Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 9 : Terlewatkah Aku???
15 November 2011 | 10:03 AM | 0 comments
“Korang takpa kan Irfan join kita study?”

Adira dan Iwan saling berpandangan.

Akim pula agak terkejut dengan kehadiran Irfan. Dia mengeluh nipis. (Mamat ni lagi! Dah la beramah mesra kat fb. Kat sini pun kau nak menjelma juga ke!)

Tanpa menunggu persetujuan dari mereka, Aishah mempelawa Irfan untuk duduk. Kini dia duduk di antara Irfan yang tersenyum manis dan Akim yang mula mempamerkan reaksi muka ketat.

Suasana pembelajaran di teruskan dalam suasana yang agak tegang.

**********
                “Dira, Ecah dengan budak baru tu ada apa-apa ke?”

                Adira mengangkat kening manakala Iwan pula mengerutkan dahi. Terkejut dengan pertanyaan Akim.  Aishah tidak menyertai mereka setelah meminta izin untuk pulang dulu dengan Irfan.

                “Kenapa pula?’

                “Yalah, rasanya rapat semacam je.”

“Kenapa kau tak tanya dia sendiri?”

“Dira, kau tu BFF dia mesti la dia ada cerita apa-apa kan?”

                “Kim, kau suka dia ye?”

                “Wan, aku cuma nak tahu je. Aku taknak budak baru tu permainkan perasaan Ecah. Kalau suka, buat cara suka.”

                Iwan mencebik. (Sama dengan la tu!)

                “Kalau kau sukakan dia, mengaku jelah. Aku boleh tolong. Malam ni dia tidur rumah aku. Kitaorang sambung study. Nanti aku try tanya.” Adira tenang memandang Akim.

                “Isk, kau ni ke situ pula. Mana ada.”

                “Betul ni kau takda perasaan dengan Ecah? Tak menyesal??”

                Soalan Adira dibiarkan sepi.

**********
“Babe, kau tau tak semalam Akim tanya aku pasal kau dengan Irfan?”

“Motif?!” Aishah mengambil cucur udang yang masih panas. Selepas sesi ulangkaji semalam Aishah bermalam di rumah Adira walau pun jarang rumah mereka dekat. Yalah, boleh buat sesi umpatan.

Adira menjungkitkan bahu. “Entah!”

“Kau jawab apa?”

“Hahaha…Aku suruh dia tanya sendiri. Kan lebih afdal.” Adira mengenyitkan mata.

“Tau takpa.”

“Tapi kan, aku pun nak tau juga. Apa sebenarnya relation kau dengan dia?”

“Aku dengan Irfan kawan jelah.”

“Akim?”

Aishah menarik nafas. Dalam. “Sama juga. Aku dengan dia pun kawan.”

“Ye ke? Semalam, bukan main mencuka lagi muka Akim bila kau ajak Irfan join kita study. Kau pun satu, bukan nak hint dulu. At least, inform la aku.”

“Memang aku saja ajak dia join kita. Meriah sikit kan. Lagi pun, kita ni sama-sama bengap dalam Math. So, dah ada yang pakar, sebat jelah.”

Adira tersengih. “Betul…Betul…Betul…” Sengihannya terhenti. “Babe, aku ada satu lagi soalan.”

“Isk, berapa banyak soalan daa! Hah, apa dia?”

“Kau suka Akim kan?”

Aishah menghentikan kunyahan. “Mana ada!”

“Elleh, ye la tu. Takda konon. Kau biar benar?”

“Mana ada la. Lagi pun kitaorang ni dah macam adik beradik kot. Takkan la ada perasaan.”

“Betul ni takda perasaan? Anda yakin dengan jawapan anda?”

“Poyo ar kau.” Aishah ketawa melihat reaksi Adira walau pun jauh di sudut hatinya terkesan dengan kata-kata Adira.

(Memang aku sukakan dia, Dira. Tapi, aku tak rasa nak kongsikan perasaan ni dengan kau. Sorry, belum masanya!)

**********
Sejak insiden di perpustakaan tempoh hari hubungan Aishah dan Akim mulai dingin. Tak semesra dulu. Tapi berbeza pula dengan Irfan. Makin lama makin rapat ikatan persahabatan antara Aishah dan Irfan sehinggakan menjadi topik perbualan hangat di sekolah.

“Err, bro. Aku tanya sikit boleh.” Iwan teragak-agak melontarkan dialog.

“Hah, apa dia?”

“Apsal kau dengan Ecah lain macam je skang ni? Korang gaduh ke?”

Akim mengecilkan mata. Memandang Iwan penuh serius.

“Mana ada gaduh. Kitaorang ok jelah.”

“Tapi tak macam dulu. Skang ni sorang ke barat sorang ke timur. Ke kau jealous tengok dia rapat semacam dengan Irfan tu?”

“Motif sangat aku nak jealous?”

“Akim, kita kawan dah lama. Aku dah masak sangat dengan perangai kau. Baik buruk semua aku dapat jangka. Kau suka Ecah kan? Mengaku jelah.”

“Weh, kau ingat indah sangat ke cakap soal perasaan kat padang ni? Dah…Dah…Jom training. Minggu depan ada tournament tau.” Terus Akim bangun untuk menyertai ahli pasukan yang lain melakukan aktiviti memanaskan badan.

Iwan mencebik. Geram bila soalannya tak berjawab. (Betul la tu! Suka tapi taknak ngaku!)

**********
“Takda latihan untuk esok ya kawan-kawan. Lusa kita dah lawan kan. So, better kita rehat secukupnya sebelum berjuang.”

Ahli pasukan yang lain menganggukkan kepala. Masing-masing memberikan perhatian pada Aishah.

“Memandangkan tahun ni tahun terakhir kita bergelar pelajar sekolah ni, aku harap sangat kita dapat kekalkan rekod tanpa kalah. Biar kita sudahkan tahun terakhir dengan gemilang.”

“Kapten, tahun ni kita lawan kat sekolah mana?” Soal Zizi.

“Tak jauh mana pun. Nun hah, sekolah jiran kita.”

“Ewww, Sek Men Tun Teja. Tak best la.” Rungut Adila.

“Mana-mana pun sama jer. Yang penting kita menang.” Sampuk Adira sambil di sokong oleh yang lain.

**********
Aishah merapati Akim. Lelaki itu baru saja selesai dengan latihan bola.

“Dah habis kan. Jom gerak sekali.” Aishah tersenyum.

Akim memandang Aishah penuh sinis. Tiada kelibat Adira di situ.

“Huh, mana perginya teman tapi mesra kau?”

“Sah-sah la Dira balik dengan abang sayang dia. Malas nak jadi penyibuk. Aku nak balik dengan kau. Jom.”

“Bukan Dira la.”

“Dah tu siapa?” Soalan Aishah melahirkan kelucuan pada Akim.

“Siapa lagi, Irfan la. Time ni pula kau bendul ek. Apa mimpi nak balik dengan aku ni?!”

“Bro. tak baik la kau cakap camtu.” Iwan menyampuk setelah menyedari kata-kata Akim yang semakin bisa. Riak wajah Aishah berubah.

“Kenapa pula? Aku cakap benda yang betul. Selama ni dia berdua je kan dengan Irfan tu. Pergi mana pun together-gether. Ala-ala laila majnun sekolah ni. Tiba-tiba pula nak balik dengan aku bagai. Tak ke pelik namanya tu! Owh, aku lupa. Mamat tu ada hal ye. So, takda teman nak balik baru la teringat kat aku. Gitu?”

“Kau ni kenapa? Nak angin tak tentu pasal.” (Tahu tadi baik balik dengan Dira.)

“Yelah Ecah. Aku je yang angin kan! Kawan kau tu air.” Akim meneruskan kata-kata sinikalnya. Tambah menyakitkan hati Aishah.

“Dah la. Malas aku nak layan kau. Aku boleh balik sendiri!”

“Aduh, kau ni kenapa? Tak baik dowh buat Ecah macam tu.” Iwan bersuara setelah melihat Aishah pergi.

“Kau pun nak salahkan aku juga?” Akim memasukkan kasut butnya dalam beg sambil mendengus kasar.

“Aku tahu kau suka dia. Tapi bukan cara ni tarik perhatian Ecah. At least tunjuklah sikit prihatin kau tu. Kan dia balik sorang je.”

“Wan, jarak rumah kitaorang dengan sekolah ni bukan jauh mana pun.  Lagi satu, bila masa aku cakap aku suka kat dia? Ada aku inform kau? Pernah ke?”

Iwan menggelengkan kepala. (Dalam hati ada taman, taknak ngaku konon!)

“Takda kan. Dah la. Aku gerak dulu.”

“Kalau suka tu, cakap jelah. Tak payah nak berlagak poyo. Baik mengaku sebelum terlambat. Karang menyesal, padan muka kau!!” Laung Iwan.

Labels:


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries