Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 3
24 May 2009 | 10:26 AM | 0 comments

“Mak Long hantar Pak Long Aishah ke airport dulu.Aishah buka kedai dulu.Qiqi ada kat sana nanti.”

“Oh,Kak Zizi hantarkan Aishah ye?”

“Tak,Kak Zizi pergi sekali KLIA.Akim hantarkan Aishah.”

(Akim?)

Tersedak Aishah yang sedang asyik menghirup teh panas.

“Aik,panas sangat ke air teh tu dik?”Zizi bertanya sambil memberi senyuman yang nakal.Macam tahu-tahu aje.

“Tak de,Aishah terbatuk.Mak kot sebutkan nama Aishah.”

“Amboi,baru sampai KL semalam,dah rindukan mak ye,Aishah?”Mak Longnya yang tak tahu hujung pangkal agak kehairanan.

“Lebih kuranglah,Mak Long.”

(Pasal anak Mak Long yang ‘cacat otak’ ler nih..).

Pak Long yang sememangnya tidak banyak bercakap hanya sesekali tersenyum.

*****

Aishah menghantar Pak Long,Mak Long dan Zizi setakat di muka pintu sahaja.Tangannya masih melambai-lambai walaupun Mercedes Benz itu telah hilang daripada pandangan.

Dia melihat jam tangan di tangan kanannya.

(Alamak,lagi 30 minit pukul 10 pagi!)

Aishah mendapatkan bibik yang sedang sibuk di dapur.

“Bik,tolong kejutkan Akim boleh tak?”

“Aduh,nak Aishah,maafin bibik.Bibik banyak kerja di dapur.Nak Aishah ngak bisa kejutkan Tuan Akim sendiri?”

“Aduh,bik..tolonglah!”

“Nak Aishah kejutkan sendiri,Tuan Akim ngak kunci biliknya.”

Aishah menjuihkan bibirnya.(Alah,bibik nih!)

Dengan langkah malas Aishah menaiki tangga menuju ke tingkat atas.Sampai di hadapan pintu bilik Akim,dia menghela nafas dengan kuat.Tangannya lantas mengetuk pintu.

Tok!Tok!Tok!

“Oi,bangun!”

Senyap.

“Oi,bangunlah!Rumah dah nak runtuh!”

Masih senyap.

“Oi,bangunlah!Angelina Jolie datang rumah!”

Masih lagi senyap.

Mahu tak mahu Aishah terpaksa memulas tombol pintu bilik keramat itu.

Kelihatan Akim tidur sambil meletakkan bantal di badannya.Matanya terpejam rapat.

Aishah menghampirinya dengan rasa yang sakit hati.(Pekak ke apa?)

Dia mengambil penyangkut baju dan menguis-nguis lengan Akim dengan penyangkut baju itu.

“Bangun..bangun…”

Tidak bergerak.

Aishah menekan-nekan penyangkut baju itu dengan lebih kuat.

“Bangunlah,Mak Long suruh kau hantar aku ke saloon..pekak..”

Masih lagi tidak bergerak.

Aishah melemparkan penyangkut baju itu di tepi katil.(Fed up aku..baik pergi naik teksi).

Belum sempat dia memusingkan badan.Dia terasa tangannya dipegang.

“Oh,Angelina Jolie..kenapa la kau suka Brad Pitt?”

Dengan mata yang terpejam Akim berkata-kata sambil memegang tangan Aishah yang diletakkan di pipinya.

(Ni betul-betul mamai ke ambil kesempatan?)

Akim memegang erat tangan Aishah.Seerat-eratnya dengan penuh perasaan. Aishah terasa mukanya merah padam dan sepantas kilat dia mencapai kamus di tepi meja dan menghempuknya ke muka Akim.

“Tak senonoh,bangunlah!”

“Oi,sakit!”Akim yang dalam keadaan mamai terasa yang mukanya bagai dihempuk batu.

“Oi,kau kenapa?Sakitlah!”

Aishah tersenyum sambil berlalu ke muka pintu.Sekilas dia memandang ke arah Akim.

“Mak Long suruh kau hantarkan aku..dan..lain kali tidur basuh kaki.”

Aishah ketawa kecil sambil berlalu keluar.

(Banyak la kau punya basuh kaki..nanti aku basuh otak kau!)

Dia terkejut melihat kamus disebelahnya.

(Dia hempuk aku pakai kamus?)

Akim pintas bangun dan membelek-belek mukanya di cermin.

(Nasib baik handsome lagi.Apa masalah dia yang naik gila hempuk muka aku pakai kamus?)

Akim mencapai tuala dan masih lagi tertanya-tanya.

*****

Sepanjang perjalanan ke salon ibunya di Bangsar,kedua-dua mereka langsung tidak berkata apa-apa.Walaupun membonceng motor,Aishah langsung tidak memegang Akim.Akim pun malas nak ambil port.

(Nak jatuh pun jatuhlah!)

Aishah memerhati satu-persatu motor yang memotong mereka.Daripada mat rempit sampailah Pak Lebai.

(Lembap macam kura-kura.Harap motor je megah RXZ..sib baik bukan Harley Davidson..kura-kura!)

Sampai di salon,Qiqi setia menanti dengan senyuman yang lebar.

“Sorry Qiqi,lambat.Ni cousin Akim,Echah 50 sen.”

“Aishah.”Aishah menjeling Akim sambil menghulurkan tangan kepada Qiqi.

“Hai,Aishah.Nakal le Akim nih.”Qiqi menyambut tangan Aishah sambil ketawa kecil.Dia mengambil kunci salon daripada Aishah dan membuka pintu kedai.

“Er,apa Aishah boleh tolong bang?Eh..kak..err”(Alamak,tersasul aku!)

“Alah,Aishah panggil je mak ni Qiqi.Tak pe hari ni Aishah rehat je dulu.”

“Huish,mana boleh?Tak boleh..tak boleh.”Akim meluru ke dalam kedai salon ibunya.Dia kemudiannya keluar dengan span dan cecair pencuci tingkap.

“Kau ambil ni,kau cuci semua tingkap dan apa saja benda yang berkaca,nah!”Akim tersenyum sambil menyerahkan semua barangan itu ke tangan Aishah.Qiqi yang enggan campur tangan menggeleng-gelengkan kepalanya dan terus masuk ke dalam.

“Aku kerja dengan mak long dan bukan dengan kau!”Aishah menyerahkan kembali span dan cecair pencuci tingkap itu kepada Akim.

“Ibu pesan aku semalam,kau kena cuci.Kau nak curi tulang ek?Nah!”Akim menyerahkan kembali kepada Aishah.Dia tersenyum lebar.

“Laparlah,aku pergi sarapan dulu..Akim ke kedai makan!”Akim meluru ke arah motosikalnya.Sebelum berlalu pergi dia sempat menunjukkan tanda ‘peace’.

“Semoga Echah 50 sen berjaya!Malaysia boleh!”

Akim ketawa besar,menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu pergi meninggalkan asap yang berkepul-kepul.

(Ah,menyakitkan hati!)

“Akim otak kecik!Otak burung unta!”

Terasa puas hatinya apabila menjerit sekuat hati.Beberapa orang yang lalu-lalang di hadapannya menggeleng-gelengkan kepala.

“Sorry..”Aishah tersipu-sipu.Dia mengambil span dan mencuci-cuci tingkap dengan perlahan-lahan.(Dah macam Cinderella aku..).

Ada sedikit kotoran merah yang tidak tertanggal walau sedikit.Aishah menonyoh kuat dengan span.Masih lagi jelas kelihatan.(Ini tidak boleh jadi)

“Kotoran degil..hilang,hilang,hilang!”

“Err..cat tu memang tak boleh hilang dengan air.”

Aishah terkejut melihat seorang pemuda berambut kerinting di sebelahnya.

“Awak?”

“Saya Hafiz,kawan Akim.”

(Macam mana mamat tu boleh ada kawan?)

“Tak sangka awak boleh jumpa cat tu.”

Hafiz menunjuk ke arah tompok kecil di pintu kaca itu.

“Apa nak buat,saya kena cuci.”Aishah menarik nafasnya dalam.Mengeluh kecil.

“Cat tu kitaorang yang buat kecik-kecik dulu.Ibu Akim pun tak tahu.Nanti saya ambilkan minyak tanah kat kereta saya.”

“Woo..woo..awak nak bakar kedai ni ke?”

“Err..tak..saya nak tolong awak buang cat tu.”Hafiz ketawa kecil lalu pergi mendapatkan minyak tanah di belakang bonet keretanya.Aishah hanya mendiamkan diri melihat Hafiz mencuci kotoran berwarna merah itu.

“Tadaaa..dah hilang.”

“Yes!’Aishah tersenyum riang.

“Saya dah tolong awak.Awak hutang sesuatu dengan saya.”Hafiz mencekak pinggang.Wajahnya kelihatan serius.

“Err..okay..nanti dapat gaji saya belanja awak minum.”

“Saya tak nak belanja minum..saya nak..”

Hafiz memandang Aishah dari atas hingga ke bawah.Aishah mula terasa tidak selesa.Hafiz ketawa kecil melihat telatah gadis kecil di hadapannya.Dia menghulurkan tanggannya.

“Sekali lagi.Hai,nama saya Hafiz.Saya cuma nak tahu nama awak,cik?”

“Oh!”

Aishah ketawa kecil.(Ingatkan apa tadi).Dia menyambut tangan Hafiz.

“Hai,Hafiz.Saya Aishah.”

“Aishah?”

Hafiz mengulangi lagi nama itu.Dia teringatkan perbualannya dengan Akim tempoh hari.Dunia memang ironik.Hafiz tersenyum memandang Aishah.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries