Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM : SIAPAKAH SELEBRITI ANUGERAH STAIL EH! 2010
20 July 2010 | 6:29 PM | 0 comments


credit:www.murai.com.my

KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2010: Dua tahun lalu, pengacara dan hos nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi telah dipilih oleh pembaca setia majalah fesyen dan gaya hidup EH!, sebagai penerima anugerah utama Anugerah Stail EH! 2008. Siapa pula yang bertuah pada tahun ini?
Bakal berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang malam esok, acara penuh gaya dan warna itu bakal menempatkan ramai selebriti, pereka fesyen dan jurusolek popular tempatan bagi meraikan kejayaan serta sumbangan mereka di dalam industri hiburan negara.
Antara selebriti yang bakal menghangatkan laluan permaidani merah majlis tahun ini seperti Fazura, Faizal Tahir, Alyah, Rozita Che Wan, Liyana Jasmay, Gambit, Irma Hasni, Ashraf Muslim, Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Sazzy Falak.
Sementara pereka fesyen popular antaranya Syaiful Baharim, Rizman Ruzaini, Radzuan Radziwil, Michael Ong, Amir Luqman dan tidak ketinggalan jurusolek paling digemari di kalangan selebriti seperti Nurul Shukor, Razlan Bahari dan ramai lagi.
Mempertaruhkan 15 kategori antaranya Selebriti Wanita/Lelaki Paling Bergaya, Selebriti Lelaki/Wanita Paling Seksi dan Selebriti Pilihan Kulit Majalah, penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa berbading pertama kali ianya diadakan.
Malah dua kategori baru telah diperkenalkan tahun ini iaitu Jurusolek Selebriti Terbaik dan Pereka Fesyen Selebriti Terbaik bagi mengiktiraf serta menghargai hasil kerja kreatif kedua-dua bidang ini yang sememangnya memainkan peranan penting.
Anugerah Stail EH! 2010 turut mendapat saingan sengit daripada beberapa nama besar contohnya Ziana Zain, Farah Fauzana serta Aznil yang akan berentap menerusi kategori Selebriti Mesra Peminat.
Nama pelakon jelita lagi seksi, Rozita Che Wan juga disebut-sebut sebagai selebriti yang bakal menyerlah pada malam anugerah berkenaan apabila menerima pencalonan terbanyak iaitu bagi kategori Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik, Selebriti Wanita Paling Seksi dan Selebriti Pilihan Kulit Majalah.
Semuanya akan terjawab pada malam esok.
Malam anugerah akan diserikan dengan persembahan bertenagah daripada kumpulan One Nation Emcees, Black, Shila, Najwa,Mizz Nina, Farhan serta Fabulous Cat.
Lebih hangat dan membara dengan kehadiran 10 Lelaki Disenangi iaitu Nazim, Shah Jaszle, Gambit, Akim, Naz, Black, Iz Sulaini, Naqib, Ryzal dan Sharnaaz yang akan membuat kemuculan istimewa pada malam berkenaan.
Anugerah Stail EH! 2010 ditaja khas oleh Sasa, manakala portal murai.com.my menerusi segmen Stailista bertindak selaku portal rasmi acara fesyen selebriti paling dinanti-nantikan tahun ini.
Ikuti laporan eksklusif permaidani merah bersama Detektif Stailista menerusi segmen Stailista di murai.com.my pada 22 Julai ini dan juga tidak ketinggalan rakaman belakang tabir istimewa Gala TV (saluran Astro Awani 501) pada 25 Julai ini, jam 4.30 petang.
Senarai Kategori & Pencalonan Anugerah Stail EH! 2010
Selebriti Wanita Paling Bergaya
1. Fazura
2. Liyana Jasmey
3. Marion Caunter
4. Natasha Hudson
5. Arabyrd (Arafah)
Selebriti Lelaki Paling Bergaya
1. Awal Ashaari
2. Faizal Tahir
3. Anuar Zain
4. Joe Flizzow
5. Iz Sulaini
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik
1. Fouziah Ghous
2. Maya Karin
3. Rozita Che Wan
4. Fasha Sandha
5. Kat Mentor
Selebriti Lelaki Segak
1. Remy Ishak
2. Fahrin Ahmad
3. Farid Kamil
4. Anding
5. Fizzo Omar
Selebriti Mesra Peminat
1. Fara Fauzana
2. Nabil
3. Ziana Zain
4. Aznil Nawawi
5. Dafi
Selebriti Wanita Paling Seksi
1. Tiz Zaqiah
2. Rozita Che Wan
3. Jue Aziz
4. Alyah
5. Daphne Iking
Selebriti Lelaki Paling Seksi
1. Aaron Aziz
2. Remy Ishak
3. Kamal Adli
4. Adi Putra
5. Farid Kamil
Selebriti Serba Boleh
1. Aznil Hj Nawawi
2. Ziana Zain
3. AC Mizal
4. M.Nasir
5. Erra Fazira
Selebriti Paling Fotogenik
1. Diana Danielle
2. Erra Fazira
3. Nora Danish
4. Fasha Sandha
5. Natasha Hudson
Selebriti Pencapaian Terbaik
1. Aizat
2. Aznil
3. Dato' Siti Nurhaliza
4. Yuna
5. Fara Fauzana
Selebriti Pilihan Kulit Majalah
1. Diana Danielle
2. Fasha Sandha
3. Scha Al Yahya
4. Rozita Che Wan
5. Dato' Siti Nurhaliza
Selebriti Contoh (Role Model)
1. Rosyam Noor
2. Dato' Sheila Majid
3. Aznil Hj Nawawi
4. Datin Sri Tiara Jacquelina
5. Dato' Siti Nurhaliza
Pasangan Selebriti Paling Diminati
1. Que Haidar & Linda Jasmine
2. Rita Rudaini & Aidil Zafuan
3. Erra & Engku Emran
4. Sazzy & Nazril
5. Dato' Siti Nurhaliza & Dato' Seri Khalid
Jurusolek Selebriti Terbaik
1. Ezral
2. Razlan Bahari
3. Khir Khalid
4. Nurul Syukor
5. Saidatulnisa
Pereka Fesyen Selebriti Terbaik
1. Rizalman Ibrahim
2. Dato' Tom Abang Saufi
3. Albert King
4. Radzuan Radziwill
5. Michael Ong

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries