Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 1
21 May 2009 | 10:28 AM | 0 comments

11 tahun yang lalu..

“Akim,Echah nak buah tu!”

Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.Geli tekak Akim melihat hingus hijau mengalir daripada hidung Echah.Sudahlah gigi tak cukup batang.Rambut serabai.Busuk pula tu.Eew!

(Macam mana la aku boleh ada sepupu spesies macam ni?Aku dah ler Ketua Darjah 1 Biru.Budak lelaki yang paling kacak di SK Jalan Gurney 1.Semua cikgu perempuan jatuh hati.Kalaulah Hafiz tahu yang aku terpaksa main panjat-panjat pokok dengan budak hingus ni..hampeh!)

“Akim nape yang tercegat tu?Kan Echah suruh Akim ambilkan buah jambu air tu.”Ibu dah mula membebel.Nenek di sebelah hanya tersengih dan menyeringai.Akim menjuih bibirnya.

(Alah,ibu ni..).Dia menjeling ke arah Aishah sambil mencekak pinggang.

“Awak ni tak mandi ke?”

“Echah mandi ler..semalam..hehehe.”

(Mandi semalam?Nak jimatkan bil air ke apa?)

“Akim..apa ni..Echah rasa gatal-gatal la,”Echah menggaru-garu kepalanya sambil mencebik bibir.

(Apahal pulak?)

Dengan langkah yang malas,Akim menghampiri sepupunya.Dia menyelak rambut Echah dengan terpaksa.Tiba-tiba Akim terasa ada makhluk kecil menjalar-jalar pada jarinya.Meremang bulu romanya.Goosebumps.

“Ibuuuuuuuuuuuu..kutu..waaaaaaaaaa!”

Raungan Afiq Hakim yang baru berusia 7 tahun memenuhi ruang angkasa.

Habis bertempiaran anak ayam dan itik nenek.

*****

2 petang,11 tahun selepas kejadian…

Lokasi sebuah restoran mamak di Jalan Masjid India.

“Hai Cabby,Cabby nak makan tak?Oh,maaflah Akim,Cabby ada kelas tambahan.Trut..trut..hello,boleh saya cakap dengan Cabby?Cabby tak de,dia baru je keluar ..”

“A’ah..banyaklah kau Hafiz!”

Akim rasa nak baling saja kerusi pada kawan baiknya itu.Tapi akhirnya tanpa kawalan,kedua-dua mereka ketawa terbahak-bahak.(Kelakar Fiona konon,ceh!)

“Kau rindu kat awek aku ke?”

“Tetibe pulak awek!Kau kata kau romeo.Lelaki terkacak.Tapi aku tengok mengigau aje kau dengan Si Cabby tu..hehehe.Eh,apasal muka kau macam tak best je?”

Akim tidak menjawab.Saja diberi laluan untuk mamak restoran itu meletakkan teh tarik dan roti telur di atas meja terlebih dahulu.Seketika baru dia bersuara.

“Kau ingat tak Echah 50 sen?”

“Hehhe..sepupu kau yang comel tu?”

“Ah,banyaklah kau punya comel..Echah yang aku citer kat kau dulu..”

“Ye,aku ingat.Yang kau citer kau fobia sampai tak pernah balik kampung nenek kau tu.”

“Hah,yang tu lah!Dia nak datang KL ler.”

“Habis tu,apa masalahnya?”

“Masalahnya..masalahnya yang itu la!”

Hafiz menghirup teh tarik yang sudah suam itu.Dia menggelengkan kepalanya. Walaupun dia bersahabat baik dengan Akim sejak kecil,tapi adakalanya dia tak faham juga dengan pe’el kawannya ini.

“Takkanlah dah umur 18 pun dia nak ada kutu..kau biar betul.”

“Mana tahu dia dah ternak dekat 10 ekar ke?Tak de lah..aku tak suka dia,tu je.”

“Sebab kau tak suka?Kalau bukan fasal kutu.”

“Aku tak suka..tu je,full stop..datang nak duduk rumah aku pulak.Tak boleh nak enjoy.Orang lepas SPM enjoy,aku merana.”

“Bro,dia bukan budak kecik la..silap haribulan dah cun melecun.”

“Echah 50 sen cun?Huh..tak hadap aku!”

“Oh.riak wal takbur.Tak pe,nanti sepupu kau datang,aku ngorat dia dulu ek!”

“Amik le..nanti abis rambut kerinting kau jadi induk baru kutu-kutu dia.”

Akim dan Hafiz ketawa terbahak-bahak.Riuh seketika restoran mamak di Jalan Masjid India itu.

Sesuatu yang tak disangka..seringkali mendatangi kita..itukah suratan dalam kehidupan?Atau sekadar satu kebetulan????

*****

Melihat foto gambar kelasnya,Akim tersenyum kecil.Gambar terakhir bebudak form five.Cabby?Budak perempuan yang paling cantik di dalam sekolahnya.Sebagaimana lelaki lain,Akim tak lepas daripada memuja kecantikan Cabby.Sekadar memuja.Entahlah sukar untuk hatinya jatuh cinta..sebenar-benar cinta.Setakat cinta monyet dan kucing tu biasalah.Ramai juga gadis-gadis yang jatuh hati dengan ketampanannya,tetapi,Akim menganggap mereka tak lebih daripada seorang kawan.Nak kata sombong,tidak.Tapi bagi Akim,cinta itu terlalu mahal.Kalau boleh,biarlah seorang sahaja teman sehidup sematinya..the one and only soulmate.Bagi Akim,cintanya seperti cinta memerang.Haiwan yang paling setia dengan pasangannya.

Pernah juga Hafiz buat kelakar yang memanglah memerang jantan setia sebab dalam dunia memerang tak ada mahkamah syariah yang membenarkan poligami.

(Ceh!)

Akim menghembuskan rambut bahagian hadapan yang melitupi matanya.Dia ketawa kecil mengenangkan kata-kata Hafiz.Bila difikir-fikir balik,betul juga..mampukah aku sesetia memerang?

“Angau ke,ketawa sorang-sorang?”

Akim tersentak mendengar suara yang amat dikenalinya.

“Akak?Bila masa akak balik?”

“Baru je,”Zizi menggoncang-goncang rambut adiknya lalu menghempaskan badannya ke atas katil.

“Oi,orang baru kemaslah!”Akim membetulkan rambutnya yang kusut dikerjakan Zizi.Kakinya menunjal kaki kakaknya.

“Bangunlah akak,kau dah malas nak kemas katil.”

“Eksyen!”Zizi pintas bangun seraya tangan gatalnya menggoncang lagi rambut adiknya.

“Oi,akak ni..”

Belum sempat Akim menghabiskan kata-katanya,Zizi sudah berlari keluar dari biliknya.

(Bila pulak si minah ni balik dari UNIMAS?Apahal ibu tak cakap kat aku?)

“Akim!”

“Oi!”

Terkejut Akim apabila Zizi tiba-tiba muncul balik di muka pintu biliknya.Kus semangat.(Dah le rambut panjang macam Ponti Anak Remaja).

“Kau tak nak jemput Echah kat Pudu?”

“Blahlah akak!”

Akim membaling bantal ke arah Zizi tetapi sempat dielak olehnya.Zizi ketawa mengekek memanjang sampai ke tingkat bawah.

Jauh di sudut hatinya,Akim bersyukur dianugerahkan seorang kakak.Kalaulah Zizi tu lelaki,tak tahulah apa tahap gaban cacat otaknya.Sebagai perempuan pun dah penat Akim melayan karenah kakaknya.

Walaupun begitu,Akim tau yang kakaknya sayang akannya.Cuma kadang-kadang Akim rasa Zizi mungkin terkenan ketua kongsi gelap masa ibunya mengandung kot.Walaupun rendah daripadanya..bukan sikit,rendah sangat-sangat tetapi Akim takut juga pada kakaknya.Tali pinggang taekwando hitam itu digunakan sebaik mungkin oleh Zizi.Pernah berdarah hidung Akim ditendang Zizi bila dia memaki perempuan yang menghadiahkannya bunga mawar setiap hari.Zizi memang pantang kalau Akim menjatuhkan maruah perempuan.

(Tapi pompuan tu memang layak dimaki pun,tak faham bahasa!Muka cantik tapi gedik!)

Nora.Itulah nama awek yang menyebabkan hidung Akim berdarah.Harap muka saja macam Natalie Portman,tapi gatalnya macam Paris Hilton.

Akim memetik gitar kapoknya.Sesekali jari jemarinya memetik nada lagu ‘I’m Yours’..dia menyanyi-nyanyi kecil..

But I won’t hesitate..no more..no more..it can not wait..I’m yours..

Menguap..matanya sudah mula berair..Akim mendodoikan dirinya sendiri.

Di luar sana hujan yang turun rintik-rintik mendedangkan irama alam semulajadi.Mega yang berarak mendung melitupi bulan yang sepatutnya terang bercahaya.Akim lena dibuai mimpi yang indah.Bertemu tuan puteri atau mungkin sekadar gadis biasa..tetapi sang puteri di hati Sultan Akim.

..Apa yang berlaku seterusnya?Aku akan sambung nanti..^_^..

Labels: , , , , ,


| Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries