Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 5
28 May 2009 | 8:22 AM | 0 comments

Aishah tersedar daripada tidur apabila mendengar laungan azan subuh yang indah dan memuji kebesaran Allah SWT.Maklumlah surau berdekatan saja dengan rumah Mak Longnya.

(Eh,selimut siapa pulak ni?)

Aishah tersenyum melihat kartun comel Doraemon dan Nobita yang memakai helikopter kecil di atas kepala.Di hujung selimut terdapat tulisan comot dengan pen marker,AKIM PUNYA.

(Hah,mamat galah minat Doraemon rupanya!)

Aishah melipat selimut itu dengan kemas.Dia membawa selimut itu naik ke atas.Aishah masuk ke dalam bilik tetamu yang sememangnya disediakan khas untuknya.Aishah meletakkan selimut Doraemon itu di sisi katil.

Dia menukar pakaiannya.Semalaman dia tidur dengan seluar jeans dan t-shirt yang tak ditukar-tukar.Balik dari pasar malam semalam dia terasa kepalanya berdenyut-denyut.Niatnya sekadar melepaskan lelah.Akhirnya ketiduran sampai ke subuh.

Aishah menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“Opocot!”

Tiba-tiba muncul Akim dari tandas.Terhuyung-hayang.

“Kau kenapa?Mabuk tapai ke apa?”(Tetiba mamat ni wujud!)

Akim tidak menjawab.Mukanya kelihatan pucat.Sesaat kemudian dia rebah betul-betul di kaki Aishah.

Aishah tergamam.Dia menyepak-nyepak bahu Akim.(Dia nak kenakan aku ke?).

“Oit..galah..oit..”

Aishah tunduk dan mengalih badan Akim.Susah-payah juga dia mengalih badan Akim dengan kudrat kecilnya.Tangannya diletakkan ke dahi Akim.Panas.

“Kak Zizi!!!!”

Aishah menjerit panik.Panasnya seperti api yang membara.

*****

Akim dimasukkan ke hospital.Badannya terpaksa dimasukkan air.Aishah terasa bersalah yang amat sangat dengan apa yang menimpa Akim.

(Jangan-jangan pasal aku buli dia pakai syampu)

“Akim tak teruk sangat.Doktor cakap mungkin setengah hari saja dia kat hospital.Akak tunggu dia sorang pun tak pe.”

“Tak pe lah,biar Aishah jaga dulu.Akak balik mandi dulu.”

“Betul ni?”

Aishah mengangguk.Zizi bangun dan menyarung jaket jeans Guess ke tubuhnya.

“Akak balik kejap ok,nanti akak datang balik.”

“Okeh,kak.Don’t worry.”

Aishah mengangkat ibu jarinya.Zizi turut mengangkat ibu jarinya sebelum keluar.

Mata Akim terpejam rapat.Mulutnya sedikit ternganga.Di lengan kanannya terdapat tiub yang mengalirkan air ke badannya.

Walaupun Akim selalu menyakiti hatinya,namun ada perasaan sayu yang menyelinap di hatinya.Tanpa disedari air mata menitis perlahan di pipi Aishah.

Perasaan memang sukar ditafsirkan.Kadang-kadang kita benci melihat musuh kita berdiri megah.Ironiknya,kita juga bisa remuk melihatnya rebah.

*****

Akim terasa kepalanya berat sekali.Dia langsung tak bermaya.Sudah lama rasanya dia tak pernah mengalami demam panas yang teruk sebegini.Semasa kecil sering juga dia masuk hospital hanya disebabkan demam panas.Setelah meningkat remaja dia memang tak pernah sakit teruk.

Akim terbau bau harumyang memenuhi rongga hidungnya.Macam bau syampu rambut Dove.Dalam keadaan lemah dia memandang ke sebelah kanannya.Dia tersenyum melihat Aishah yang tertidur di sebelahnya.

(Patutlah bau wangi..)

Hatinya teringin untuk mencium rambut yang berbau harum itu. Akim mendekatnya hidungnya ke rambut Aishah.Semakin dekat..dan dekat..dan..

“Aaaaah..letihnya!”

Akim sepantas kilat meletakkan kembali kepalanya ke bantal.Dia berpura-pura tidur.(Aiseh,terjaga la pulak!)

Aishah menggosok-gosok matanya dan melihat jam di tangannya.

(Pukul 10 pagi dah?)

Aishah memikirkan sesuatu.Dia terasa ada hembusan nafas seseorang semasa dia terlelap tadi.Aishah menjeling ke arah Akim yang terbaring di atas katil.

(Takkanlah!)

Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya.

(Aku mimpi kot tadi)

Seorang doktor dan jururawat masuk dan memeriksa Akim.Aishah hanya memerhati sambil menggigit kukunya.(Harap-harap si galah ni okay).

“Panasnya dah turun sikit.Rasanya tengah hari nanti Encik Afiq Hakim dah boleh di bawa keluar.”

Doktor yang memakai tanda nama Aris Kadir itu tersenyum memandang Aishah.

“Ye ke,doktor?Oh,Alhamdulillah.Bagus ler tu.”

“Tapi,dia mesti makan ubat supaya cepat sembuh.”

“No hal,kalau dia tak nak makan ubat,saya sumbat pakai penyodok.”Aishah berkata sambil ketawa kecil.

Panas rasa hati Akim mendengar kata-kata Aishah.

(Penyodok?Dia ingat aku pasir ke apa?)

*****

“Ibu jangan risau,Akim dah okey sikit.Yer..dia dah pulang rumah pun.Zizi,Aishah dan bibik akan jaga dia.Ibu selesaikan dulu tugas ibu.Okay..I love you ibu,mmuah..bye.”

Zizi mematikan telefon bimbitnya.

“Orang nak ucap love you kat ibu juga..”Akim bersuara lemah.

“Aloh adik akak nih..akak terlupa nak bagi Akim cakap dengan ibu.Sorry.”Zizi memegang erat tangan adiknya.

“Akim makan ubat dulu,nanti akak call ibu lain.”

Akim memerhati ubat-ubat berkapsul berwarna-warni itu.Geli tekaknya.

“Ok,akak keluar dulu.Nanti Akim makan.”

“Okay,janji.”Zizi mengangkat jari kelingkingnya.

Akim mengangguk-angguk dan mengangkat jari kelingkingnya.

(Nak makan ubat..errrrrkkk..)

*****

Akim baru saja terlelap sebelum terdengar suara orang menggeraknya.

“Bangun..bangun..nak tidur,makan ubat dulu.”

Aishah menggerak-gerakkan bahu Akim.Akim menolak tangan Aishah ke tepi.

“Aku dah makanlah!”

“Kau jangan nak tipu.Waktu makan ubat kau aku yang jaga.Balik dari hospital,satu ubat pun kau belum ambil.”

“Aku tak laratlah Echah 50 sen..boleh tak kau main kat luar.”

(Ah,sempat lagi dia panggil aku Echah 50 sen..kalaulah tak sakit..)

“Kau tak larat pasal tak makan.Bangun.”

Aishah menggunakan sepenuh tenaganya untuk mendudukkan Akim di atas katil.

“Kau ni..”Akim cuba untuk bersuara.

“Diam!”Aishah menyumbat sesudu bubur kanji ke mulut Akim.

(Dah demam membebel..kuat betul membebel!)

“Apa jenis bubur kanji ni?Tak sedap..”

“Mulut kau pahit..payau..tu pasal kau rasa tak sedap.Nah!”Aishah menyumbat lagi sesudu bubur kanji ke mulut Akim.(Lagi kau membebel macam orang tua,lagi aku sumbat.Hamik!)

“Aku nak air..tercekik aku nanti.”

Aishah menghela nafasnya.Mengalahkan jaga baby.Baby tua memang banyak karenah.Aishah bangun dan menuang segelas air suam.Dia menghulurkan pada Akim.

“Nah!”

“Alah,aku tak larat ni..nak angkat tangan pun tak larat.”

“Habis tu pakai kaki?”Aishah menjegilkan matanya yang sediakala bulat itu.

“Amboi,hinanya..suapkanlah.”

“Air pun nak suap..amboi mengadanya!”

“Alah,berlagak..sini air.”Akim mengambil air daripada Aishah dan meminumnya sendiri.Dia menyerahkan gelas kosong kepada Aishah.

“Nak bubur kanji lagi.”Pinta Akim sambil tersenyum manja.

Aishah menyuapkan lagi sesudu bubur kanji ke mulut Akim.Tiba-tiba sahaja satu perasaan aneh menyelubungi Aishah.Dia meletakkan mangkuk bubur kanji itu di tepi katil Akim.

“Dah kot..kau jangan mengada sangat.Ambil ubat dan makan.”Aishah memberikan 3 botol ubat kecil yang mengandungi pelbagai pil dan kapsul.

Aishah berasa tidak selesa.Mukanya terasa merah padam.

Akim pula hanya terdiam melihat Aishah keluar dari biliknya.Matanya terkebil-kebil.Dia juga terasa yang mukanya merah padam.Fikirnya mungkin akibat demam panas.Mungkin.Mungkin ya..mungkin tidak.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries