Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 4
27 May 2009 | 10:23 AM | 0 comments

♪♫Ku petik gitar akustik ini..dengan harapan dia kan mengerti.. ♪♫

Hafiz berhenti daripada memetik gitar.Senyuman manis terukir di wajahnya.Pelik rasanya.Tetapi hatinya berbunga-bunga.

Mata yang bulat.Senyuman yang comel.Wajah yang penuh keikhlasan dan kejujuran.Seraut wajah yang sukar lekang dalam ingatannya.

♪♫Dan aku terus menyanyikan lagu ini untukmu…♪♫

*****

Minggu kedua Aishah di KL.Tak sempat pun nak berjalan ke mana-mana.

(Kak Zizi memang baik,tapi jarang ada di rumah atau salon.Entah ke mana?Mak Long pula dua minggu ni ada urusan perniagaan di Kelantan.Pak Long belum balik lagi dari Thailand.Sibuk betul famili ni..si mamat galah tu selalu pula ada di mana-mana..kaco memanjang!)

“Ola!”

Aishah terkejut melihat Akim yang tiba-tiba muncul di hadapannya.(Boring....)

“Apa yang busuk ni?”

Aishah menutup hidungnya.Dipandangnya Akim atas dan bawah.Rambut serabai,seluar pendek,kasut futsal dan peluh melekit-lekit pada t-shirt MU.

“Ini bukan busuk,inilah bau Ronaldo!”

Akim tersengih-sengih.Dia duduk di atas kerusi dan memusing-musingkan kerusi di kaunter salon itu.Lehernya dipanjangkan seolah-olah mencari sesuatu.

“Qiqi mana?”

“Qiqi keluar beli makan.”

“Aik,petang-petang pun makan?”

(Ah.sibuklah kau!Macam kau ‘laki’ Qiqi pulak)

“Patutlah tak ada customer,tinggal Echah 50 sen aje..hahaha..”

Aishah menjeling-jeling Akim yang ketawa terbahak-bahak.Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan cuba tersenyum.

“Akim,kau nak syampu rambut tak?”

Ketawa Akim terus mati.Dia memandang Aishah dengan kehairanan.

(Hmm..something fishy is going on..tetibe pulak baik si ketot ni..).

“Kau kenapa?Demam ek?”

“Tak de lah..sesekali aku buat baik ngan kau..apa salahnya kan?”Aishah menepuk-nepuk kerusi salon sambil menebar tuala kecil di atasnya.Aishah tersenyum lebar.Menunjukkan barisan giginya yang tersusun macam iklan ubat gigi Colgate.

“Well,why not?”Akim menjungkit kedua bahunya dan terus duduk di atas kerusi itu.Aishah menepuk-nepuk bahu Akim.

“The best service in the world.”

Aishah seraya membaringkan kerusi itu sambil tersenyum.Akim yang tadi tersengih menelan air liurnya.Saspen.

“Aku basuh rambut kau pakai air dulu..”

Akim hanya terseringai.(O..o..okay..).

“Lepas tu baru aku letak syampu.”

Aishah cuba tersenyum sambil meramas-ramas geram rambut Akim.

“Wah,ini sudah bagus..massage kuat sikit..hihi..”

“Oh,nak massage kuat?Boleh..”Aishah menggunakan buku limanya menekan-nekan kepala Akim.(Hamik ko!)

“Perlahan la sikit..sakit tuh.”

“Apa?Nak sakit?”Sengaja Aishah menyapu muka dan mata Akim dengan buih syampu.(Hamik ko..hamik!)

“Pedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!”

Jeritan Akim kendengaran nyaring dari luar.

Sadis dan memilukan..kwang..kwang..

*****

Qiqi menguncikan pintu kedai.Aishah mengekorinya di belakang.Malam ini Aishah pulang dengan Qiqi.Akim merajuk gila disebabkan kes syampu petang tadi.Tapi Aishah tak kisah,lebih baik dia balik dengan Qiqi.Kurang sikit pergaduhan.

(Keterlaluan ke aku?Nanti buta pulak mata mamat tu..hmm..)

“Hai Aishah,nak balik dah ke?”

Aishah yang asyik mengelamun tersentak mendengar namanya dipanggil.

“Oh..err..Hafiz kan?”

Hafiz mengangguk sambil tersenyum.

“A’ah nak balik.”

“Oh,ingat nak ajak Aishah dan Qiqi pergi pasar malam.”

“Oh,Aishah nak ba..”

“Tak pe la..Aishah pegi dengan Hafiz.”Qiqi menolak Aishah dengan lembut ke hadapan.(Mak bagi chance ajer..tak der hal..)

“Tapi..Aishah..nanti Akim..Kak Zizi..”

“Oh tak per Hafiz dah bagitau Kak Zizi.Dekat je..kat Kerinchi.”

“Akim?”

“Hafiz ada call dia tapi dia tak angkat,so Hafiz call Kak Zizi.”

Aishah terdiam seketika.Ada sesuatu mengganggu pemikirannya.

“Kalau Aishah tak larat tak pe..lain kali..”

“Eh,tak pe.Tak de hal.Jom!”

Hafiz tersenyum.Aishah melambai-lambai tangan kepada Qiqi sebelum memasuki kereta Hafiz.

(Macam mana dengan si galah tu?Sihat ke dia?)

Aishah menghela nafasnya.Sekilas dia tersenyum ke arah Hafiz yang menghidupkan enjin keretanya.

Dari Bangsar ke Kerinchi.

*****

“Hafiz nak ajak Akim,tapi hairan dia tak angkat telefon.”

(Tak angkat telefon?Susah hati aku).

Aishah mengerutkan dahinya.Kerisauan.

“Aishah okay ke?”

“Ha?Oh..Aishah okay..jom tengok kasut.”

“Kasut Jukebox tu?”

Aishah menghampiri van berwarna kuning dan memilih-milih kasut.Hafiz tersenyum.Dia juga turut memilih-milih kasut.

“Ini sepuluh ringgit..yang ini lima belas..yang ini lima ringgit pun ada.”

“Oh,Hafiz perli Aishah ye?”

“Eh,tak de..Hafiz tolong pilih.”

“Suatu hari nanti Aishah nak beli kasut Louis Vuitton.”

Hafiz menghulurkan sepasang kasut kepada Aishah.

“Jukebox pun cantik kan?”

Aishah tersenyum memandang Hafiz.

(Baik pula si Hafiz ni..rasanya tak pernah aku dengar kata-kata yang menyakitkan hati daripada mulutnya.Lainlah si galah..huh..menyakitkan!).

“Mengelamun lagi.Kalau tak nak beli kasut,jom kita makan laksa Penang.”

“Okey deh!”

Kedua-dua mereka berjalan menyusuri kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu mencari makanan.Terutamanya pelajar UM yang memenuhi ruang pasar malam itu.

*****

Akim meraba-raba telefon Nokia 5200 Xpress Music.Dalam keadaan mata yang berpinar-pinar dia cuba melihat masa di telefon bimbitnya.

(Dah pukul 11 malam.Tujuh kali miscall Hafiz?Apahal pulak?Si Aishah ni dah pulang ke belum?)

Akim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia tak pasti bila dia tertidur.Akim pintas bangun dan turun ke bawah.

“Oh,mak kau!”

Terkejut.Akim mengamati sekujur tubuh yang berbaring di atas sofa.

(Aishah?)

Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.

(Napelah kau tido kat sini?)

Dia naik semula ke atas.Mengeluarkan selimut daripada almarinya.Selimut Doraemon.Selimut kesayangannya semasa kecil.Dengan langkah longlai dia turun kembali ke bawah.

Akim melitupi tubuh Aishah dengan selimut.Kasihan pula dia melihat Aishah yang tidur dalam keletihan.Dia merenung wajah Aishah yang sedang lena tidur.

(Nak kata tak comel..comel la pulak sangat.Tapi attitude lanun..lanun versi kecik)

Akim menolak perlahan dahi Aishah dengan jari telunjuknya.

(Kau buli aku ye?)

Sekali lagi jari telunjuknya menolak dahi Aishah.Mujurlah Aishah benar-benar tidur mati.Kalau tidak,mahu jugak berlaku perang dunia ketiga.

Akim membetul-betulkan selimut Doraemon itu.

(Selamat malam..selamat malam Siti Aishah..).

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries