Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 2
23 May 2009 | 10:27 AM | 0 comments

♫♪..Pulangkan kesan hidupku yang dikau musnah tanpa relaku.. ♫♪

“Arghh!”

(Astaghfirullahalazim..mimpi rupanya aku)

Akim mengesat peluh yang menitik di dahinya.Ditutupnya siaran radio Era yang tak pasal-pasal siarkan lagu ‘Pulangkan’ jam 3 pagi.Tak pasal-pasal termimpikan Maya Karin versi tak berapa seronok.(Versi yang mengilai..erk..).

Gitar kapok itu masih dipeluk rupanya ketika tertidur.Akim meletakkan gitar itu ke tepi dinding kamarnya.Tekaknya berasa dahaga.Dalam keadaan separuh mamai Akim turut ke tingkat bawah untuk ke dapur.Entah kenapa dia sampai begitu malas membuka lampu.Hanya berbekalkan samar-samar cahaya lampu jalan di luar rumah,Akim meraba-raba dinding rumahnya untuk sampai ke dapur.

Sebaik sampai di dapur,Akim membongkok membuka peti sejuk,mengambil botol air sejuk,memusing badannya ke belakang dan..keletok!

(Adoi,kepala lutut sapa yang keras giler ni)

“Aduh,sakitlah!”

Terdengar suara perempuan yang sangat asing di telinga Akim.Dalam keadaan kepala yang pusing,rasanya itulah suara yang paling indah selain daripada bebelan ibu dan kakaknya.

“Kau dah besar panjang macam galah pun otak kecik.”

(Otak kecik?Ini dah lebih).

Akim pintas bangun..konon-konon naik syeikh ala incredible hulk.(You don’t like me when I angry!)

“Kau…”

Sepasang mata bulat yang merenungnya mematikan kata-kata Akim.Seraut wajah comel di hadapannya yang membuat Akim kelu.Akim cuba mengingati sesuatu dalam keadaan pinar dan mamai itu sehinggalah dia ternampak parut kecil di dahi gadis comel itu.

“Echah???”

(Comelnya..)

Akim terasa hatinya berdebar-debar.Tekanan darahnya memenuhi ruang sarafnya seperti mahu memancut keluar daripada hidungnya.Kenapa pula dia rasa sebegini.Dia harus melakukan sesuatu..terpacul kata keramat daripada mulutnya..

“Budak ketot!!!!”

*****

“Budak ketot??!!”

Aishah menghempaskan tubuh kecilnya di atas katil.Geram.

(Dia memang takkan berubah,sampai mati pun dia takkan berubah!Kalau tak kerana Mak Long,tak ingin aku ke sini).

“Dia ingat dia siapa panggil aku ketot?Brad Pitt?Brad Pitt versi accident huh.”

Kenapalah dia syak ada pencuri masuk dapur tadi?Kalau tidak tak perlu dia terserempak dengan Akim.Kalau boleh sepanjang sebulan di sini,Aishah tak mahu memandang wajah Akim.Kenapalah dia menerima tawaran Mak Long untuk membantunya di salon?Benci betul dia dengan Afiq Hakim.Benci!Benci!

Benci..tapi..

(Ah,parut kat dahi aku ni pun pasal dia!)

*****

(Aduhai,jahat betul mulut kau Akim..dahlah parut di dahi dia pun kau punya pasal).

Akim masih ingat bagaimana dia menolak Aishah selepas terkejut dengan ‘kawan-kawan’ Aishah tu.Dia bukan sengaja menolak Aishah.Terkejut.Tak sangka pula Aishah terhantuk tunggul kayu.Teruk juga dia dikerjakan ibu selepas tu.Yang pasti selepas itu dia tidak lagi balik kampung walaupun Hari Raya.Dia lebih sanggup beraya rumah Hafiz.Nenek pun tak panjang umur.Dua tahun kemudian sudah kembali ke rahmatullah semasa di Mekah.Hanya tinggal keluarga Paksu merangkap bapa Aishah.Tak ada motif penting untuk Akim balik kampung.

(Yang aku nak nyesal sangat pehal?Echah je..Aishah..bukannya Aishwarya Rai!)

Akim cuba melelapkan matanya.Sesekali dia tertanya-tanya,bagaimana budak paling comot di muka dunia boleh berubah menjadi gadis yang comel?Ini sudah kes Dandan Setia dengan Intan Terpilih..huhu..

(Tuhan tu Maha Adil..hai ler Akim..)

Mata Akim terkebil-kebil memandang siling.Resah.Gelisah.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries