Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 10
31 May 2009 | 10:15 AM | 0 comments
“You kalau dengan anak I semua tak boleh,kalau dengan anak you?”

“Apa yang anak I dan anak you?Kedua-dua mereka tetap anak I.”

“No lah Asrul,you memang pilih kasih.”

“I yang pilih kasih?You kot yang pilih kasih.I tak pernah cakap apa pun sebelum ni,tapi I rasa you lagi tak pernah pedulikan Hafiz.”

“Come on Datuk Asrul,I layan Hafiz macam anak I sendiri.”

Hafiz menutup telinganya dengan bantal.Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Ayah dan ibu tirinya yang dipanggil mummy masih bertekak mengenai soal kepulangan abang tirinya dari New Zealand.Soal melobi jawatan di syarikat ayah.

Abang tirinya?Hubungan Hafiz dan abang tirinya biasa sahaja.Mereka tidak bergaduh dan tidak juga terlalu mesra.Hafiz seorang yang simple manakala abang tirinya pesona bintang.Maka kerana itu mereka sering dibezakan,yang ini begitu dan yang itu begini.Nama pun saudara tiri.

Hafiz tidak dapat tidur dengan nyenyak suara ayah dan ibu tirinya masih lagi kuat kedengaran.Berdesing telinganya.

*****

Pagi itu kotaraya Kuala Lumpur dingin dengan hujan yang turun renyai-renyai.Walaupun sekadar hujan renyai serba sedikit ia tetap menggusarkan hati penduduk kota yang hendak berurusan di luar.

Aishah asyik menguap sejak pagi tadi.Cuaca yang dingin menusuk-nusuk sampai ke tulang hitam.

Bangun pagi tadi,hatinya berbunga-bunga melihat sekuntum mawar merah dan coklat Cadbury yang diletakkan Akim di tepi meja.Dia tak pasti apa perasaannya kepada Akim.Kadang-kadang marah..kadang-kadang..sayang.Marah-marah sayang.

“Hoh,ni apa relaks memanjang ni?Makan gaji buta ke?”

Aishah tersenyum melihat kehadiran Akim di hadapannya.

“Banyak la kau punya relaks.Aku kerja cashier jer,nanti customer bayar,itulah keje aku.”

“Alah,alasan.”Akim duduk di hadapan Aishah.Dia memandang jam di dinding.Jarum jam menunjukkan pukul 11.55 pagi.

“Lagi 5 minit kau rest,kita lunch sekali nak?”

“Sejak bila kau teringin nak lunch dengan aku nih?”

“Alah,aku tengah baik hati nak belanja kau ni..McD.”

“Tak nak McD nanti gemuk.”

“Eleh,eksyen!”Akim mencuit hidung Aishah.Merah padam muka Aishah dibuatnya.

Puan Fatimah yang sekadar memandang dari jauh telatah mereka menghampiri Akim.

“Ehem..ehemm,what are you doing here?”(Budak-budak sekarang..)

“Eh,ibu.Tak der,Akim nak ajak Aishah makan dan..ibu pun..jom ah!”Akim tersipu-sipu melihat ibunya yang tiba-tiba sahaja sudah berdiri di sebelahnya.Aishah pula tersenyum menyindir kepada Akim.(Padan muka kau,kaco lagi orang!)

“Ibu sibuk lah..ajak Aishah sorang ajer la ye?”

Puan Fatimah sempat mengerling matanya kepada Aishah sebelum berlalu pergi.

(Wah,ibu!Greenlight gitu!)Akim tersengih-sengih memandang Aishah.

“Hah,tunggu apa lagi?Boss dah bagi chance tu,meh!”Akim bangun dan mencapai helmetnya.

“Okey deh!”

Kedua mereka berjalan seiringan keluar dari salon Puan Fatimah.

Seperti satu keajaiban hujan yang turun renyai-renyai tadi sudah terhenti.Matahari mula muncul kembali menyusuri perjalanan awan.

♪♫Setelah hujan pun berhenti..flora cintaku pun bersemi..menjadi pepohon tegak merimbun..bayang kasihmu..sempadan cinta pun terbuka..flora cintaku pun berbunga..menjadi haruman wangian cinta selama-lama.. ♪♫

*****

Sampai di McDonald’s Sogo,Akim memesan satu set Fish O’ Fillet dan McChicken.Diletaknya tray di atas meja dan Aishah mencucuk straw pada minuman Akim dan minumannya.

“Makan banyak-banyak cepat tinggi hehe..”Sempat Akim bergurau sambil membetulkan rambutnya yang panjang di hadapan dan melitupi matanya.

“Aku makan banyak bukan tinggi..makin rendah ada ler.”

“Bukan rendah,comel.”

“Wah,first time kau puji aku ni.Angin baik nampak.”Aishah tersenyum manja sambil memandang Akim yang asyik menggigit burger.

“Aku memang baik pun,kau yang tak tahu.”Akim bercakap dengan mulutnya yang penuh dengan cebisan burger.Aishah ketawa kecil melihat mayonis meleleh keluar di tepi bibir kanan Akim.

“Comotlah,mayonis keluar.”Aishah masih ketawa.

“Mana?”Akim mengesat-ngesat mulutnya dengan ibu jarinya.

“Tepi tu sebelah kanan..dah macam zombie.”

“Sini ke?Dah hilang?”Akim mengesat-ngesat mulutnya.

“Sini.”Aishah mengambil tisu dan mengesat mayonis di mulut Akim.

“Oh..hehe..dah hilang ye?”Akim tersipu-sipu malu mengalahkan anak dara.Rasa kembang hidung pun ada.(Bila lagi nak manja-manja kan?Hehehehehe..).

“Apa yang kau fikirkan?”Aishah mengerutkan dahinya.(Lain macam je muka mamat ni?)

“Mana aku fikir apa-apa..kau ni asyik syak aku ni jahat macam Momo Jojo.”Akim tersenyum senget.Nampak sangat mukanya yang nakal.

WAK ADA MESEJ WAK!

Akim membuka paparan mesej di telefon bimbitnya.

This is Cabby’s mummy.She’s now in ICU.

Akim memandang Aishah yang asyik menikmati burger.Akim berasa serba salah di antara Aishah dan mesej yang diterimanya.Akim menarik nafas sedalam-dalamnya.Dia menaip SMS di telefon bimbitnya.

Ambil Aishah di McD Sogo sekarang.Aku ada hal.

Akim merenung telefon bimbitnya.Lama dia berfikir sebelum dia pasrah menekan ‘HANTAR’ kepada..Hafiz.

“Aishah,nanti Hafiz datang ambil kau.”

Akim bingkas bangun tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Aishah.Aishah terdiam di situ.Anak matanya mengekori Akim yang menaiki tangga eskelator sehinggalah Akim lenyap daripada pandangan matanya.

Dia tak pasti sama ada dia marah dengan sikap Akim atau dia sudah lali bahawa itulah Akim.Yang anginnya tidak pernah tetap dan berubah-ubah.

Aishah menghela nafasnya dengan kuat.Ada rasa remuk di hatinya.

*****

Hafiz dan Aishah hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke salon Puan Fatimah di Bangsar.Sesekali Hafiz mengerling ke arah Aishah.

“Tak nak cari Xfresh pulak?”Hafiz cuba memulakan perbualan.

Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hafiz..”

“Ya.”Hafiz mengerling pandangannya di antara Aishah dan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang berpusu-pusu.

“Akim memang baik kan?”

“Akim memang baik.”

“Jadi…mungkin Aishah yang salah kerana selalu terasa hati.”

Hafiz memberhentikan keretanya di tepi jalan.Signal keretanya berkelip-kelip.

“Aishah terasa hati kenapa?”Hafiz memandang Aishah yang hanya merenung ke hadapan.Matanya yang bulat itu digenangi air mata yang jernih.Aishah mengesat air matanya dan cuba tersenyum.

“Tak de lah..Aishah melalut saja..”Aishah cuba mematikan topik.Ada rasa simpati di hati Hafiz.Dia memegang tangan Aishah dan merenung Aishah tepat ke matanya.

“Aishah dah janji,apa saja masalah Aishah..apa saja terutama yang membabitkan Akim..Aishah akan ceritakan pada Hafiz.Kalau Aishah anggap Hafiz adalah sahabat paling baik Aishah..luahkan apa sahaja yang terbuku di hati Aishah.Luahkan apa sahaja kesedihan Aishah..atau kelukaan yang Akim bagi,bagikan kelukaan itu kepada Hafiz…”

Belum sempat Hafiz menghabiskan kata-katanya,Aishah sudah menangis teresak-esak.Tangan Hafiz ditekupkan di mukanya seolah-olah dijadikan pengalas air matanya yang penuh kedukaan.Aishah meluahkan segala rasa yang terpendam.

Hati Hafiz juga terasa remuk melihat air mata Aishah yang berjuraian mengalir membasahi tangannya.

*****

“Maaf encik,hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan masuk.”

Petugas hospital menghalang Akim daripada memasuki wad ICU itu.Akim akur dan duduk di kerusi pelawat di luar wad.Tidak lama kemudian ibu Cabby keluar dari wad ICU dan mendapatkan Akim.

“Bagaimana Cabby,aunty?”

“Agak stabil sikit,Akim masuklah tengok dia.”

Akim mengangguk dan berjalan masuk ke dalam wad ICU itu.Akim melihat Cabby yang sedang tidur dengan wajah yang pucat.Apa yang Akim tahu imunisasi dalam badan Cabby tidak bertindak balas dengan ubat yang diberikan,malah pengepaman jantungnya juga semakin lemah.

Akim duduk di sebelah Cabby.Nafas Cabby turun naik dengan dilitupi topeng oksigen.Terdapat juga tiub di tangannya.Dia memegang tangan Cabby.Cuba memberi harapan supaya Cabby terus bersemangat untuk hidup.

Dia pun tak tahu bagaimana dia boleh terjebak dalam hal Cabby.Akim akui yang dia sukakan Cabby sejak dari Tingkatan Tiga lagi.Perasaan itu dipendamkan sahaja kerana Cabby sudah pun mempunyai seseorang.Seseorang yang cukup sangat dikenalinya.

Lama-kelamaan perasaan itu sudah hilang sedikit demi sedikit ditelan masa.Perasaannya kepada Cabby sekadar menjadi gurauan untuk sahabat baiknya Hafiz yang tak tahu hujung pangkal cerita.Baginya pula apa yang tinggal kini ialah rasa simpati.

Tapi bagaimana pula dengan Cabby?

*****

Hafiz berasa gelisah.Dia tak tahu bagaimana nanti rasanya bertemu semula abang tirinya yang sudah 3 tahun meninggalkan Malaysia.Suasana di KLIA seperti biasa sibuk dengan orang ramai.Tambahan pula dengan musim cuti sekolah yang baru bermula.

Hafiz melihat bapanya yang berdiri di sebelah ibu tirinya.Sekali pandang orang melihat pasangan Datuk Asrul dan Datin Hajar seperti pasangan bahagia.Hakikatnya ayahnya banyak mengalah untuk ibu tirinya.

Hafiz akui ibu tirinya memang baik kerana sejak berkahwin dengan ayahnya semasa Hafiz berusia 5 tahun,tidak pernah sekali Datin Hajar menjentiknya.Bagi Hafiz,itu bukannya hubungan anak dan ibu.Seorang ibu akan memukul anaknya jika melakukan kesalahan.Itu yang Hafiz tahu.

“Hello little bro!”

Hafiz tersentak daripada lamunan apabila mendengar satu suara yang sudah lama tidak didengarnya.

Seorang pemuda kacak berambut merah ala pelakon Korea tersenyum memandang Hafiz sambil mendepa tangannya.

“Abang.”Hafiz memeluk abang tirinya.

“Awok!”Balas Aril menepuk-nepuk bahu Hafiz.Dia turut melambai-lambai ke arah mummy dan ayah tirinya yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

Aril menghirup udara Malaysia yang sudah lama tidak dihidunya.Suasana di Malaysia mengingatkannya seraut wajah gadis yang sudah lama menghuni hatinya.

Bagaimanapun Aril tekad untuk melupakan wajah itu.Demi empayar Datuk Asrul dan Datin Hajar,soal hati terlalu enteng buat Aril.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries