Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 7
30 May 2009 | 7:18 AM | 0 comments

Sunyi.Sepi.Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing.

Akim melayani sarapan pagi seperti biasa di meja makan sebelah hujung kanan.Lahap.Seolah tiada apa yang berlaku.Aishah pula di meja hujung kiri sekadar minum secawan teh o panas.

Zizi yang duduk di tengah memandang kedua-dua mereka.Hairan.Selalunya pagi-pagi begini ada saja perkelahian kecil di antara Akim dan Aishah.

Aishah bangun sambil mengangkat cawannya dan menuju ke dapur.Seketika kemudian dia kembali dan menghampiri Zizi.

“Akak,Aishah pergi dulu.”

“Pergi dengan apa?”

“Teksi.Okeh deh..bye.”

Aishah tersenyum sambil berlalu keluar.

Zizi memerhati Akim yang masih menikmati sarapannya.Dibiarkan Akim menghabiskan sarapannya.Matanya mengekori Akim yang duduk di atas sofa sambil menekan remote control tv.

“Kau ada buat apa-apa kat Aishah kelmarin?”

Zizi bangun dan berdiri betul-betul di depan televisyen.

“Tepilah,kak..buat apanya?”

Kepala Akim bergerak ke kiri dan kanan mencari ruang untuk menonton televisyen.Zizi menutup terus televisyen itu.Akim mengeluh kecil.

“Akak ni..”

“Yaaaaaaaarghh!”

Akim terdiam melihat tapak kaki Zizi seinci lagi daripada hidung mancungnya.Terkejut Akim melihat aksi tendangan jurusan hikmat angin bertiup tak sampai seinci Zizi.

“Kalau akak tahu kau buat benda pelik-pelik kat Aishah,berdarah hidung!”

Zizi meletakkan kembali kakinya ke posisi asal.Mata Akim terkebil-kebil.Zizi mengangkat cawannya dan masuk ke dalam dapur.

“Ingat!”Jerit Zizi dari dalam dapur.

“Ingat..ingat..”Akim mengangguk-angguk kepalanya.

(Kus semangat)

Akim menelan air liurnya.

(Siapa sebenarnya adik dia nih?)

“Ingat!”Jerit Zizi lagi.

“Yer..ingat,ingat..”

(Hoh,macam mak anaconda mengamuk!)

*****

“Apa ni layan Spongebob,jom kuar.”

Akim memandang Hafiz atas dan bawah.(Tiba-tiba..bila datang?)

“Bila kau datang?”

“Kau mengelamun apa?Tak dengar bunyi kereta aku?”

“Kau pun main redah jer masuk.”

“Dah pintu pun kau buka seluas alam.Kau nak ikut aku keluar tak?”

“Kau nak ke mana?”Akim masih memandang Spongebob dan Patrick yang berebut coklat.(Hahaha..).Layan tak layan.

“Saja ronda-ronda KL,bawak member baru datang KL.”

“Kau bawaklah member kau..malaslah aku nak pergi.”

“Kau confirm nih?”

“Aku confirm.”

“Okay.”Hafiz bangun sambil menjungkit bahunya. “Nampaknya aku pegi berdua dengan Aishah saja ler.”

(Aishah?Asbestos punya Hafiz..Aishah?)

“Wooo..woo..tunggu!”Akim mengejar Hafiz yang sudah berada di luar rumah.

“Kau kenapa?”

“Tunggu..tunggu..aku pergi.”

“Eh,tadi kau beriya tak nak pergi?”

“Aku baru teringat makanan kucing aku baru abis..aku nak pegi beli Twisties.”

“Kim,Friskies kot..”(Agak-agak ah..)

“Ya Friskies.”

(Whatever..Friskies,Twisties,Smarties..nak biar kau dengan Aishah?Humang!)

*****

Hon kereta berbunyi di luar kedai salon.Aishah tersenyum melihat kereta Perodua Kancil Hafiz.Hafiz keluar daripada kereta dan menghampiri Aishah.

“Hai,sorry lambat sikit.”

“Tak pe..ok ajer.”

“Hafiz bawak kawan.”

“Siapa?”

Hafiz melambai-lambai ke arah keretanya.Akim keluar daripada kereta tersengih-sengih sambil menunjukkan tanda peace.

(Alamak..bencinya!)

Aishah cuba untuk tersenyum.Tetapi rasanya pahit dan kelat.Macam minum kopi pekat tanpa gula.

*****

Akim memandang dengan penuh rasa berbulu melihat Aishah duduk di kerusi penumpang sebelah Hafiz.

5 minit sebelum itu..

“Ok,jom pegi!”Hafiz membuka pintu belakang untuk Aishah.

“Hafiz,Aishah nak duduk depan la.”

“Eh,kenapa pulak kau ni?”Tanya Akim kehairanan.Pertanyaan Akim tidak dijawab Aishah.Aishah memandang Hafiz dengan matanya yang jernih.

“Hafiz,Aishah tak boleh ler duduk belakang.Kurang air conditioned.Kurang oksigen,nanti Aishah pengsan pulak.”

(Ah,mengadalah kau!Tetibe je kurang oksigen).Akim menjeling ke arah Aishah.

“Tak pe lah,kalau tak boleh..Aishah tak payah pergi la..”

“Masuklah!”Akim membuka pintu penumpang hadapan kereta Hafiz seluas-luasnya.(Masuk..masuk!Aku buka luas-luas bagi oksigen lebih!)

Akim masuk ke bahagian belakang kereta dan menghempas pintu belakang sekuat-kuatnya.

“Yeah,terima kasih yer Hafiz!”Aishah melonjak gembira dan duduk di bahagian hadapan.

Hafiz yang sememangnya langsung tidak berkata apa-apa hanya tercengang.

Saat ini..

Akim memeluk tubuhnya melihat Aishah berbual mesra dengan Hafiz.(Oksigen konon..balik nanti karbon dioksida aku bagi!)

“Hafiz,bukalah radio.”

“Aishah tekan yang butang kecil warna hitam tu.”

“Yang ni ke?”Aishah menekan-nekan butang di radio secara rawak.

“Bukan,yang sebelah kanan.”

“Yang ni?”

“Bukan yang ini.”Hafiz cuba untuk menekan butang radio itu.Secara tak sengaja tangannya tersentuh tangan Aishah.

Akim terasa yang telinganya panas membara.(Mengambil kesempatan!)

“Alah,Hafiz..radio Sinar la pulak..Aishah nak Xfresh.”

“Aishah tekan yang..”

“Yang ni!”Akim menghulurkan tangannya yang panjang dan menekan butang yang dimaksudkan.(Hamik!Tekan..tekan..biar aku yang tekan!)

Akim sengaja menjulurkan kepalanya di antara Aishah dan Hafiz.

“Lepas ni kau nak tekan apa lagi?Steering?Handbrake?”

Aishah langsung tak menjawab.Pertanyaan Akim dibalasnya dengan jelingan.(Sibuk!).

Hafiz tersenyum sendirian melihat telatah Akim dan Aishah.Kereta Perodua Kancil yang comel itu meluncur laju menuju ke KLCC….

Suara Yuna berkumandang di corong radio Xfresh dengan lagu ‘Dan Sebenarnya’.

♫Oh bulan..jangan layan diriku lagi..pabila air mata membasahi pipi dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku..pabila kau bersama yang lain..♪

*****

Akim hanya mengekori Hafiz dan Aishah dari belakang.Bukan dia tak mahu jalan bertiga,tetapi sebagai lelaki egonya tercabar juga apabila Aishah tidak mahu langsung bercakap dengannya.(Dia ingat dia siapa?)

“Akim,kau slow kenapa?Saing le.”Hafiz memanggilnya ke hadapan.

“Tak pe,aku nak tengok barang dulu.”Akim berpura-pura membelek barang.Sibuk memilih tanpa melihat apa jenis barangan.

“Kau tengok barang baby buat apa?”Hafiz ketawa kecil melihat gelagat Akim yang membelek-belek botol susu.Aishah yang berada di hadapan sekali mengerutkan dahinya.(Kemaruk nak kahwin ke apa si galah ni?).

Akim tersentak mendengar pertanyaan Hafiz.Masih berlagak macho dia meletakkan kembali botol susu itu sambil bersiul-siul.

Mereka sekadar berjalan-jalan di Suria KLCC.Sehinggalah destinasi mereka sampai di TGV.Aishah memerhati sebuah poster filem yang menarik perhatiannya.

“Hafiz,jom tengok citer Wolverine.”

“Wolverine?”Kedua-dua Akim dan Hafiz bertanya serentak.Hafiz teringatkan perihal Aishah yang tidak suka Wolverine.Akim pula berasa tidak sedap hati mendengar tajuk cerita keramat itu.

“Tapi tayangan dia 5 minit lagi.Sempat ke?”Hafiz memandang Aishah kehairanan.

“Tak pe,tunggu..Aishah Tanya kat kaunter tiket.”

Akim semakin tak selesa.(Apasal aku rasa fobia bila Aishah beriya nak tengok Wolverine ek?)

Tidak lama kemudian,Aishah datang membawa 2 tiket wayang.

“Full house.Tinggal 2 tiket aje.Jom Hafiz!”

“Akim?”Hafiz yang sememangnya tak tahu hujung pangkal cerita terpinga-pinga.

Aishah menarik nafasnya dalam.Dia menghampiri Akim dan memandang tepat ke mata Akim.Matanya kelihatan jernih dan berkaca.

“Akim,dia tak ada hal..dia dah tengok.Kan Akim?”

Ketika itu mulut Akim terkunci.Akim hanya mampu melihat Aishah menarik tangan Hafiz.Jantungnya rasa diragut.Buat pertama kalinya Akim tersedar yang dia amat bersalah terhadap Aishah.

Akim masih lagi berdiri terpaku di situ.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries