara percuma kepada orang ramai.
Ia merupakan salah satu daripada acara Minggu Sastera Utusan. Acara lain turut dimuatkan termasuklah malam penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada 9 Julai yang lalu.
Penganjuran Malam Puisi adalah bagi meneruskan kegemilangan Kumpulan Utusan dalam usaha mengangkat karya sastera, kesenian dan kebudayaan.
Malam Puisi Utusan juga akan menyaksikan kebolehan di kalangan tokoh dan personaliti daripada pelbagai bidang mendeklamasikan puisi dan menyanyikan lagu puisi pada acara yang mendapat kerjasama dari tiga organisasi terkemuka iaitu Astro sebagai penyiar rasmi, Istana Budaya sebagai penaja lokasi dan juga ExxonMobil sebagai penaja utama.
Ayuh bawa teman-teman serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama memeriahkan Malam Puisi Utusan di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries