Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 5 - Terlewatkah Aku???
26 August 2011 | 1:51 PM | 0 comments
“Hai, tak pernah-pernah datang lambat.”

“Jangan sibuk boleh tak! Suka hati aku la nak datang cepat ke, nak datang lambat ke! Lagi pun, baru sepuluh minit lewat. Tu pun nak kecoh!” Adira menjeling. Suaranya di kuatkan. Ikutkan hati mahu di sekeh mamat poyo yang berdiri di hadapannya ketika ini.

“Kau ni awek Shahir kan?”

Adira mendengus. Aishah cuba untuk bertenang.

“Kalau aku awek dia pun kau peduli apa!”

“Memang la aku peduli. Kesian dowh. Boyfriend ketua pengawas tapi awek dia pengganas!”

Kata-kata penuh sinis itu menghangatkan hati Adira. “Weh, mat. Kau jangan nak lebih-lebih ek. Karang ada yang sarapan pelempang pagi ni!”

“Dira, relaks la. Jangan buat pasal. Lagi pun, ni la jadinya kalau cinta di tolak. Meroyan tak tentu hala.”

Sindiran Aishah membuatkan lelaki itu terpana. Dia yang sedang menulis, menghentikan alunan pen. Di renungnya Aishah penuh tajam. (Over pula anak polis ni!)

Aishah pula tak mahu mengalah. Renungan itu dibalas sambil dia membuntangkan mata. (Ingat aku takut!)

“Oii, Aishah. Kau cakap apa ni?”

“Apa? Tak betul ke apa aku cakap? Excuse Me, Mr. Firdaus aka jejaka perasan yang penuh perasaan. Jangan ingat aku tak tahu yer. Kau jadi macam ni lepas cinta kau di tolak kan. Soal hati mana boleh paksa-paksa bro. Belajar terima kenyataan sudah! Orang dah taknak, tak perlu la terhegeh-hegeh. Malu siot.”

“Ini sudah lebih. Tak padan dengan perempuan, Nak cari pasal dengan aku pula.”

“Apsal, tak puas hati ke!”

“Kau jangan ingat kau perempuan aku tak berani nak cepuk!”

“Dah tu, kau ingat kau lelaki aku takut?! Salah hari la bai.” Aishah menyinsing lengan baju kurungnya.

Babak-babak pergaduhan mula tercetus. Beberapa orang pengawas meninggalkan kawasan jagaan masing-masing untuk ke lokasi kejadian. Begitu juga dengan para guru. Keriuhan di hadapan pagar utama menggamatkan suasana. Kesempatan di ambil oleh Akim dan Iwan. Misi perlu di rencanakan dengan kadar segera.

**********

“Bagus minah dua orang tu. Betul-betul menjiwai watak. Lepas ni kalau sekolah buat pemilihan pelakon teater, aku nak suruh diaorang pergi ujibakat. Confirm dapat!”

“Tulah pasal. Tak sangka aku diaorang ada bakat terpendam.”

“Elleh, macam kau tak tahu. Ecah kalau bab-bab gaduh ni bagi la kat dia. Kau tak ingat masa kita Tingkatan 3 dia bantai bergasak dengan Rubisa. Sampai minah tu bertukar sekolah.” Akim mengimbau peristiwa dua tahun lepas.

“Apa tak ingatnya. Kecoh satu sekolah kot. Lagipun, bukan salah dia. Kau pun tahu kan mulut si Rubisa tu macamana. Laser tak kena tempat. Padan la muka dia!” Balas Iwan.

“Apsal lambat sangat minah dua ekor ni?” Akim melihat jamnya.

“Kalau dah masuk bilik Cikgu Baha tu faham-faham je lah. Mesti lambat punya.” Isma menyampuk, selaku pemberita CNN tak bertauliah menyampaikan fakta.

“Apsal pula?” Akim kehairanan.

“La, korang berdua tak tahu ke?”

Akim dan Iwan menggelengkan kepala.

“Biar mak beritahu ya. Si Aishah dengan Adira tu bergaduh dengan pengawas…siapa ke nama dia? Lupa la pula. Sebab tak famous kan jadi mak tak ingat namanya. Hampir-hampir juga la nak bertumbuk. Eeeeiii, Aishah tu ganas sangat la kan. Mentang-mentang la anak polis. Ganas ngalahkan samseng dah.”

Akim dan Iwan terlopong, Tak percaya dengan berita yang di dengar. (Biar betik!)

**********

“Saya tak kira la siapa yang cari pasal dulu. Kamu berdua pelajar senior sekolah ni. Sepatutnya perkara macam ni tak boleh terjadi. Memang memalukan!” Cikgu Baha bersuara lantang. Kesabarannya teruji sekali lagi.

“Saya tak rasa saya buat salah. Saya cuma pertahankan diri saya. Tu je!” Tungkas Aishah.

“Firdaus, selaku pengawas sekolah ni kamu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Saya taknak tahu apa puncanya sebab saya rasa ianya pasti serangan berbaur peribadi kan.”

Firdaus menundukkan kepalanya.

“Ramai saksi yang mengatakan kamu yang memulakan provokasi. Saksi tu pula bukannya orang lain. Kawan-kawan pengawas kamu juga. Jadi, apa penjelasan kamu?”

Adira tersenyum sinis.

“Saya mengaku saya salah. Saya minta maaf. Saya tak dapat kawal emosi.”

“Maaf tu bukan pada saya tapi pada Aishah dan Adira. Kalau mereka masih lagi nak bawa perkara ni ke Lembaga Disiplin, teruk rekod kamu.”

“Cikgu, tak payah la babitkan Lembaga Disiplin. Buat susah-susah je.” Aishah menggarukan kepala. (Lembaga tak lembaga. Sah-sah kena babitkan walid sekali. Memang tak la!)

“Kamu yakin dengan keputusan kamu?”

Aishah mengangguk.

“Adira, kamu pula macamana?”

“Saya pun taknak libatkan Lembaga Disiplin. Asalkan dia berjanji yang dia jauhkan diri dari saya, tu dah cukup baik.” (Err, takkan nak tambah warna dalam rekod sekolah lagi cikgu ni pun!)

“Firdaus, apa kata kamu?

“Saya setuju. Asalkan rekod saya tak teruk.” Tutur Firdaus, jujur.

“Saya andaikan isu ni selesai. Tapi kalau terjadi lagi perkara yang sama, saya tak teragak-agak untuk ajukan perkara ni kepada Lembaga Disiplin.”

**********

“Apa cer? Aku suruh gaduh olok-olok la. Yang korang beriya gaduh betul-betul tu kenapa? Adoyai!” Akim menepuk dahi.

Dia yang sedang bersidai di koridor sekolah menyambut ketibaan Aishah dan Adira. Turut bersama, pastinya si Iwan.

Muka Aishah masam. Panas hatinya mengenangkan insiden tadi.

“Mana aku tahu hari ni giliran mamat tu jadi hulubalang pagar. Siapa suruh dia cari pasal. Memang saja la kan. Nasib tak makan penampar aku. Tak ke haru aku nak kena bergaduh betul-betul. Isk! Terjejas reputasi aku tau.”

Perbualan di luar kelas di lanjutkan ke dalam kelas.

“Dia? Siapa?”

“Mamat pengawas tu la! Over acting sangat!! Pagi-pagi nak kacau mood aku. Poyo betul!” Adira meluahkan rasa.

“Jap, mamat pengawas yang mana satu ni? Dira, yang kau reject dulu tu ke?” Iwan menyoal sambil mengusap dagu.

“Ha la. Yang mana lagi. Si Daus tulah! Ada ke dia kata aku ni pengganas. Bengong betul. Aku yang ayu-ayu ni di katakan sebegitu rupa. Buta warna ke apa?”

“Dah tu apa kena-mengena dengan si Ecah ni? Kau pun pernah tolak cinta dia juga ke? Apsal aku tak tahu menahu?”

Ketawa Aishah mendengar soalan bodoh dari Akim.

“Malam sikit mamat tu jadi boyfriend aku. Memang tak la kan. Selaku kawan yang baik, aku takkan berdiam diri kalau ada yang kutuk Dira. Suka hati je nak kutuk orang. Terima la kenyataan yang cinta tu dah di tolak. Susah sangat ke! Sebelum jadi lebih teruk, aku kena la back up Dira.”

Adira memandang Aishah. Terharu.

“Ecah, kau la sahabat aku dunia akhirat. Hug.” Adira mendepakan tangannya. Memeluk Aishah.

“Kita kan BFF.” Pelukan di balas.

“Aku pun nak peluk juga.” Iwan turut mendepakan tangan.

“Aku pun…Aku pun…” Akim mengikut jejak Iwan.

“Ha ah ya. Tadi aku tak dapat bagi pelempang kat Daus tu. Korang nak ke? Aku dengan berbesar hatinya boleh bagi.”

“Ceh! Kedekut.” Luah Akim dan Iwan serentak.

Adira dan Aishah ketawa dengan gelagat mereka.

“Eh, plan macamana? Jadi ke?”

“Tentu. Kau tunggulah Isnin nanti. Mesti jadi berita terhangat.” Akim menggosokkan telapak tangannya.

**********

Seorang pelajar lelaki berdiri di koridor. Menunggu urusan pertukaran sekolahnya selesai. Dia memandang kawasan persekitaran.

(Luas juga sekolah ni)

“Mari, cikgu bawa kamu ke kelas.”

Dia menuruti Ckgu Tiara membawanya ke kelas yang bakal ditempatkan.

**********

Cikgu Tiara masuk ke kelas 5 Aspirasi dengan kehadiran seorang pelajar asing. Usai memberi ucapan, kesemua pelajar tertanya-tanya.

“Selamat pagi kelas. Hari ni kita ada pelajar baru. Saya harap kamu boleh beri kerjasama pada dia. Mari kita alu-alukan kehadirannya.”

Pelajar baru tersenyum. Cuba bersikap mesra.

Kelibat pelajar baru membuatkan Aishah dan Adira saling berpandangan.

“Babe, aku macam kenal la mamat ni?” Aishah menyiku Adira.

“Aku pun rasa macam tu juga. Muka macam familiar kot. Tapi siapa ek?” Balas Adira.

"Aku tengah ingatkan la ni. Tapi, coverage otak aku tak clear la.”

“Cikgu, takkan budak baru tu takda nama kot!” Usik Akim.

Aishah kembali ke alam nyata sebaik saja kata-kata Akim kedengaran.

“Oh ya. Saya terlupa pula. Kenalkan nama kamu.”

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries