Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 6 - Terlewatkah Aku???
14 September 2011 | 1:22 PM | 0 comments
“Nama saya Syed Irfan Qazreeq bin Syed Qausar.”

Dia memandang beberapa rakan sekelasnya secara rawak. Bebola matanya terhenti pada satu raut wajah yang tiba-tiba membuatkan naluri lelakinya tercuit. (Eh, macam kenal)

“Panggil saja Irfan.” Tepat matanya memandang Aishah. Seolah-olah kata-kata itu di tuju kepadanya. Tetapi, apabila Aishah membalas pandangan itu, cepat-cepat anak matanya dilarikan.

“Oh ma ngaiii…Anak pak Syed la.” Iwan bersuara.

“Irwan Azmil Chew, jaga kelakuan kamu. Cikgu taknak sebarang masalah timbul ya. Irfan, kamu boleh duduk sebelah Hafiz.” Sua Cikgu Tiara pada pelajar baru tersebut.

Maka, kelas Prinsip Perakaunan pun bermula setelah tamatnya sesi pengenalan pelajar baru.

**********

“Ecah, aku tak puas hati la.”

“Tak puas hati? Dengan siapa ke dengan apa?” Separuh berbisik mereka berbual. Dari tadi, sudah beberapa kali amaran di beri oleh Pustakawan bernama Hazama dek bunyi bising yang dihasilkan oleh mereka berdua. Maka, tempat di tukar. Mereka duduk di celahan-celahan rak. Kebetulan Aishah ingin menyalin sesuatu.

“Pasal BB.”

“BB? Blackberry?”

“Nop!” Adira menggeleng. BB a.k.a budak baru.”

“La, aku ingatkan blackberry tadi. BB kau panggil dia ya.” Tutur Aishah tanpa memandang Adira.

“Yup. Aku tak puas hati la selagi tak dapat jawapan.”

Aishah menghentikan penulisan. Pen yang di pegang di halakan ke muka Adira.

“Tau takpa. Puas aku dok fikir dari pagi tadi, tapi tak dapat jawapan. Rasa macam pernah jumpa tapi kat mana ntah.” Aishah menjungkitkan bahu.

“Cute juga dia tu kan.”

“Hai, dah beralih arah ke?” Aishah menyambung penulisan. Dia mengambil sedikit info tambahan dari jurnal rujukan. Esei sejarahnya masih lagi kekurangan maklumat.

“Gila kau! Cinta aku hanya untuk Abang Shahir sorang je tau! Tiada yang lain.” Adira tersenyum sambil mengangkat kening.

Aishah ketawa dalam nada perlahan. “Setia betul kau kat dia ek!”

“Haruslah, eh silap. Wajib ok!”

“Ikut suka kau la Dira!”



“Hi ladies. Abang ganggu ke?” Satu suara menyapa.

“Eh, apa Abang buat kat sini?” Soal Adira. (Bukan masa rehat dia pun!)

“Dira, kelas Abang nak buat rujukan kat sini. Sekarang masa rehat, kenapa tak makan?”

Shahir turut duduk di sisi Adira.

“Dah. Dira teman Ecah. Dia nak salin nota tambahan.”

“Rajinnya Ecah. Dira tak salin nota juga ke?”

Adira menyengih.

“Apa cerita pagi tadi ye? Kemain satu sekolah heboh! Tak pasal-pasal nama Abang pun terbabit sama.”

“Daus tu yang overdose! Sengaja cari pasal. Ada ke dia kata Dira samseng!”

“Kenapa Dira datang lambat pagi tadi?”

“Yelah. Tau la Abang tu ketua pengawas. Mesti nama baik dah tercemar sebab ada awek samseng macam Dira ni. Kan?” Adira mencebik. Sedikit merajuk. Soalan Shahir tidak di jawab.

Shahir tersenyum. “Alahai, merajuk pula dia. Tak samseng mana pun la buah hati Abang ni. Dira tetap puteri di hati Abang tau. Tolak tepi soal Daus. Nanti Abang bagi tazkirah kat dia. Overdose betul mamat tu. Cer senyum sikit.”

Aishah yang mendengar perbualan sepasang kekasih tersengih walau pun tangannya ligat menyalin nota. (Jiwang seh ketua pengawas ni)

Adira tersenyum.

“Macam tu la. Okay, Abang gerak dulu. Dira, petang nanti kita jumpa. Dira ada latihan bola jaring kan.” Shahir tersenyum manis memandang gadis pujaan hatinya.

Adira mengangguk. “Ok, Abang. Petang nanti kita jumpa.” Giliran Adira mengenyitkan matanya. Nakal!

**********

“Ecah, kau dah bersedia ke nak mengadap SPM hujung tahun ni?”

Adira mengelap peluh yang menitis. Tuala kecil itu di sangkutkan pada lehernya.

“Insya Allah. Aku dah mula persiapan dari tahun lepas tau. Harap-harap 9A1 dalam genggaman aku.” Aishah menunjukkan genggaman tangannya.

“Ceh, konfiden nampak!” Adira mencebik.

“Mestilah. Aku pun nak study kat oversea macam Kak Long. Best woii. Dapat tengok negara orang.”

“Kak Long juga idola kau kan! Takda orang lain ke?”

“Tu wajib dowh. Takkan la idola aku kau pula. Bercinta je kerjanya. Layak ke di angkat sebagai idola?”

Sentap dengan kata-kata itu, pantas Adira membaling tuala kecil tepat ke muka Aishah. “Hello, kalau kau nak jadikan aku idola dalam percintaan pun boleh juga tau!”

“Taknak aku. Bercinta dengan buku sudah!”

“Yalah tu. Bercinta dengan buku konon. Ntah-ntah dalam diam-diam kau partner dengan Akim.” Tembak Adira.

“Huish, kau ni. Mana ada la.”

“Tapi kan, takkan la korang ni takda sesuatu. Dah la mesra semacam.”

“Mesra tak bermakna bercinta la Dira oiii. Kalau camtu, aku boleh je kenenkan kau dengan Iwan Chew tu. Korang pun rapat jugek kan!”

“Aku plak! Abis, awek si Iwan tu nak letak mana? Dalam beg sekolah kau?”

“Kalau muat!” Serentak Aishah dan Adira ketawa.

“Mana pula dia ni? Takkan tak habis lagi latihan kot!” Adira memanjangkan leher. Mencari kelibat Abang Shahirnya. Dia dan Aishah duduk di hujung padang usai latihan bola jaring.

“Kejap lagi habis la tu.”

“Ecaaaahhhhh!!” Jerit Adira tiba-tiba. Terkejut Aishah di buatnya.

“Kau ni kenapa? Tiba-tiba menjerit tak tentu pasal! Buat aku terperanjat je. Bengong!”

“Tu bukan BB ke?”

“BB? Mana? Mana?”
**********

“Boleh tahan juga budak Irfan tu. Player bawah 21 tahun. Wakil Harimau Muda.”

“Dari ciri-ciri takda tokoh kan. Dah la macam budak skema. Pendiam kot.” Akim ketawa.

“Aik, macam ada nada-nada cemburu je!” Usik Iwan.

“Kepala hotak kau! Motif sangat aku nak cemburu dengan dia. Apa, skill aku tak cukup bagus ke?”

“Tu lagi satu yang buat aku pelik. Kau pernah dapat offer sekolah sukan kan masa Form 3? Kenapa tak pergi?”

“Malas la. Aku nak habiskan SPM kat sekolah ni.”

“Ye ke? Ke kau ada niat lain?”

“Niat apa?”

“Kau saja je pura-pura kan!”

“Pura-pura mende?” Marah Akim.

“Takda apalah!”

Iwan mencuit Akim.

“Apa!” Jawab Akim, sedikit marah.

“Tu!” Tunjuknya pada Akim di hujung padang.

“Hoh! Tu Ecah dengan Dira kan?”

“Ha ah. Kau tak nampak siapa yang ada dengan diaorang tu?”

Akim menjuihkan bibirnya. “Nampak la. Aku belum buta! Jom gerak!”

Akim mengambil kasut butnya lalu beredar pergi. Terkocoh-kocoh Iwan mengikut.

*********
“Ecah, sekarang baru aku tahu mana kita pernah jumpa dia!”

“Tu la pasal.”

“Boleh pula tak terfikir kan.”

“Apa taknya Dira. Selalu kita nampak dia beraksi atas padang. Dengan jersinya. Comot! Mana la kenal kalau dah pakai uniform sekolah smart-smart kan.”

Adira ketawa di hujung talian. “Tau takpa. Nampak pendiam tapi atas padang hilang sifat pemalu tu.”

“Bukan nampak pendiam la memang pendiam pun kan.”

“Yang peliknya, dengan kau tak pendiam pun. Macam ada sesuatu la pulak…”

“Banyak la kau punya sesuatu. Dah la. Aku nak tidur. Isnin kita jumpa ok. Tak sabar nak tunggu berita hangat menular.”

“Relaks. Ada masa dua hari lagi. Isnin karang, sure kecoh babe. Ok la. Bye.”

Perbualan ditamatkan. Aishah berbaring di atas katil. Patung Bubble watak dalam Power Puff Girl di peluknya. Bersedia untuk tidur.

Sekali lagi telefonnya berdering.

“Hello?”

Aishah mengerutkan dahinya.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries