Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 8
30 May 2009 | 9:17 AM | 0 comments

“Thanks Qiqi.”

“Tak per,Aishah pun keluar sekejap jer.”

Qiqi tersenyum memandang Aishah.Aishah meletakkan sling bag Polo di atas kaunter.Berterabur duit syiling keluar dari beg yang tidak berzip itu.Aishah membongkokkan dirinya mengutip duit syiling yang berterabur.

“Cik Aishah!”

“Opocot!”

Aishah terkejut melihat puppet tangan Cookie Monster bergerak-gerak seperti berjalan di atas meja kaunter.Dia cuba menjengok tuan punya di sebalik puppet di belakang kaunter.

“Aik,jangan tengok tuan Cookie Monster.”Seorang pemuda cuba untuk meniru suara Cookie Monster.Puppet itu bergerak ke kiri dan kanan.

“Cookie Monster like cookies.”Tangan sebelah kiri pemuda itu menyuapkan biskut Choc Fudge ke dalam mulut puppet Cookie Monster yang berpura-pura makan biskut.Aishah ketawa kecil melihat telatah Cookie Monster.(Comel giler!)

“Hehehe Cik Aishah dah ketawa. Cookie Monster datang membawa mesej.”

“Mesej?”

“Mesej minta maaf.”

“Siapa?”Aishah mula dapat menduga siapa tuan punya Cookie Monster itu.

“Afiq Hakim.”

Aishah mendiamkan dirinya.(Dah agak..).Dia menyambung kerjanya di kaunter dan tidak mempedulikan Akim atau Cookie Monster.

“Please…please..please..”Puppet Cookie Monster mencuit-cuit bahu Aishah.Aishah menarik puppet itu dari tangan Akim dan melemparkannya di sudut kaunter.Akim yang tadi terbongkok-bongkok bingkas bangun dan mendapatkan boneka tangannya.

“Kesian Cookie Monster kena baling dengan Kak Aishah.”

“Kak Aishah?Bila pulak aku ada adik berbulu biru?”

“Hah..kau dah cakap dengan aku!”Akim ketawa sambil menghampiri Aishah.Ditariknya satu lagi kerusi dan duduk di tepi Aishah.

“Aishah..aku minta maaf sangat-sangat pasal kes wayang tu.”

“Kenapa kau nak minta maaf?Kau ada buat salah ke?”Aishah meneruskan kerjanya menulis invois tanpa memerhati Akim disebelahnya.

“Memang aku buat salah pasal ajak orang lain sedangkan aku janji dengan kau.”

“Akim.”Aishah memandang tepat ke mata Akim. “Aku bukan girlfriend kau,kau nak keluar dengan siapa pun keluar ler.Aku tak kisah.Tapi,kau tu munafik.Tak menepati janji.”

“Okay..aku munafik,jahat,tak bertamadun,tak beretika..”

“Lagi?”Sengaja Aishah menduga Akim.

“Lagi?Cacat otak,kurang hafalan sifir,lemah Geografi,tidak bijak menyelesaikan masalah algebra,kurang pintar membuat eksperimen fotosintesis..”

Aishah tersenyum melihat telatah Akim.

“Haa,kan manis senyum tu.Senyumlah lagi.”

“Aku senyum kat Cookie Monster,bukan kau.”

“Ye la..ye la.”Akim mengambil boneka Cookie Monster itu dan diletakkan di tangan Aishah.

“Cookie Monster ini jadi saksi yang aku takkan sakitkan hati kau lagi.Tapi aku tetap nak gaduh hari-hari dengan kau.Kalau tak ada Siti Aishah dengan siapa lagi Afiq Hakim nak bergaduh kan?”

Akim merenung memandang Aishah.Kedua pandangan mereka saling bertautan.Mata redup Akim memandang jauh ke dalam mata Aishah.Hati Akim terasa berdebar-debar.Dup..dup..dup..

“A..a..aku belanja kau Cadbury hari-hari.”Akim pintas bangun dan terus meluru keluar dari kedai salon.Aishah yang masih memegang Cookie Monster terkebil-kebil melihat Akim keluar.

Di luar kedai,Akim memegang dadanya yang berdetap detup bagai nak pecah.

(Huh..apahal pulak ni?)

Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.Menarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.

*****

Malam itu bintang-bintang bertaburan bersinar di sana sini.Terdapat juga satelit yang berkelip-kelip di dada angkasa.Suasana yang indah dan aman ini mendamaikan hati Hafiz yang asyik memetik gitar di balkoni rumahnya.Hafiz tersenyum sendirian apabila mengingati wajah Aishah.Dia memikirkan telatah Aishah petang tadi.

Petang tadi..

Hafiz memandang kehairanan ke arah Aishah yang langsung tidak memandang skrin wayang sebaliknya hanya tertunduk dan mendiamkan diri.Walaupun sudah 30 minit tayangan filem bermula,fikiran Aishah seolah-olah melayang ke mana-mana.Hanya jasad yang berada di situ.

“Jom keluar.”Hafiz berbisik perlahan kepada Aishah.Aishah tersentak seolah-olah tersedar daripada lamunan yang panjang.Tanpa sepatah bicara dia mengekori Hafiz untuk keluar.

Kedua mereka masih mendiamkan diri sehinggalah masuk ke dalam kereta.

“Akim sebenarnya baik.”Hafiz memulakan bicara.Aishah masih mendiamkan dirinya.”Cuma kadang-kadang angin barannya selalu datang,tapi dia jenis yang mengaku kesalahannya.”

“Entahlah Hafiz,Aishah tak tahu nak cakap apa.”

“Hafiz tak tahu apa yang terjadi pada korang berdua,tapi itulah Akim yang Hafiz kenal.Dia mungkin kebudak-budakan tapi hati dia baik.”

Aishah cuba untuk tersenyum.Namun masih ada kelatnya.

“Tak pe,tiap kali Akim buli Aishah,Aishah panggil Hafiz.Nanti Hafiz debik dia cukup-cukup.Anggaplah Hafiz ni macam Batman.Cuma Aishah tak perlulah nak buka lampu besar yang ada logo Batman tu.”

Aishah memandang ke arah Hafiz sambil tersenyum.

“Okay,Aishah tahu yang Aishah boleh harapkan Hafiz.Hafizlah Batman Aishah.”

“Hafiz akan jadi Batman Aishah tanpa bayaran!”

Kedua mereka ketawa kecil.

Tanpa disedari Hafiz,dia turut ketawa sendirian mengingati perbualan mereka.(Nasib baik ayah tak Nampak,kot tak mahu hantar Tanjung Rambutan).

*****

Hari Ahad,minggu ketiga Aishah di Kuala Lumpur..

“Jom semua,packing baju!”

Akim dan Aishah yang duduk di ruang tamu saling memandang mendengar arahan Zizi.Tercengang-cengang.

“Korang tak dengar ke?Jom packing baju..kita pergi Langkawi.”

“Langkawi?Akak biar betul?”Akim memohon kepastian.(Biar betul!)

“Betullah!Cepat..cepat.”Zizi menolak-nolak Akim dan Aishah naik ke atas.Akim menahan tangan kakaknya.

“Kita nak pergi dengan apa?Siapa?”

Zizi tersenyum memandang adiknya.

“Kita pergi dengan Abang Yazidlah.”Mata Zizi bercahaya-cahaya seperti Sailormoon dapat jumpa Momoru a.k.a Tuxedo Mask.

Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.(Pergi dengan tunang dia patutlah meroyan semacam jer).Akim mencuit lengan Aishah.

“Sah,kita terpaksa jadi bodyguard.”Bisiknya perlahan.

Aishah hanya tersengih.

*****

Keempat-empat mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat lebih kurang 2 petang.Aishah asyik melihat Yazid dan Zizi berjalan berpegangan tangan di hadapan mereka.Manja betul Zizi dengan Yazid.

“Konon-konon pasangan bahagia ler tu.”Akim menjuih bibir memandang kakaknya.

“Kau kenapa jealous ke?”

“Jealous apa?Kakak aku tu jiwang karatssssss..pandai ler tu dia bodek ibu sampai sekali dengan kita angkut ke sini.”

“Apa salahnya?Boleh juga kita relaks kat sini.Nah!”Aishah membaling beg pakaiannya ke arah Akim.

Akim menyambut beg itu sambil mencebik bibirnya.Dia berjalan laju memintas Aishah.Dia menarik topi Aishah yang berbunga-bunga,diambil dan dipakainya dengan selamba sambil bersiul-siul kecil dengan menggalas dua beg.

Aishah ketawa kecil melihat aksi Akim.Ditolaknya Akim ke hadapan.Sesekali Akim menarik rambut Aishah.

“Wahai anak-anak,cepat naik kereta!”

Jerit Zizi dari jauh.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Akim dan Aishah.(Kalau dah baik,baik sangat..kalau dah bergaduh,macam nak pecah rumah dibuatnya..ntah apa-apa).

*****

Kereta Volkswagen yang disewa Yazid telah rosak di tepi jalan.

(Nak ajak bercuti tapi kedekut!)Akim membebel-bebel di dalam hati.

“Tak pe,jangan risau,Abang Yazid dah panggil tuan kereta ni datang.”Yazid tersengih-sengih. “Senang cerita,kita tunggu saja.”

“Senang cerita..senang cerita..ini dah susah cerita.”Akim membisik perlahan ke telinga Aishah.Aishah menyiku perut Akim.Akim mengaduh kecil.(Betullah!Tension aku asyik senang cerita tapi susah jugak!)

“Senang cerita kita makan dulu.”Yazid memberi cadangan.

“Zizi ikut saja.”Zizi memegang lengan Yazid dengan hati yang berbunga-bunga.

“Akim tak laparlah,tunggu kereta sahaja.”

Zizi dan Yazid memandang ke arah Aishah.

“Tak pe lah Aishah duduk sini saja.”(Nanti kacau daun pulak kan?)

“Okay,no hal?”Yazid bertanya lagi kepada Akim dan Aishah.

“Senang cerita,no hal bang..tu teksi lalu,baik abang tahan cepat.”Akim menunjukkan van teksi berwarna putih yang sedang menuju dari arah utara.

Yazid dan Zizi berlari-lari menahan van teksi itu,Mereka berdua sempat melambai-lambaikan tangannya kepada Akim dan Aishah.

“Jangan lupa kitaorang!”Jerit Akim sementelah van teksi itu berlalu pergi.

“Kakak aku kalau jumpa tunang dia hilang kebrutalan.”Akim tersengih sambil memandang Aishah.Aishah mengesat-ngesat mukanya seolah-olah ada sesuatu yang terpercik.

“Kau cakap air liur terbang ek?”

“Tak de lah!”Akim terperanjat mendengar pertanyaan Aishah.Dia juga terasa seolah-olah ada air menitik di wajahnya.Akim dan Aishah saling berpandangan.Mereka mendongak kepala ke atas.

Langit hitam sehitam-hitamnya.Air hujan mula menitik perlahan-lahan.

Akim dan Aishah segera membuka pintu kereta.Berkunci.Akim mula memaki-maki Yazid di dalam hatinya.Tak sampai sesaat hujan turun dengan lebatnya.Mencurah-curah memberi rahmat kepada bumi.

Akim pantas membuka jaket jeans yang dipakainya dan melindungi kepalanya dan Aishah.Kedua-dua mereka menggeletar dan kesejukan dengan harapan Yazid dan Zizi berpatah balik.

Aishah memandang Akim yang cuba memayunginya dengan jaket jeans.Dalam keadaan sejuk dan dingin,Akim dan Aishah terkelu lidah.Sepi tanpa bicara.

Hujan masih turun selebat-lebatnya menyimbah bumi dan mereka seperti sepasang burung merpati yang tidak dapat terbang kerana kebasahan.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries