Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

2:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
19 June 2009 | 9:57 AM | 0 comments
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi,namun,Ramli masih belum dapat tidur.Sekejap dia beralih ke kiri.Sekejap ke kanan.Matanya hanya asyik berkelip-kelip memandang dinding.
Isterinya sudah lama dibuai mimpi.
Ramli masih di situ dengan tangan yang melekat di dahi.Gambaran wajah itu masih bermain-main di mindanya.Menyesakkan lagi nafasnya.
*****
Aishah tekun mendengar penerangan Datuk Azis mengenai bangunan baru yang ditenderkan kepada syarikat pak longnya,Syarikat Menara Jaya Sdn.Bhd.
Selain cerewet,pelanggan syarikatnya ini juga antara ahli perniagaan bumiputra yang disegani.
“Eh,Aishah tak makan ke?”
“Tak pe Datuk,saya datang pun atas kerja.”
“Mana boleh,alang-alang dah datang sini,takkan minum je?”
“It’s okay,Datuk.Betul.”
Walaupun berambut putih,Datuk Azis masih kacak dengan dagu yang terbelah dua.Apabila tersenyum,matanya turut tersenyum.Sedikit iras seperti aktor Hollywood,Richard Gere.Tak hairanlah jika Datuk Azis digelar most eligible bachelor selepas kematian isterinya 10 tahun lepas.
“Aishah sure tak nak makan?”
Pertanyaan Datuk Azis tidak sempat dijawab apabila bunyi mesej menjerit-jerit di telefon bimbitnya.
PAT PAT NYE NYE
CEPAT JADI AKIM PUNYE
OF COURSE FOR THE WIN
JOM LA KITA KAWIN..:)
p/s jumpa kat office ayah malam ni.
Aishah ketawa kecil.(Ha..ha…apa daa punya pantun!).Selepas dua bulan Akim cuba melamarnya ketika baru pulang dari LA,lama juga perkara ini tidak timbul.Kini,isu kahwin muncul kembali.Datuk Azis yang sekadar memerhati turut tersenyum.
“Maaf Datuk.”Aishah tersipu-sipu malu.(Terketawa la pulak).
“Tak apa.So,saya rasa setakat ni kot appointment kita.”
“Datuk,terima kasih banyak-banyak kerana memberi tender kepada syarikat kami.Apa yang dibincangkan tadi akan saya usulkan kepada Encik Ramli.”
Kata-kata yang diucap Aishah seperti di bawa angin.Datuk Azis asyik memerhati wajah ayu dan sopan di hadapannya.Hati lelakinya tidak dapat menafikan bahawa sesuatu yang indah memang asyik dipandang.
“Datuk?”
“Ya.”Datuk Azis sedikit tersentak tetapi kematangannya dapat melindungi perasaan sebenarnya.
“Okay..emm,thanks again Datuk.”Aishah bersalaman dengan Datuk Azis.Jauh di sudut mindanya,dia berasa bangga juga apabila berjaya mengakhiri pertemuan ini dengan baik.Berkali-kali pak longnya memesan agar menjaga hati Datuk Azis dengan baik.
“Aishah balik dengan apa?”
Ada kereta saya.”
“Tak apalah,saya hantarkan Aishah,kereta Aishah nanti driver saya hantarkan.”
“Eh,tak pe..tak pe..kereta saya buruk je.”(Kereta Nissan buwuk Akim).
“Tak apalah,driver saya bawa kereta Aishah.Saya hantarkan Aishah.”
Datuk Azis menghulurkan tangannya.Mahu tak mahu Aishah terpaksa menghulurkan kunci keretanya.Kunci kereta itu diserahkan kepada pemandunya.
Aishah berjalan seiringan dengan Datuk Azis keluar dari Restoran Berputar Seri Angkasa.
Dia tergamam apabila perjalanan mereka berhenti di hadapan kereta mewah Lamborghini Diablo.
*****
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniup rambut Akim.Dia berdiri megah di puncak Wisma Menara Jaya.Memerhati keindahan Kota Kuala Lumpur pada waktu malam.Neon-neon lampu yang berkelip-kelip kelihatan seperti flora yang berwarna-warni.Mendamaikan hatinya.
“Hai,sorang je ke?Boleh kita teman?”
Aishah tersenyum melihat meja kecil yang disaluti kain putih.Sebatang lilin.Dua buah kerusi.
“Saja jer tunggu helikopter turun.Hehe..meh sini.”Akim menggamit tangannya.
Aishah menghampiri Akim.Akim menarik kerusi buat Aishah.
“Okay,malam ni kita nye candle light dinner special sikit.”Akim mengangkat beg kertas tertulis McDonald’s. “Makanan ditaja oleh McD.”
“Haha,comelnya.”Aishah mengambil burger yang dihulurkan Akim.
“Seperti biasa,McChicken untuk Aishah dan Akim juga.”
“Aik,bukan Akim suka fish o fillet ke?”
“Ntah le sekarang ni jatuh cinta dengan McChicken la pulak.”Akim menarik kerusinya dan duduk.(Jatuh cinta kat awek yang makan McChicken sebenarnya).
Aishah teringat kali pertama Akim membawanya keluar makan.McDonald’s Sogo.Macam dah jadi trademark pula.
“Akim makan masih jejeh..hehe..”Aishah menyapu mayonis di tepi mulut Akim.
“Saja jer makan jejeh..boleh ada orang sapu..hehehehe..”Akim ketawa nakal.
“Eeiii..gatalnya dia.”
“A’ah gatal,tolong garu boleh?”
“Garulah sendiri.Tak ada tangan ke?”
Malam itu segalanya berlangsung dengan lancar buat Akim dan Aishah.
Selesai makan kedua mereka berteleku dagu.Tiada bicara.Hanya jelaga lilin yang menjadi pemisah.Mata Aishah yang bulat dan bersinar diterangi cahaya lilin menenangkan hati Akim.
“Aishah.”
Akim memegang tangan Aishah.Matanya tidak berkedip memandang Aishah.
“Aishah,sudi tak menjadi wife untuk Akim yang macho dan completely handsome.”
Aishah tak tahu sama ada itulah bentuk lamaran yang dia mahukan.Tapi pertanyaan itu membuatkan dia mencebik bibirnya.Melihat tindak balas Aishah,Akim bangun dan menghampiri Aishah.Aishah sekadar memerhati.(Apa pulak ni?)
Aishah tergamam melihat Akim melutut di hadapannya.
“Aishah,sudikah..”
“Wooo..woo..relaks.”Peluh dingin membasahi dahi Aishah.
“Aishah.”Akim tidak mempedulikan Aishah.Sebentuk cincin platinum bertatah berlian dikeluarkan dari saku bajunya.Tangan Aishah dipegangnya lebih erat.
“Siti Aishah,sudi tak menjadi isteri Afiq Hakim,insan yang tak mungkin sempurna,tapi akan sentiasa mencintai Aishah hingga ke akhir hayat.”
Mata Akim bersinar.Penuh pengharapan dan kejujuran.Aishah terasa degup jantungnya seperti tidak berdetik.Apa yang mampu dilakukan Aishah ialah turut melutut di hadapan Akim.
“Afiq Hakim,Siti Aishah sudi menerima Akim,insan yang sentiasa sempurna di mata Aishah…hingga ke akhir hayat..”Bisik Aishah ke telinga Akim.
Akim tersenyum puas.Cincin itu disarungkan ke jari manis Aishah.Akim menggenggam tangan Aishah dengan lebih erat.
Tanpa dirancang hujan turun dari langit membasahi kedua mereka seolah-olah memberi seribu rahmat.
“Akim…hujan..”
Kata Aishah perlahan sebelum kedua mereka berlari sambil ketawa.
*****
Sebuah kapal besar milik Asrul Shipping Company tersadai di tepi Pelabuhan Kelang.Seorang jurutera muda sedang memeriksa laporan kerosakan kapal enjin Lady 1.
“Encik Afiq,ada tetamu nak jumpa encik.”Seorang lelaki memberitahu Akim.
Akim memandang ke arah pekerjanya.Hatinya sedikit risau kerana minggu hadapan adalah pelayaran pertama yang akan diikuti di bawah syarikat Datuk Asrul.Walaupun bukan sebagai chief engineer,Akim juga bertanggungjawab terhadap pelayaran ini.
“Saya nak awak siapkan sepenuhnya laporan kerosakan enjin kapal ni esok.”
“Baik,encik.”
Akim berjalan menuju ke kabinnya.Sebelum sempat dia menutup pintu,kepalanya terasa perit seolah ditampar.Zizi berdiri di sebelahnya sambil mencekak pinggang.
“Akak?”(Macam mana dia boleh naik kapal?)
“Kau ingat kau mat salleh ke apa?”
“Nanti..nanti..”Akim mengunci pintu kabinnya.(Agak-agak ah anaconda ni). “Akak ni kenapa?”
“Yang kau melamar Aishah tak bagitau ayah dan ibu kenapa?”
“Melamar je bukan bertunang..bakal bertunang.”
“Sampai melutut,bagi cincin..tak ke tahap bertunang?Ish!”Tangan Zizi cepat saja memukul kepala Akim.
“Akak,saya bukan budak-budaklah..ni sapa yang bagitau ni?”Akim menggosok-gosok kepalanya.Matanya meliar ke luar.(Tak pasal pula orang nampak tadi).
“Pak Mat,pak guard syarikat ayah.”
(Pak Mat ni skodeng ke?Humang!Dulu bibik kaki skodeng,sekarang Pak Mat pulak..huhu..)
“Akak tak nak kau main-mainkan Aishah.”
“Akak.”Akim memegang bahu Zizi. “Saya ikhlas.Hubungan kitaorang pun dah 4 tahun lebih.Saya cintakan Aishah,kak.Saya memang nak kahwin dengan dia.”
Akim memandang tepat ke mata Zizi.Memohon sepenuh pengertian.
“Betul?”
Akim mengangguk.
“Akim.”Zizi memeluk adiknya.Terharu.Akim melonggarkan pelukan kakaknya.(Dia pulak excited).
“Akak,lagi dua minggu akak balik kampung pak su..meminang Aishah,okay?”
“Macam tu lah,kita orang Melayu ada adat.Bukan main redah je.”
“Okay,Akim minta maaf.”
“Adik kakak nak bertunang huhu..”Zizi menangis sambil kembali memeluk Akim.Akim terkebil-kebil.(Kadang-kadang pe’el kakakku ini mengelirukan).
*****
“Dua minggu lagi?Cepatnya!”
Brek kereta Kancil itu ditekan mengejut.Hafiz memandang Aishah dan Akim bergilir-gilir.
“Benda yang baik tak elok dilengahkan!”Jerit Akim.Matanya memandang ke arah Hafiz dan Mila sambil tersenyum.Hafiz mengecilkan matanya.(Babitkan aku dengan Mila pulak).
“Tak de lah,aku tak ada kerja lagi,korang dah nak bertunang.Apapun aku tak dapat bayangkan macam mana la Akim jadi tunang orang.Hahaha!”
“Huh,mestilah aku lebih bertanggungjawab!”(Ceh,ketawakan aku!).
“Tak pe Aishah,nanti apa-apa hal Mila boleh tolong!”Mila yang lama mendiamkan diri memecah kebisuannya.
“Okey juga,Akim tak ada nanti.Banyak juga Aishah nak minta tolong nanti!”Jawab Aishah sambil tersenyum.
Perbualan mereka terhenti apabila bunyi hon kereta bertalu-talu serentak dengan lampu isyarat berwarna hijau.
“Hoi,agak-agak ah hal meminang berbincang depan lampu isyarat!”
“Ntah apa-apa satu KL boleh dengar,oiii!”
Jeritan pemandu kenderaan lain tidak dipeduli mereka.Masih old school,kereta Kancil Hafiz dan Nissan Sunny lama Akim meluncur laju serentak.Aishah di sebelah Akim dan Mila di sebelah Hafiz hanya tersipu malu.
Akim dan Hafiz masing-masing maintain muka poyo.(Ada aku kisah?)
*****
Datuk Azis menghempaskan tubuhnya di atas sofa.Seorang wanita Filipina meghulurkan segelas jus limau kepadanya.Tangannya diangkat tanda tidak mahu.
Selepas pertemuan di Restoran Berputar Seri Angkasa,wajah gadis itu masih melekat di mindanya.Ya,memang gadis itu sebaya anaknya.Bukan juga dia tidak pernah mengenali gadis yang lebih cantik.Tapi,entahlah,dia pun tak tahu mengapa sukar untuk dilupakan seraut wajah yang penuh keikhlasan itu.
“Papa.’
Seorang gadis cantik mengucup pipinya.
“Farah anak papa,bila balik?”Datuk Azis membelai rambut anak gadisnya.
“Farah balik sekejap saja ambil barang.Papa okay?”
“Papa okay.Kenapa?”
“Farah tengok papa macam ada masalah saja.”
“Tak adalah.”
Datuk Azis tersenyum memandang anaknya.Wajah Farah memang saling tak tumpah seperti arwah isterinya.
“Kalau tak ada apa,Farah naik dulu.”
“Okay.”
Matanya menuruti langkah anak gadisnya yang menaiki tangga.Datuk Azis memandang pula potret gambarnya dan arwah isterinya.Matanya dipejamkan.
(Maafkan abang,Marina).
*****
Seorang wanita tua berketurunan bangsawan duduk berteleku
di Tanah Perkuburan Islam Garden Of Peace di Elmbridge Road
.
Usia wanita itu dalam lingkungan 70 tahun.Bagaimanapun masih jelita untuk wanita seusianya.Walaupun kepalanya dilitupi pashmina dan berkaca mata gelap,kesedihannya tidak dapat diselubungi.
Tidak lama kemudian seorang lelaki yang lagaknya seperti pengawal peribadi dengan kot hitam menghampirinya.Payung dibukanya memandangkan kota London yang sentiasa lembap itu menyaksikan hujan renyai turun buat kesekian kalinya.
Wanita tua itu bangun sambil mengusap batu nisan marmar itu.
Bukan sahaja Garden of Peace itu yang mahu ditinggalkannya tetapi Kota London itu juga.
Langkahnya disusun dengan teratur.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries