Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

CSI AISHKIM:KONSERT CORNETTO BERJAYA SEMARAKKAN RASA CINTA
06 July 2010 | 10:46 AM | 0 comments

credit:murai.com
KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2010: Suasana di atas bumbung Bukit Bintang Plaza diselubungi rasa cinta dan keriangan apabila konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love disaksikan ramai penonton, malam kelmarin.

Duta Baru jenama Wall's Conetto, Akim membuka tirai persembahan pada malam itu dengan menampilkan lagu tema kempen Cornetto's Take a Chance, Show your Love, Inilah Cinta yang digubah sendiri olehnya sebagai ekspresi cinta dan persahabatannya kepada peminta-peminat yang hadir.

Selepas menyampaikan lagu 'Inilah Cinta' , Akim terus memukau penonton dengan satu lagi persembahan solo, iaitu lagu yang menjadi permintaan ramai penonton dkhususnya di kalangan ahli kelab Akim pada malam itu iaitu Bengang'.

Persembahan pada malam itu kemudian disusuli pula dengan persembahan dari Mila, penyanyi kecil molek yang mempersembahkan dua lagu hitnya seperti 'Aku Lebih Tahu' dan 'Jika Kau Ubah Fikiran', di mana ia telah membuatkan penonton yang hadir turut menyanyi bersama-samanya.

Kemudian kedua-dua bekas duta Wall's Conetto , Shila OIAM dan Dafi pula tampil dan menyamarakkan lagi rasa cinta malam itu dengan berduet lagu medley seperti 'Dua Hati Jadi Satu' dan 'Tunjukkan Cinta' kepada peminta-peminat dari fan club masing-masing.
Kehangatan malam itu semakin terasa apabila mereka sangat terhibur dengan persembahan Aizat. Aizat yang muncul dengan hanya berpakaian kasual pada malam itu ternyata membuatkan penonton menjerit kegilaan lebih-lebih lagi saat dia mempersembahkan lagu hitnya 'Hanya Kau Yang Mampu'.

Selanjutnya, penonton semakin teruja apabila pengacara Naz mengumumkan bahawa konsert malam itu akan diteruskan lagi dengan persembahan dari band popular Bunkface. Seperti hari-hari yang sebelumnya, persembahan Bunkface mmang tidak menghampakan penonton termasuklah pada malam itu.

Dengan membawakan 3 lagu hits yang dimuatkan di dalam album studio pertama mereka iaitu Prom Queen, Situasi dan Extravaganza. Bunkface diakui telah memberikan persembahan yang cukup hebat dan bertenaga pada malam itu.

Terharu dengan sambutan penonton yang bernyanyi bersama-sama mereka, vokalisnya iaitu Sam dengan tidak semena-mena telah turun ke bawah pentas untuk bertemu penonton dan penonton pula mengambil kesempatan untuk mengerumuninya. Sam kemudian berjaya diselamatkan oleh pengawal RELA untuk kembali semula ke atas pentas.

Pada akhir konsert, Akim dan Mila kembali ke pentas bersama penonton semula untuk berpadu suara menerusi lagu hits drama muzikal yang mereka jayakan bersama , 'Kau dan Aku'. Konsert malam itu kemudian berakhir apabila Akim bersama-sama dengan penyanyi yang lain mempersembahkan lagu tema Wall's Conetto, 'Inilah Cinta' lagi sekali.

Dalam pada itu, Akim yang ditemui di akhir konsert itu memberitahu dia sangat terharu dengan pemilihanya sebagai duta kepada Wall's Conetto itu dan berpuas hati dengan perjalanan konsert pada malam itu.

"Saya percaya, dengan adanya konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love yang berlangsung pada malam ini, ia dapat membuka ruang untuk saya dan mereka yang lain untuk menjalinkan persahabatan di kalangan penonton baru atau yang telah sedia ada yang telah hadir pada malam ini. . Saya benar-benar teruja menajdi sebahagian daripada insiatif yang menggemparkan ini!", kata Akim

Labels: , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries