Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 7 - Terlewatkah Aku???
18 October 2011 | 1:27 PM | 0 comments
“Akim, teman Kak Long pergi shopping. Lepas tu kita tengok wayang. Nak?”

Tiz menegur adiknya yang leka mengadap PSP.

“Malas la. Kak Long tu bukan reti nak shopping sekejap-sekejap. Kenapa tak keluar dengan Abang Remy je? “

“Tunang Kak Long tu pergi Dubai la. Kalau tak, Akim tak payah suruh pun Kak Long dah ajak dia. Akim tak bosan ke memerap kat rumah? Jom la, temankan Kak Long.” Desak Tiz.
“Kan bagus kalau Akim temankan Kak Long tu. Pergilah.”

“Taknak la ibu. Dari Akim ikut Kak Long, baik Akim duduk rumah.”

“Isk. Taknak ikut sudah la! Kak Long ajak Ecah lagi baik.”

“Hah, bagus sangat idea tu. Al-Hamdulillah. Terlepas bala Akim.”

Ketawa Akim mengiringi kepergian Tiz ke rumah Aishah.

**********
Aishah melunjurkan kakinya. Berbaring di sofa empuk memang seronok bila dalam kepenatan. Beg-beg kertas hasil membeli-belah bersama Kak Long dihamparkan ke lantai. Seharian mengikut Kak Long, menyebabkan kakinya kekejangan. Tapi dia seronok. Sekurang-kurangnya boleh melegakan tekanan setelah lima hari memerah otak untuk belajar.

Aroma Pengat Pisang menusuk ke hidung Aishah. Dia yang cuba untuk melelapkan mata, membatalkan rancangan tersebut. Langkahnya di atur ke dapur.

“Sedapnya bau. Ibu masak ek?”

“Hey, bila kau balik?” Tegur Akim.

“Huh, takkan kau tak tahu aku dah balik?”

“Agaknya masa aku datang, korang pun balik kot. Aku ikut belakang. Nah!” Pantas Akim menyuap pengat pisang ke mulut Aishah.

“Thanks bro.”

Umi yang menyaksikan insiden itu tersenyum. “Umi pun tak perasan bila dia balik. Bukan reti nak beri salam!”

“Hehe, sorry Umi. Ecah lupa.”

“Banyak beli barang?”

Soalan Akim tidak di jawab. Dia lebih berselera melihat pengat pisang dari berbual bersama Akim. Akim yang mengerti, menghulurkan pinggannya. Sudu sudah bertukar tangan.

“Tak la banyak sangat. Jalan-jalan je dengan Kak Long. Satu Mid Valley tu kitaorang tawaf.” Aishah tersengih.

“Kau dengan Kak Long memang suka merayap. Nasib baik Akim tak ikut diaorang Umi. Kalau tak, sah-sah la Akim dapat jawatan, pemegang beg kertas.” Rungut Akim pada Umi.

“Elleh, bukan ke kau memang dah dapat kontrak tu seumur hidup!”

“Ceh!” Jawab Akim sambil menarik semula pinggannya. (Lebih-lebih la minah ni! Buat macam pinggan sendiri pula.)

“Ooi, aku belum habis makan lagi la!” Aishah memasamkan mula tapi masamnya bersifat sementara. “Oh, ya! Aku ada belikan baju untuk kau. Jap ek.”

Selang beberapa minit, Aishah muncul dengan menjinjing beg kertas.

“Taadaa.. Cantik tak?” Isi kandungan di dedahkan.

Tersengih Akim melihat T-Shirt berwarna biru yang ditayangkan oleh Aishah kepadanya.

“Baju ni kau boleh padankan dengan jaket hitam yang aku hadiahkan masa birthday kau dulu. Suka tak?”

“Cantik. Pandai kau pilih. Ecah, thanks ek.”

“Bukan pada aku la. Tu duit Kak Long. Aku tukang pilihkan je. Haha…Dah. Aku naik mandi dulu.”

Akim memerhatikan Aishah berlalu pergi.

“Umi, cantik tak baju ni?” Tanya Akim pada Umi sambil dia memperagakan baju tersebut.

“Cantik. Anak Umi ni suka Ecah ya?” Serkap Umi melahirkan sengihan Akim.

“Umi rasa?”

“Akim sendiri tahu jawapannya kan. Tak perlu la Umi nak rasa-rasa.”

**********
Hari Isnin. Permulaan minggu baru. Setelah dua hari bercuti, para pelajar kembali ke sekolah. Kembali dengan semangat baru dan juga cerita baru.

Aishah asyik mengunyah Coklat Ferrero Rocher. Masa yang terluang di penuhkan dengan aktiviti makan. Selepas perhimpunan Akin dan Iwan di panggil oleh Cikgu Baha. Barangkali ingin memperkatakan insiden minggu lepas.

Aishah tersenyum. Adira yang duduk di sebelah kehairanan.

“Pagi-pagi makan coklat. Lepas tu tersenyum-senyum. Gila ke apa!”

“Kau nak? Meh la kongsi dengan aku. Akim belikan. Fresh lagi tau. Made in 7E.”

“Akim belikan untuk kau? Ececeh, ada apa-apa ke?”

“Entah. Kau rasa ada apa-apa ke?”

“Aku rasa ada.”

Aishah ketawa. “Lorh, belikan coklat je pun.”

“Ye ke ni? Aku tak percayalah. Mula-mula belikan coklat. Lepas tu dia nak beli hati kau pula.” Adira mencuit dagu Aishah.

Aishah menjungkitkan bahunya. “Kau tanyalah dia sendiri. Mana la aku tahu.”

“Takpa…Takpa..Nanti aku tanya sendiri.”

**********
Suasana bilik disiplin hening. Hanya kedengaran bunyi keriuk yang dihasilkan dari kipas siling.

“Apa penjelasan kamu berdua?”

Akim dan Iwan saling berpandangan.

“Kan saya dah beritahu tadi, bukan kami pelakunya. Cikgu ingat kami ni jahat sangat ke!”

Iwan yang berdiri di sebelah tersenyum mendengar kata-kata Akim yang elok tatabahasanya. (Sawan kawan aku ni!)

Cikgu Syarini membentak. “Mana boleh. Mesti kerja kamu berdua kan?”

“Cikgu, jangan cakap kalau takda bukti yang kukuh. Tu dah jatuh fitnah namanya.” Giliran Iwan membidas.

“Kamu nak balas dendam pada saya kan?”

“Cikgu Syarini, motif sangat kitaorang nak balas dendam. Kitaorang tak pernah berdendam dengan cikgu pun. Ke Cikgu yangberdendam dengan kitaorang?” Iwan menyambung.

“Siapa lagi yang sanggup buat kerja macam tu kalau bukan kamu berdua?” Soal Cikgu Syarini sambil dia cuba menahan geram. Tak pasal-pasal keempat-empat tayar kereta Myvinya di tukar dek koyakan hirisan pisau. Hangus fulusnya.

“Cikgu ingat kitaorang ni takda kerja lain ke? Jangan tuduh sebarangan. Saya boleh saman cikgu. Cikgu tak tahu ke yang kakak saya peguam?” Akim memandang tanpa takut.

“Baiklah. Kamu berdua boleh balik ke kelas. Saya akan siasat kejadian ni. Kalau betul bukan kamu berdua penyebabnya, takpa. Tapi kalau sebaliknya, saya tak teragak-agak untuk beri hukuman yang lebih berat!”

Akim dan Iwan sama-sama mengangguk tanda memahami apa yang cuba disampaikan oleh Cikgu Baha meski pun dalam hati rasa nak ketawa sampai terguling-guling dek lakonan mereka.

“Tapi Cikgu, kita belum selesai lagi kan?” Cikgu Syarini menentang keputusan Cikgu Baha melepaskan kedua anak muridnya. Yakin sangat dia semua ni angkara mereka berdua.

“Masalahnya Cikgu Rini, awak ada bukti ke nak sabitkan kesalahan tu pada budak berdua ni? Ada?”

Cikgu wanita itu terdiam.

“Saya anggap itu menandakan awak tiada bukti yang sahih untuk menyalahkan mereka.”

**********
“Plan sukses!” Bisik Akim pada telinga Aishah. Diam-diam dia menghampiri Aishah yang sama sekali tak menyedari kehadirannya. Maklumlah masuk dari pintu belakang.

Aishah yang sedang menikmati coklat berpaling.

“Lamanya korang kat dalam bilik keramat tu? Apa cer?”

“Kitaorang kan pro. Okeh. Sekarang ni line tengah panas. Taknak cerita dulu pasal hal tu. Nanti-nanti kitaorang cerita!”

“Betul tu sahabatku. Tak pasal-pasal dapat percutian ke rumah sendiri pula nanti.” Akim menyampuk sambil menepuk belakang Iwan. Aishah sekadar tersenyum.

“Akim, mana coklat aku?” Soal Adira tiba-tiba.

“Apahal pula minta kat aku! Pergi la tagih kat kekasih kau tu.” Jawab Akim selamba.

“Kedekut!! Beli untuk Ecah sorang je.” Cebik Adira menyebabkan Iwan dan Aishah ketawa. “Yalah. Nanti aku suruh kekasih aku belikan. Jap, jap. Setahu aku la, coklat tu selalunya pasangan kekasih je yang suka bagi. Hah, kau suka Ecah kan?”

“Eh, Dira. Takkan la bagi coklat pun salah. Kalau camtu, kalau aku bagi coklat kat ibu kira aku suka kat ibu la yer?”

“Masalahnya sekarang kau pernah ke bagi coklat kat ibu? Pernah?” Adira mengangkat kening.

Akim menggarukan kepala yang tak gatal.

“Jawab jangan tak jawab!” Sakat Iwan apabila melihat muka Akim yang terkulat-kulat.

“Sibuk la kau.” Marah Akim pada Adira. (Kepochi betul!)

“Taknak ngaku la tu. Kau jangan…Kalau suka cakap suka. Nanti melepas.” Galak Adira mengusik Akim.

“Jangan tunggu lama-lama… Nanti lama-lama Ecah di kebas orang.” Iwan memulakan konsert pertamanya. Tambah menyakitkan hati Akim.

“Korang jangan nak mengada-ngada ok. Ada yang kena ni karang.” Ugut Akim mematikan usikan.

“Ecah, Akim taknak mengaku la.”Adira berpura-pura sedih tapi kemudian dia menyeringai. “ Nampaknya ada chance la orang lain ngorat kau kan.”

“Setuju.” Serentak Iwan dan Aishah menjawab . Kemudian, ketiga-tiga mereka ketawa.

Akim menjuihkan bibirnya. (Siapakah?)

Dalam tawa, Aishah juga memikirkan soalan yang sama. (Siapakah?)

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries