Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 4 - Terlewatkah Aku???
17 August 2011 | 1:25 AM | 0 comments

Akim menuruni tangga. Selesai solat isyak berjemaah, dia terus naik ke bilik. Menyiapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak. Walau pun nakal, pencapaian akademik tidak di ambil ringan oleh Akim. Pencapaian terbaik Kak Longnya di jadikan penanda aras oleh ibu dan ayah. Seboleh mungkin mereka ingin Akim memperolehi keputusan akademi yang cemerlang persis kakaknya. 

(Aii, senyap je. Mana semua orang ni?) 

“Ayah, mana ibu dengan Kak Long?” Akim menegur ayahnya yang sedang membaca buku di ruangan membaca. 

“Mana lagi kalau tak kat rumah sebelah.” 

“Kenapa ayah tak join sekali?” 

“Akim, urusan orang perempuan ayah malas la nak masuk campur. Lagi pun, si Shidi tu mana ada. Karang ayah mati kutu pula.” 

Akim ketawa kecil. Memang walid Aishah jarang berada di rumah. Tuntutan tugas sebagai Inspektor Polis menyebabkan dia selalu bekerja di luar daerah. 

“Kalau macam tu, Akim pergi jenguk diaorang kejap la. Ntah apa la yang dibuatnya.” 

********** 
Senyap-senyap Akim menyusup masuk melalui pintu belakang. 

Dari luar dia dapat mendengar keriuhan suara umi, ibu dan Kak Longnya. 

“Haaa!!!!" Sergah Akim. "Amboi, meriahnya! Boleh Akim join?” Sapanya lagi. 

“Kus semangat budak bertuah ni. Terkejut umi. Cuba la beri salam. Isk!” 

Akim ketawa. Terus dia masuk ke dalam dan menyertai kumpulan wanita itu. 

“Buat apa ni?” Akim ternampak perkakasan untuk membuat kuih. Tepung gandum, gula dan lain-lain lagi yang tidak di ketahui namanya. 

“Ibu dengan Kak Long nak belajar cara buat Pai Ayam. Akim pun suka makan juga kan. Nanti tak payah la menyusahkan umi buat tu untuk kita.” Jelas Tiz pada Akim. 

“Alah, bukannya susah sangat pun Kak Long. Umi boleh je masakkan untuk anak umi yang lagi seorang ni.” 

“Hah, dengar tu. Kalau Kak Long dengan ibu buat pun belum tentu sesedap umi buat tau.” Akim meletakkan tangan pada bahu uminya. 

“Isk, tak baik Akim cakap macam tu. Semua ada kelebihan masing-masing kan. Ibu Akim pakar buat pengat pisang. Kalau umi buat pengat pisang untuk Ecah, haram nak di makannya. Kalau ada pun, jamah sikit je. Katanya tak sesedap ibu buat.” 

“Ye ke? Akim rasa sama je kot. Emm, mana Ecah? Kenapa dia tak join sekali? Pemalas betul!” 

“Ecah join sekejap tadi. Katanya ada kerja sekolah nak di buat. Akim pergi la jenguk dia kat ruang tamu tu. Umi pun pelik. Kata nak buat kerja sekolah tapi tv terpasang.” 

“Anak umi tu memang. Sengal!” 

Luah Akim selamba. Dia lantas beredar dengan tawa yang masih bersisa. 

********** 
“Kau buat kerja sekolah ke bermuka buku ni?” 

Terkejut Aishah dengan teguran Akim yang muncul secara tiba-tiba itu. 

“Kau ni suka buat aku terkejut kan. Bodoh betul!” Pantas dia mencubit lengan Akim yang telah pun duduk di sisinya. 

“Adoii, sakit la! Kau ni ganas sangat.” 

“Kau la suka sangat buat aku macam tu. Bukan reti nak beri salam ke apa!” 

“Hikhik…Sorry lady. Kau tengah buat apa ni? Kerja sekolah tak siap lagi ke?” 

“Dah. Baru je selesai.” Aishah tersenyum. 

“Pinjam lappy kejap. Aku pun nak bermuka buku juga, ngek.” Lap top Acer kepunyaan Aishah dirampas tanpa rela dan terus diletakkan di ribanya. 

“Weh, guna la lappy kau sendiri. Ayah dah belikan kau yang baru kan.” Aishah menolak kasar bahu Akim. 

“Yup. Lagi canggih dari lappy kau. Ngeh..Ngeh.. ” 

“Ha ah, ya! Banyak la kau punya canggih.” 

Aishah membiarkan Akim melayari internet. Malas dia nak bertekak dengan pemuda itu. Dia mencapai majalah Remaja yang terletak di atas meja lalu membelek isi kandungannya. 

“Babe, aku nak minta maaf pasal pagi tadi. Lagi satu, thanks ek pasal back up aku dari Kak Long. Kalau tak, mati aku. Kau pun tahu kan Kak Long tu macamana.” Tutur Akim sambil jemarinya ligat menaip papan kekunci. 

“Tahu pun. Sebab tu aku taknak kau kena marah dengan Kak Long. Kesian dengan muka toya kau tu.” Aishah ketawa. “Lagi pun, takda hal la. Kita kan kawan. Tapi, kau tu pun jangan la cakap sesuka hati je. Jaga-jaga la juga perasaan aku ni. Aku takda adik beradik lain macam kau.” Luah Aishah tanpa memandang Akim. 

Jari jemari Akim terhenti. Dipandangnya Aishah yang sedang tekun membaca majalah. 

“Kau jangan la cakap macam tu. Aku pun boleh jadi adik beradik kau.” 

“Betul?” Aishah memandang Akim yang juga memandangnya. 

“Betul. Kan kita dah buat perjanjian, walau apa situasi pun, kita tetap ada untuk satu sama lain.” 

Hati Aishah berdegup kencang. 

“Ya ke ni? Ke kau propa aku je!” 

“Kau ingat aku ni penipu ke? Ni cakap masjid tau!” 

Aishah ketawa. “Kau ni masjid buat main-main ek.” 

“Aku cakap betul maa…” 

“Akim, bila nak jalankan operasi serang balas tu?” 

Akim menyengih. “Tu la. Pagi tadi kononnya merajuk. Tak ambil port kan apa yang aku cakap.” Hidung Aishah dicuit. 

“Haruslah. Kau tu dah membuatkan aku tersentap tahu!” Dahi Akim ditolaknya lembut. 

“Ya, aku tahu. Tak payah ulang lagi. Terima kasih.” 

Akim menyambung, “Pasal plan kita, aku rasa esok hari yang sesuai. Makin lama makin kekwat pula cikgu kesayangan kau tu. Baru dua hari mengajar, macam-macam bentuk denda aku dah hadap.” Akim menjuihkan bibirnya. 

“Cikgu aku la. Bukan cikgu 'kesayangan' kau ke?” 

“Tak kisah la cikgu sesiapa pun. Tapi langkah pertama memerlukan bantuan kau dengan Dira.” 

“Aku on je. Apa dia?” 

“Meh sini. Aku kena bisik. Kat sini banyak mata-mata. Dah la ni rumah polis. Sah-sah ada CCTV kan. Buatnya ibu dengan umi dengar, mampus kita. Belum lagi campur tangan dari Kak Long yang loyar buruk tu. Silap-silap kita kena kuarantin seumur hidup.” 

“Amboi, tanpa rasa bersalah kutuk Walid aku ya!” Aishah mula berdiri. Pinggangnya di cekak. 

“Betul apa aku cakap! Walid kan polis. Dah la perangai kau tu macam mafia. Mestilah Walid kena ambil langkah berjaga-jaga.” 

“Kepala otak kau la! Cepat cakap!” 

Akim menarik tangan Aishah, menyuruhnya duduk. Dia berbisik tentang plan mereka. Sesekali Aishah tersengih. Kepalanya di angguk-angguk. 

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries