Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 9
30 May 2009 | 10:16 AM | 0 comments

Tanjung Rhu,Langkawi..sehari selepas kejadian hujan Kuch Kuch Hota Hai.

Di hujung pantai sana kelihatan seorang pemuda tampan berbadan tinggi lampai dan seorang gadis kecil molek dan comel sedang mengorek pasir dengan penyodok kecil dan baldi.

Akim mengorek pasir dengan penyodok dan hampir sebaldi diserahkan kepada kepada Aishah.

“Ni istana kau..ni istana aku..”

“Okay..kita tengok istana siapa paling cantik.”

Tak sampai 5 minit,istana pasir Akim telah siap.Dia cuba menghalang Aishah daripada melihat istana pasirnya.

“Huh,mana boleh tiru design arkitek lain.”

“Tepi..tepi..”Aishah menolak Akim ke tepi.Aishah menjuih bibirnya melihat istana pasir Akim.

“Eleh,bulat ikut acuan baldi,budak tadika pun boleh buat.”

“Kau mana tau istana apa ni.”

“Istana apa?”

“Istana ni mempunyai banyak penghuni,sebab itulah bentuknya bulat.”

“Penghuni apa?Banduan?”

“Tak ah..kutu…wahahahahaha!”Akim berlari-lari di tepi gigi air.Aishah pantas mengejar Akim di belakang(Ceh!Lawak ketinggalan zaman!)

Dapat sahaja Akim,Aishah memukul-mukul belakang Akim bertalu-talu.(Hamik..bedebush..hamik!)

“Adeh..adeh..hihi aku lawak ajer ler.”Akim ketawa sambil menghalang tangan Aishah daripada memukulnya.

“Lawak tak best langsung.”Aishah menolak Akim jatuh ke gigi air.

“Aishah..Aishah..”Aishah meninggalkan Akim di tepi pantai.Malas hatinya nak melayan Akim.

“Aishah!”

Jeritan Akim menyebabkan Aishah memaling kembali ke arah belakang.Tiada siapa.Aishah memandang ke kiri dan ke kanan.Sepi.Sunyi.

“Akim?”Aishah berpatah balik ke belakang.Matanya liar mencari kelibat Akim.(Takkanlah di bawa ombak?)

“Akim!Akim!”Air mata Aishah mula berkocak.Dia berlari ke gigi air.Dia menjerit sekuat hatinya.

“Akimmmmmmmmmmmm!”

Tiada jawapan Akim.Aishah duduk melutut di tepi pantai.Air matanya dikesat.Kerisauan jelas terpancar di wajahnya.Aishah menutup mukanya dengan tangan dan menangis tersedu-sedu.Dia betul-betul bingung.

“Hoh!”

Entah dari arah mana Akim muncul di hadapannya.

“Akim!”

Tanpa disedari dia memeluk Akim kerana gembira.Akim mula terkebil-kebil apabila dirinya diperlakukan demikian.Pengedaran darah yang tidak stabil dan menjalar-jalar di seluruh sarafnya dan seperti hendak keluar memancut darah ke hidungnya.

Aishah melepaskan Akim setelah menyedari dirinya ditipu.Kaki kecilnya menendang kaki Akim.

“Kau ke mana?Aku ingat kau lemas di bawa ombak.Teruklah kau!”

Bertalu-talu Aishah menendang kaki Akim.

“Okay..okay stop..”Akim memegang tangan Aishah. “A.a..aku buat lawak saja.Aku sembunyi belakang batu tu je.Kau janganlah tendang aku.”

Aishah hanya terdiam melihat Akim memegang tangannya.Akim melepaskan pegangan kedua tangannya yang erat.Dia menggaru-garu kepalanya.(Alamak!)

“Jom!”

Aishah menuruti langkah Akim tanpa sepatah kata.

“Aduh!”

“Kau kenapa pula?”

“Kaki aku..tercucuk apa ntah..sakit.”Aishah jalan terjengkot-jengkot.Akim menghampirinya dan memeriksa tapak kaki Aishah.Berdarah.

“Eh,kaca ni.”Dahi Akim berkerut-kerut kerisauan.Tanpa diduga Aishah,Akim terus mendukungnya.

“Kau buat apa ni?Aku boleh jalanlah!”Aishah meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada dukungan Akim.

“Kau diamlah!Kita pergi klinik cepat,karang kena sawan baru tau.”

“Hoi aku nak turunlah!”

“Diamlah Echahhhhhhhhhhh!”

Burung-burung camar yang baru hendak pulang ke sarang bertempiaran terbang mendengar suara Akim.Nun di ufuk timur,mentari merah yang baru hendak terbenam seolah malu-malu melihat telatah Akim dan Aishah.

*****

Kuala Lumpur,Selasa..

Akim teringat janjinya untuk membelikan Aishah coklat Cadbury setiap hari.Dia pun tak tahu apa jenis coklat Cadbury yang disukai Aishah.Dibedalnya saja jenis Black and Forest.

Akim singgah sebentar di Petaling Street dan membeli sekuntum mawar merah hidup daripada seorang nyonya separuh abad di situ.

“Lu mau kasi amoi lu ka?”Tanya nyonya Cinaitu tersengih-sengih.

“Ya la,takkan saya mau kasi apek.”Akim tersenyum nakal sambil memberi wang kepada nyonya itu.Nyonya itu menggeleng-gelengkan kepalanya.(Aiyeee,manyak loyar buruk punye budak!).

Akim tersenyum sendirian sambil menuju ke arah tempat letak motosikal di Central Market.

WAK ADA MESEJ WAK!

Akim menekan butang view message di telefon bimbitnya.

Akim,Cabby ada di hospital.Pantai Dalam.

Akim berlari laju dan memintas orang ramai menuju ke arah motosikalnya.

*****

Masuk ke dalam bilik rawatan,Akim dapati Cabby seorang diri dalam keadaan lemah berbaring di atas katil.Akim mengambil kerusi dan duduk berdekatan Cabby.Cabby membuka matanya perlahan-lahan.Walaupun masih dalam keadaan lemah,dia masih mampu tersenyum kepada Akim.

“Takde siapa datang sebelum Akim?”Akim memandang keadaan sekelilingnya.memang tiada sesiapa.

“Tadi ada mummy,dia yang tolong Cabby sms Akim.”

“Macam mana boleh jadi macam ni?”Akim bersuara perlahan.

“Cabby..salah..diet..”Jawabnya lemah.

“Diet buat apa?Cabby bukannya gemuk pun.”

“Dia ca..cakap Cabby ge..ge..muk..”Cabby terasa amat lemah.

“Dia?Oh dia..”Sekilas seraut wajah muncul dalam ingatan Akim.(Ye dia..)

“Tapi..di..dia masih tinggalkan Cabby.”

Akim tidak tahu apa yang hendak dibuat.Dia sekadar menguntumkan senyuman untuk Cabby.

“Akim…”

“Ye Cabby?”

“Ja..ja..ngan tinggalkan Cabby..”Cabby memegang tangan Akim.

Akim terkelu lidah.Perlahan-lahan dia memegang kembali tangan Cabby.

“Akim janji takkan tinggalkan Cabby dalam keadaan macam ni.”

Seorang lelaki sejati akan cuba mengotakan sebaik mungkin janji yang dilafazkannya.Itu janji Akim.

*****

Sampai di rumah sudah hampir 11 malam.

Akim melihat kereta ibunya sudah berada di halaman rumah.Akim tersenyum melihat ibunya duduk di atas buaian di hadapan rumah.

“Ibu..”Akim mendapatkan ibunya dan mencium pipi ibunya dan memeluk ibunya.

“Akim dah besar pun rindu ibu lagi ya?”

“Rindu sangat.”

“Pergi mandi dulu.Busuklah.”Ibunya cuba mengusik.

“Okay,ibu.”Akim mengambil beg galasnya di atas motosikal.Dia menghampiri ibunya dan duduk berlutut di sisi ibunya.

“Ibu,kalau Akim ada dan bakal membuat sesuatu yang melukakan atas sifat Akim sebagai seorang lelaki,ibu tegurlah Akim dan bawa Akim kembali kepada yang sepatutnya.”

Ibunya mengangguk sambil mengusap rambutnya.Akim mencium tangan ibunya dan melangkah longlai menaiki anak tangga.

Puan Fatimah memerhati anak terunanya dengan terharu.Entah kenapa kata-kata Akim menyentuh hatinya sebagai ibu dan juga wanita.

Sampai di tingkat atas,Akim melihat pintu bilik Aishah terbuka sedikit.Akim menolak pintu bilik itu perlahan-lahan.Dia dapati Aishah sedang tidur dengan lena.Akim tersenyum sendirian melihat Aishah menggunakan selimut Doraemonnya.Akim meletakkan bunga mawar merah dan coklat Cadbury di tepi meja sebelah pintu.Lampu bilik Aishah ditutupnya.Perlahan-lahan Akim menutup kembali pintu biliknya.

Akim tersentak apabila melihat Zizi berdiri di hadapannya.

*****

Zizi memandang Akim yang memetik gitar di halaman rumah.

“Jangan lewat sangat masuk tidur.”Terdengar suara Puan Fatimah dari dalam rumah.

“Baik,ibu.”Jawab Zizi dan Akim serentak.

Zizi duduk berdekatan adiknya.Akim meletakkan gitarnya di sisi.Dia tahu ada sesuatu yang ingin dikatakan Zizi.

“Akim..”

“Ye kak.”

“Masalah paling besar dalam cinta adalah…jatuh cinta dengan sepupu sendiri.”

Akim hanya tersenyum.Begitu rapatnya dia dengan kakaknya sampai sedikit perkara pun dia tak mampu menyembunyikan daripada kakaknya.

“Kenapa?”Akim bertanya lembut.

“Kerana selain kita mencintai dia,secara rasminya dia juga keluarga kita.Sedikit pertengkaran yang akan muncul kelak akan memecah belahkan keluarga.”

Akim terdiam memandang kakaknya.Belum pernah Zizi begitu fokus dan serius sebegini dengannya.Akim mengakui kebenaran kata Zizi.Lebih daripada itu dia bukan sahaja tersimpul dengan perasaan dan hatinya sendiri malah janjinya.

“Tapi..kalau berani menongkah lautan api dan hutan berduri..naga besar pun nampak macam anak kucing kan?”

Pujuk Zizi cuba menenangkan adiknya yang diam seribu bahasa.Akim bangun dan menggosok kepala kakaknya.

“Terima kasih.Akim sayang akak.”

Kalau berani,naga besar dah macam anak kucing.Lautan api seperti longkang sekolah dan hutan berduri bagai semak sekangkang kera.

(Mampukah aku?)

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries