Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

FROM THE WRITER:TERIMA KASIH
07 June 2009 | 10:04 AM | 0 comments
Assalammualaikum semua..salam sejahtera..

Berakhirnya cerpen bersiri tribute untuk Aishkim ‘Aku Kau yang Punya’.Terima kasih yang memuji juga yang mengkritik.Cerpen ini sekadar HIBURAN.Apapun terpulanglah pasa perspektif masing-masing.Pandai-pandailah menimbang antara fantasi,illusi dan realiti.Blog ini masih mengalu-alukan sebarang karya penulisan untuk Aishkim.Anda boleh menghantar cerpen tapi bukannya yang bersiri(hanya pihak admin).Kami mengalu-alukan sangat sebarang fan art berkaitan Aishkim.Teruskan menyokong Aishkim di fansites Aishkim di PBAS atau MYSPACE.Begitu juga di web atau blog persendirian mereka di http://aishahaf7.smfforfree.com/ dan http://www.blogger.com/www.afiqhakim.com. Semoga Akim dan Aishah menghidupkan lagi industri muzik tanah air.

ADMIN

Labels: , , , ,

Aku Kau Yang Punya 17-Final
06 June 2009 | 10:06 AM | 1 comments
“Buka pintu!Buka pintu!”

Jerit Aishah kepada pemandu bas yang terpinga-pinga.

Sebaik saja pintu bas dibuka,Aishah meluru keluar.Hatinya remuk melihat motosikal yang terputus dua.Aishah menjadi tidak karuan.Bayangan ngeri menghantui mindanya.(Mana Akim?Ya Allah?)

“Akim..Akim..”Air mata membasahi kedua pipinya.”Akim!!!!”

Keadaan trafik sudah terganggu.Hon kereta mula berbunyi bertalu-talu.

“Aishah…”

Aishah berpaling ke arah suara yang memangilnya.Akim yang tersangkut di palang tol jatuh perlahan-lahan.

“Akim..”Aishah mendapatkan Akim dan merangkulnya dengan rasa gembira.

“Aduh..duh..sakit..janganlah peluk kuat sangat..”Akim memegang pinggangnya yang kesakitan.

“Macam mana boleh sangkut kat palang ni?”

“Akim tak sedar..yang Akim termasuk laluan bas dan lori….nampak palang..Akim lompat..tersangkut la pulak…”

“Bodoh..”Ujar Aishah perlahan sambil memeluk Akim.(Kau memang bodoh..laluan bas dan lori pun kau redah!)

“Bodoh..bodoh jer?Sa..sa..yang tak nak cakap ke?”

“Akim bodoh…”Aishah memeluk Akim sambil menangis teresak-esak.Dia tidak dapat bayangkan jika keadaan Akim sama dengan motosikal itu.Dia tentu menyesal seumur hidup.

Semua penumpang bas termasuk toll gate girl di situ terharu melihat Aishah dan Akim.

“Cik..”Seorang pegawai paramedik menepuk bahu Aishah memohon diberikan laluan mereka mengangkat Akim ke dalam ambulans.Aishah melepaskan rangkulannya dan membiarkan dua orang pegawai paramedik yang lain mengangkat Akim.

“Abang..wife saya tu…bagilah dia naik ambulans sekali.”Ujar Akim yang enggan melepaskan tangan Aishah.Aishah membeliakkan matanya(Wife?).

“Wife?Korang bergaduh sampai accident?”Pegawai paramedik itu sekadar tersenyum. “Naik..pergi teman suami puan.”

Aishah tersipu-sipu malu.(Tak guna betul Si Akim nih!)

“Terima kasih abang..”Aishah melihat tanda nama pegawai paramedik itu. “Abang Acis?”

“Kenapa?Tak percaya?”Pegawai paramedik itu berjalan menuju ke ambulans dengan dituruti dua orang pegawai paramedik yang lain dan Akim yang enggan melepaskan Aishah.

Sampai di atas ambulans pun Akim masih menggenggam erat tangan Aishah.Gayanya seperti takut sungguh jika dia kehilangan Aishah sekali lagi.

“Kalau Akim mati…”

“Shhh..”Aishah meletakkan jari telunjuknya di bibir Akim.Dia menggeleng-gelengkan kepala.Akim sekadar tersengih.

“Aishah…”

Ada apa?”

“Cium pipi sket…”

Sepantas kilat Aishah mencubit pinggang Akim yang kesakitan.Raungan Akim memenuhi ruang ambulans seiring dengan bunyi siren.

Dalam kesakitannya,Akim terfikirkan motosikal Pakcik Man Belon yang terputus dua digelek bas.(Habislah aku!).

*****

Sebulan selepas kejadian..

Ramai orang berpusu-pusu menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Encik Ramli dan Puan Fatimah.Maklumlah kena pula dengan cuti semester pertama persekolahan.Yang datang dari kampung mahu masuk dua buah bas.Itu belum masuk sahabat handai yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Hafiz yang datang bersama abangnya Aril tersenyum memandang Akim dan Aishah yang sedondon berpakaian kuning muda.Akim begitu tampan bersongkok dengan sut baju melayu berserta kain samping.Aishah juga nampak anggun dengan baju kurung moden.Nampak sepadan bagai pinang dibelah dua.

Kedua mereka mengiringi pasangan pengantin yang megah sebagai raja sehari.

Yazid dan Zizi yang tak henti tersenyum dengan busana indah warna di-raja.Akim gembira melihat kakaknya berbahagia dan berharap abang iparnya akan sentiasa menyenang cerita rumahtangga mereka berdua.

“Amboi,macam lawan pengantin saja.”Usik Hafiz apabila Akim dan Aishah menghampiri meja mereka.

“Alah,tumpang glamor pengantin,kan sayang?”Akim tersenyum nakal ke arah Aishah.Merah padam muka Aishah dibuatnya.

“Aduh..duh..dah sayang-sayang tu..”Usik Aril pula.

“Biasalah..ni girlfriend kita.”Sengaja Akim mengusik Aishah lagi.Aishah sempat memukul bahunya sebelum berlalu pergi apabila dipanggil Puan Fatimah.

“Abang macam mana?Dah selesai?”Tanya Akim sambil Hafiz tersenyum memandang Aril.

“Macam tu lah.”Aril sekadar tersenyum kelat.Mungkin bunyinya indah pada setengah orang untuk mengemudi dua bahtera tapi tidak bagi Aril.

“Bulan depan Abang Aril akan berkahwin dengan Marsha.Hal Cabby dah selesai.Ikut sajalah rentak mummy.”Hafiz memberi penjelasan setelah melihat wajah Aril yang tidak selesa dengan topik itu.

“Akim,kau jaga Aishah elok-elok.Ibu bapa semua dah restu.Kasih lelaki mungkin banyak,tapi cintanya pada perempuan hanya seorang.”Aril memberi nasihat kepada Akim.Akim tersenyum sambil mengangguk.

“Kau tak cerita hal Cabby pada aku.Nasib baik aku tak tackle Aishah.”Hafiz sengaja mengusiknya.

“Kau betul-betul suka Aishah kan?”

“Kalau aku suka pun,tak ada maknanya pasal dia lebih suka kau.”

“Tau tak pe..hehe..”Akim memeluk Hafiz. “Terima kasih.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

“Kau pun sama.”

Perbualan mereka terhenti apabila pengantin perempuan ingin membaling bunga pengantin.Sejambak bunga mawar merah terbang tinggi sebelum terjatuh ke tangan Aishah.Anak-anak gadis yang berada di situ mula mengusik-usik Aishah dan Akim.Aishah melambai-lambai bunga itu kepada Akim.

Akim mengenyit mata sambil tersenyum nakal.Dari jauh Aishah menghembuskan ciumannya.Akim pura-pura menangkap ciuman itu,meletakkan ke mulutnya dan diletakkan ke dada seolah-olah memberi maksud disimpan di dalam hatinya.

Walaupun duduk berjauhan kedua mereka saling bertautan pandangan.

*****

6 bulan selepas itu.

Akim akan menyambung pengajian dalam Bidang Kejuruteraan selama 4 tahun di University Of Southern California.Sepatutnya dia mengikuti kursus persediaan dulu di Malaysia.Tapi dia pergi atas tajaan peribadi Datuk Asrul yang agak kecewa dengan pilihan Hafiz yang memilih bidang muzik.

Hafiz akan beransur sebulan kemudian ke Berklee College of Music.Walaupun tidak mendapat galakan sepenuhnya daripada ayahnya,Hafiz tetap dengan cita-citanya untuk menjadi pemuzik yang disegani.Lagipun bukan calang-calang orang dapat mengikuti pengajian muzik di Berklee.Aishah pula sedang menjalani pengajian dalam Sarjana Muda Sains Seni Bina di UKM.

Suasana meriah di KLIA dirasakan muram buat sepasang kekasih muda yang menanti saat berpisah buat seketika.

Aishah memandang Akim.Akim juga memandangnya dengan penuh rasa sayang.Apatah lagi dengan rantai berloket AA yang tidak pernah ditanggal lagi oleh Aishah.Penerbangan Kuala Lumpur-Los Angeles akan berlepas tidak lama lagi.Akim cuba menggunakan masa yang ada bersama Aishah sebaik mungkin.

“Jangan mengorat minah mat salih kat sana..”

Kata-kata Aishah mencuit hati Akim.Dia ketawa kecil sebelum mencabut sehelai rambut Aishah.

“Aduh,Akim buat apa ni?”

Akim tidak menjawab,rambut itu dimasukkan ke dalam sebuah buku.Twilight karya Stephenie Meyer.

“First page.”Akim tersenyum dan memasukkan semula buku itu ke dalam beg silangnya. “Nanti Akim laminate rambut tu..letak dalam frame ke.”

“Oh,simpan rambut Aishah ye?Dulu orang tu geli nak pegang rambut kita.”

“Itu dulu..masa budak-budak.Sekarang Akim nak belai hari-hari.”Ujar Akim sambil membelai rambut Aishah.Wangian rambut yang akan dibawanya sampai ke LA.Kedua mereka saling memandang seolah-olah melepaskan kerinduan untuk seribu tahun.

Pandangan mereka terhenti dengan pengumuman meminta penumpang ke LA bersedia di balai pelepasan.Akim bangun dan memeluk ibunya.

“Ibu,Akim akan rindu ibu sangat-sangat.”

“Ibu pun.”Puan Fatimah menangis teresak-esak.

“Ibu jangan menangis..kalau tak Akim pun sedih.”suara Akim kedengaran agak sebak.Puan Fatimah mengangguk-angguk sambil mengesatkan air matanya dan cuba untuk tersenyum.Encik Ramli juga tidak dapat menahan sebak di dada.Akim memeluk ayahnya dengan erat.

“Akak.”Akim mencium tangan Zizi. “Akak jangan tendang Abang Yazid ye?”

Zizi tidak dapat menjawab soalan nakal Akim.Dia hanya mampu menangis sambil memeluk adiknya.Yazid yang berdiri di sebelahnya memujuk Zizi.Selepas bersalam dengan Yazid,Akim memeluk Hafiz.

“Bro,ingat aku dalam doa mu.”

“Hehe..banyaklah kau..nanti aku fly dari Boston pergi LA.”

“Masa tu Superman dan Batman akan bersatu!”Akim melepaskan pelukannya dan menepuk-nepuk bahu Hafiz.

Sebuah senyuman manis terukir di wajah Akim untuk Aishah.Akim memegang kedua tangan Aishah dengan erat.

“Tunggu Akim,okay.”

“Aishah akan tunggu Akim.”

Akim melepaskan pegangan tangannya perlahan-lahan sehingga ke balai pelepasan.Kedua mereka saling tersenyum sehingga kelibat Akim hilang dari pandangan Aishah.

Aishah menggenggam rantai berloket AA dengan erat.(Aishah akan menunggu kepulangan Akim..pasti).

Andai ada jodoh kita,tak akan ke mana-mana..pastikan sempurna harapan bersama.

*****

“Aishah balik dengan siapa?”

“Aishah balik dengan Kak Zizi,Hafiz.”

“Oh,okay.Hafiz pergi dulu.”

“Hafiz.”

Langkah Hafiz terhenti.Aishah menghampirinya sambil tersenyum

“Terima kasih untuk segalanya.Macam Aishah pernah kata,Hafizlah sahabat Aishah yang paling baik.”

“Lewat lah terima kasih tu..hehe..kebahagiaan Aishah pun kebahagiaan Hafiz jugak.”Hafiz menarik nafasnya dalam. “Okay Aishah,Hafiz pergi dulu.Bye.”

“Bye.”Aishah melambai-lambai tangannya.Hafiz turut melambai tanpa memandang ke hadapan.Aishah membulatkan matanya, “Hafiz!”

Bedebub!

“Aduh!”Hafiz menggosok-gosok dagunya.Dilihatnya gadis kecil-molek di hadapannya menggosok-gosok kepalanya.

“Sorry..sorry..saya tak..eh?”Hafiz cuba mengingati wajah gadis comel yang dilanggarnya.Direnungnya tahi lalat di tepi hidung gadis itu“Mila?”

“Huh?”Mila mengerut-ngerut dahinya.Cuba mengingati sesuatu.“Hafiz?”

“Mila ingat lagi Hafiz?”

“Apa tak ingatnya ketua darjah 1 Biru.Rambut kerinting.Muka tak berubah”

“Mila..kejap..kejap..”Hafiz mengangkat ibu jarinya pada Aishah tanda tiada apa yang terjadi. “Terlanjur jumpa,apa kata Hafiz belanja Mila minum.”

“Boleh juga.Jom.”

Mila tersipu-sipu malu berjalan seiringan dengan Hafiz.

Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Hafiz dan gadis yang dilanggarnya.Aishah tersenyum sendirian mengingatkan seperti déjà vu kali pertama dia berjumpa Akim semula.Kejadian langgar lutut.Muncul semua kenangan manis di antara mereka berdua.Adegan syampu,kejadian hujan dan pantai di Langkawi,kali pertama Akim menyatakan perasaannya dan kemalangan palang tol Jalan Duta.

Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.

(Aishah sudah pun rindukan Akim).

*****

Di dalam kapal terbang,Akim tidak senang duduk.Diseluknya poket seluarnya dan dikeluarkannya sebuah kotak cincin.Kotak itu dibukanya.Sebuah cincin emas belah rotan ditenungnya.

Cincin itu memang ingin diberikan kepada Aishah.Tapi Akim membuat keputusan untuk menyimpannya.Selepas 4 tahun nanti.Selepas bekerja di bawah Syarikat Perkapalan Datuk Asrul.Sebentuk cincin yang lebih sempurna akan diberikannya kepada Aishah untuk disunting menjadi suri dalam hidupnya.

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih Sayang
Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama…

Di ruang angkasa,Akim tersenyum melihat bulan yang indah dan bercahaya.Rasa rindu dan cintanya kepada Aishah disampaikan pada rembulan.

Di daratan,Aishah juga merenung bulan yang sama melahirkan rasa kasih dan sayang yang dikirimkan melalui bulan untuk Akim…

Labels: , , , ,

Aku Kau Yang Punya 16
| 9:07 AM | 0 comments
“Aishah,ni lah adik angkat Hafiz,nama dia Sherrina.”

“Hai Kak Aishah,nama saya Sherrina.Umur saya 9 tahun.”Budak perempuan comel berusia 9 tahun itu mencium tangan Aishah.

“Comelnya Sherrina.”Aishah tersenyum mencubit pipi Sherrina yang comel dan petah berkata-kata.

“Saya comel pun,ibu bapa saya tetap buang saya dalam tong sampah kan Abang Hafiz?”Sherrina tersenyum sinis sambil masuk ke dalam kereta.

Aishah tergamam mendengar kata-kata Sherrina.Dia memandang ke arah Hafiz yang juga kelihatan agak terkejut dengan kata-kata yang boleh keluar dari mulut anak kecil itu.

“Sayang kan budak yang petah begitu dibuang saja?”Ujar Hafiz sambil memandang Aishah.Aishah mengangguk-angguk tanda setuju.

“Abang dan kakak,jangan lama sangat berdating kat luar.”

Hafiz dan Aishah ketawa mendengar kata-kata Sherrina(Amboi mulut tak ader insurans).

“Kak Aishah bukan girlfriend abang ler.”Kata Hafiz sambil masuk ke dalam kereta.

“Laa,kenapa Abang Hafiz tak jadi boyfriend Kak Aishah?”

“Pasal abang terlambat sikit ler..ada orang cepat lagi.”

Hafiz hanya ketawa kecil.Aishah pula terasa merah padam dijadikan isu budak kecil 9 tahun.

“Kak Aishah tu comel.Lambat betul la Abang Hafiz.”Sherrina memuncung mulutnya.

“Tak pe,nanti kalau abang jumpa awek yang comel dan kecil molek macam Kak Aishah,abang tackle cepat-cepat.Okay?”

Hafiz menghidupkan enjin keretanya sambil mengerling ke arah Aishah yang masih tersipu-sipu.(Alorh!Alorh!)

“Jom kita pergi Zoo Negara!”

“Jom!”Jerit Sherrina sambil ketawa mengekek.

Aishah hanya tersengih melihat telatah Sherrina.Dalam kepetahan dia berbicara seperti orang dewasa,masih terdapat sifat kanak-kanak yang jelas di dalam dirinya.Mungkin juga kedewasaan itu lahir kerana peritnya rasa apabila mengetahui dirinya dibuang oleh orang yang sepatutnya menjaganya.Apakah anak yang diberi Allah itu disamakna dengan sampah-sarap?

Aishah terfikir,apalah sangat masalahnya dengan Akim kalau nak dibandingkan keperitan seorang gadis kecil bernama Sherrina.

*****

Akim tersenyum memandang Aril yang sedang duduk di sebelah Cabby yang kelihatan bertambah sihat.

Betullah kata doktor apa yang dia perlukan hanya sokongan sepenuhnya daripada orang yang dia sayang.Akim tersenyum apabila memikirkan dirinya yang dijadikan sandaran oleh Cabby sehingga meretakkan hubungannya dengan Aishah yang baru hendak berkembang.Akim memahami situasi Cabby yang tertekan.Lebih dari itu kekeliruan perasaan serba salah terhadap Cabby dan sayang kepada Aishah juga berpunca daripada kekhilafan dirinya.

“Awok kau termenung panjang kenapa?”

“Hehe..tak ada apalah,bang.”

“Akim.”Cabby memanggilnya supaya lebih ke hadapan.

“Yup,Cabby?”

“Terima kasih sebab jaga Cabby.”

“Sama..”

“Maaf kalau Cabby ada buat sesuatu yang mengganggu kehidupan Akim.”

“Tak pe Akim ikhlas jaga Cabby.Kita sesama manusia pun mesti saling tolong-menolong kan?Kalau Abang Aril sakit pun Akim akan jaga dia pasal Akim ni Superman.”

“Banyaklah kau punya Superman.”Sampuk Aril sambil ketawa kecil.Dia menepuk-nepuk bahu Akim dan memberi isyarat supaya keluar.Akim sekadar menuruti langkah Aril.

Mereka berdua duduk di atas kerusi di luar bilik Cabby.

“Abang nak kahwin.”

“Siapa?Marsha?”

“Ya..dan Cabby?”

“Dan Cabby?”Akim membulatkan matanya. “Macam mana dengan ibu abang?”

“Mummy takkan tahu..abang hanya dapat restu daripada ayah.Kalau Akim dalam situasi abang pun Akim akan buat benda yang sama.Cabby dah sampai cederakan diri dan mummy pun lebih kurang sama,kalau abang tak kahwin dengan Marsha.”

“Saya faham,lagipun kita memang boleh kahwin empat bang.”

“Akim ingat abang suka dengan keputusan abang?”Aril terdiam seketika.Akim juga turut terdiam.Memberi ruang untuk Aril.

“Apapun abang ucapkan terima kasih sebab selalu membantu abang menjaga Cabby.”

“No hal,bang.Saya nak minta maaf pasal tumbuk abang hari tu.”

“Nasib baik abang rasa bersalah.Kalau abang rasa abang betul mahu bertomoi hari tu.”Aril tersenyum sambil bangun.Dia menepuk bahu Akim.

“Hanya ayah,Hafiz dan Akim yang tahu perkara kahwin ini.Ingat,biar pecah di perut jangan pecah di mulut.”

“Pasti bang.”

Akim memikir-mikirkan masalah yang dia timbulkan dengan Aishah.Dia terlalu sayangkan Aishah.Belum pernah dia mencintai seseorang wanita seperti Aishah.Tapi dia sendiri tidak faham kenapa dia asyik menyakiti hati Aishah.Kadang-kadang dia ingin bersetuju untuk melihat Aishah dan Hafiz.

Tapi jauh di sudut hatinya….dia sukar melepaskan Aishah.

(Tamakkah aku?)

*****

Minggu ini ialah minggu terakhir Aishah di Kuala Lumpur.Aishah tersenyum sendirian memikirkan pelbagai coretan manis dan pahitnya di sini.Bayangan wajah Akim dalam pelbagai cara hadir dalam mindanya.Wajah Akim yang nakal..yang merah padam menahan malu..yang paling menyakitkan hati Aishah..wajahnya yang baran.

Selimut Akim dengan muka comel Doraemon dan Nobita berhelikopter kecil disimpan Aishah di dalam beg pakaiannya.Aishah menggenggam loket AA.Perlahan-lahan rantai itu ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam kotak rantai yang disimpan di dalam beg pakaian.

Mengenai rancangan Hafiz.Dia pasrah jika rancangan itu sekadar telahan Hafiz yang tidak benar.Mungkin sudah takdirnya dia bukan kepunyaan Afiq Hakim.

*****

Akim mengerling ke arah Aishah yang sibuk mengemas pakaian.

(Nak masuk tak nak masuk?Nak masuk tak nak masuk?)

Akim mencongak-congak macam sedang mengira sifir.(Ah,masuklah!)

Akim duduk di atas katil melihat Aishah mengemaskan pakaiannya.

Ada apa-apa yang boleh tolong?”

“Tak payah..aku boleh buat sendiri.”Ada nada hiba bercampur geram di dalam suara Aishah.Baju-baju yang dilipatnya dimasukkan cepat-cepat ke dalam beg pakaian.

Akim hanya terdiam.Dia tak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi yang sebenar kepada Aishah.Dalam kebisuan itu dia terpandang leher Aishah yang kosong tanpa rantai.

“Aishah dah buang rantai yang Akim bagi?”

“Dah,buang dalam longkang.”Jawab Aishah geram.

Akim menelan air liurnya.Hatinya sebak.

“Aishah bahagia dengan Hafiz?”

“Ya Allah..Hafiz!Hafiz!Hafiz!Aishah dah bosan!”Suara Aishah terketar-ketar menahan marah. “Kenapa Akim suka kalau Aishah dan Hafiz?”

“Hafiz lagi baik daripada Akim.”

“Siapa Akim yang nak jodohkan Aishah dengan Hafiz.Semua cakap Akim…Aishah kena ikut?Tolonglah.”

“Akim cuma nakkan Aishah bahagia.Tu saja.”

“Kenapa Akim pedulikan sangat kebahagiaan Aishah?”

“Sebab Aishah satu-satunya perempuan luar yang Akim sayang selain ibu dan kakak.Akim sayang Aishah..Akim tak mahu Aishah disakiti.Itu..itu saja..Akim sayang sangat Aishah.”

“Sayang tapi nak bagi kat orang lain.Cakap apa ni?Cakap orang gila?”

“Akim selalu menyakiti Aishah.”

“Aishah akui yang memang Aishah selalu sedih dengan sikap Akim.Memang Aishah selalu meluah rasa sedih itu dengan Hafiz.Tapi Aishah cuba perlahan-lahan menerima baik buruk Akim.Aishah cuma tak boleh terima apabila Akim menidakkan rasa cinta Akim!Itu yang Aishah benci sekali!”

“Akim bukan yang terbaik untuk Aishah.Hafiz dah terlalu buat buat Aishah.Akim menidakkan rasa cinta Akim supaya Aishah dapat melupakan Akim.”

“Oh,lupakan Akim?Siapa yang tak dapat lupakan siapa?Mengapa Akim serba tak kena apabila Aishah keluar dengan Hafiz.Akim kononnya cuba nak couplekan Aishah dengan Hafiz tapi diri Akim pun jadi macam tak betul.”

Akim terdiam.Dia akui ada kebenaran dalam kata-kata Aishah.Dia cuba untuk melepaskan Aishah tapi dalam pada masa yang sama dia juga sukar membiarkan Aishah pergi.

“Akim keluar..Akim keluar..”Aishah menolak Akim keluar dari bilik.Aishah mengunci pintu bilik.Dia terduduk di belakang pintu.Menangis teresak-esak.Tiket bas jam 2 petang itu digenggamnya.

Di luar pintu Akim mendiamkan diri mendengar tangisan Aishah.Di dalam hatinya terasa lebih ngilu.Yang terdengar hanya bunyi sedu-sedan.Tanpa air mata.Akim menangis di dalam hati.

Apatah lagi ini hari terakhir Aishah di rumahnya.

*****

Hafiz menolak pintu bilik Akim.Di lihatnya Akim duduk termanggu memandang ke luar tingkap.Geram Hafiz melihatnya.

“Aishah dah pergi Akim!”

“Aku tau..dia dah pergi.”

“Kau tak sayang dia Akim?”

“Aku sayang dia..aku memang sayang dia.Kau nak suruh aku cakap apa lagi?Cinta?Lebih daripada rasa cinta!”Akim merenung tepat ke mata Akim.

“Dapatkan dia!Cakap kau sayang dia,jangan cakap kat aku!Cakap kau cinta dia..cakap dan janji yang kau akan berubah lebih baik demi dia.Akim!Kau jangan lepaskan Aishah!Pergi!”Hafiz menarik Akim keluar dari biliknya.

Akim mengangguk-angguk.Macam baru sedar dari mimpi.Dia mula terasa kebodohannya melepaskan Aishah.Badan Hafiz digoncangnya.

“Aku akan cakap!Aku akan cakap..cepat kita kejar dia.”

Akim dan Hafiz berlari-lari ke luar rumah.

“Eh,mana kereta aku?”Tanya Akim.

“Kereta kau?”

Sempat lagi dua sahabat baik itu menggaru-garu kepala.Terpinga-pinga.

“Jom..jom..naik kereta aku.”Hafiz berlari-lari masuk ke dalam kereta.Enjin kereta dihidupkan.Belum pun keluar dari halaman rumah Akim,kereta itu telah mati.Hafiz dan Akim saling memandang.(Puloks!)

“Tak pernah pula kereta ni buat hal.”

Akim terpandang sesuatu dan menunjuk dengan jari telunjuknya.Hafiz memandang ke arah yang ditunjuk Akim.(Alamak dah E..patutlah minyak habis!).

“Pakcik Man!Pakcik Man!”Tiba-tiba Akim menjerit sambil keluar dari kereta Hafiz.Hafiz berlari-lari mengikutnya di belakang.

Seorang lelaki bertubuh kecil yang sedang menyiram bunga tercengang melihat kekalutan Akim dan Hafiz.

“Pakcik Man keluar jual belon tak hari ni?”

“Hari ni tak,pakcik tak jual belon.”

“Saya nak pinjam motor Pakcik Man.

“Boleh,tapi topi keledarnya ada satu saja.Yang lagi satu Makcik Tipah kau pakai.”

“Tak pe..Hafiz kau tinggal sini.”

“Okay.”

Pakcik Man mengeluarkan topi keledarnya dan memberikan kepada Akim.

“Terima kasih pakcik.”

Akim memakai topi keledar dan menghidupkan enjin motosikal Honda Cub C50 yang tertampal penuh stiker bertulis Man Belon.

Motosikal kapcai 70-an itu mengeluarkan asap hitam sepanjang jalan.

(Aishah!Akim datang!)

*****

Baru 2 minit bas Plusliner itu bertolak dari Pudu Raya.Aishah tersenyum sesekali ke arah makcik yang duduk bersebelahannya.

Matanya cuba dipejamkan.Tapi langsung tak boleh tidur.Seolah-olah hanya jasad sahaja yang duduk di dalam bas in.Rohnya masih berada di rumah Akim.

*****

“Nombor berapa akak?WHD 4321..okay,okay..okay kak..Plusliner..saya tahu.”

Telefon bimbit itu disimpan di dalam poket.Akim memecut motor kapcai itu.Semakin laju,semakin bertambah kepulan asapnya.Destinasinya hanya satu,Hentian Tol Duta.

Akim meninjau-ninjau bas yang banyak beratur menunggu giliran membayar tol.Cuaca terik menghalang pandangannya.Bagai orang gila dia hanya mampu menjerit nama Aishah sambil menunggang motosikal.

Aishah berasa tidak sedap hati.Entah kenapa dia pun tak tahu.Langsir bas ditolaknya.Pandangannya terpandang sesusuk tubuh yang dikenalinya.(Akim?)

Aishah memandang Akim berlalu laju dengan motosikal sehinggalah bunyi satu dentuman yang kuat dan Aishah melihat sebuah motosikal terpelanting di hadapan bas.

‘Akimmmmmmmmmmm!”

Jeritan Aishah mengejutkan semua penumpang bas termasuk pemandu bas yang berhenti secara mengejut.

Hati Aishah berdebar-debar.Jantungnya berdegup kencang.

Labels: , , , ,

Aku Kau Yang Punya 15
05 June 2009 | 10:09 AM | 0 comments
Jam di dinding sudah berdetik menandakan pukul 3 pagi.Akim menutup pintu rumah perlahan-lahan,di perhatikan kiri dan kanan.Suasana yang begitu senyap sekali.Langkahnya terhenti di hadapan pintu Aishah.Lama juga dia berdiri di situ.Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum berlalu pergi.

*****

Anak mata Akim mengekori Aishah yang menuruni tangga.Sepatutnya ini adalah minggu terakhir Aishah di sini,tetapi Akim mengagak Aishah mungkin balik lebih awal memandangkan tragedi yang melanda di antara mereka.Seperti pagi-pagi Ahad yang lalu,Zizi dan Puan Fatimah jarang berada di rumah.Akim juga perasan yang ayahnya sudah lama tidak pulang.Agaknya belum selesai kerja arkitektur di Thailand.

Aishah berlagak seperti biasa.Beberapa kali Akim mengerling mencuri sekilas pandang.Sesekali Aishah berbual mesra dengan bibik.

Tuk!Tuk!

Akim bangun membuka pintu dan terkejut melihat sejambak bunga di hadapannya.Ditolaknya bunga itu ke tepi.Terkesima sekejap dia melihat Hafiz tersengih di sebalik bunga itu.(Kau kenapa bro???)

“Bro?Pehal ni bro?”Akim menunjukkan bunga yang di bawa Hafiz.

“Pehal apanya?”

“Takkan lu nak bagi wa bunga kot..agak-agak ah.”

“Siapa nak bagi kat kau pulak bro?”Hafiz masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Akim.

“Hai Hafiz!”

“Hai Aishah…untuk Aishah.”

Mata Akim tidak berkelip memandang mereka berdua.Aishah mencium bunga itu sambil tersenyum memandang Hafiz. “Tunggu ek..Aishah siap-siap dulu.”

Terkebil-kebil Akim melihat Aishah menaiki tangga naik ke atas.Dilihatnya pula Hafiz yang tersenyum memanjang macam terkena sapu minyak dagu.

“Kau nak bawa dia ke mana?”

“Adalah jalan-jalan.”Hafiz tersenyum sambil duduk.

“Nak jalan?Jalan ke mana?”

“Jalan atas darat ler..takkan sungai pulak?”

“Kau..kau..ajak dia keluar tak minta izin waris dia ke?”

“Waris?Oo..aku dah minta izin mak kau.”

“Ooo..mak aku bagi ye?”(Relaks Akim,kau kenapa?).

Tidak sampai 10 minit Aishah turun sambil tersenyum ke arah Hafiz.

“Jom,Hafiz.”

“Jom!”

Aishah berjalan seiringan dengan Hafiz keluar dari rumah.Akim merasakan dirinya ibarat bapa mertua yang tak dipeduli dek anak menantu.

“Balik pukul berapa ek?”Akim cuba tersenyum ke arah Aishah.

“Ntah,tak balik kot.”Jawab Aishah sambil masuk ke dalam kereta Hafiz.

Tanpa disedari Akim tangannya gatal mencabut kelopak bunga yang diberi Hafiz kepada Aishah. (Tak balik?Biar betik!)

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.Bayang Aishah langsung tak nampak.Akim berjalan ke hulu hilir macam ibu ayam hilang anak.

(Ke mana Hafiz bawak Aishah sampai ke malam ni?Nak kata bawa ke masjid,Isyak dah lama abis..)

“Akim,cuba kau duduk.Akak nak tengok tv pun asyik terganggu kosentrasi.”

“Tak de,Aishah ni dah malam-malam pun tak balik?”

Zizi yang sedang asyik melayan Master Potato ketawa kecil.

“Bukannya keluar dengan siapa-siapa pun,dia keluar dengan Hafiz.Kita satu keluarga dah kenal Hafiz dari kecik lagi.Biarlah,Aishah pun single and available kan?”

“Ntah..senang cerita..cuba duduk.”Sampuk Yazid yang manja-manja berkongsi Master Potato dengan Zizi.Di tengah-tengah mereka Puan Fatimah yang ala ibu sporting turut berkongsi kasih sayang Master Potato.

Akim memandang geram ke arah Yazid.(Mamat senang cerita nih dah pukul 9 lebih pun melepak umah tunang lagi).

Akhirnya Akim duduk juga di atas sofa.Itupun duduknya seba tak senang.Ditambah berbulunya hati melihat tiga sekawan Master Potato yang tidak mempedulikannya.

*****

Suasana di Kampung Baru yang sentiasa hidup pada waktu malam tidak menjemukan Aishah.Apalagi dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang asyik bertukar-tukar lampu.

“Dan sebenarnya ku mengharapkan sebalik senyumanmu itu..kau juga mencintai aku.”Hafiz menyanyi-nyanyi kecil sambil ketawa.

“Apa maksud Hafiz tu?”

Ada lagi..apakah perasaan benci ini sebenarnya cinta?Yang masih bersemadi untukmu…hehe.”Hafiz ketawa kecil.Aishah mengangkat keningnya seolah-olah tidak memahami apa yang ingin disampaikan Hafiz.

“Perasaan Aishah untuk Akim.”

Senyuman Aishah berubah menjadi kelat mendengar kata-kata Hafiz.Dia mengeluh.Seolah-olah membuang segala duka dan lara di dalam hatinya.

“Masih sakit hati lagi?”

“Bukan masih..sedang..dan terlalu sangat.”

Hafiz tersenyum memandang loket AA yang masih dipakai Aishah.

“Benci..cinta..benci..cinta..sakitnya membenci dia..sakit lagi mencintai dia,kan?”

“Hafiz terlalu memahami perasaan Aishah kan?”Aishah tersenyum memandang Hafiz. “Aishah terima Akim seadanya.Aishah akui yang Aishah akan terluka..tapi Aishah pun tak tau bila perasaan sayang itu hadir.Semakin Aishah cuba untuk membenci Akim..semakin kuat lagi rasa sayang Aishah pada Akim.”

Aishah mengesat air matanya yang mula bergenang di mata.

“Perasaan kita akan mudah terluka dengan orang yang kita sayang.Hafiz cuba tak nak masuk campur dengan mana-mana pihak.Tapi Hafiz akui yang Hafiz lebih bias pihak Aishah.Hafiz kan Batman rambut kerinting?”

Aishah ketawa kecil sambil bermain rambut kerinting Hafiz.

“Wah,lepas ni Hafiz tak akan syampu rambut sebab Aishah dah pegang.”

“Alah,Aishah yang pegang..bukannya Liyana Jasmay.”

“Kalau Liyana Jasmay,Hafiz botakkan rambut ni simpan dalam muzium..hehe”

Aishah dan Hafiz ketawa serentak.

“Terima kasih sebab menggembirakan Aishah.Kenapa Hafiz terlalu baik pada Aishah?”

Hafiz terdiam seketika dengan pertanyaan Aishah.Cuba untuk menyusun ayat.

“Pada pandangan Hafiz,dalam hidup seorang perempuan,dia akan mendapat seorang kekasih dan seorang soulmate.Ada setengah orang ,dapat 2 dalam 1..Aishah pula mungkin ditakdirkan dapat asing-asing.”

“Hafiz tu kategori mana?Kekasih ke soul mate?”

“Nanti Hafiz calculate formula dia..Batman Aishah,sentiasa menemani kesedihan Aishah..bersedia menerima kelukaan Aishah.Tapi tak mungkin Aishah cintai..well,Hafiz menerima diri Hafiz sebagai soulmate Aishah.”

“Terharunya Aishah dengar..betul Hafiz,terharu sangat..”

Aishah tersenyum memandang Hafiz.Hafiz sekadar ketawa kecil sambil sekilas memandang ke arah lain.(Janganlah senyum comel sangat…nanti ada pula yang jatuh cinta).

Mereka asyik menikmati minuman dan berkongsi cerita di gerai di Jalan Raja Abdullah sehinggalah jam 11 malam.

*****

Akim kelam kabut mendapatkan gitarnya setelah mendengar bunyi enjin kereta Perodua Kancil yang amat dikenalinya.Dia berlari-lari keluar dan duduk di atas buaian sambil berpura-pura memetik gitar.Tunggang langgang kod muziknya.Sekali dengar macam lagu mak yong.

Anak matanya mengekori Aishah yang tersengih-sengih berjalan seiringan dengan Hafiz.

“Kita jumpa lagi esok,okay?”

“Okay,selamat malam Aishah.”

“Selamat malam,Hafiz.Bye.”

“Bye”

(Selamat malam Aishah..selamat malam Hafiz..pegi rah!).Akim masih memetik gitar ikut suka hatinya.Aishah tidak mempedulikannya dan terus masuk ke dalam rumah.

“Ai bang..lain macam je bunyi lagu?Praktis untuk wayang kulit ke?”Hafiz ketawa kecil dan duduk di sebelah Akim.

“Apa abang-abang?Bila masa aku kawin dengan kakak kau?”

“Amboi,garangnya!Makan tebuan ke?”

“Tebuan ke lebah ke..kau apahal sampai malam baru bawa dia balik?”

Hafiz tidak menjawab pertanyaan Akim.Dia bingkas bangun dan menepuk bahu Akim. “Dah lewatlah.Aku balik dulu.”

“Hafiz.”

“Ye?”Hafiz memandang ke arah Akim.

“Kau ada apa-apa dengan dia ke?”

“Apa hak kau nak tanya?”

Akim terdiam dengan pertanyaan Hafiz.Dia sekadar melihat Hafiz berjalan menuju kembali ke arahnya.Hafiz memandang tepat ke matanya.Serius.

“Kau ingat tak bila aku cakap kat kau,jangan sampai aku tak menghormati persahabatan kita?Inilah.”

“Maksud kau?”

“Kau benci dia kan?Kau sendiri cakap yang kau tak hadap dia.Kau tau tak walaupun apa pun kau..dia tetap terima kau.Tapi kau…kau memberi harapan,bergunung-gunung..kemudian menarik balik sekali rentap saja.Kau ingat Aishah tu apa?”

“Kau tak perlu tahu apa perasaan aku pada Aishah.”

“Tapi ini kau perlu tahu..mulai saat dan malam ni,Hafiz akan sentiasa menemani Aishah.Aku akan isi tempat yang kau kosongkan!”Berbaur nada geram dalam suara Hafiz.Dia berlalu masuk ke dalam keretanya.Meninggalkan Akim yang berdiri terpacak di situ.

Akim sekadar menelan air liurnya mendengar cabaran Hafiz.Pandangannya terus ke depan sehingga kereta Hafiz lenyap dari pandangan matanya.

(Ambillah!Ada aku kisah?)

*****

Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi.Bau perfume Intense Hugo menyucuk-nyucuk hidung Akim.Aishah sudah bersiap cantik sepertinya mahu keluar.

“Aishah..”Suara Akim tersekat di kerongkong.

“Hem.”

“Kau nak keluar ek?”

“Ya.”Aishah membetul-betulkan rambutnya.

“Dengan siapa?”

“Hafiz.”

“Oh,baguslah.”

“Memang bagus pun Hafiz.”

Mata Akim ke hulur hilir mengikut pergerakan Aishah.

“Aishah,hari ni Bibik balik Batam.”

“So?”

“Aku nak wish satu permintaan saja sebelum kau keluar dengan Hafiz.”

“Apa?”

“Aku tak tau masak nasi.Boleh kau tolong tanak nasi tak?”

Aishah membulatkan matanya. “Aku dah nak keluar baru kau nak cakap.Makanlah mee segera.”

“Aishah,sakit perut aku nanti…sekarang pun aku dah lapar gila.”

“Kau ni letak nasi pun tak tau..”Aishah membebel sambil ke dapur.Diambilnya beras,dibasuh dan diletakkan di dalam periuk nasi elektrik.Akim mengeluh perlahan.(Eh,macam tu je ke masak nasi?Sekejapnya.Tak payah pakai sabun ek?).

“Nanti dia dah warm kau boleh makan.”Aishah mengambil telefon bimbitnya dan memasukkannya ke dalam tas tangan.Akim masih terkebil-kebil berdiri di situ.

“Aishah..”

Aishah membulatkan matanya kepada Akim.Geram betul hatinya.Macam nak tinggal anak kecil kat rumah.

“Jangan jegil mata macam tu…tak de la,takkan makan nasi je?Lauk tak de?”

Deringan nada deringan “I’m Yours’ mengalihkan pandangan Aishah daripada masalah remeh sistem penghadaman Akim.

“Hello Aishah,dah siap?”

“Dah…”

Pemikirannya terganggu dengan mata Akim yang terkebil-kebil memohon simpati menguruskan sistem penghadamannya terlebih dahulu.

“Hafiz,kita keluar lewat sikit.Bibik tak ada.Akim nak makan tapi bodoh tak tahu masak..okay,bye..”Aishah menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.

Akim tersenyum gembira.(Bodoh pun bodohlah..keputusan markah 1-0..satu untuk Akim..kosong untuk Hafiz..hahahhahahaha!)

*****

“Apasal ayam tu goreng je?Buatlah masak gulai ke..masak kicap ke?”

Aishah menjeling ke arah Akim.(Demand!).

“Tak de la..cadangan je..janganlah marah.”Akim yang menyibuk di dapur menundukkan kepalanya.Tahu juga takut.

(Tak pasal-pasal aku memasak ala cantik macam nak buat rancangan memasak kat tv..cakap banyak pulak!).

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu menyebabkan Akim berlari-lari ke hadapan.

“Alarm pintu kau tak repair ke?Melepuh buku lima aku mengetuk.”

Akim memandang Hafiz yang selamba masuk tanpa diundang.Di tangannya ada bungkusan tomyam dan daging masak merah.

“Hafiz,sorry lambat.Ada orang kebuluran pagi-pagi lagi.”

“Tak pe,Hafiz faham.Ops lupa,ni untuk Akim.Nah!”

Akim menerima bungkusan tomyam dan daging masak merah itu dengan mata yang terkebil-kebil.

“Cantik ler tu,tadi Aishah dah goreng ayam.Jom kita keluar.”Aishah mendapatkan tas tangannya.

“Err..tak tukar baju ke?Bau ayam tu.”

“Tak kisah.”Kata Hafiz dan Aishah serentak.

Kedua-dua mereka berjalan seiringan keluar dari rumah.Akim masih berdiri dengan bungkusan tomyam dan daging masak merah.Perlahan-lahan dia terduduk di atas sofa.(Keputusan markah..1-1..satu untuk Akim dan satu juga untuk Hafiz..huhu..)

Bak kata nenek-moyang,terlajak perahu boleh diundur terlajak kata?Sendiri mau ingatlah.

*****

“Hari ni plan Operasi Kenakan Akim ialah kita pergi ambil adik angkat Hafiz kat rumah anak yatim.”

“Terima kasih,Hafiz.”

“Tak ada hal.”

Aishah tidak pasti dengan rancangan Hafiz.Kata-kata yang Akim lafazkan benar-benar menyiat-nyiat hatinya sehingga dia sendiri sukar mentafsirkan.Bagaimanapun Hafiz tetap meyakinkannya bahawa Akim tidak pernah mencintai seseorang perempuan seperti mana Akim mencintainya.

“Apa yang dimenungkan?Percayalah cakap Hafiz.Hafiz tahu ada satu perkara yang Akim sembunyikan dari kita.Kita ikut saja rentak dia.Okay?”

“Okay deh!”

Aishah cuba untuk mengukirkan senyuman.

Kereta yang comel itu menuju ke arah Jalan Ipoh.

Labels: , , , ,

Aku Kau Yang Punya 14
04 June 2009 | 10:11 AM | 0 comments
Jam menunjukkan pukul 8 pagi.Pagi-pagi lagi Akim sudah bersiap.Menuju ke satu destinasi untuk menyelesaikan satu perkara.Kunci kereta buruknya dimasukkan ke dalam poket.

Sebaik sahaja melintasi bilik Aishah,Akim memasukkan sekeping nota di bawah pintu.Dia berjalan menuruni anak tangga perlahan-lahan.

Jantungnya terasa berdebar-debar.Akim cuba untuk mengumpulkan kekuatan diri.

*****

AKIM ADA HAL JUMPA KAWAN DI HOSPITAL….P/S I LOVE YOU..:)

Aishah tersenyum sendirian membaca nota yang diselitkan Akim.Aishah bingkas bangun untuk mandi sebelum dia dikejutkan dengan bunyi nada deringan lagu ‘I’m Yours’ yang berirama di telefon bimbitnya.

“Hello Aishah,Hafiz ni.”

“Hafiz ada apa?”

“Mummy kena heart attack,Hafiz on the way ke hospital.”

“Ye ke?Aishah ikut?”

“Okay,15 minit lagi Hafiz sampai.”

Aishah berlari-lari menuju ke bilik air.Dia berpatah-balik untuk mengambil tuala.Kelam kabut.

*****

Akim menarik nafasnya dalam-dalam.Pintu itu dikuak.Sebuah senyuman terukir di wajahnya.Namun wajahnya berubah hampa apabila melihat Cabby menangis.

“Cabby?”Akim duduk di sebelah Cabby.Ada riak kerisauan di wajahnya.

“Akim..”Akim tersentak apabila Cabby memeluknya sambil menangis teresak-esak.Perlahan-lahan Akim melepaskan pelukan itu.Dia cuba menenangkan Cabby.

“Apa yang terjadi?”

“Aril..”

“Aril?”

“Dia ada datang jumpa Cabby..”

“Kemudian?”

“Dia cakap dia masih sayang Cabby…dia akan sentiasa bersama Cabby..tapi…”

“Tapi?”

“Tapi dia tetap akan kahwin dengan orang lain!Dia tetap ikut cakap ibu dia!”

Cabby membaling bantal dan menarik-narik cadar seperti orang yang hilang arah.Akim memegang tangannya untuk menenangkannya.Cabby menyembamkan wajahnya ke bahu Akim dan menangis teresak-esak.

Fikiran Akim melayang-layang dalam tangisan Cabby.Sedaya upaya dia cuba untuk fokus tujuan asalnya ke situ.

Nafasnya ditarik dalam-sedalamnya.

*****

Pada masa dan saat yang sama..

“Macam mana mummy boleh kena heart attack lagi?”

Aril hanya duduk termanggu di situ.Soalan Hafiz dibiarkannya tanpa jawapan.Wajah Aril kelihatan begitu sugul.

Aishah memandang Aril dengan wajah yang hairan.Pertama kali dia melihat wajah Aril suram dan muram.Tidak berseri-seri seperti pertama kali dia melihat Aril dahulu.Dilihatnya pula Datin Hajar yang sedang tidur dengan wajah yang pucat.

Suasana agak senyap.Hafiz berdiri di kepala katil.Aishah pula duduk di sebelahnya dengan muka yang agak cuak.Aril sekadar memandang ke luar tingkap.Datuk Asrul masih belum sampai lagi.

Aril menghela nafasnya dengan kuat..Dia teringat pertelingkahannya dengan ibunya pada pagi tadi.

“Aril akan tetap jaga Cabby.”

“Dan Marsha?”

“Seperti arahan mummy..Aril akan kahwin dengan dia.”Aril bangun.Malas mendengar bebelan ibunya.

“Aril nak buat Cabby jadi apa?Perempuan simpanan?”

“Mummy!”Aril menjerkah sekuat hatinya.Datin Hajar bingkas bangun dan menampar pipi Aril.

“You jangan nak tengking mummy pasal girlfriend you yang tak ada guna satu sen punYou jangan nak jadi anak derhaka!”

Aril mengurut-ngurut pipinya yang perit dan kemerah-merahan.Bibirnya diketap menahan marah.Datin Hajar pula mengurut-ngurut dadanya yang turun naik dengan nafas yang tidak teratur.

“Fine…memang Aril anak derhaka.”Aril menjegilkan matanya. “Kalau anak derhaka yang mummy kata,fine.Aril takkan kahwin dengan Marsha.Kunci ni?Baju-baju ni?Harta-harta ayah ni?Mummy ambil semua!”

Aril membaling kunci keretanya.Jaket Gucci itu dibuang dan dipijak-pijak.

“Ambil semua ni!Ambil!Buang Aril!Halau Aril keluar dari sini!Puas hati mummy?Puas?!!”

Sesaat selepas itu Aril melihat ibunya rebah dan terlantar di atas lantai dengan nafas yang berombak.Aril tergamam.

Aril memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Hafiz sekadar memerhati tingkah Aril.Aishah pula berasa tidak selesa dengan suasana dalam bilik itu.Dia bingkas bangun dan berjalan-jalan di luar mengambil angin.

*****

Tangisan Cabby semakin reda.Dia memandang tepat ke wajah Akim.

“Terima kasih sebab sentiasa berada di sisi Cabby semasa Cabby memerlukan seseorang.”

“Tak ada hal lah.”

“Kenapalah Cabby tak perasankan Akim dulu?”Cabby merenung tepat ke mata Akim.Akim mengeluh kecil dan mengalihkan pandangannya.Dia cuba untuk tersenyum dan memandang Cabby.

“Cabby..hari ni mungkin hari terakhir Akim melawat Cabby..”

Cabby mengerut dahinya.

“Cabby..Akim ada sesorang yang Akim perlu jaga hati dan perasaan dia.Seseorang yang amat penting dalam hidup Akim..sesorang..”

“Maksud Akim?”Cabby memandang tepat ke arah Akim.

“Akim tak boleh lukakan hati dia.Akim dah janji takkan melukakan hati dia.”

“Dan tanpa Aril..tanpa Akim..Cabby akan keseorangan..”Cabby berkata-kata dengan lemah.Matanya merenung ke dinding.Wajahnya kelihatan kosong.

Akim tidak menjawab.Mulutnya terkunci dengan lidah yang kelu.Perlahan-lahan Akim melepaskan pegangan tangan Cabby.Akim bangun melangkah perlahan-lahan keluar ke muka pintu.

Langkah Akim terhenti apabila terdengar bunyi kaca terhempas.Dia memaling ke belakang dan tergamam melihat serpihan kaca gelas berterabur dan Cabby yang tidak bermaya dengan pergelangan tangan yang berdarah.

“Doktor!Doktor!”Akim menjerit sambil mendapatkan Cabby yang sudah lembik.Seorang doktor dan jururawat segera masuk ke bilik itu.

Di luar pintu bilik itu seorang gadis melihat kejadian itu dengan seribu remuk rendam di dada.Loket AA itu digenggamnya.

Perlahan-lahan air mata menitis di pipi Aishah.

Akim sekilas terpandang kelibat seseorang yang amat dikenalinya.Jantungnya berdegup kencang.Kehadiran seseorang yang dirasakannya terlalu dekat.

*****

Mata Hafiz melilau-lilau mencari Aishah.Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.Dia tersenyum apabila melihat Aishah duduk di lobi hospital.Bagaimanapun senyumannya tidak panjang apabila melihat mata Aishah yang berkocak dengan air mata.

“Aishah?”

Aishah tersenyum sambil memandang Hafiz.Air matanya dikesat.Loket AA itu pula digenggamnya.

“Hafiz.”

“Ya.”

“Hafiz tau?Akim selalu mungkir janji..tak pernah tepat waktu…baran..dan suka cari pasal..”

Hafiz sekadar mendengar keluhan Aishah.Dia tersenyum kembali sambil setia mendengar keluhannya.

“Tapi..Aishah ..kasih…sayang….cinta..Akim.”Ada sendu di hujung kata-kata Aishah.Aishah terdiam seketika.Tanpa boleh ditahan Aishah menangis tersedu-sedu.

Hafiz yang duduk disebelahnya tidak mampu berbuat apa-apa.Hatinya juga tersentuh mendengar tangisan Aishah.Dia sekadar mampu menemani Aishah yang kesedihan.(Berikan kelukaan yang diberi Akim ke atas Hafiz).

Dari kejauhan Akim berasa lemah dan tidak berdaya melihat Aishah menangis.

*****

Akim mematikan langkahnya di sebalik dinding itu.Di tangannya masih terdapat kesan darah Cabby.Dia tidak mampu menggunakan tangan itu untuk mengesat air matanya sendiri.Apatah lagi air mata Aishah.Remuknya hati Akim melihat keadaan Aishah.Perlahan-lahan Akim menuju ke bilik air.

Dicucinya berkali-kali kedua tangannya.Biar hilang kelukaan Cabby yang terpalit di tangannya hilang.Akim terduduk di bawah sinki.Seperti hilang seluruh jiwanya,Akim menangis teresak-esak.

(Mengapa benda yang aku rancang tak jadi?Mengapa aku lukakan Aishah lagi?Mengapa kau teruk sangat Akim?)

Pertanyaan-pertanyaan yang bertalu-talu bermain-main di mindanya bagai menghiris-hiris jiwanya..ngilu dan pedih.

*****

“Dah lega?”Hafiz menghulurkan tisu kepada Aishah.

“Dah.”Aishah cuba untuk tersenyum walaupun dengan mata yang bengkak. “Aishah tak salahkan Akim..Aishah cuma berasa sedih dan Aishah menangis.Aishah okay.”

“Hafiz faham.Beruntung Akim kan?”Hafiz tersenyum memandang Aishah.Sesusuk tubuh muncul di hadapan mereka.Kedua mereka memandang Aril yang berlalu di hadapan mereka tanpa berkata apa-apa.

Aril memadamkan mesej sms yang diberi Akim.Dia berjalan menuju ke arah bilik yang dimaksudkan.Cabby yang masih pengsan itu diperhatikannya dengan penuh rasa kasih-sayang.Dia mengambil sikat rambut dan mengisir rambut Cabby dengan perlahan.

“Babe,kenapa you suka buat benda macam ni?”

Selimut yang melitupi tubuh Cabby dibetul-betulkannya.Tangannya terhenti pada balutan di pergelangan tangan kanan Cabby.Aril mengusap balutan itu.Ada air mata jernih yang jatuh perlahan ke pipi Aril.

Rambut panjang itu disisirnya lagi.

*****

Aishah tersenyum melihat Akim yang baru pulang ke rumah.Puan Fatimah yang sedang berada di ruang tamu galak memerhati tingkah mereka berdua.Sesekali dia tersenyum seolah-olah memberi restu.Bukannya orang lain pun Aishah kepada dirinya,anak adik perempuannya sendiri.

“Dah selesai masalah dengan kawan?”Jujur Aishah bertanya.Memang hatinya remuk pada awalnya kerana rasa cemburu.Tapi,Aishah sendiri berjanji pada dirinya untuk menerima Akim seadanya.Satu lumrah untuk dirinya memaafkan Akim atas dasar kekhilafan manusia.

“Masalah apa?”Akim menjawab dingin sambil membuka kasutnya.Pandangannya langsung tidak ke arah Aishah.

Mata Aishah terkebil-kebil melihat sikap Akim.

“Akim ni kenapa?”

“Kau kenapa tanya aku banyak-banyak soalan?”Akim memandang tepat ke mata Aishah.Melihat air mata jernih yang mula bergenang di mata Aishah meyebabkan Akim berpaling ke arah lain.

“Kau dah naik perasan pasal soal semalam ye?”

Akim tersenyum seolah-olah menyindir.

“Apa maksud Akim?”Ada nada sebak di dalam pertanyaan Aishah.

“Maksudnya,kau perasan lah.Kau ingat aku suka sangat kat kau?Hadap sangat?Setakat minah kampung,tolonglah jangan perasan!”

Kata-kata Akim benar-benar menghiris hati Aishah.Aishah menarik tangan Akim supaya berhadapan dengannya.

“Akim tengok mata Aishah dan cakap yang Akim memang tak suka Aishah.”Suara Aishah terketar-ketar cuba menahan air matanya dari jatuh.

“Tengok mata buat apa?Bukannya kita bercinta pun!”Akim menepis tangan Aishah dan memakai kasutnya kembali.Dia cuba masuk semula ke dalam kereta tetapi dihalang Aishah.

“Apa yang Aishah buat sampai Akim buat Aishah macam ni?”Air matanya sudah berderaian membasahi kedua pipinya.“Akim..Akim,jangan buat Aishah macam ni..Akim!”

“Kau tepilah!”Akim menolak Aishah jatuh ke tepi.

“Akim!”Puan Fatimah menjerit melihat perbuatan Akim terhadap Aishah.Akim tidak mempedulikan ibunya dan Aishah.Kereta Nissan Sunny itu dipecut selaju-lajunya.

“Mak Long..”Aishah menangis tersedu-sedu di dalam pelukan Puan Fatimah.Tersirap darah Puan Fatimah dengan kelakuan anaknya.

(Dirasuk setan ke apa budak Akim ni?)

*****

Kereta Nissan Sunny yang dipandu laju itu diberhentikan di tepi jalan.

Akim keluar dari kereta sambil menyepak-nyepak tayar keretanya.

“Arggggggggghhhhhhhhh!Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!”

Selepas menjerit-jerit seperti orang hilang akal.Akim terduduk lemah sambil menangis.(Aishah mesti lupakan Akim..mesti…lupakan Akim..)

Bagi Akim dirinya tidak layak untuk Aishah.Dia tidak layak menjadi penjaga Aishah jika sering melukai hati Aishah.Aishah tidak layak untuk dilukai.Baginya Aishah akan terus dilukai jika bersama dengan orang sepertinya.Perkara-perkara itu terus berpusing-pusing di dalam kepalanya.

“Aishah…Aishah…Aishah..”Akim terduduk lemah di tepi keretanya.

Nama itu terus diucapnya bersama remuk rendamnya jiwa seorang lelaki yang tewas di atas kekhilafan dirinya dan rasa cinta yang dirasakan tidak layak untuk dirinya nikmati.

Hujan pula bagai memahami apabila turut turun rintik-rintik membasahi bumi sepertimana air mata yang membasahi pipi Aishah dan Akim.

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia

Labels: , , , ,

Aku Kau Yang Punya 13
03 June 2009 | 10:12 AM | 0 comments
Loceng pintu rumah Datuk Asrul berbunyi.Hafiz membuka pintu dan seperti yang dia jangka Akim berdiri di muka pintu.

“Aku datang ambil Aishah.”

Hafiz menahan Akim seolah-olah melarangnya dari masuk ke rumahnya.

“Biarlah dia di sini malam ni.Lagipun ada bibik dan mummy kat sini.Kau tak perlu risau pasal dia.”

“Apa maksud kau?”

“Maksud aku..”Hafiz terdiam seketika.Dia memandang tepat ke arah Akim. “Biarlah Aishah selesa sebentar.Kau bagilah ruang untuk dia bernafas.Sampai bila kau nak sakitkan hati dia?”

Akim tidak menjawab pertanyaan Hafiz.Dia menolak tangan Hafiz dan masuk ke ruang tamu di mana Aishah ketiduran di sebelah bibik.Bibik itu memandang Hafiz.Hafiz memberi isyarat supaya membiarkan Akim.

“Aishah,bangun..”

Aishah masih lembik dan agak pucat.

“Aishah,bangun..jom,kita balik..”

Akim memimpin Aishah yang separuh mamai dan keletihan.Bibik Hafiz memberikan ubat Aishah kepada Akim.Akim sekadar mengangguk dan memimpin Aishah yang terhuyung-hayang.

Hafiz hanya memandang Akim membawa Aishah pergi.Akim berhenti seketika dan memandang Hafiz.

“Terima kasih sebab sms aku dan bawa Aishah ke klinik.”

“Aku memang nak hantar dia balik rumah kau,tapi dia minta kau yang datang ambil dia.Dia nak pulang dengan kau.”

Kedua pandangan dua sahabat baik itu saling merenung tajam.Satu suasana yang paling tidak selesa sepanjang persahabatan mereka.

“Terima kasih.”

Akim cuba mematikan renungan tajam antara mereka berdua.Dia memimpin Aishah masuk ke dalam kereta.Hafiz mengekori mereka dari belakang.

“Akim,jangan sampai aku tidak mampu lagi menghormati persahabatan kita.”

Akim sekadar memandang Hafiz sekilas dan masuk ke dalam kereta.Nissan Sunny model 1985 berwarna kelabu itu dipecut laju meninggalkan kediaman mewah itu.

*****

Aishah terasa yang kepalanya agak pusing.Lidahnya masih terasa ubat gastrik yang berasa seperti kapur.Perutnya berkeriut-keriut bunyi.Pandangannya agak kabur sebelum dia mengamati ada wajah yang merenungnya sambil tersenyum.

Akim tersenyum di hadapannya seolah-olah menunjukkan barisan giginya yang putih melepak.Aishah terasa geram melihat Akim tersengih.

“Kau pergi mana semalam?”Ringan sahaja tangan Aishah memukul kepala Akim.Bertambah geram hatinya apabila Akim masih tersengih.Diambilnya bantal dan dihempuk berkali-kali ke kepala Akim.

“Kau tau tak yang aku makan pagi sahaja?Aku tunggu kau dari pukul 8!Kenapa kau suka mungkir janji!Geram..geram..geram…”

Akhirnya Aishah sendiri yang lelah apabila Akim tidak membalas langsung.Sampai berserabut rambut Akim dibuatnya.

“Dah?Puas hati?”Tanya Akim kepada Aishah.

“Tak.”Aishah mencapai jam loceng di tepi kepalanya dan tanpa diduga dia membaling tepat mengenai mata kanan Akim.

“Aduh!”(Siamang gagap betul!).Akim menekup matanya yang sakit. “Butalah mata aku…tak nampak dunia,aduh!”

Aishah memandang keadaan Akim yang lebih lorat daripada Kassim Selamat tercucuk garfu.(Biar betik!)

“Kau ni sakit betul ke?”

“Aishah,kau tergamak membutakan aku!”

“Mana buta?Sini tengok?”Aishah menepis tangan Akim dan perlahan-lahan dia meniup mata kanan Akim.Tiupannya berhenti apabila melihat Akim mengenyit-ngenyit matanya sambil tersenyum nakal.

“Kau tipu aku lagi!Aku cucuk kang!”Aishah cuba untuk mencucuk mata Akim dengan jari telunjuknya.Akim menahan tangannya sambil menggeleng-geleng.

“Okay..okay..aku gurau je.Akim minta maaf sangat okay?”Tangan Aishah dipegangnya. “Kau pun satu,kau tak cakap yang kau ada gastrik.”

“Apasal pulak aku nak bagitau semua kat kau?”

“Mestilah..bagitau lah semua kat aku.Aku kan Superman.Superman dia lambat alert.Nak kena tukar baju dulu baru boleh selamatkan orang.Tapi kalau dapat maklumat asas,cepatlah sikit.Ni asyik-asyik Batman rambut kerinting.”

Aishah tersenyum memandang Akim.Pandangan mereka saling bertautan.

“Akim!”

Tetibe saja muncul Zizi ala-ala aksi Chun Li di depan mereka berdua.

“Yaaaaaaaaahhhh!”

Karate Ultraman Zizi bertalu-talu di belakang bahu Akim.Aishah hanya mampu memandang Akim yang tersenget-senget mengelak daripada dipukul kakaknya.

“Oi kak!Kau ni kenapa?”Akim terkebil-kebil menahan sakit apabila tangannya dipulas dan dikunci Zizi.

“Akak dah cakap kau jangan buat pelik-pelik kat Aishah!”

“Mana ada buat pelik?Aishah tu cukup pe mata,kaki,mulut...

aaaah...ahhhh..adeh..adeh...”Akim terasa sengal apabila hidungmya dijentik Zizi bertalu-talu tanpa berhenti.

“Bibik dah cakap kat akak semalam.”

(Cis,bibik…aku seal kau dalam tong hanyut balik Batam!)

“Bibik tu pengaruh sinetron je lebih kak.”(Dah ler muka macam Bawang Putih Bawang Merah si Oma Bartha tu..pandang mata saya..)

“Ahhhhhhhh..akak tak kira!”Zizi sudah menggenggam penumbuknya.Bersedia memberikan tumbukan padu sekencang tiupan Jessica Alba meniup lilin kek harijadi yang ke-28.

“Akak!”Aishah menahan penumbuk Zizi.(Kus semangat..kalau tak pecah ler wajah kesayangan hamba).”Tak per kak,tak per..Aishah okay.”

Zizi melepaskan tangan Akim.Akim bingkas bangun dan berdiri di belakang Aishah seolah-olah meminta perlindungan.

“Akak jangan..saya dah ada bodyguard sekarang.Berani pukullah!”Akim tersengih bangga sambil menepuk-nepuk bahu Aishah.(My heroin!)

Zizi rasa nak aje lempang adiknya.Mengada-ngada betul.

“Denda!Gotong-royong!Kemas rumah bersih-bersih!Denda sebab sorang memang budak jahat.Sorang lagi sebab backing budak jahat!”

Zizi cuba menahan tawanya dan berlalu keluar.(Saja je bagi chance kat diorang!)

Aishah menolak tangan Akim yang memegang bahunya.(Tak fasal-fasal aku pun kena sama!).

“Lagi satu!”Tetiba Zizi muncul kembali sambil memegang telefon bimbit Akim.Terperanjat Akim dan Aishah dibuatnya.

“Telefon Akim ni akak off satu hari..asyik wak mesej,wak mesej..tukar le bunyi ayam ke,gajah,serobong kapal ke…memekak je kat telinga.Ntah siapa ntah..”

Zizi masih membebel perihal telefon bimbit Akim.Akim dan Aishah saling berpandangan.Di dalam kepala mereka berkongsi satu perkara.

(Kalau Yazid datang mesti diam..hehehe..)

*****

Aishah mencuri pandangan pada Akim yang sedang asyik menyiram pokok bunga.Di dalam hatinya sendiri berkembang-kembang flora cinta dari bunga kertas di Malaysia sampai bunga sakura nun di Jepun.Pelik betul bila difikirkan dia boleh jatuh cinta dengan mamat galah panjang.

Memang diakui dia sering bersedih dan sakit hati dengan tindak-tanduk Akim.Tetapi lebih daripada itu dia menghargai masa-masa bahagia Akim.Yang Aishah tahu dia menerima Akim seadanya.

“Echah,jangan macam tu…”

Akim tersenyum malu sambil memandang Aishah.Aishah mengerut dahinya.(Apahal?). “Kau kenapa?”

“Aku tau lah aku handsome,tapi janganlah renung-renung macam tadi.

Malulah.”Akim ketawa kecil sambil menutup mulutnya dengan tangan.(Hihi..).

“Ek eleh,hamik nih!”Aishah membaling kain buruk yang digunakan untuk mengelap cermin kaca sliding door.Tepat mengenai muka Akim.

“Oh,main kasar nampak.”Akim melempar kain buruk itu ke bawah.Dia memancutkan paip air ke arah Aishah.”Hamik nih,serangan bomba beruniform jingga!”

“Woi main air pulak!”Aishah berlari-lari dari dikejar Akim.Habis basah baju Aishah dibuat Akim.Aishah memulas kepala paip air yang kedua dan membalas balik.

“Serangan air Baywatch Pamela Anderson!”

“Pamela Anderson?No hal..ok jer..hehe..”Akim tersenyum gatal sambil mengangkat-angkat keningnya.Aishah menutup kembali kepala paip air dan melempar paip getah itu di tepi.(Benci,muka gatal keluar bila sebut Pamela Anderson).

“Alah..lawak je..Pamela Anderson bukan hot sangat pun.Dah tua.”Akim duduk sebelah Aishah di atas buaian.Aishah sekadar menjelirkan lidahnya.(Bwek!Poyo!)

“Alorh comelnya macam Alvin and The Chipmunks..hihi.”

Akim teringatkan sesuatu benda yang belum diberinya kepada Aishah.Dia bangun seketika meninggalkan Aishah dan kembali semula dengan sebuah kotak yang berbalut kertas berbunga.

“Nih..happy birthday.”Akim meletakkan kotak itu di atas paha Aishah.

“Untuk Aishah ke?”

“Ntahlah..eh,bukan kot..untuk Makcik Tipah sebelah rumah kot.”Aishah mencubit lengan Akim.Akim mengaduh kecil .

“Untuk Aishah ler,takkan Akim nak bagi dekat Makcik Tipah?Karang diparang laki Makcik Tipah.Almarhum pulak nanti.”

“Ye la..ye la..buka sekarang ek?”Aishah tersenyum manja.

“Ikut Aishah ler..nak buka tahun depan pun boleh.Dia tak de expired date hehe.”

Aishah membuka bungkusan hadiah itu dengan cermat.Hatinya agak berdebar apabila melihat kotak rantai.(Relaks Aishah..relaks..)

Kotak rantai itu dibukanya dan hati Aishah semakin berbunga-bunga apabila melihat seutas rantai berloket hati dan terpatri huruf AA.

“AA?”Aishah sengaja menduga Akim.

“AA..emm..Ahmad Albab kot,Aliff Aziz ke..hehe.Tak der lah,satu A untuk Akim..satu A lagi untuk Aishah.”

“Kenapa yer nama kita digabungkan?Atas loket bentuk hati pulak tu.Aishah tak fahamlah.”Aishah tersenyum manja ke arah Akim.Akim pula terasa mukanya merah padam dan panas.(Adoyai…gua dah malu siut!)

“Entahlah,Akim pun tak tau..agaknya kenapa yer?”Akim tidak memandang wajah Aishah.Dia sekadar tersenyum malu.Aishah ketawa kecil melihat Akim yang kelihatan malu sangat.

“Agaknya hati tu tanda Akim sakit hati kat Aishah kot?”

“Tak ada lah,ke situ pula dia.Meh sini Akim pakaikan.”Akim memakaikan rantai emas itu ke leher Aishah.Aishah membetul-betulkan rantai itu.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Lama juga mereka berdua terdiam di atas buaian itu.Akim cuba menyusun kata-katanya sebelum bersuara.

“AA maksudnya nama Aishah berada di dalam hati Akim dan Akim harap mungkin juga nama Akim berada di dalam hati Aishah.”

Tanpa saling memandang Akim memegang tangan Aishah.

“Akim akan sentiasa melindungi Aishah..Akim akan menjadi penjaga Aishah sampai nyawa terakhir Akim Apa yang ada di dalam hati Akim untuk Aishah ialah kasih..sayang…dan…cinta.”

Tanpa ungkapan balasan,Aishah menggenggam erat tangan Akim.Buaian itu tidak berhayun.Yang terhayun hanyalah aura rasa cinta dan sayang di antara mereka.

*****

4 bulan yang lalu..

“Aril sayang mummy atau Cabby?”

“Apa yang mummy cakap ni?”

Kunjungan Datin Hajar ke Christchurch memang tidak diduga Aril.Apatah lagi apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan seorang wanita yang tak dikenalinya.

“Mummy cakap yang benar.Mummy dah uruskan supaya Aril berkahwin dengan anak Tan Sri Ramli.Lupakan Cabby.”

“Ini rancangan mummy kan?Aril tahu ayah tak akan buat rancangan macam ini.Walaupun dia sekadar ayah tiri Aril,Aril rasa dia lebih memahami Aril daripada mummy.”

“Ini bukan rancangan,ini takdir yang ditentukan supaya Aril lebih berjaya dalam hidup.”Datin Hajar menggoncang-goncang badan Aril.

“Ini bukan takdir,ini rancangan..Aril tetap dengan Cabby!Aril tak peduli rancangan mummy!”

Aril meninggalkan Datin Hajar seorang diri di lobi Hotel Grand Chancellor.

“Aril!”

Aril tidak mempedulikan kata-kata ibunya.Dia terus berjalan.

“Aril..”Aril tersentak mendengar bunyi orang terjatuh.Dia tergamam melihat Datin Hajar rebah.Sekumpulan paramedik yang kebetulan berada di luar hotel segera mendapatkan Datin Hajar.

Aril memegang tangan ibunya di dalam ambulans.Hatinya berdebar apabila seorang pegawai paramedik memaklumkan yang ibunya menghadapi serangan jantung yang agak serius.

(Ya Allah,selamatkanlah mummy..aku janji akan ikut apa saja cakap mummy)

*****

Aril tersenyum memandang Marsha yang kelihatan anggun dengan busana DKNY yang menyaluti tubuhnya.Ingatannya yang menerawang kembali ke Christchurch menghantuinya.Pada saat dan ketika itulah bermulanya Aril baru yang bercita-cita tinggi,ego,womanizer dan sanggup menepikan kasih dan sayang.Satu bentuk Aril yang diingini Datin Hajar supaya Aril tidakmudah jatuh dalam dunia perniagaan.

Kereta MR2 itu dihentikan di kawasan Hospital Pantai Dalam.Marsha sekadar memandangnya dengan hairan.

“You nak ke mana?”

“I nak tengok kawan I sekejap saja.”

“Ok,better hurry up.”Marsha terus memandang kembali majalah FHM tanpa mempedulikan Aril.

Aril berjalan masuk ke hospital menuju ke bilik Cabby.Dia menarik nafas dan memberanikan diri.Pintu bilik itu dikuaknya.Dilihatnya Cabby sedang tidur lena.Aril duduk disebelahnya dan mengusap lembut rambutnya.Perlahan-lahan Cabby membuka matanya.Hatinya berdebar-debar melihat lelaki di hadapannya.Air mata Cabby menitis perlahan di pipinya.

“Babe,apapun jadi I akan tetap jaga you.”Aril mengesat air mata di pipi Cabby.Tangan Cabby diletakkan di matanya.Aril tidak dapat menahan perasaanya kecuali menangis teresak-esak.(Kenapa kau nak seksa diri demi aku?)

Bercita-cita tinggi,ego,womanizer dan sanggup menepikan kasih-sayang?Itu hanyalah sekadar topeng Aril.Jauh di sudut hatinya masih wujud Aril yang mempunyai perasaan dan emosi.

Labels: , , , ,

Aku Kau Yang Punya 12
02 June 2009 | 10:13 AM | 0 comments

Aril meletakkan jaket Prada itu di atas sofa.Dia memicit-micit dahinya yang berdenyut-denyut.Diseluknya poket seluar Giorgio Armani dan mengeluarkan kunci kereta MR2 yang diletakkan di atas meja.

Pendingin hawa itu langsung tidak membantu untuk meyejukkan badannya yang berpeluh.Fikirannya melayang-layang mengingatkan perbualannya dengan doktor yang merawati Cabby.

25 minit sebelum itu..

“Masalahnya encik,dia sendiri menolak kaedah rawatan yang kami berikan.Jika berterusan begini,dia akan terus menghadapi masalah dehidrasi dan lebih teruk jika dia mengalami kerosakan ginjal.”

“Saya sanggup membayar kos rawatannya.”Aril merenung ke wajah doktor bertubuh kecil itu.Doktor itu tersenyum sambil memegang bahu Aril.

“Saya rasa yang Cik Cabby perlukan adalah sokongan dan harapan daripada orang yang dia sayangi.”

Seekor kucing parsi melompat naik ke atas paha Aril.Aril mengusap-usap kepala kucing berbulu putih itu.Kucing itu mengiau-ngiau manja sambil menjilat-jilat jari Aril.Aril mendukung kucing itu dan berjalan ke dapur.

“Awok,jom kita makan dulu.”

Kucing Parsi yang memakai loket nama Cabby itu mengiau-ngiau manja sambil ekornya yang panjang mebelai-belai tangan Aril.

*****

Pagi itu Aishah dan pembantu Puan Fatimah yang setia,Qiqi agak sibuk sikit dengan orang ramai yang datang ke salon.Salon kecil itu hanya ada 3 orang hair stylist sahaja.Kelam-kabut juga mereka kerana Puan Fatimah tiada pada pagi ini.

“Fatty tak ada ye pagi ni?”

“Puan Fatimah ada appointment Puan Ida,petang nanti dia ada.”Aishah tersenyum-senyum menyambut pelanggan tetap salon ini,Puan Ida Nerina dan Datin Syaffi.

“Alah Syaffi,Fatty sekarang busy sampai tak nak lunch dengan kita.”

“Even I call pun dia tak jawab.Ida,dia ada kerja ler tu.”

Aishah tersengih-sengih mendengar perbualan dua orang sahabat baik itu.Nak menyampuk takut tak kena hujung pangkal cerita.

“Hai.”

Akim muncul di hadapan Aishah sambil tersenyum manja.

“Hai.”Aishah menjawab dengan nada yang malas sambil terus menyambung kerjanya.Akim memandang ke arah Puan Ida dan Datin Syaffi yang sedang berbisik-bisik sesama mereka.Akim tersenyum ke arah mereka berdua.(Mengumpat ler tu).

“Akim minta maaf pasal semalam.”Akim memandang ke arah Aishah yang tidak mempedulikan kehadirannya.

“Maaf?Setiap kali Akim buat hal,Aishah maafkan.Mungkin yang akan-akan datang pun Aishah maafkan.Tapi macam mana dengan Hafiz dan Abang Aril?”

“Hafiz mungkin..Aril tidak.”

Kata-kata Akim membuatkan Aishah geram.(Kenapalah kau ni suka cari pasal dengan orang?)

“Aishah,petang ni jumpa Akim kat KLCC Park?Lepas kerja.”

Aishah menzipkan mulutnya sebagai tanda tidak mahu bercakap dengan Akim.Puan Ida dan Datin Syaffi yang berada di situ semakin teruja melihat tingkah mereka berdua.

“Aishah?”

Aishah menggelengkan kepala dan merapatkan mulutnya.

“Aishah.Aishah,Aishah,Aishah!”

Aishah masih tidak mempedulikan Akim.Mulutnya masih rapat berkunci.Akim bangun dan keluar dari salon.Tidak lama kemudian dia datang balik dengan sebuah gitar dan duduk melutut di hadapan Aishah.Bertambahlah teruja Puan Ida dan Datin Syaffi.

“Semua orang kat sini dengar!Aishah tak nak maafkan Akim.Akim akan nyanyikan lagu ini untuk Aishah.Siapa rasa Akim betul-betul ikhlas minta maaf,tepuk kuat-kuat!Okey!”

“Okey!”Tiba-tiba pelanggan yang berada di situ memberi sokongan buat Akim.Apatah lagi Puan Ida dan Datin Syaffi. “Malaysia boleh!”

Aishah membulatkan matanya.(Kau buat malu aku je!)

“Semua dengar okey?”Akim memetik-metik gitarnya.

Sedetik wajahmu muncul dalam diam..

ada kerdipan ada sinar..itukah bintang atau rembulan?

Terima kasih ku ucapkan..izinkan ku mencuri bayangan wajahmu..

izinkan ke mencuri khayalan denganmu..

maafkanlah ohhhh..andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu..

kau senyumlah oh..

sekadar memori kita di kedai salon ini..hehe..

kau ilhamku..kau ilhamku..

Akim tersenyum memandang Aishah yang mukanya sudah kemerah-merahan menahan malu.

“Siti Aishah sudi tak maafkan Afiq Hakim?”

Aishah terdiam menelan air liurnya.(Adeh..malu siut!)

“Maafkan aje!”Tiba-tiba Puan Ida bangun dengan muka teruja sambil menepuk-nepuk tangan.Malah semua orang di situ menepuk tangan sebagai tanda memberi sokongan untuk Akim.

“Maafkan!Maafkan!”Jerit beberapa orang pelanggan di situ.Datin Syaffi turut menjerit bersama-sama mereka.Masing-masing teruja dan berdebar menanti jawapan Aishah.

Aishah merenung geram ke arah Akim yang tersengih-sengih.Geram ada.Sayang ada.Terharu pun ada.

“Aishah maafkan Akim.”

“Yes!”Akim bangun gembira sambil diberi tepukan oleh orang ramai yang berada di situ.

Puan Ida dan Datin Syaffi saling berpandangan dengan wajah terharu.(So sweet budak-budak ni..huhu..).

*****

Habis kerja Aishah terus mendapatkan teksi dan menuju ke KLCC Park.

Dia mengamati sekali lagi SMS yang diberikan Akim.

JANGAN MAKAN LAGI,TUNGGU AKIM SAMPAI.KITA AKAN DINNER SAMA-SAMA.TUNGGU AKIM SAMPAI TAU.

Aishah tersenyum sendirian.Entahlah,tetapi perasaanya begitu berbunga-bunga.Sukar dirinya untuk mengerti mengapa dia merasa sedemikian.Tiada lafaz rindu..apatah lagi cinta..tetapi jauh di sudut hatinya dia tahu yang dia menyayangi Akim.Aishah mengerut dahinya memikirkan sesuatu yang dia hampir terlupa.(Eh,hari ni harijadi aku).

Senyuman Aishah semakin menguntum dan teksi berwarna merah putih itu semakin meluncur laju ke KLCC Park.

*****

Terdapat dua huruf A yang terpatri di atas loket berbentuk hati.Akim tersenyum.(AA..Akim dan Aishah.).

‘Okey,puas hati?”Tanya tuan kedai emas itu.

“Puas hati dan cukup puas hati.”

Sudah seminggu Akim menempah rantai berloket hati itu.Dia terpaksa menjual motosikal kesayangannya semata-mata untuk rantai itu.Tetapi dia memberitahu ibu yang motosikalnya terpaksa ditolak kerana selalu rosak.Ibunya memberikan kereta Nissan Sunny lama untuk digunakan untuk kemudahannya.

` Memang Akim sayang dengan motosikal RXZ itu.Sejak dari darjah 6 lagi dia menyimpan elaun yang diberikan ibu dan ayahnya untuk membeli motosikal itu.Di campur kerja part time semasa menuggu keputusan PMR baru dia dapat memiliki motosikal itu.Entahlah,dia pun tak tahu bila munculnya perasaan itu kepada Aishah.Minah kutu yang paling dibencinya itu.

Antara Aishah dan motosikal RXZ..dia terpaksa mengorbankan motosikalnya itu demi hadiah harijadi Aishah.

WAK ADA MESEJ WAK!

Akim pintas membuka paparan SMS di telefon bimbitnya.(Aishah kot!)

AKIM,CABBY RASA SEDIH SANGAT..TOLONG JUMPA CABBY DI HOSPITAL..

Akim menarik nafasnya dalam.Direnungnya kotak berisi rantai berloket AA itu.Fikirannya terawang-awang di antara dua jalan yang sukar.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Perut Aishah mula menyanyi-nyanyi menahan lapar.Sejak pukul 8 malam tadi dia menunggu Akim.

Mujurlah ada orang yang masih ramai lagi berlegar-legar di KLCC Park.Aishah mula berasa pening kepala dan mual.Terasa tidak berdaya yang amat sangat.Dalam keadaan yang lemah dia sempat menekan SMS.

AKIM,AISHAH RASA MACAM NAK PITAM.

Tanpa disedari dia menekan nama Hafiz sebelum suasana menjadi gelap.Aishah tidak nampak apa-apa lagi.Hanya gelap gelita dan kedengaran sayup-sayup suara orang ramai di sekelilingnya.

“Aishah tunggu Akim..Akim..”Perlahan-lahan suaranya semakin lemah dan lemah.

*****

Kelam-kabut Hafiz berlari-lari menuju ke KLCC Park.Selepas mendapat SMS Aishah,Hafiz cuba menghubungi Akim tapi taliannya seolah dimatikan.Mujurlah Qiqi memaklumkan yang Aishah menunggu Akim di KLCC Park.Mujurlah juga kebetulan dia berada di Isetan semasa itu.

Hafiz tertarik melihat sekumpulan orang ramai yang berkumpul ramai di satu tempat.Hafiz menolak-nolak orang ramai di situ sebelum melihat Aishah yang sudah rebah dengan beberapa orang wanita sedang mengipasnya.

“Ya Allah,Aishah.”

Hafiz pantas mengendong Aishah yang tidak sedarkan diri dan berlari pantas di celah-celah orang ramai.

“Ke tepi..ke tepi..dia kawan saya..ke tepi!”

Hafiz cuba melepaskan diri di celah-celah orang ramai yang turut panik dengan keadaan yang berlaku.

*****

Cabby masih memegang erat tangan Akim.

“Akim,jangan tinggalkan Cabby..”

“Jangan risau,Akim masih ada kat sini.”Akim berbisik perlahan ke telinga Cabby yang seolah meracau-racau dalam tidur.

Fikiran Akim menerawang memikirkan Aishah yang menuggunya di KLCC Park.Jam sudah pun menunjukkan pukul 10.30 malam.Talian telefonnya pula menghadapi masalah.Entah kenapa ada gangguan sehingga offline.Direnungnya juga Cabby dengan rasa simpati.Dia teringat-ingat kata doktor yang memesannya supaya memberi sokongan kepada Cabby jika dia mengalami kemurungan.

WAK ADA MESEJ WAK!

Akim menarik nafas lega mendengar mesej telefon bimbitnya.Mesej telefon bimbit itu dipaparnya.

AKIM,AISHAH ADA KAT RUMAH AKU.DIA PITAM TADI.

Akim tergamam membaca mesej daripada Hafiz itu.Cabby pula masih menggenggam tangannya dengan erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.

Labels: , , , ,


Older Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries