Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Part 10 : Terlewatkah Aku
17 April 2012 | 1:09 PM | 0 comments
“Ketara sangat ke perasaan aku ni sampaikan si samdol tu boleh perasan.” Akim menompang dagu di meja belajarnya. Terngiang-ngiang kata-kata yang dilemparkan Iwan kepadanya petang tadi.

“Kalau suka tu, cakap jelah. Tak payah nak berlagak poyo. Baik mengaku sebelum terlambat. Karang menyesal, padan muka kau!!”

“Herm, tak ramai pula yang online hari ni. Baik layan TV. Eh, malam ni ada bola kan. Macamana boleh lupa ni.” Dahinya di tepuk.

Belum sempat ikon sign out diklik, matanya tertumpu pada status di FB Aishah yang baru saja dikemaskini.

Kalau aku ada buat salah, cakap jelah. Tak payah nak emo tak tentu pasal…benci!!!

Akim tersenyum kelat. Tahu benar kepada siapa Aishah menujukan status itu meski pun namanya tidak di sertakan. (Baik aku tunggu. Mesti si Dira reply status ni kejap lagi)

Ikon new feeds di klik. Tepat jangkaan Akim apabila tak sampai seminit, Adira memberi komen balas.

Babe, kau kenapa?? Sape yang dah sakitkan hati kawan aku ni…bagitau cepat, biar aku belasah dia!

Akim mencebik. (Ceh, macam kuat plak nak belasah orang minah ni!)

Sekali lagi ikon new feeds di klik. Menunggu Aishah pula memberi komen balas.

Kita borak kat skype…aku dapat rasa orang tu tengah skodeng page aku skang ni!

Akim terpana. Dia memandang kiri dan kanannya. (Hoh, bela hantu raya ke? Macamana dia boleh tahu!)

*****
“Hah, esok kau lawan netball kan??” Akim terpacul di muka pintu kaca. Aishah menyarung selipar dan kedua mereka menuju ke laman rumah.

Aishah mengangguk. “ Dah tu kenapa?”

“Aku nak bagi kata semangat sikit. Taknak kalah ek. Buat malu aku je karang!” Akim tersengih di sisi Aishah. Dia berdiri tegak.

Aishah mencebik. “Malu jadahnya?!”

“Yalah, jatuh kot saham aku dengan budak sekolah Tun Teja yang cun melecun tu.”

Aishah menjuihkan bibirnya. “Elleh, bukan aku lawan kat sekolah tu pun. Kecoh je tau!”

“Tak kira la. Kan mana-mana sekolah ada ramai aweks yang cun-cun belaka.”

Menyedari yang dari tadi Akim berdiri tegak sambil menyorokkan sesuatu di belakangnya membuatkan Aishah tertanya-tanya. “Yang kau berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku ni kenapa? Kau sorok apa tu?”

Akim tersenyum nakal. “Taadaaa…Sebagai cara untuk menaikkan semangat kau, aku ada satu sorakan baik punya.” Akim menunjukkan kedua tangannya yang memegang pom-pom berbulu warna biru bercampur kuning.

Aishah terpinga. Dia menggarukan kepalanya. (Apakah?)

“Ok, sedia!” Dia mengambil beberapa langkah ke belakang lalu berdiri mengadap Aishah yang masih lagi terpinga-pinga.

Sorakan di mulakan.

"Gimme S…!” Akim membuat simbol S menggunakan tangannya.

“Gimme M…!” Kedua hujung tangan di letakkan di kepala untuk menunjukkan huruf M.

Aishah tergelak. (Comel seh)

“Gimme T…!” Tangan sejajar dengan perut.

"Gimme B…! Goooo…Ecah!!!”

Akim menyudahkan sorakan dengan mengenyit matanya.

Terhambur tawa Aishah melihat kerenah Akim. Dia menghampiri Akim. “Mana kau dapat bulu-bulu ni?”

“Aku pinjam kak long punya la. Penat aku praktis tau. Esok kau lawan habis-habisan. Jangan kalah pula. Kau kan kapten!”

Aishah menggelengkan kepalanya. “Yalah, aku takkan kalah punya. Nak pula bila dah dapat kata semangat dari kapten bola sepak ni.” Aishah pula mengenyitkan matanya pada Akim.

Lamunan Aishah terganggu apabila mendengar jeritan Akim dari rumah sebelah.

(Tengok bola tak lain tu!)

Lusa aku dah lawan netball. Agak-agak ada ke sorakan dari Akim tahun ni?, getus Aishah. Sejak di Tingkatan Satu lagi Akim membuat sorakan untuknya menjelang perlawanan bola jaring. Rentetan dari itulah, ianya menjadi kebiasaan buat Akim pada setiap tahun. Walau pun pada mulanya dia sendiri tak suka dengan kelakuan Akim, apa tidaknya buruk kot lelaki buat sorakan tapi tulah yang di tunggu-tunggu pun.

Aishah tersenyum hambar.

*****
“Kak long buat apa tu? Boleh Akim masuk?”

“Bukan ke Akim dah masuk pun bilik Kak Long ni!” Tiz mengamit Akim untuk masuk.

Akim tersenyum. Dia terus duduk di sisi kak longnya yang sedang mengadap komputer riba di atas katil.

“Akim bosan la. Tak tahu nak buat apa?’

“Bola dah habis ek? Tu yang kacau Kak Long ni kan.” Tiz mengusik.

“Mana tau ni! Dah tu siapa lagi Akim nak kacau kan kalau bukan Kak Long.” Akim tersenyum nakal.

“Kenapa tak kacau Ecah?”

“Ecah busy ler Kak Long. Malas Akim nak kacau dia.”

“Kak Long tengok Akim dengan Ecah tu semacam je semenjak dua menjak ni. Korang gaduh ke apa?”

“Isk, mana ada gaduh.”

Belum sempat Tiz menjalankan soal siasat, hand phonenya berdering.

“Akim, kejap ek. Tunang kak long call.”

Tiz berlalu untuk menjawap panggilan telefon.

Akim menarik nafas lega. (Nasib baik! Kalau tak berjela-jela soalnya.)
Matanya meliar. Tiba-tiba pandangan tertancap pada pom pom berbulu biru kuning yang di gantung.

(Eh, lusa Ecah lawan netball. Hurm, macamana ni?)

*****
Aishah melirik pada Akim dan Iwan yang mula memasuki kelas dengan hilai tawa.

“Selamat pagi Ecah. Hai, sorang je hari ni? Dira mana?”

“Pagi. Entah la Wan, Aku pun tak pasti. Agaknya dia kurang sihat kot.” Balas Aishah.

Akim terus duduk di tempatnya tanpa menegur Aishah.

“Eh, kan korang lawan netball esok? Habislah kalau dia sakit. Siapa nak jadi WA?” Lima tahun setia menyokong pasukan Bola Jaring sekolahnya membuatkan Iwan familiar dengan posisi yang ada.

“Tu yang aku risau ni. Harap-harap dia ok.”

“Dia ok punya. Jangan risau yer.” Iwan menepuk lembut bahu Aishah. Cuba menenangkannya.

Thanks Wan. Aku hargai sangat keprihatinan kau tu.”

Iwan tersengih. Usai perbualan, dia berlalu.

Aishah menongkat dagu. Terdengar-dengar akan perbualan teman baik di belakangnya berkisar perlawanan bola semalam.

Terasa dia dengan tindakan Akim yang sedikit pun tak menegurnya. (Apalah salah aku? Takkan la rapat dengan Irfan pun nak jealous!)

“Morning awak. Apa ni pagi-pagi dah menung?”

Teguran dari satu suara membuatkan Aishah tersenyum. Irfan yang terus duduk di tempat Adira juga melemparkan senyuman padanya.

“Isk, awak ni mana ada saya termenung.”

“Ye la tu. Hah, BFF awak si Adira kureng sihat. Tu yang tak dapat datang.”

“Huih, macamana pula awak boleh tahu ni?”

“Awak, kan Abang Shahir tu rapat dengan saya. Mestilah saya tahu dari dia.”

“Ha ah ya. Terlupa pula. Hikhik…”

Perbualan dua sekawan itu membuatkan ada yang mencebik. (Akim la tu, siapa lagi kan!)

*****
Akim mencabut rumput dengan kasar. Hampir gondol di buatnya. Di fikirannya tergambar kemesraan Aishah dan Irfan. Perbualan di pagi hari membawa ke waktu rehat. Akim mendengus.

(Isk, dorang tu ada apa-apa ke? Rapat semacam je!)

“Dah sampai mana dah?! London? Afrika?? Ke rumah Ecah!”

Iwan memetik jarinya tepat ke muka Akim sebelum melabuhkan punggung duduk di sebelahnya.

“Kau ni pun tak reti ke bagi salam!”

“Aku dah bagi salam dari tadi dah. Kau yang tak dengar. Nak marah aku pulek..”

“Owh, ek?” Akim mempamerkan muka toya.

“Kau kenapa? Sakit badan ke sakit hati?”

“Kau sejak akhir-akhir ni mulut takda insurans kan? Cakap main lepas je! Ada rasa-rasa nak makan buku lima tak?”

Iwan tersenyum sinis. “Dah la Akim. Kalau suka cakap suka. Kan senang kalau mengaku. Tak la makan hati macam ni!”

“Makan hati benda? Aku baru je lepas makan nasi kat rumah tadi. Mana ada lauk hati. Ibu masak sambal ikan bawal la.” Akim dengan lawak bodohnya, berpura-pura tak memahami butiran kata-kata Iwan.

“Teruskan lah dengan perangai tu. Buat-buat la tak faham dengan apa yang aku cakap. Jangan ada yang makan hati ulam jantung sudah. Pakej sekali dengan frust secukup rasa.” Panjang lebar kata-kata pedas Iwan menerjah cecupingnya.

“Kau boleh tak jangan merepek yang bukan-bukan!”

“Gasak kau la. Jangan cakap aku tak ingatkan pula nanti. Lagi satu, esok Ecah lawan netball kat TT kan. Kita gerak lepas sekolah.”

“Rasanya esok aku ada hal. Maybe tak pergi.”

Iwan mengerutkan dahi. “Pulak! Hal apanya? Start Form 1 lagi kau tak pernah miss tengok game dia.”

“Adalah, takkan tu pun aku nak kena bagitau kau kot!”

“Ceh, hal la sangat. Suka kau la labu. Cuma satu je yang aku nak khabarkan kat sini. Dak Irfan pun akan turun sana juga sokong Ecah. So, faham-faham jelah.” Iwan bertindak sebagai batu api.

“Hei, mana kau tahu semua ni?”

“Adalah, takkan tu pun aku nak kena bagitau kau kot!” Iwan mengajuk dialog Akim sebentar tadi.

Akim muncung. (Cis!)

Labels: , , , ,


Older Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries