Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 8 : Terlewatkah Aku???
11 November 2011 | 6:22 PM | 0 comments
Aishah melihat jam. Rasanya hampir 20 minit dia menunggu Akim.  (Takkan jumpa Cikgu Syafi lama sangat! Isk dia ni!)

“Tunggu siapa?” Satu suara menegur Aishah.

“Irfan, awak tak balik lagi ke?”

“Saya nak balik la ni. Awak tunggu siapa?” Soal Irfan kembali.

                “Owh. Saya tunggu Akim.”

                “Rapatnya awak dengan Akim tu kan?”

                Aishah tersenyum. “Mungkin sebab berjiran kot. Tanya satu soalan boleh?”

                Irfan mengangguk.

                “Mana awak dapat nombor saya?”

                “Adalah. Tu rahsia saya.”

                “Alah, tu pun nak berahsia bagai. Mesti Adira punya angkara kan.”

                “Tak penting pun kan siapa yang beritahu?”

                Perbualan mereka terhenti apabila Akim menyapa.

                “Dah! Jom gerak.” Pantas dia menarik tangan Aishah.

                “Ok la Irfan. Kitaorang balik dulu. Bye.” Tutur Aishah kepada Irfan.

                Irfan memerhati dengan senyuman.

**********
                “Dira, betul tak telahan aku?”

                “Aku pun agak benda yang sama juga. Ingat tak masa dia dapat offer sekolah sukan? Dia tak pergi kan.”

                Iwan mengangguk. “Tulah. Nak coverline konon. Kata nak habiskan sekolah sama dengan kita. Macam la aku tak tahu!”

                “Tapi, kenapa la BFF kau tu payah sangat nak kata suka kat Ecah?”

                “Tau takpa. Memalukan aku sebagai BFF dia je. Bukan susah sangat pun.”

                “Entah-entah Akim memang takda feeling. Kita je kot yang over acting!” Adira menukar kenyataan.

                “Pulak.” Iwan menepuk dahinya, perlahan. “Kau ni lalang la! Jangan la buat aku pening. Kalau ikut naluri aku, betul rasanya. Tapi, kau rasa Ecah ada feeling juga ke kat Akim?”

                “Entah la. Budak berdua tu suka main tarik tali. Kita tengok jelah sampai bila diaorang nak jadi macam tu.”

“Betul juga tu. Kita ikut je rentak dorang. Kalau terdesak, baru kita masuk campur.”

“Orait. Psst, budak berdua tu dah sampai.”

                Iwan berpaling. Mengangkat tangannya pada Akim yang baru tiba. Dia mengerutkan dahi tatkala melihat reaksi muka Akim yang agak kelat.

                Aishah terus mendapatkan Adira. Mereka berempat berada di perpustakaan awam untuk membuat ulangkaji SPM bersama-sama.

**********
                Ikon log out di klik. Hampir satu jam dia berborak dengan Aishah di facebook.

Banyak yang di bualkan. Meski pun satu kelas, jarang dapat bersembang. Mungkin status sebagai pelajar baru membuatkan Irfan sedikit segan. Nak pula sikapnya yang sedikit pendiam. Agak susah untuk memulakan perbualan.

(Tapi, macamana aku nak borak dengan dia kalau dah melekat dengan Akim macam kembar siam)

“Mungkin aku kena berani. Takpa. Esok, aku tegur dia. Setakat Akim, apa ada hal.” Irfan memasang tekad.

*********
Genap sebulan Irfan bersekolah di Tun Bendahara. Sedikit demi sedikit dia mula membiasakan diri.

Langkahnya di atur ke perpustakaan. Tak terasa untuk makan menyebabkan dia menukar haluan.

Sebaik saja menjejaki perpustakaan, senyuman terukir tatkala melihat seorang gadis comel sedang menelaah pelajaran seorang diri.  Segera dia menegur.

“Hai awak. Sorang nampak? Mana Adira?” Soalnya sebaik saja duduk di sebelah.

“Hai. Dira tu tak boleh kalau tak makan. Mana lagi, kantin la destinasinya.” Aishah tersenyum.

Sejuk hati Irfan melihat senyuman Aishah. “Study apa?”

“Math. Pening la. Saya tak dapat buat soalan ni.” Aishah merengus perlahan. Kepalanya digaru.

“Patut la kusyuk je dari tadi. Mana soalannya. Cuba saya tengok.”

Irfan mengambil buku latihan yang di hulurkan oleh Aishah.

“Owh, soalan ni. Bak pensel . Macam ni caranya..”

Irfan menulis jalan kerja di buku latihan Aishah. Sambil itu dia memberi penerangan kepada Aishah. Sesekali Aishah mengangguk.

Lima minit kemudian, soalan tersebut berjawab.

“Laa, senang je caranya. Punya la pening dari tadi. Thanks Irfan.”

“Takpa. Tak salah tolong menolong kan.”

*********
“Oit, mana BFF kau?” Tegur Akim apabila melihat Adira bersama Ain, pelajar kelas 5 Gemilang.

“Library.”

“Aii, bukan kau selalu berkepit je dengan si Ecah tu.”

“Ewah, aku ke kau yang selalu berkepit dengan dia?  Bosan la tu kan, tak nampak Ecah.”

“Hahaha…Tak la selalu berkepit pun. Agak-agak arr.” Sangkal Akim. “Hah, yang kau temankan si Dira ni kenapa? Biar je dia makan sorang-sorang. Tak dating dengan Maulana ke?”

“Aku bukan kawan yang kejam la. Lagi pun, takkan la nak dating memanjang. Ni kan kawasan sekolah. Apa raa..” Jawab Ain.

Akim tersengih. “Sudah-sudah la makan tu. Loceng dah bunyi. Apa lagi ke yang nak di beli kat koperasi tu?” Geleng kepala Akim melihat telatah Adira. Memang tahu sangat dia yang Dira suka curi-curi makan dalam kelas sewaktu cikgu mengajar. Sama aja pe’elnya dengan Ecah.

“Agaknya, orang perempuan ni memang suka mengunyah ek.” Omelan Akim dipersetujui Iwan.

“Amboi, bukan ke nanti kau pun tumpang sekaki! Buat-buat lupa diri pula.” Sergah Adira menyebabkan Akim menutup muka.

“Huish, jangan la cakap kuat-kuat. Kan Ain dah tahu. Terjejas la imej aku kat kelas dia nanti. Kau jangan bocor rahsia!” Sambil bergurau Akim memberi ingatan pada Ain. Ketawa besar Ain di buatnya.

**********
                “Awak suka study sendiri atau ‘grouping’?”

                Irfan dan Aishah jalan beriringan dari perpustakaan menuju ke kelas mereka. Waktu rehat sudah berlalu.

                “Tengok keadaan. Kalau group member ok, seronok la study group. Kalau tak, melalut je karang. Study ntah ke mana.”

                “Tu saya setuju. Selalunya perempuan la yang suka melalut kan. Habis segala gosip artis dibahaskan.”

                “Hello, tak semua macam tu tau! Kalau sayalah, masa study kena la study. Cerita pasal artis segala tu buat apa kan.” Aishah ketawa kecil.

                “Elleh, awak pun mesti suka dengan gosip artis kan. Artis A bercinta dengan Artis B. Artis C break dengan Artis D. Betul tak?” Irfan mengusik.

                “Tolong sikit! Kalau kata tak ambil tahu langsung tu menipu sangat la kan. Ada la juga ambil tahu. Oh ya, memandangkan awak pakar math jom la join saya study. Nak tak?”

                “Takpa ke saya join awak?” (Pucuk di cita ulam mendatang)

                “Kenapa pula?”

                “Takda yang marah? Kot-kot la saya ni kacau daun ke!”

                “Takda maknanya. Cuma saya dengan Dira je. Kadang-kadang Abang Shahir join. Dia la sifu kitaorang dalam math.”

                “Eh, Akim dengan Iwan tak join sekali?”

                “Budak berdua tu ikut angin. Angin baik, join la. Kalau tak, buat hal memasing. Iwan sibuk dengan skate. Akim pula faham-faham jelah. Kalau Iwan takda, dia tak join. Takut kena buli dengan kitaorang kot. Hehe..” Terang Aishah panjang lebar.

                “Ok. Bila and kat mana?”

                “Sabtu ni saya inform. Memandangkan hari biasa dan sibuk dengan sekolah, study group buat masa hujung minggu je.”

                Irfan mengangguk.

**********
                Akim mencapai gitar. Cuba untuk menghiburkan hati. Tapi, hampa. Di kepalanya terbayang kemesraan Aishah dan Irfan siang tadi.

                (Makin lama makin rapat pula. Belum lagi campur dengan balas status bagai kt fb. Haih)

                Gitar di letakkan di sisi. Akim bangun lalu mengambil lappynya. Laman sosial facebook di aktifkan.

                Akim mengetap bibirnya. Geram bercampur sakit hati.
                

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries