Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 3 - Terlewatkah Aku???
05 August 2011 | 1:34 PM | 0 comments
“Morning Ecah!” Akim tersengih-sengih di muka pintu. Dia turut menegur umi Aishah yang kelihatan bersama.

Aishah yang sedang memakai kasut mendongak. Sedar akan dirinya yang tinggi melangit, Akim bertinggung. Mengadap Aishah sambil tersenyum manis.

“Hah. Morning! Kau pergi mana semalam? Konon la nak tunggu aku, haram!!!”

“Tu yang aku datang pagi-pagi ni. Semalam kak long balik. Ibu sms aku suruh balik cepat. Aku lupa nak inform kau. Sorry la kawan.” Terang Akim.

“Kak long balik? Bila? Patut la rumah kau gelap je.” Aishah mengikat tali kasutnya. Dia dah mula berdiri.

“Petang semalam.”

“Umi, Ecah pergi sekolah dulu ya.” Aishah bersalam dengan uminya. Akim juga berbuat begitu. Menyalami umi Aishah sebelum ke sekolah.

“Elok-elok pergi sekolah tu. Jangan melencong pula!”

“Baik, umi.” Jawab Aishah dan Akim serentak.

Tinggal berjiran sejak kecil menyebabkan hubungan kedua buah keluarga ini amat mesra. Aishah yang merupakan anak tunggal tidak berasa keseorangan kerana dia turut berkongsi Kak Long Akim. Panggilan untuk kedua ibu bapa juga di tukar. Persahabatan sejak kecil menyebabkan lidah Akim dan Aishah selesa untuk memanggil ibu, umi, ayah dan walid berbanding makcik pakcik atau uncle aunty.

“Pasal hal semalam, apa plan kau?” Aishah menyiku Akim. Mereka berdua berjalan bersama menuju ke sekolah.

“Nanti la kat sekolah aku beritahu. Malas la nak ulang cerita. Dira dengan Iwan pun nak join da club. Kan senang aku cerita sekali je.”

“Owh, ok.”

“Lagi satu, balik sekolah nanti kak long jemput. Best ni. Boleh aku pau dia.” Akim tersengih nakal.

“Ya?” Aishah tersenyum girang. “Bagus. Lama aku tak jumpa dia. Rindu seh.”

“Rindu dia je ke? Aku kau tak rindu?”

“Mengada la kau. Rindu kau buat apa. Hari-hari jumpa kot. Sengal!” Aishah menjelirkan lidah.

“Elleh, tu kakak aku tau. Bukan kakak kau pun. Bengong.” Akim mencebik.

“Yalah, dia kakak kau. Aku sedar hal tu.” Mendatar suara Aishah kedengaran. Hilang senyuman yang terukir tadi.

Langkahnya dihayunkan laju. Terasa dengan kata-kata Akim.

Langkah Akim terhenti. Sedar akan ketelanjuran kata.

(Alamak!)

“Alorh, aku gurau je la. Ecah, tunggulah.” Akim mengejar Aishah yang telah pun meninggalkannya di belakang.

**********
Adira menyepak kaki Iwan. Iwan pula menolak bahu Akim dengan bahunya. Aishah masih lagi membatukan diri. Dia sedang enak menjamu nasi lemak di waktu rehat tanpa mempedulikan tiga serangkai yang dari tadi memerhatikannya.

“Dia terasa dengan aku. Tu yang mogok taknak bercakap.”

“Apa yang kau dah buat?”

“Ala, Wan. Salah aku juga. Tercakap yang Kak Long tu kakak aku bukan kakak dia.”

“Gila kau! Kalau aku pun terasa. Agak-agak la kalau nak bergurau pun. Patutlah Ecah endah tak endah je masa kita bincang operasi serang balas pagi tadi. Aku dah agak dah, korang mesti bergaduh punya.”

“Dira, kau beritahu la dia. Aku tak sengaja. Cakap dengan dia aku minta maaf.”

Adira menggangguk. Belum sempat di sampaikan, Aishah menjawab.

“Iwan, kau cakap dengan best friend kau tu, tak sengaja konon. Aku sedar la Kak Long tu takda kena mengena dengan aku.”

Iwan memandang Akim.

“Dira, kau beritahu Ecah yang Kak Long aku tu ada kena mengena dengan dia. Kita kan saudara seagama.”

“Iwan, cakap dengan Akim lawak dia tak kelakar langsung ok.”

“Dira, cakap dengan Ecah aku tak buat lawak. Aku serius nak minta maaf pasal hal pagi tadi. Lagi pun, betul apa, kan kita saudara dalam Islam.”

Dira mengeluh. Iwan mula rimas. (Budak berdua ni dah mula la perangai macam orang terencat!)

“Eeeeiii, aku dah rimas ok dengan pe’el korang ni. Macam budak-budak. Dah! Aku taknak campur. Korang cakap la sendiri!!” Marah Iwan pada kedua-dua sahabatnya itu.

“Aku pun! Ntah apa-apa ntah.” Sokong Adira.

Aishah bingkas bangun. Membawa pinggan untuk dimasukkan ke dalam bekas yang telah di sediakan. Selesai berbuat demikian, dia tidak menyertai mereka kembali.

“Ecah, kau nak pergi mana pula tu?” Jerit Adira apabila melihat Aishah berlalu pergi.

“Dira, aku nak pergi tandas. Tak boleh ke?” Aishah membulatkan matanya sambil bercekak pinggang.

“Owh. Aku nak ikut juga. Kejap.” Adira mulai bangun.

Tapi sempat dia berkata pada Akim, “Kau tunggu dia cool dulu. Marah benar nampaknya tu.”

Akim mengangguk.

“Tulah, lain kali cakap taknak fikir dulu. Main redah je. Kan dah terasa anak pakcik Nik Aizac Rashidi tu.”

“Ala, Ecah tu marah kejap je. Biasa la perempuan kan. Sensitif.” Akim menyengih.

“Ni bukan isu sensitif ke tidak bai! Masalahnya kalau aku jadi Ecah pun aku terasa!”

Mata Akim terkebil-kebil. (Dia pula yang hangin!)

**********
Loceng berdering menandakan tamatnya sesi persekolahan.

“Ecah, jangan lupa tau. Nanti kita balik dengan Kak Long. Kalau marah dengan aku sekali pun, kesian la kat Kak Long ek. Aku tunggu kau kat luar. Rasanya Kak Long dah sampai tu.”

Tiada jawapan dari Aishah. Berpura-pura tidak mendengar. Dia sibuk mengemas buku-bukunya. Tapi sempat dia mengerling pada Akim yang berlalu pergi.

“Kau pergi la. Pasal Akim tu biar je. Nanti Kak Long kata apa pula kan.” Adira memujuk.

“Korang, jom la ikut sekali.” Rayu Aishah.

“Niat hati memang nak ikut tapi tak boleh la. Aku nak balik cepat. Nasib baik, netball cancelled. Macam tahu-tahu je.”

“Ada dating ke?”

Adira tersenyum. Aishah mencebik. Di pandangnya Iwan yang sedang membetulkan rambutnya.

“Hah, kau pun ada hal juga ke? Jomlah follow aku dengan Kak Long.”

“Sorry. Aku dah janji dengan budak skate. Kitaorang ada training. Lain kali ya. Aku chow dulu. Bye ladies.”

Aishah menghela nafas. Dia sekadar melihat Adira dan Iwan berlalu pergi. Dengan malas, beg sekolah di sandang. Dia melangkah longlai.
**********
“Mana Ecah? Dia tahu tak Kak Long jemput korang?”

“Tahu la. Akim dah beritahu dia.”

“Aik, selalunya berdua je. Dah ni kenapa? Gaduh ek?”

“Kejap lagi dia turun la tu. Cuba la kak long ni sabar sikit. Hah, tu pun dia.” Tunjuk Akim pada Aishah yang menuju ke kereta dengan wajah yang sedikit kelat.

“Hai adik Kak Long. Kenapa muka masam je ni?”

“Hai Kak Tiz.” Tegur Aishah sambil menjeling pada Akim yang berdiri di sebelah.

“Eh, sejak bila pula Ecah panggil Kak Long guna nama ni?”

Akim dah mula tak keruan. Takut kalau-kalau perselisihan faham antara mereka di ketahui. Kak longnya bukan calang-calang orang. Tiz Zaqyah, berkelulusan undang-undang daripada Universiti Oxford. Dengan ilmu perundangan yang ada, sukar untuk Akim merahsiakan sesuatu hal.

Masak aku kali ni, bisik hati kecil Akim.

Tiz memandang tajam ke arah Akim. (Mesti dia ni dah buat hal)

“Kak Long jangan la pandang Akim macam tu sekali. Yelah, yelah. Salah Akim. Akim dah buat Ecah terasa hati. Akim tak sengaja. Tak tahu macamana Akim boleh tercakap macam tu kat Ecah.” Tanpa di pinta Akim membuat penjelasan.

“Akim cakap apa kat dia? Teringin pula Kak Long nak tahu butirannya.”

“Err…Err..Akim cakap yang Kak Long tu kakak Akim. Bukan kakak dia. Sorry Kak Long.” Akim tunduk. Tak mahu bertentang mata dengan kak longnya.

Berubah muka Tiz apabila mendengar kata-kata itu.

“Akim sedar tak apa yang Akim cakap ni? Kak Long tak pernah ajar adik Kak Long macam ni! Kak Long tak pernah anggap Ecah orang luar. Dia, Kak Long dah anggap macam adik Kak Long sendiri.”

Aishah yang dari tadi berpeluk tubuh, mula bersuara. Bimbang kalau keadaan menjadi teruk. Kak Long kalau dah marah, teruk jadinya. Nampak macam lembut tapi boleh tahan garangnya.

“Takpa Kak Long. Ecah yang over sensitif sangat. Akim gurau je. Dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap. Kan Akim?”

Akim terkejut dengan kata-kata Aishah tapi kepalanya turut mengangguk. Mengiyakan apa yang diberitahu oleh Aishah pada Kak Longnya.

“Ecah jangan nak bela Akim. Kak Long tak suka isu ni dibangkitkan. Takda istilah orang luar ok. Kita bukan baru kenal pun!”

“Akim minta maaf. Salah Akim. Ecah, aku minta maaf ok. Sangat-sangat minta maaf.”

“Takpa. Kita lupakan je. Anggap benda tu tak pernah terjadi pun.”

Kata-kata Aishah membuatkan Akim terasa serba-salah.

“Ok. Case closed! Lagi sekali Kak Long dengar Akim buat macam tu, siap!!” Tegas Tiz memberi amaran pada adiknya.

“Jom. Kak long belanja makan.”

Suasana tegang mula bertukar. Tapi Akim masih lagi di buru perasaan serba salah.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries