Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 1 - Terlewatkah Aku???
08 July 2011 | 1:16 PM | 0 comments
“Balik-balik muka kamu berdua lagi. Tak serik-serik ke mengadap muka saya setiap pagi!”

Muka Cikgu Baha tampak garang. Geleng kepala dia melihat dua pelajar yang berdiri di hadapannya. Tambah sakit hati apabila kedua mereka seolah-olah tiada perasaan walau pun setiap kali lewat ke sekolah. Hatta keinsafan pun semakin pudar.

“Apa pula alasan kamu kali ni? Iwan?” Dipandangkan pelajar kacukan Cina yang berdiri di hadapan.

“Err, saya lambat bangun, cikgu.” Alasan di beri.

“Lambat bangun! Kamu buat apa semalam? Jaga ayam!” Sindir beliau.

Iwan tersengih. Tawanya cuba di tahan. (Buat lawak pula cikgu ni! Hehe…)

“Hah!!! Kamu pula?” Soal Cikgu Baha pada seorang lagi muridnya. Rotan dihalakan.

“Ayam saya mati cikgu. Justeru saya tak dapat bangun sebab tiada kokokan menandakan hari dah pagi.” Selamba kata-kata itu keluar dari pelajar yang di beri nama Akim Aidzril.

Terhambur tawa Iwan apabila mendengar jawapan sahabat sekutunya itu walau pun cuba di tahannya. Tapi tidak pada Cikgu Baha. Tahu benar dia Akim sekadar melawak. Guru lelaki itu berwajah serius.

“Ayam mati ya!!! Baik. Kamu berdua boleh balik ke kelas dulu. Waktu rehat nanti jumpa saya. Saya nak bagi ayam baru pada awak berdua. Faham!!!”

Kedua mereka mengangguk dan terus beredar keluar.

Cikgu Baha memandang dengan ekor mata. (Bila la nak insaf budak berdua ni!)

**********
Suasana kelas 5 Aspirasi hingar bingar dengar suara para pelajarnya. Kesempatan di ambil apabila guru kelas mereka, Puan Farina mengambil cuti selama tiga bulan kerana melahirkan anak yang ke empat. Guru ganti pula masih lagi belum menampakkan diri meski pun setengah jam telah berlalu.

“Ecah, kau dah siapkan ke kerja sekolah yang Cikgu Aris bagi semalam?”

Aishah terasa badannya digerakkan oleh seseorang. Namun, tiada reaksi darinya.

“Bangun la. Isk, semalam kau tidur pukul berapa hah!” Suara yang kedengaran menusuk masuk ke gegendangnya. Kali ni tonasinya mulai tinggi. Badan Aishah digerakkan lagi dengan harapan tidurnya terganggu.

Aishah mendepakan tangannya dan mengeliat malas. Dia memandang Adira Ruhaila, teman baik yang sentiasa berada di sisinya di saat suka dan duka. (Makcik ni kacau daun betul la. Terganggu tidur aku!)

“Dah!” Jawab Aishah, pendek.

“Boleh pinjam tak? Aku lupa la nak siapkan.” Adira tersengih. Pantas dia duduk di sebelah Aishah.

“Sejak bila pula kau tak reti nak buat kerja sekolah sendiri ni?” Sindir Aishah. (Tadi tak nampak muka pun, tup-tup muncul)

“Aku lupa dowh. Bukan sengaja pun. Pinjam la. Kau tau la Cikgu Aris tu. Garang nak mampus, Tak pasal-pasal aku kena denda nanti. Jatuh la imej aku. Boleh la…” Rayu Adira sambil mempamerkan muka kesian.

“Banyak la kau punya imej. Macam la aku tak tahu. Sah-sah nak cover line dari abang Shahir kan!”

“Huish, kau ni. Jangan la cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar.” Adira memandang kiri dan kanan, bimbang kalau-kalau ada yang mendengar perbualan mereka.

“Kepala otak kau! Percintaan korang tu dah satu sekolah tahu kot. Nak cover apa lagi. Blah la.” Aishah mencebik. Bukan dia tak tahu hubungan cinta teman baiknya itu dengan Shahir, pelajar Tingkatan Enam dan sememangnya bukan lagi rahsia pun di kalangan pelajar Sek Men Tun Bendahara.

“Owh..ek? Satu sekolah dah tahu ya?” Adira menggarukan kepalanya.

“Tulah dia, bercinta sakan sampai kerja sekolah pun tak siap. Aku report Abang Shahir, nak?” ugut Aishah

“Eh, sejak bila kau jadi informer tak bergaji dia ni. Aku lupa la, Bukan di sengajakan pun. Pinjam la. Kali ni je. Kau la sahabat aku dunia akhirat. Boleh la Ecah..Please…Please…” Adira merayu untuk kedua kalinya.

“Yelah..yelah..Kau kalau bab merayu-rayu ni memang pakar kan!” Aishah menghulurkan buku latihan kepada Adira. Dengan pantas Adira menyudahkan kerja sekolahnya.

**********

“Hallo bro! Lambat lagi nampak!” Aishah menegur sebaik saja kelibat dua orang lagi teman baiknya kelihatan.

Akim dan Iwan yang duduk di belakang kedua gadis itu masuk ke kelas dengan wajah yang ceria.

“Hahaha, kalau semua orang datang awal siapa pula yang nak datang lambat kan!”

Akim menyeringai. Begitu juga dengan Iwan. Mereka berdua memang pemegang sejati rekod untuk pelajar lewat ke sekolah.

“Elleh, macam la aku tak tahu. Semalam kau sakan ‘bermuka buku’ kan! Perasan glamour la tu.” Aishah ketawa.

“Cakap aku la! Kau pun sama juga. Bukan main lagi semalam ek!” Akim memulang paku serpih.

“Sama aja korang berdua ni. Masing-masing dah ketagih.” Adira menyertai perbualan mereka setelah selesai membuat kerja sekolahnya. Eh, pembetulan. Setelah selesai meniru kerja sekolah Aishah.

“Ceh, kau pun sama aja dengan diaorang ni! Abang Shahir kau mana?”

Adira menjuihkan bibirnya.” Kau boleh tak jangan tanya soalan kurang cerdik pagi-pagi ni! Mestilah abang aku tu ada kat kelas dia. Kan sekarang ni waktu sekolah.”

“Mana la tahu kot-kot dia pergi mengorat budak sekolah Tun Teja tu.”

Pantas Adira menampar lengan Iwan dengan buku yang telah siap di gulung. “ Cakap baik-baik sikit, abang aku tu setia tau!”

“Bongok la kau. Aku gurau je la.” Iwan mengusap lengannya yang perit.

“Padan muka!” Adira ketawa nyaring sambil menunjukkan ibu jarinya. Belum sempat Iwan menyerang balas, satu suara lantang berkumandang.

“Oiii, senyap woi. Pengetua datang!” Isma, ketua kelas menjerit. Kelam-kabut masing-masing mengambil tempat.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries