Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 2 - Terlewatkah Aku???
19 July 2011 | 1:27 PM | 0 comments
Akim menghempaskan badannya. Begnya sudah terperosok di hujung katil. Kepenatan berjalan kaki masih terasa. Walaupun jarak rumah dengan sekolahnya tidak seberapa jauh tapi cuaca agak panas menyebabkan dia terasa bahang. Cuaca panas hati panas.

(Syarini Saad)

Nama guru pengganti mereka terlakar di fikiran Akim. Dia mendengus kasar. Peristiwa pagi tadi terimbas kembali.

“Bangun semua!” Teriak Isma.

Bunyi kerusi yang diseret bergema di kelas 5 Aspirasi Pengetua mereka Cikgu Aiman Chairel bin Idris Syah atau lebih di kenali dengan nama Cikgu Acis muncul dengan senyuman. Bersamanya seorang guru wanita yang cukup dikenali seisi warga Tun Bendahara dek perangai kekwatnya.

“Selamat pagi cikgu!” Isma memulakan ucapan diikuti dengan pelajar yang lain.

“Selamat pagi. Kamu semua boleh duduk. Baiklah, memandangkan guru kelas kamu bercuti panjang, Cikgu Syarini akan menggantikan beliau buat sementara waktu. Kamu semua kenal dia kan. Jadi, saya harap kamu semua boleh beri kerjasama.” Sekali lagi Pengetua itu tersenyum.

“Akim, jaga tingkah laku kamu.” Sambil memandang Akim, dia memberi pesan.

Akim tersengih. Diajukan simbol peace pada pengetuanya. Aishah ketawa kecil.

“Dan kamu juga Aishah.” Kata-kata Cikgu Acis mematikan tawa Aishah. Dia sudah tersipu-sipu. (Macam la aku ni jahat sangat)

“Baiklah. Cikgu,saya serahkan kelas ni pada Cikgu. Selamat mengajar dan buat kamu semua selamat belajar.Ingat, SPM semakin hampir!”

Usai membuat pesanan ringkas, Cikgu Acis meninggalkan kelas 5 Aspirasi.

Suasana sunyi sepi. Guru tadi memandang setiap dari anak muridnya.

“Memandangkan saya akan mengajar kamu, rasanya lebih baik kita adakan sesi suai kenal. Saya belum pernah lagi mengajar kamu kan. Tapi dah macam-macam saya dengar. Nak juga rasanya kenal dengan murid kelas ni yang konon terkenal dengan kenakalan!”

Serentak sorakan boo bergema bersama dengan ketukan di meja persis persidangan dewan negara.

“Cikgu lupa kot, kelas ni juga terkenal dengan keputusan akademik yang membanggakan.” Syahril Ikmal, salah seorang pengawas sekolah bersuara.

Syarini tersenyum sinis.”Tak guna akademik bagus tapi kelakuan mendukacitakan. Saya teringin mengenali kamu semua. Teringin sangat! Terutamanya sekumpulan pelajar yang paling popular kat sekolah ni. Sekumpulan pelajar bernama Akim Aidzril bin Mukhriz Hashim, Irwan Azmil Chew bin Hisham Azhar Chew, Adira Ruhaila binti Qabil Rusley dan Nik Aishah Najihah binti Nik Aizac Rashidi. ”

“Motif?” Jerit Akim tiba-tiba dari belakang.

“Apalagi, dah jatuh cinta dengan kau kot..Hahaha…” Sambung Aishah menyebabkan satu kelas ketawa.

“Siap sebut nama penuh sekali tu!” Iwan menyampuk.

“Nombor kad pengenalan taknak beritahu juga ke!”

Sekali lagi seisi kelas ketawa apabila mendengar dialog terakhir dari Adira.

“Diam!!! Saya bukan kawan-kawan kamu untuk bergurau macam tu. Saya ni guru kamu. Tolong hormat sikit!! Jangan ingat kamu berempat boleh buat sesuka hati. Ingat!!” Keras bunyinya amaran itu tapi sedikit pun tak membuatkan Akim dan Aishah gentar. Adira dan Iwan pula tersenyum sinis. ‘’Sekarang saya nak kamu berempat ke hadapan!”

Dengan malas keempat mereka bangun. Sempat Akim mencuit Aishah yang berjalan di hadapnnya.

“Aku nak isytiharkan perang.” Bisik Akim.

Aishah yang tidak berpaling tapi mendengar bisikan itu mengganggukkan kepalanya.

“Tak sampai satu hari mengajar dah buat hal!! Kau tak kenal aku siapa lagi. Nantikan buah tangan dari aku ya.” Ketawa Akim pecah. Terbahak-bahak dia ketawa.

**********
“Kau rasa Cikgu Syarini tu sengaja ke buat kita macam tu?” Adira membetulkan ikatan rambutnya. Mereka berdua bersedia untuk membuat latihan bola jaring.

Aishah mencicip sebaik saja mendengar soalan Adira. Memang sejak dari dulu lagi cikgu tu tak berapa berkenan dengan mereka. Aishah sendiri kurang pasti motifnya.

“Habis, kau ingat dia tak sengaja? Apa salah kita sampai nak kena denda macam tu. Malu babe, kena berdiri kat luar kelas. Akim dengan Iwan tu lain la. Diaorang dah biasa. Haha..”

“Tau takpa.” Adira turut ketawa. “Tak pasal-pasal aku pun terbabit sama. Hah, Akim kata nak lancar perang kan. Bila? Aku nak join ok!”

“Eh..Eh..sejak bila kau jadi jahat ni? Tak takut ke Abang Shahir marah?” Usik Aishah.

“Kau ni kan, sesekali nak juga merasa jadi budak jahat. Apa, kau ingat si Shahir tu baik sangat ke? Dia tu nama je ketua pengawas tapi jahatnya lebih kurang aku juga. Lagi pun, macam tak syok la pula nak jadi skema bagai ni.” Adira menaikkan keningnya.

“Hoh, kutuk kekasih sendiri nampak!”

“Alah, tak salah kutuk kekasih sendiri. Takkan aku nak kutuk kekasih kau kot! Ada??? Ada ke!!!” Sindir Adira tanpa bersalah.

“Bengong la kau. Dalam diam-diam kenakan aku!!” Pantas dia ingin menepuk Adira tapi Adira bertindak lebih pantas. Segera dia berlari menuju ke padang sekolah meninggalkan Aishah.

Di tengah padang sekumpulan pelajar perempuan telah berkumpul bagi memulakan latihan.

**********

“Bro, apa plan kau?”

“Relaks la bro. Kita kena tunggu dua orang lagi sekutu kita. Minah dua orang tu nak terbabit sama juga.”

“Tapi kan, takkan kita nak ulang balik pe’el kurang baik kita tu. Tahun ni SPM tau. Aku taknak kena gantung sekolah macam tahun lepas.”

Untuk rekod, tahun lepas Akim dan Iwan telah di gantung sekolah selama dua minggu kerana telah mengenakan Cikgu Adlin sehinggakan guru tersebut di masukkan ke hospital. Akibat perbuatan mereka yang dengan sengajanya meletakkan kulit pisang di lantai menyebabkan guru tersebut jatuh tergolek. Motif perbuatan, pengajaran untuk Cikgu Adlin yang mulutnya lancang berkata-kata tanpa memikirkan sensitiviti pelajar. Yalah, kalau sampai isu ibu bapa pun di sentuh, harus la diberi pengajaran kan. Moralnya, saling la hormat-menghormati.

“Eceh, sejak bila kau bertaubat ni.”

“Bukan macam tu. Papa aku dah warning dah. Dia taknak mengadap Cikgu Acis lagi. Kalau boleh tahun ni aku nak bagi cantik sikit rekod. Kata pun tahun akhir. Reputasi kena jaga sama juga maa.”

“Jangan la risau. Kali ni tak seteruk tahun lepas. Aku nak perang manja je. Sesi pengenalan. Dia juga kata nak berkenal-kenalan dengan aku kan. Maklumlah, selama ni mana dia pernah mengajar kita. Jadi, biar la aku adakan upacara sambut menyambut.”

“Perang manja? Lain benar pula aku dengar perkataan tu. Cerita la mukadimahnya dulu.” Iwan sudah tak sabar. Hilang terus sikap insafnya sebentar tadi.

“Nanti aku cerita la. Tunggu Ecah dengan Dira dulu.” Jawab Akim serius.

Iwan mencebik.
**********
“Ok. Nampaknya itu aje latihan kita untuk hari ni. Pastikan korang sentiasa fokus. Tadi aku tengok ada beberapa orang yang lari fokus. Apsal?”

“Sorry, kapten. Aku pakai kasut baru. Agak ketat pula.” Zizi tersengih-sengih sambil memberikan alasan. Sedar akan prestasinya untuk hari ni agak teruk. Beberapa kali dia di jerit oleh Aishah ketika sesi latihan.

“Elleh, dia nak inform kita la tu yang dia beli kasut baru. Poyo la kau!” Bidas Adila.

“Mana ada.” Zizi cuba mempertahankan diri.

“Hah, sudah! Jangan nak beri alasan. Zizi, pastikan kasut kau tu tak mendatangkan masalah. Selain dari Zizi yang sengal dengan kasut baru dia tu, aku tengok balingan bola pun hari ni teruk. Masing-masing bolos. Apa, korang ingat ni rancangan si Zizan, bolos saja dinding itu!”

Serentak mereka ketawa.

“Apa pun, aku tahu mungkin cuaca agak panas sikit hari ni. Harap-harap, esok lebih ok dari hari ni. Jangan lupa dalam minggu ni kita akan lebih kerap buat latihan memandangkan tournament bulan depan. Ada soalan?”

Suasana sunyi. Mereka saling berpandangan.

“Komen?”

Soalan Aishah dibalas gelengan oleh rakan sepasukan yang lain.

“Kalau macam tu, kita bersurai. Jumpa esok.”

Masing-masing beredar. Teringat akan janji dengan Akim dan Iwan, mereka bergegas mencari di luar perkarangan sekolah.

Malangnya, bayang budak berdua itu tidak kelihatan.

“Mana pula pakcik dua orang ni? Nak kata ada training bola sepak, sah-sah dah habis. Takda sesiapa pun kat padang.” Aishah mengomel.

“Entah-entah pakcik-pakcik tu dah balik?” Adira cuba meneka.

Aishah menjungkitkan bahunya. “Jom la Dira. Kita balik jelah. Tahu la nasib diaorang nanti.”

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries