20:Masihkah Aku Kau Yang Punya
13 September 2009 | 10:55 PM | 1 comments
“Nenek!”
Engku Mahani tergamam melihat Akim yang muncul dari pintu belakang.Akim menarik pistol itu dan menghala ke dahinya sendiri.
“Nenek tembak Akim!Nenek bunuh Akim kalau nenek mahu puas hati!”
“Akim..”Tangan Engku Mahani menggigil.
“Nenek nak bunuh ibu!Nenek nak bunuh Aishah!Sekarang bunuh Akim sekali!”
Wanita yang angkuh itu kelihatan lemah.Perlahan-lahan dia rebah di kaki cucunya sendiri.Jantungnya berdegup kencang.
Akim melemparkan pistol itu ke bawah meja.Nafasnya tercungap-cungap menahan perasaan marah.Matanya merah dan berair.
“Nenek siapa sebenarnya?Manusia atau syaitan?”
“Akim..”Engku Mahani memegang dadanya.Dadanya berombak-ombak menahan sakit.Aishah dan Farah hanya mampu berdiri terpaku di situ.Langsung tidak berganjak.
“Nenek sayang Akim..”
“Tipu!Kalau nenek sayang Akim nenek takkan tergamak buat semua benda ni!”Bentak Akim.Perasan marahnya meluap-luap bagai mahu pecah dadanya.
“Nenek sayang Akim..ayah kamu..”
“Bukan!”Akim menarik kolar blaus Engku Mahani.Kata-kata Aweera bermain-main di mindanya. Kata-kata yang sukar dipercayai pada mulanya.“Nenek cuma sayang waris wasiat arwah datuk!Nenek takut harta tu akan jatuh ke tangan orang lain jika Akim kahwin dengan orang kebanyakan macam ayah kahwin dengan ibu!”
Akim cuba mengheret wanita tua itu keluar.Aishah pantas menahan lelaki yang dikuasai amarahnya.
“Akim,sudahlah tu,”
“Tepi!”Akim menolak tangan Aishah.Engku Mahani yang semakin lemah itu ditariknya kasar ke luar restoran.Aishah menahan Akim.
“Akim!Cukup!”
“Aishah ke tepi!”
“Akim!”Aishah menampar pipi Akim.Akim cuba membalas tamparan itu tapi tangannya terhenti di udara.
“Akim,”Aishah memegang bahu Akim.“Akim..Akim bukan macam dia.Akim bukan Engku Mahani.Akim takkan lakukan perkara yang sama seperti dia,”
Tangan Akim dipegangnya dan diusap perlahan-lahan.Akim terdiam.Air matanya mengalir ke pipi.Aishah meletakkan kepalanya ke bahu Akim.Dia berbisik perlahan.Nadanya tersekat-sekat.“Akim bukan seperti dia..lepaskan dia.Maafkan dia..”
Akim melepaskan kolar blaus Engku Mahani yang dipegangnya.Dia memandang tepat ke arah Engku Mahani.
“Tengok,nenek..dia suruh saya lepaskan nenek..maafkan nenek..nenek patut malu..nenek..”Akim tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia menangis tersedu-sedan.Aishah mengesat air mata lelaki di hadapannya.
“Akim..”Aishah meletakkan kepala Akim ke bahunya.Membiarkan Akim melepaskan kesedihan dan kemarahannya.
Sebuah kereta Mazda lama berhenti di hadapan mereka.Aweera mengheret Burn keluar daripada keretanya.Punggung lelaki itu ditendang lalu jatuh ke arah Engku Mahani yang mengusap-ngusap dadanya yang sakit.
“Jaga tuan kau baik-baik!”Aweera menendang pipi Burn.Berhambur keluar darah pekat daripada mulut lelaki itu.
Farah yang baru keluar dari restoran itu memandang ke arah lain.Ngeri.
“Aweera,kita tak nak report polis?”
“Tak perlu!”Akim pantas menjawab pertanyaan Farah.Dia mengesat air matanya.Matanya memandang ke arah neneknya yang nampak tidak berdaya.Tangan Engku Mahani di ciumnya.Dia menarik nafasnya.Masih dikuasai perasaan marah.
“Saya minta maaf nenek dan saya juga maafkan nenek.Aishah juga maafkan nenek.Saya pasti ibu juga maafkan nenek.Ayah juga maafkan nenek.Kemaafan ini adalah hukuman buat nenek!”
Tangan itu diciumnya sekali lagi.Akim bangun dan menarik Aishah pergi dari situ.Langkah mereka dituruti Farah dan Aweera di belakang.
Jantung Engku Mahani terasa ngilu bagai ditusuk sembilu.Dadanya berombak-ombak.Wajahnya pucat lesi.Burn cuba mengangkat wanita tua itu.Tetapi tangannya terketar-ketar menolak tangan lelaki itu.Mindanya berkecamuk.
Matanya merah dan bergenang dengan air mata.Mulutnya terkunci.Deja vu.Keadaan yang sama di saat Engku Mokhzani berjuang mempertahankan nyawanya akibat diracun isterinya sendiri!
*****
Aweera mengusap rambutnya yang panjang ke belakang.Dia tersenyum memandang Farah.
“Terima kasih sebab sudi bekerjasama.”
“Sama-sama.”Farah membalas senyuman itu. “Hairan..”
“Hairan?”
“Saya boleh masuk campur hal orang lain yang langsung tak ada kena-mengena dengan saya kecuali Akim sahabat saya.”
“Oh..”Aweera ketawa kecil. “Itu tandanya awak busy body atau awak baik hati.”
“Okay,saya pilih yang kedua.”Farah turut ketawa. “Plan awak selepas ini?”
“Saya akan balik ke London.Saya dah jumpa ayah saya.Pujuk dia pulang ke London.”
“Ayah awak?”
“Ya,ayah saya.Panjang cerita.Tapi apa yang berlaku dengan ayah saya ada juga kaitan dengan Engku Mahani.”
“Dahsyat.”Farah cuba mengingati saat-saat cemas ketika dia dan Aishah hampir ditembak Engku Mahani. “Sukar saya nak percaya ada manusia sejahat itu.Tambahan orang yang dihormati seperti Engku Mahani.”
“Itu yang berlaku apabila nafsu melebihi akal.”
“Awak rasa dia akan balas dendam?”
“Kalau dia masih hidup.Apapun kita tunggu dan lihat.”Aweera melemparkan pandangannya kepada Akim dan Aishah yang berbual tidak jauh daripada mereka.“Apa yang diaorang sembang agaknya?”
“Biarlah,mungkin diaorang selesaikan masalah yang tak pernah selesai.”
“Hei,saya rasa Adam akan kembali juga pada awak nanti.”Aweera tersengih.
“Busy body juga ek?”(Tiba-tiba mamat nih!)
“Bukan..baik hati.”
Aweera ketawa kecil.Farah hanya tersenyum.
Tidak jauh dari situ Akim dan Aishah sekadar membisu seketika.Tiada nada-nada perbualan yang keluar daripada mulut mereka.Masing-masing masih terasa kesal dengan penipuan yang terpaksa mereka alami.
Akim memandang Aweera yang asyik berbual dengan Farah.Dia hampir-hampir menolak permintaan Aweera untuk menunggu di belakang restoran itu.Dia hanya ke sana setelah diyakinkan Aweera bahawa dia bakal berjumpa orang yang ingin membunuh Aishah.Hatinya retak seribu apabila melihat neneknya sendiri yang mengacu pistol ke dahi Aishah.Apatah lagi apabila mendengar petualangan neneknya yang datang sendiri daripada mulut tuan punya badan.Kecewa.
“Aishah..”
“Hmm?”
“Kenapa tak beritahu Akim tentang hutang keluarga Aishah?”
Aishah mengeluh perlahan.(Ya,kesilapan yang sudah berlaku..mungkin kalau Aishah beritahu Akim,kita akan sama-sama tahu yang bunga-bunga hutang itu tak pernah wujud).
Akim memandang Aishah yang tunduk membisu.Perlahan-lahan dia mengusap rambut gadis di hadapannya.
“Esok Akim pulang..”
Aishah memandang tepat ke mata Akim.Tanpa dipaksa dia mengalirkan air matanya.Sebak.
“Hei..”
Akim mengesat air mata yang mengalir di pipi Aishah.
“Akim tak akan menghalang Aishah dan Aliff.”
Akim terbayang wajah Roslan dan Fauziah yang bangga apabila Aliff melamar Aishah di hadapan mereka.Cukuplah neneknya mengganggu keluarga itu.Tak perlu dia juga menjadi pengacau.
“Kenapa?”Pertanyaan itu tiba-tiba tercetus dari mulut Aishah.Akim memandangnya dengan perasaan yang keliru.
“Kerana Aishah sudah menerima lamarannya dan mak ayah Aishah pun sukakan dia kan ?”Akim terdiam seketika.Hatinya ingin memohon kepastian.“Betul kan ?”
Aishah mengesat air matanya.Mukanya berubah serius.Sedikit kecewa dengan kata-kata Akim.
“Ya,betul.Jom kita balik.”
Aishah pantas meninggalkan Akim menuju ke arah Farah dan Aweera.Akim memandang gadis itu dengan wajah yang keliru.
*****
Suasana di dalam kereta Storm Akim agak tegang.Akim yang memandu kereta langsung tidak berbicara.Aishah juga membisu dengan diari merah yang digenggam erat.Yang berasa rimas tentulah Farah.Suasana sepi memang merimaskan.
Kereta itu membelok masuk ke ladang rusa Aliff.Seperti biasa beberapa ekor rusa galak mengejar sesama mereka.Di hadapan banglo lama yang dijadikan homestay itu kelihatan Aliff sedang berbual bersama Datuk Azis dan Roslan.
Aliff tersenyum melihat ketiga-tiga mereka keluar daripada kereta pacuan 4 roda itu.
“Makan angin mana?”Aliff bertanya.
“Oh..saja Farah bawa diaorang jalan-jalan.”Farah tersenyum.Menyelamatkan keadaan.
“Ya,lagipun esok aku dah nak balik.”Sampuk Akim sambil memasukkan kunci keretanya ke dalam saku seluar jeans Edwin berwarna hitam itu.
“Kau dah nak balik?”Aliff kehairanan.“Eh,janganlah balik.”
“Kenapa?”Akim memandangnya kembali.
“Aku baru bincang dengan papa dan Pak Cik Roslan.Lusa kami akan adakan majlis akad nikah.Akad nikah dahulu tak ada majlis kenduri.Semuanya sudah di atur”
Akim,Aishah dan Farah tersentak mendengar kenyataan Aliff.
“Akad nikah abang dan Aishah?”Farah memohon kepastian.
“Ya la,siapa lagi?”
“Kenapa cepat sangat?”
“Farah tak suka?”
“Bukan..Farah cuma tanya kenapa cepat sangat?Macam Aishah pun tak tahu.”
Aishah memandang ayahnya.Lelaki itu mengangguk-angguk kepalanya.
“Hal ini demi kebaikan kami berdua juga.Lagipun permohonan abang untuk membina chalet dah diluluskan.Abang perlu letak nama Aishah bersama.Yang penting tak elok tangguh lama-lama.Aishah ada masalah?”Aliff bertanya.Memandang gadis itu yang agak terkejut dengan berita yang tak diduga itu.Aishah menggelengkan kepalanya.Aliff tersenyum dan memandang Akim.
“Afiq,kau boleh tunggu?Jangan pulang lagi.”
Akim terdiam seketika.Tidak mengangguk dan menggeleng.Cuma sekadar cuba untuk tersenyum.
“Aku cuba .”
*****
Malam semalam diharung lama oleh Akim.Segalanya berlaku sekelip mata.Pembongkaran rahsia hitam neneknya.Pernikahan Aishah dan Aliff akan berlaku pada esok hari.Dia tak dapat membohongi dirinya.Walaupun dia rela melepaskan Aishah demi kebahagiaan Aishah dan kepuasan hati ibu bapa Aishah,bukan bererti dia bisa melihat Aishah dinikahkan dengan lelaki lain.
Beg galas itu dizip.Dia tekad,dia harus pergi.Jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 10 pagi.Dia harus pulang ke Kuala Lumpur.Lagipun ada benda yang perlu diselesaikan dengan ibu dan ayahnya.Tentang neneknya semestinya.Mereka juga berhak tahu mengenai neneknya.
Akim melempar beg galasnya ke belakang.Dia masuk ke dalam kereta dan cuba untuk menghidupkan enjin keretanya.Tidak berjaya.Dihidupkan sekali lagi.Masih tak berjaya.Dihidupkan lagi.Tidak berjaya.Proses yang berulang-ulang.
“Kereta tu pun tak benarkan kau balik.”
Suara Aliff menerjah telinganya.Lelaki itu membuka pintu kereta.Mahu tak mahu Akim keluar daripada kereta itu.
“Nanti aku suruh Pak Ash tarik kereta ini ke bengkel.”
“Tak perlu susah-susah.”
“Perlu..sebab aku perlu pertolongan kau.”
“Pertolongan aku?”
Ketika itu Aishah keluar dari banglo lama itu.Dia kelihatannya ingin ke sesuatu tempat.
“Ya.Aku sepatutnya pergi ke butik pengantin.Aku ada tempah pakaian untuk akad nikah esok.Aku terlupa yang pagi ni aku kena hantar kat ketua kampung bekalan udang untuk satu majlis rasmi petang ini.”
“Jadi kau nak minta tolong aku apa?”
“Tolong aku temankan Aishah dan cuba baju melayu yang aku tempah.”
Aishah dan Akim tersentak.
“Tolonglah Afiq,saiz badan kita pun sama saja kan.Aku dah terlewat ni.Kau ambil kunci kereta papa dan alamat butik tu.”
Aliff meletakkan kunci kereta itu ke atas tapak tangan Akim dan juga kad perniagaan butik pengantin tersebut.Dia bergegas pantas meninggalkan Aishah dan Akim yang masih terpinga-pinga.Masuk ke dalam lori pikap Pak Ash dengan tong-tong berisi udang di belakangnya.Menghidupkan enjin dan berlalu dari situ.
Akim memandang Aishah.Aishah mengangguk sambil menuju ke arah Lamborghini Datuk Azis.Dalam hatinya dia sedikit bengang dengan tindakan Aliff.Dua tiga hari kebelakangan ini Aliff sering membuat keputusan yang melibatkan mereka berdua tanpa persetujuan bersama.Aishah menggigit bibirnya.Geram.
*****
Sepanjang perjalanan ke butik pengantin itu,kedua-dua mereka membisu seperti biasa.Yang terdengar hanya bunyi udara sejuk yang keluar dari pendingin hawa.
Lamborghini itu berhenti di hadapan sebuah butik yang sekelilingnya kaca dan dihiasi patung-patung berpakaian pengantin.
Seorang wanita berketurunan tiong hua menyambut kedatangan mereka berdua.
“Cik Aishah kan ?Nama saya Gianna.Tuan Aliff ada maklumkan mengenai kedatangan Cik Aishah.Kami ucapkan tahniah untuk majlis perkahwinan esok.”
“Terima kasih.”Aishah cuba tersenyum.Tetapi kelat.
“Okay.”Gianna mengambil sepasang baju pengantin perempuan berkain satin berwarna putih dan juga baju melayu berwarna putih.
“Cik Aishah dan encik boleh cuba dulu.”
Gianna memberikan kedua-dua pasang pakaian tersebut kepada mereka berdua.Akim mengeluh kecil.(Keterlaluan!).
Aishah sudah hilang di dalam bilik persalinan.Akim juga masuk ke dalam bilik persalinan yang lain.Baju melayu berwarna putih itu dipakainya.Kain samping berwarna sama disarungnya.Songkok berwarna hitam dan mempunyai keronsang di tengah-tengahnya dipakai.Sememangnya padan dengan Akim.Segak dan tampan seperti pengantin lelaki.Cuma dia bersepatu Nike.
Akim keluar dari bilik persalinan itu.Menanti Aishah.Lama juga dia menunggu.
Pintu bilik persalinan sebelah dikuak.Akim terpegun melihat Aishah yang anggun berbaju kurung moden.Kain satin berwarna putih itu dihiasi dengan labuci yang nampak sederhana tetapi cantik.Rambutnya disanggul dan dihiasi selendang.Hati Akim berdebar-debar.
“Okey,tak ada masalah.Boleh ke belakang untuk ambil gambar.”
“Ambil gambar?”Tanya Akim dan Aishah serentak.
“Saya bukan pengantin lelaki.Lagipun ini hanya pakaian untuk akad nikah bukan untuk bersanding ke apa.”Akim agak risau.
‘Oh,tak pe..Tuan Aliff sendiri yang minta.Dia nak tengok sama ada pakaian untuk akad nikah ni sesuai atau tidak.Kalau tidak,dia akan tukar.”
Gianna tersenyum sambil menunjukkan arah ke studio gambar di belakang.Aishah menuruti sahaja.Dalam keadaan yang keliru dan celaru,Akim menuruti Aishah.
“Ini Simon.Dia akan ambil gambar you all.Okay.”
Seorang lelaki cina berambut blonde tersenyum memandang mereka berdua.
“Okay,sedia..rapat sikit..”
Cahaya lampu kamera menyilau mata Akim.Baik Akim dan Aishah,kedua-dua mereka agak janggal.Posing yang diberikan serba tak kena.
Tidak sampai 5 minit,sesi bergambar itu tamat.Gianna memasukkan pakaian yang siap dizip ke dalam plastik itu ke dalam Lamborghi.Dia berjabat tangan dengan mereka berdua.Akim memandu kereta itu perlahan-lahan.Rasa cuak masih menyelubungi hatinya.Ketika melalui stesen kereta api dia memberhentikan kereta itu.
“Nak ke mana?”Aishah bertanya.
“Beli tiket kereta api.”
“Bila nak pulang?”
“Esok pagi.”
“Esok pagi?”Hati Aishah berkecamuk.Retak seribu.Akim akan pergi di saat dia akan menikah dengan Aliff.
Akim tidak menjawab lagi.Dia keluar dari kereta itu dan menuju ke stesen kereta api KTMB Padang Besar.
Dia tidak sekuat mana untuk melihat Aishah menjadi milik orang lain.
*****
Lori pikap dengan tong-tong yang kosong berhenti di hadapan banglo lama itu.Aliff keluar dari lori itu sambil mengesat peluh di dahinya.Dia tersenyum memandang Aishah yang duduk di pangkin di bawah pokok.
“Macam mana tadi?”
Aishah tersenyum sambil memberikannya beberapa keping foto yang diambil di butik pengantin tadi.Aliff melihat foto-foto yang diberikan Aishah.
“Cantikkan bakal isteri Aliff.”Aliff tersenyum manis.“Afiq pun nampak segak macam pengantin betul pulak.”
Aishah memandang tajam ke arah Aliff.Sedikit tersinggung dengan kata-kata Aliff.
“Mana Afiq?Aliff nak minta dia jadi saksi.”
“Tak perlu.Dia dah nak pulang pagi-pagi esok.”(Saksi pulak)
“Pulang?Dengan apa?Keretanya kan rosak?”
“Kereta api.”Jawab Aishah pendek.
(Kereta api?).Aliff mengerutkan dahinya.
Di langit purnama muncul menandakan hari sudah malam.Aishah memandang Aliff yang masih berdiri di hadapannya.Bakal suaminya.Itu takdir yang sudah tertulis.Bukan Akim tetapi Aliff.
*****
Pagi itu terasa hening dan dingin.Pukul 9 pagi ini dia akan dinikahkan dengan Aliff.Hatinya terasa kosong.Dia tahu Akim akan pulang pagi ini.Itu perkara yang pasti kerana dia tidak langsung melihat wajah Akim pada pagi ini.
Farah yang memekapkan wajahnya juga tidak banyak bercakap.Dia pun tak tahu apa yang bermain di dalam hati bakal adik iparnya itu.Tapi dia tahu Farah cuba sedaya upaya menyatukannya dan Akim semula.Malah,Farah sendiri terpaksa bermain dengan gejolak rasanya.Sekurang-kurangnya dia patut mengucapkan terima kasih kepada gadis itu.
“Farah..”
“Ya.”
“Terima kasih sebab cuba satukan Aishah dan Akim.”
Farah berhenti daripada menyapu blusher ke pipi Aishah.Dia terdiam seketika.Air mata tiba-tiba bergenang di kelopak matanya.Dia lantas memeluk Aishah.
“Farah lebih harap…Akim yang berkahwin dengan Aishah..”Suaranya tersekat-sekat menahan sebak di dadanya.Aishah memeluknya kembali.Tanpa dipinta kedua-duanya menangis seperti ada majlis pengebumian bukannya perkahwinan.
“Aishah..”Farah melepaskan pelukannya.Mengesat air matanya dan air mata di pipi Aishah.“Nasib baik tak letak maskara lagi..kalau tak..”
“Kalau tak,mesti macam hantu.”Sampuk Aishah.Kedua-dua mereka ketawa dengan air mata yang masih berjujuran.
Bunyi pintu bilik diketuk mengejutkan mereka berdua.
“Farah masuk balik nanti.”
Aishah mengangguk sambil tersenyum.Farah keluar dari bilik itu.Sesaat kemudian masuk dua orang rakan yang amat dikenalinya.
“Mila!Hafiz!”Aishah mengesat air matanya dan memeluk Mila.
“Rindu!Rindu!”Mila terlompat-lompat keriangan.Hafiz di sebelahnya tersenyum gembira.Aishah melepaskan pelukannya dan berjabat tangan dengan Hafiz.
“Macam mana korang tau Aishah kat sini?”
“Kan Aishah sms alamat ni kat Hafiz.Hei,apa jadi ni?”Hafiz memandang Aishah dari atas ke bawah.
“Ya,Aishah akan berkahwin.”
“Bukan dengan Akim?”Mila bertanya.
“Bukan.Panjang cerita.”Aishah cuba untuk tersenyum. “Mila dan Hafiz mesti ada masa akad nikah nanti.Pergi makan dulu.”
“Okay.Nanti kita cerita.”Mila mengusap-usap lengan Aishah.Dia berlalu keluar dari bilik itu.Hafiz masih berdiri memandang Aishah.
“Hafiz tahu..”
“Apa yang Hafiz tahu?”
“Akim datang mencari Aishah.Kisah sesat di hutan..segalanya..bukan datang dari mulut Akim,tapi Hafiz tahu.Kita kan teman sehati sejiwa?”Hafiz tersenyum memandang Aishah yang nampak ayu berpakaian serba putih.“Apa yang Aishah rasa,Hafiz rasa.Aishah masih sayangkan Akim.”
Aishah terdiam.Hafiz memegang bahu Aishah.
“Tapi sekarang,sukar untuk mengubah keadaan.Hafiz doakan Aishah bahagia.”
Hafiz memegang kepala Aishah.Dia tersenyum dan keluar dari bilik itu menuruti Mila.Aishah terduduk di atas katil yang dihias cantik itu.Perasaannya gementar.
*****
Ruang tamu itu sudah dipenuhi keluarga dan sahabat yang terdekat.Tidak ramai.Orang-orang yang sama.Keluarga Aishah,Datuk Azis,Pak Ash,Farah,Hafiz dan Mila.Yang tidak kelihatan Cuma Aweera dan Akim.Yang bertambah pula ketua kampung dan imam masjid kampung yang bertindak untuk menikahkan Aliff dan Aishah.
Aishah menanti di belakang dengan ditemani Farah dan Mila.Mila terpaksa meminjam baju kurung Farah.Hafiz pula menjadi saksi bidan terjun bersama-sama Pak Ash.
Aliff memakai baju melayu sama seperti yang dipakai Akim semalam.Bersongkok dengan keronsang di tengah-tengah.Dia nampak agak tertekan.Mereka semua tekun mendengar khutbah nikah yang mengambil masa selama 10 minit.
“Segala tanggungjawab dalam menjalani bahtera perkahwinan ini di atas bahu suami.Nafkah zahir dan batin.”Imam masjid yang dikenali sebagai Haji Idris itu menghabiskan bicara khutbah nikahnya.“Sebelum memulakan majlis ijab kabul ni,saya ingin bertanya ada sesiapa yang ingin membantah pernikahan ini?”
Semua terdiam.Datuk Azis menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.Begitu juga Roslan.Haji Idris memandang Aishah.Bakal pengantin perempuan itu hanya tertunduk.
“Rasanya tak ada Tuan Haji.”Pak Ash berkata untuk mematikan pertanyaan.Haji Idris tersenyum.
“Baiklah..kalau begitu,eloklah mulakan sekarang.Selepas digoncang tangan,Tuan Aliff terus lafaz dengan sekali nafas.Silakan wali pengantin perempuan”
Roslan bangun dan duduk di hadapan Aliff.Dia menggenggam tangan Aliff.Peluh dingin membasahi dahi Aliff.Jantungnya berdegup kencang.
“Aku nikahkan dikau Siti Aishah binti Roslan dan Aliff bin Azis dengan mas kahwin seratus satu ringgit tunai.”
Roslan menggoncang tangan Aliff.Aliff terdiam.Dia melepaskan pegangan tangan Roslan.Aishah tersentak.Memandang Aliff dengan wajah kehairanan.
“Maafkan saya..”Bisik Aliff perlahan.“Saya bantah perkahwinan ini.”Aliff bangun dan menghampiri Aishah.Orang di sekeliling mereka kaget dengan tindakan Aliff.Aliff mengeluarkan tiket kereta api dan kunci jip Cheerokee.
Kunci jip dan tiket kereta api itu diletakkan di tangan Aishah.Datuk Azis menggeleng-gelengkan kepala melihat tindakan anaknya.Roslan pula kelihatan tenang.Aishah memandang Aliff.
“Aliff sayangkan Aishah tapi Aishah untuk Akim.”
“Macam mana Aliff tahu?”
Aliff menarik Aishah keluar dari banglo itu.Haji Idris beristighfar beberapa kali.Sesekali dia berbisik dengan ketua kampung.Farah tersenyum memandang abangnya dan Aishah meninggalkan majlis itu.Hafiz juga tersenyum.
Aliff memberhentikan langkahnya di depan jip Cheerokee.
“Kenapa tak beritahu Aliff yang Afiq tu Akim?”
“Aliff tak jawab lagi bagaimana Aliff tahu Afiq tu Akim?”Aishah membulatkan matanya.
“Aliff dah lama tahu.”Aliff memegang bahu Aishah sambil tersenyum.“Aliff dah baca diari Aishah.Malam sebelum Farah kembalikan diari itu kepada Aishah.”
“Maksud Aliff?”
“Aliff tahu segalanya.Pertemuan dengan Engku Mahani.Aliff cuma mahu kata-kata kebenaran itu keluar dari mulut Aishah atau Akim sendiri.Aliff sengaja rosakkan kereta Akim dan cepatkan pernikahan ini.Macam-macam Aliff buat untuk memberi ruang kepada Akim dan Aishah.Tapi mengapa Aishah perlu korbankan rasa cinta Aishah kepada Akim demi Aliff?”
“Aliff..”Ada nada-nada sebak.
“Aishah,kalau Aishah beritahu Aliff yang Aishah masih cintakan Akim,Aliff boleh terima.Atau Aishah sebenarnya sukakan Aliff?Jangan bagi Aliff silap buat keputusan.”Aliff tersenyum nakal.
Aishah semakin menangis dengan air mata yang berjujuran.
“Okay,Aishah memang lebih memerlukan Akim.Cepat,kereta api Akim akan bertolak pukul 9.30 pagi.Cepat.”
Aliff membuka pintu jip itu dan menolak Aishah masuk ke dalam jipnya.
“Aliff..”
Aishah memandang Aliff dengan perasaan yang terharu.
“Cepat..semoga Aishah bahagia..pandu elok-elok..tapi kena lajulah..”Aliff melambaikan tangannya.Aishah membalas lambaian itu.Mulutnya terkumat-kamit membisikkan ucapan terima kasih.Aliff mengangguk.
Dia memandang sayu ke arah Aishah sehingga jip itu lenyap daripada pandangan matanya.Aliff terduduk di atas pangkin.Songkoknya diletak di tepi.Air matanya dikesat.Dia terasa bahunya dipegang.
“Farah bangga dengan abang.”
Farah meletakkan kepalanya ke atas bahu Aliff.Aliff tersenyum.Dia menepuk perlahan kepala adiknya.
(Mencintai seseorang bukan bererti memilikinya..)
*****
Orang ramai memenuhi setiap ruang stesen kereta api KTMB Padang Besar.Akim mengheret beg galasnya masuk ke dalam gerabak kereta api.
Dia melihat nombor tiketnya sebelum menghempas punggungnya dengan malas ke atas kerusi.
Pandangannya dilepaskan keluar.Mengeluh kecil.Pastinya di saat ini Aishah sudah sah menjadi milik Aliff.Dia meletakkan tangan ke dahinya.Memejamkan matanya.
“Boleh saya duduk di sini?”
Suara seorang gadis menerjah telinganya.Akim membuka matanya.Dia terkejut melihat Aishah berdiri di sebelahnya dengan pakaian pengantin siap dengan selendang.Pipinya dicubit.
“Akim tak mimpilah.Memang Aishah.”Aishah tersenyum manis memandang Akim.Akim menggosok-gosok matanya.Masih tidak percaya.Orang ramai di dalam kereta api itu juga kehairanan melihat pengantin perempuan tersesat masuk ke dalam kereta api.Mereka berbisik-bisik sesama mereka.
“Macam mana Aishah..”
“Nanti kita cerita.Kan panjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur .”
Aishah duduk di sebelah Akim.Akim menggeleng-gelengkan kepala.Ketawa kecil melihat Aishah yang anggun berpakaian pengantin menaiki kereta api.
“Oh,ketawa.Aishah ada satu pertanyaan.”
“Apa saja sayang.”Akim memandang Aishah dengan wajah yang girang.Aishah mengambil tangan Akim dan memandangnya dengan wajah yang manja.
“Afiq Hakim bin Ahmad,sudi tak berkahwin dengan Siti Aishah binti Roslan?’
“Sejuta kali sudi.Kita kahwin sekarang nak tak?”Akim tersenyum nakal.
“Tunggulah sampai KL.” Aishah melepaskan pegangan tangan Akim.
“Ye lah..ye lah..tak nak bertunang..terus kahwin.”
“Baiklah sayang.”Aishah meletakkan kepalanya ke bahu Akim.
Akim dan Aishah ketawa lagi.Pegangan tangan Akim dan Aishah erat seperti enggan dipisahkan lagi.
Dari jauh Pak Cik Raja tersenyum memandang kereta api yang bergerak meninggalkan stesen kereta api itu.Seorang pemuda berambut panjang menepuk bahunya.
"Ayah rasa kita patut dapat anugerah kerana menolong orang tanpa diduga?"
"Jangan.Pertolongan perlu dibuat dengan ikhlas.Walaupun tanpa diduga"
Pak Cik Raja tersenyum memandang Aweera.Anak lelakinya yang terpaksa ditinggalkan sejak kecil lagi.Terpaksa demi keselamatan anaknya juga.Semuanya kerana Engku Mahani.Tapi kini dia bisa tersenyum.Pengakhiran yang bahagia buat semuanya.
Kereta api daripada Padang Besar bergerak perlahan-lahan menuju ke Kuala Lumpur.Membawa pulang pengantin perempuan untuk pengantin lelaki yang sebenarnya. *****
Tiga bulan selepas itu..
Ahmad dan Fatimah melangkah masuk ke dalam bangunan yang dicat serba putih itu.Selama tiga bulan mereka menikmati kehidupan yang gembira.Keluarga mereka semakin bertambah apabila kehadiran cahaya mata kembar yang lahir daripada perkongsian hidup Zizi dan Yazid.Akim sudah kembali kepada mereka.Begitu juga Aishah yang sudah rasmi menjadi menantu mereka kelmarin.Semuanya serba indah seperti kisah dongeng yang berakhir dengan kebahagiaan.Sehinggalah panggilan telefon yang diterima pagi tadi.
“Encik Ahmad dan Puan Fatimah silakan masuk.”
Doktor lelaki yang berjambang itu menjemput kedua-dua tetamu itu.Mereka berjalan ke arah sayap kanan bangunan.Terdapat banyak bilik-bilik di situ.Ada beberapa orang lelaki beruniform putih mengawal bilik-bilik di situ.Sampai ke sebuah bilik mereka berhenti.Pintu itu dibuka.
Seorang wanita tua dengan rambut yang menggerbang duduk di atas kerusi malas sambil menggoyang-goyangkan kerusi itu.Wajahnya cengkung dengan mata yang dalam.Perasaan sebak jelas menyelubungi Ahmad.Perlahan-lahan air mata mengalir di pipinya.
“Sudah 2 bulan dia tinggal di wad psikiatri ni.Kami jumpa dia merayau-rayau seorang diri.Sehinggalah pihak kami berjaya mendapat maklumat yang rupa-rupanya wanita ini Engku Mahani,ibu encik.”
Ahmad mendapatkan tangan ibunya dan menciumnya bertalu-talu.Fatimah juga mencium tangan ibu mertuanya.Engku Mahani memandang seketika ke arah mereka.Kemudian mengalihkan semula pandangannya ke dinding.Dia sudah tidak mengenali tetamu-tetamu yang datang menjenguknya.Fatimah mengambil sikat dan menyikat rambut Engku Mahani.Dia membiarkan dirinya disikat.Pandangannya kosong ke hadapan.
Kemaafan adalah hukuman buat Engku Mahani.Dia menunggu masa sehingga ajalnya tiba sambil menghitung dosa-dosa yang dilakukannya.
TAMAT
Labels: AISHAH, aishkim, akim, bahagian akhir, masihkah aku kau yang punya
19:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
11 September 2009 | 10:58 PM | 0 comments
Farah perlahan-lahan menghampiri pemuda yang duduk berseorangan di atas pangkin.Nafasnya ditarik dan dilepas.Keputusan yang dibuatnya abangnya dan Aishah memang langsung tak diduga.Ya,dia bisa menduga yang Aliff sukakan Aishah.Tapi melamar Aishah langsung tak terlintas di fikirannya.
“Hai..duduklah..”
Akim tersenyum memandang Farah.Farah membalas senyuman itu lalu duduk di atas pangkin itu.Hujung.Kakinya bergoyang berselang-seli kiri dan kanan.Isi-isi diari merah Aishah bermain-main di mindanya.Kejahatan Engku Mahani sepatutnya diketahui Akim.
“Akim,Farah ada perkara berkaitan Aishah..”
“Dah..cukup.Akim tak nak dengar.”
“Tapi..”
“Farah..tolong..”
Farah mengeluh.(Kalaulah dia tahu mengenai Engku Mahani).
“Mungkin ini takdirnya.Dah tertulis begitu.Akim akui Akim sukar menerima pada mulanya.Tapi,Akim rasa Akim terlalu sayangkan dia.Jadi,biarlah Akim lepaskan dia.”
“Akim sayangkan dia dan Akim lepaskan dia?”Farah mengerut dahinya.Bingung.
Akim memandang Farah.Mengangguk.
“Mencintai seseorang bukan bererti memilikinya.Kebahagiaan Aishah lebih penting daripada keinginan Akim untuk memilikinya.Jika dia lebih berbahagia dengan orang lain,Akim dah cukup bahagia.Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat orang yang kita sayang bahagia,kan ?”
Wajah Akim kelihatan tenang.Berbeza daripada sebelumnya.Farah terharu mendengar kata-kata yang dilafazkan lelaki di hadapannya.(Cinta tidak semestinya memiliki..).
“Dan Farah..kata Akim kawan baik,tapi kenapa rahsiakan daripada Akim?”
“Apa pula?Tadi Farah nak cakap,Akim tak nak dengar.”
“Bukan pasal Akim dan Aishah.Pasal Adam dan Farah.”
Akim mengambil senaskah majalah hiburan di belakangnya dan diletakkan di hadapan Farah.Majalah itu diambilnya.Muka hadapan majalah itu memaparkan seorang pelakon wanita terkenal dengan seorang lelaki yang amat dikenalinya.
“Julia dan kekasih barunya?Hmm..”Farah meletakkan majalah itu semula ke atas pangkin.Wajah Adam dan pelakon wanita terkenal itu sedondon berapakaian serba biru.
“Farah okay?”
Farah terdiam.Dia cuba merasakan sesuatu.Sakit hati?Bengang?Tak satu pun perasaan itu wujud di dalam hatinya.
“Farah okay.Tak rasa apa pun.”Farah tersenyum ceria.Sekurang-kurangnya cuba untuk ceria.
“Ini mesti penangan Aweera.”
“Tolonglah,jangan buat gossip.”
Akim ketawa kecil melihat muka Farah yang ditarik dua belas.
“Farah..”
“Hmm?”
“Lagi 10 tahun kalau kita tak kahwin sesiapa.Kita kahwin kita dua sajalah.”
Farah mencebik mukanya.
“Last resort?Keterlaluan.Sanggup ke jadi biras Aishah?”
Akim merenung ke arah Farah sambil menarik telinganya.
“Tu lagi keterlaluan!”
Farah ketawa kecil sambil menolak tangan Akim.Dia simpati dengan lelaki itu.Dia tahu Akim sedaya upaya menyembunyikan gejolak rasanya yang sebenar.Di sebalik ketawa dan senyuman itu,ada luka yang mendalam di dalam hati lelaki itu.
Dari jauh seorang lelaki melihat situasi itu.Tingkap kayu itu ditutup.Aliff memikirkan sesuatu.Ada satu rasa yang tidak kena mencuit hatinya.
Hatinya berdebar-debar.
*****
Hafiz berjabat tangan dengan lelaki berkot hitam di hadapannya.Lelaki yang bermisai tebal itu tersenyum lebar.
“Semoga kerjasama syarikat rakaman kami dengan Encik Hafiz akan mejanjikan sesuatu yang fenomena.”
“Harapnya,Encik Santiago.”
Lelaki serani itu makin melebarkan senyumannya mendengar jawapan Hafiz.Lelaki itu mengiringinya sehingga ke pintu lif.
“Melodi yang menyentuh jiwa itu.Datangnya dari mana?”
Hafiz tersenyum seraya masuk ke dalam lif.Wajah Aishah terbayang di mindanya.
“Soulmate.”
“Soulmate?Hei,nanti saya akan info tentang press conference.”
Sempat lelaki itu berkata sebelum pintu lif tertutup.
Hari yang cukup menggembirakan buat Hafiz.Penantiannya yang cukup berbaloi.Perjanjian kontak 3 tahun sebagai pencipta lagu untuk syarikan rakaman yang besar di bawah Encik Santiago amat dinanti-nantikannya.
(Ayah..)
Dia mengeluh kecil.Terbayang-bayang wajah ayahnya.Sesekali mucul wajah Datin Hajar.Parut di hatinya mula terluka kembali.
“Macam mana?”
Lamunan Hafiz terhenti mendengar suara manja Mila.Rupanya dia sudah pun melangkah keluar daripada lif.
“Sukses!”
Seraya dia mencuit pipi gadis comel di hadapannya.
“Baguslah..tak perlu ajar Sherrina lagi.”Mila sedikit memuncung.
“Hmm..macam ada orang rasa cemburu aje?”Hafiz tersenyum nakal.
“Tak de la cemburu..tapi macam menyampah.”
Hafiz masih tersenyum.Keluar dari bangunan itu.Melalui celah-celah gerai makanan.Mata Hafiz tertumpu pada senaskah akhbar lama di atas meja makan.Matanya mengamati berita yang dipaparkan di situ. ‘Dua Mangsa Sesat Dijumpai’.Kedua wajah yang menghiasi akhbar itu sememangnya tidak asing baginya.
“Mila,kita jumpa Aishah..dan Akim.”
“Aishah dan Akim?”
Hafiz mengangguk sambil menunjukkan berita di akhbar lama tersebut.
*****
Empangan Timah Tasoh,Padang Besar.
Aweera menggelengkan kepalanya.
“Awak tak beritahu dia?”
“Saya dah cuba ..tapi dia tak nak dengar.”Farah memegang erat diari merah itu.Sedikit cemas.
“Saya tak kisah Aishah nak kahwin dengan Aliff.Tapi Akim dan Aishah perlu tahu pasal Mak Engku.”
“Kenapa awak tak cuba ceritakan pada Akim sendiri.”
“Dia tak kenal sangat dengan saya.Dia mungkin memikirkan saya akan burukkan nenek kesayangan dia..tapi..”
“Tapi?”Farah mengerut dahinya.Tidak mengerti.
“Saya ada rancangan!”
Aweera memetik ibu jarinya.Tersenyum senget.
“Awak juga akan terlibat.”
“Apa-apa sahaja,skandal keluarga Mokhzani memang mengerikan saya.”
Telefon Palm Treo itu dicapainya.Diletakkan ke telinga.
“Hello..nenek sayang..Aweera ada berita baik.Akim akan berkahwin dengan Aishah hari ini.Burn?Pergi mampus dengan Burn!”
Aweera memasukkan semula Palm Treo itu ke dalam poket jeansnya.Wajahnya sedikit kemerahan seolah-olah menahan rasa marah.Dia memandang Farah yang agak kebingungan dengan tindakannya.
“Sekarang,giliran awak.”
Farah terkebil-kebil.(Apa motif tentang Akim yang akan berkahwin dengan Aishah?)
*****
Aliff memegang erat tangan Aishah.
“Jangan nakal-nakal,Aliff pergi kejap je dengan Pak Ash.”
“Tak pe,take care.Kirim salam dekat anak-anak yatim di situ.”
“Hmm..kalau kita dah kahwin.Senang Aliff nak bawa ke majlis rasmi macam ni.”
“Sabar dan bawa bertenang.”Aishah mengukirkan senyuman di bibirnya.
Perlahan-lahan Aliff melepaskan pegangan tangannya.Membalas senyuman Aishah.Melambai-lambai tangannya ketika memasuki Cheerokee berwarna merah itu.Aishah membalas lambaian itu.
Langkahnya diatur lemah ke rumah banglo lama itu.Dia sendiri keliru dengan keputusan yang dibuatnya.Adilkah dia pada Akim?Apakah dia mempergunakan Aliff?Hanya Tuhan yang tahu betapa jiwanya tidak tenang.
“Aishah.”
Langkahnya terhenti.Farah berdiri di hadapannya.
“Ada apa?”
“Ada hal nak kita bincangkan.”
Farah menunjukkan tangannya ke arah Storm kuning tidak jauh dari mereka berdua.Aishah terdiam seketika.Memikirkan sesuatu.
“Okay.”Jawabnya pendek.Aishah melangkah dahulu dan dituruti Farah di belakangnya.Tidak lama kemudian kereta pacuan empat roda itu bergerak keluar dari ladang kecil itu.
Aweera yang pada mulanya melihat dari jauh membelok keretanya perlahan-lahan masuk ke dalam ladang itu.Kereta itu berhenti di hadapan seorang budak lelaki yang sedang asyik bermain yoyo.Aweera menurunkan tingkap keretanya.Tersenyum memandang budak lelaki itu.(Rasanya adik Aishah)
“Adik,abang yang nama Ak..Afiq tu ada?”
Haziq terkebil-kebil memandang Aweera.
*****
Suasana di restoran itu lengang.Hanya ada Farah,Aishah dan sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka.
“Cik,nak pesan apa?”
Seorang pelayan wanita bertanya sambil menghulurkan menu.
“Orange juice,”Farah mengangguk.
“Saya pun sama,”Aishah menghulurkan semula buku menu itu kepada pelayan wanita itu.
“Itu sahaja?”
Kedua-dua mereka mengangguk.Pelayan wanita itu segera bergegas pergi.
Suasana kembali sepi.Farah memandang Aishah dan begitu juga Aishah.Hubungan antara kedua mereka sukar ditafsirkan.Walaupun Aishah akan berkahwin dengan abangnya.Farah agak janggal bergaul dengan Aishah.Mungkin kerana persahabatannya dengan Akim yang membuatkannya bias.Aishah juga menggunakan alasan Akim sebagai punca kejanggalan mereka.Dia sendiri tak pasti sejauh mana hubungan Farah dan Akim.Tahu-tahu saja mereka datang bersama-sama ke sini.Malah dia tahu gadis cantik di hadapannya sering dijadikan bahu untuk Akim menangis.Sebagai perempuan,hatinya tetap tercuit.
“Kata ada benda penting nak cakap?”Aishah cuba memecahkan kesunyian.Bosan dia mengadap muka Farah yang diam membisu.
“Aishah betul-betul suka Abang Aliff?”
Aishah tidak terperanjat dengan pertanyaan Farah.Sebagai adik dia berhak untuk berasa berjaga-jaga dengan perempuan yang mendekati abangnya.Yang pasti,dia juga harus bijak mengatur kata.
“Farah suka Akim?”
“Farah suka Akim?”Farah mengerut dahinya.
“Ya,Aishah akan jawab jika Farah jawab soalan tu.”
Farah terdiam.Pelayan wanita tadi datang semula membawa dua gelas jus oren dan diletakkan di atas meja.
“Ya,Farah memang suka Akim..”
Aishah memandang tepat ke arah Farah apabila mendengar jawapan Farah.
“Farah memang suka Akim jika dia belum bertemu dengan Aishah dan Farah tidak pernah berjumpa bekas tunang Farah.”
Aishah menaikkan anak matanya ke atas.Seolah-olah memerli.
“Itu jawapan yang selamat.”
“Okay.”Farah tersenyum.“Farah hargai Akim.Farah tak pernah sangka yang kami akan bersahabat sejauh ini.Mungkin Farah suka Akim.Tapi dia bukan untuk Farah.Dia untuk Aishah.Abang Aliff bukan untuk Aishah.”
“Siapa Farah nak menentukan jodoh orang?”Aishah tersenyum sinis.
“Sebab Farah tahu Aishah sebenarnya sayangkan Akim.”
Farah meletakkan diari merah Aishah di atas meja.Jauh di sudut hatinya dia gentar juga jika Aishah bakal menolak meja di hadapan mereka.Aishah membulatkan matanya.Tangannya menggeletar.
“Farah tak ada hak untuk baca diari Aishah!”
Aishah separuh menjerit.Air mata jernih berkocak di matanya.Sepasang suami isteri yang berada di situ saling memandang sesama mereka.
“Farah memang tak ada hak.Farah minta maaf,tapi Farah lakukan itu demi kebahagiaan Akim dan Aishah sendiri.”Farah cuba mempertahankan tindakannya.Ada nada gentar di dalam kata-katanya.
“Aishah tak sangka Farah begitu hina.”Aishah mengambil diarinya dan cuba keluar dari situ.Farah memegang lengannya.Menghalangnya keluar.
“Farah hina?Aishah bagaimana?Aishah jadikan Abang Aliff sebagai kambing hitam untuk melupakan Akim.Sedangkan hakikatnya Aishah tak pernah cinta Abang Aliff.”
“Farah!”
Jeritan Aishah menyebabkan pasangan suami isteri itu segera menjelaskan bil makanan mereka dan menarik anak perempuan mereka keluar.Pelayan wanita tadi kelihatan risau jika berlaku perkara yang tak diingini.
“Sepatutnya Aishah ceritakan pasal Mak Engku pada Akim.Aishah,bunga-bunga hutang tu tak pernah wujud!Itu semua helah Mak Engku!”
“Apa?”Aishah semakin tidak mengerti.
Perbalahan mereka terhenti apabila pintu restoran itu dikuak.
“Ya,memang bunga-bunga hutang tu tak wujud,bodoh,”
Engku Mahani berdiri di hadapan kedua mereka dengan wajahnya yang angkuh.Dia memandang tajam ke arah mereka berdua.Terutama Aishah.(Budak hingusan ni masih mengejar cucu aku)
“Sepatutnya aku cincang-cincang kau masa pertemuan pertama kita,budak hingusan.”Suaranya terketar-ketar.Geram.Aishah sudah banyak membuang masanya termasuk melenyapkan orang kanan yang palig dipercayainya,Burn.
Pertama kali Farah melihat wajah Engku Mahani.Kini dia sendiri berasa gentar sepertimana yang dihadapi Aishah.Wajah wanita tua yang kaya itu terlalu angkuh seperti ahli sihir dalam cerita-cerita dongeng kanak-kanak.
“Mak Engku tipu saya?”
Air mata Aishah berkaca di matanya.
“Ya.Memang aku tipu kau.Aku yang nak bunuh kau.Macam sembilan nyawa kucing kau tak mati-mati.Kau tetap nak kahwin dengan cucu aku?”
“Mak Engku nak bunuh saya?Saya kahwin Akim?”Aishah keliru.Farah di sebelahnya semakin gentar.Air liurnya ditelan.
“Kau memang pandai macam Fatimah.Patut mak saudara kau tu pun dah lama mati.Tapi kau dan dia memang keturunan liat nak mampus!Aku dah bosan dengan budak hingusan seperti kau!”
Engku Mahani mengeluarkan sepucuk pistol dari tas tangan mewahnya.Dia kelihatannya seperti hilang akal.
“Mak Engku..”Farah memegang tangan Aishah. “Mak Engku bawa mengucap..”
“Kau!Anak Datuk Azis!Kau pun sama!Aku tembak mampus kau dan budak hingusan ni!”
Pelayan wanita tadi cuba untuk mencapai telefon.
“Kau jangan berani!Tunduk!”
Engku Mahani menghala pistol itu ke arah wanita itu.Wanita yang ketakutan itu segera menundukkan dirinya.Pistol itu kembali dihala ke arah Aishah.Tepat di dahinya.
“Kau budak hingusan!Kau akan mati dulu.”
Aishah memejamkan matanya.Tangan Farah dipegangnya erat.Peluh dingin mengalir di dahinya.Ingatan manisnya bersama-sama Akim bermain-main di mindanya.Pertemuan pertama mereka.Saat-saat mereka bergaduh.Rantai berloket AA.Lamaran Akim di atas bumbung bangunan.Pahit manis ketika sesat di hutan.Kenangan itu berpusu-pusu keluar daripada mindanya.
Dia tidak mendengar apa-apa kecuali bunyi jam berdetik di restoran itu.Labels: AISHAH, aishkim, akim, masihkah aku kau yang punya
18:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
03 September 2009 | 10:04 PM | 0 comments
Peluh dingin mengalir di dahi Akim.Matanya liar memandang ke kiri dan kanan.Kelima-lima penyangak itu semakin galak ketawa.
“Kau dah berapa hari tak makan daging korban?”
Tanya lelaki yang mengacu parang di leher Pak Cik Raja.
“Sejak musim haji tahun lepas.”Jawab lelaki yang mengacu parang ke leher Aishah tersengih-sengih.
“Elok le kita buat akikah beramai-ramai.”Lelaki yang memegang senapang itu mencuit pipi Aishah.
“Gatal!!!!!!”
Entah keberanian yang datang dari mana Aishah spontan menendang kasut butnya ke celah kelangkang lelaki yang memegang senapang patah itu.Lelaki yang kelihatan senak itu membabi buta melepaskan tembakan ke langit.Akim yang sempat menunduk pantas membaling buah durian tepat ke kepala lelaki yang mengacu parang ke arah Aishah.
Pak Cik Raja mengunci tangan lelaki yang mengacu parang ke lehernya.Akim mengambil lagi buah durian dan membaling ke arah dua orang lelaki lain yang tidak bersenjata.Tepat ke kepala.
“Strike!”
Akim tersengih melihat mangsa-mangsa buah duriannya gugur satu persatu ke bumi.Lelaki yang dikunci oleh Pak Cik Raja kelihatan perit kerana tangannya tidak dapat bergerak.
“Cayalah pak cik macam Jackie Chan.”
“Gimme five!”
Pak Cik Raja menepuk tangan Akim.Akim menarik nafasnya.(Eh,mana Aishah?)
“Lain kali jumpa perempuan tolong hormat sikit.”
Akim dan Pak Cik Raja kehairanan melihat Aishah yang bercekak pinggang di hadapan lelaki yang ditendangnya.(Wah,garang mak cik!)
“Sorry kak,ampun kak.”
“Apa kakak-kakak?”
Aishah bersedia untuk menendang lelaki itu sekali lagi.Akim pantas menarik Aishah ke belakang.
“Woooo..sabar-sabar..hilang keayuan nanti.”
“Apa pulak?Dia ingat Aishah ni kambing korban ke buat akikah cukur jambul?”
“Tahu.Tapi biar Akim yang buat.”
Akim mengambil senapang patah yang terjatuh tadi.Di halanya hulu senapang ke muka lelaki itu.
“Ini untuk Aishah!”
Hulu senapang itu menghentak rahang pipi lelaki itu.Bersembur darah keluar daripada mulutnya.Aishah memaling mukanya.Ngeri pula dia melihatnya.
“Ini untuk Farah!”
Sekali lagi hulu senapang itu hinggap di pipi lelaki itu.Lelaki itu terdiam dengan tangan yang menggeletar.Akim melemparkan senapang patah itu ke tepi.
“Polis!Angkat tangan semua!”
Akim dan Aishah saling berpandangan.Perlahan-lahan mereka mengangkat tangan.Pak Cik Raja juga cuak dengan kehadiran ramai anggota polis mengepung mereka.(Apa pulak nih?)
******
Suasana agak senyap.Semua orang di banglo tersebut diam membisu.
“Saya ada perkara nak cakap.”
Aliff memecahkan kesepian.Semua mata tertumpu ke arahnya.Datuk Azis,Roslan dan Fauziah memandang ke arahnya.
“Pak cik.”
Aliff terdiam seketika.Dia mengambil masa untuk mengumpulkan keberaniannya.
“Pak cik,mak cik,papa..saya nak minta izin pak cik..”Sekali lagi dia terdiam. “Saya..saya ingin memperisterikan Aishah.Saya ikhlas.”
Roslan tercengang mendengar kata-kata Aliff.
“Saya minta maaf kalau apa yang saya cakapkan tak kena masa dan tempat.Tapi saya tak sanggup kehilangan Aishah lagi.Saya hendak menjaganya.Menjadi pelindungnya.”
“Aliff…”Roslan cuba untuk menyusun kata-katanya. “Beginilah,pak cik sekeluarga amat terhutang budi dengan Aliff kerana menjaga Aishah sepanjang dia di sini.Pak cik tak ada masalah.Apapun keputusannya,kita tunggu sehingga Aishah dijumpai.”
“Terima kasih pak cik,saya rasa pak cik berhak tahu yang saya ikhlas dengan anak pak cik.Tapi,apa pun keputusan Aishah,saya terima.”
Aliff mengesat air mata yang cuba mengalir di matanya.Fauziah terharu melihat keikhlasan Aliff.Aishah pasti beruntung jika mendapat lelaki sebaik Aliff.
Kring!Kring!
Datuk Azis mancapai gagang telefon di sebelahnya.
“Hello..ya,bapa Aliff bercakap di sini..ya,saya Datuk Azis.Oh,ya ke?Terima kasih encik.”
Gagang telefon diletakkan.
“Aishah dan kawannya Afiq berjaya ditemui.”
Wajah Aliff bersinar mendengar kata-kata ayahnya.Senyuman manis terukir di wajahnya.Air mata gembira menitis ke pipinya.
*****
Beberapa orang anggota polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan mundar-mandir di hadapan khemah sementara yang didirikan.
“Tahniah kerana berjaya membantu polis dan UPP mematahkan gerakan penyeludupan beras ke negara jiran.Lima penyangak yang mengganggu kalian itu antara penyeludup beras yang aktif ke negara jiran.”
Inspektor Qhaud berjabat tangan dengan Akim dan Pak Cik Raja.Dia tersenyum memandang Aishah.
“Cik Aishah,saya ada perkara yang nak cakap dengan Cik Aishah.”
Aishah memandang ke arah Akim.Akim mengangguk seolah membenarkan.
“Kita ke sana .”
Inspektor Qhaud menunjukkan sebuah meja kosong tidak jauh dari situ.Aishah menuruti lelaki berseragam biru tua itu.Inspektor Qhaud mengeluarkan sekeping fail dari beg bimbitnya.
“Saya cuma nak tahu pasal serangan di hutan itu.Tembak curi tu.Cik Aishah ada suspek sesiapa?”
“Saya tak tahu.”
“Cik Aishah tak ada musuh?”
Wajah Engku Mahani bermain-main di mindanya.Keangkuhan dan perjanjian di antara mereka silih berganti.Tapi dia tak fikir yang Engku Mahani tergamak untuk membunuhnya.
“Saya pasti saya tak ada musuh inspektor.”
Inspektor Qhaud menarik nafasnya.
“Susahlah macam ni.Saya harap Cik Aishah tak menyembunyikan apa-apa daripada pihak polis.Tak apalah Cik Aishah,jika Cik Aishah ingatkan sesuatu,Cik Aishah boleh hubungi saya di IPK.”
Inspektor Qhaud menghulurkan tangannya.
“Saya pergi dulu.Selamat berehat.”
Aishah menyambut tangan itu sambil mengangguk.Dia pantas mendapatkan semula Akim dan Pak Cik Raja yang menunggunya di belakang.
“Okay Akim,pak cik pergi dulu.Durian pak cik pun dah pecah tiga biji.”
“Minta maaf,pak cik.”Akim tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Tak pe,pak cik faham.Akim buat gitu pun sebab nak selamatkan Aishah kan ?”
“Ehm..begitulah pak cik..saya kan life guard yang macho.”
“Ye lah pak cik..mungkin saya kena ucap terima kasih kat dia.”Aishah kelihatan pasrah.Cuma melayan karenah Akim.Akim semakin tersengih.
“Pak cik pergi dulu.Akim dan Aishah jangan gaduh-gaduh lagi.”
“InsyaAllah pak cik.”Jawab kedua mereka serentak.
“Pak cik,terima kasih sebab selamatkan kami berdua.Kalau tidak tentu kitaorang kelaparan dalam hutan.Macam mana saya nak contact pak cik?”Tanya Aishah.
“Contact?InsyaAllah kita akan jumpa lagi.Aishah,ingat kata-kata pak cik.Semoga berjaya.”
Pak Cik Raja tersenyum sambil membetulkan topinya.Aishah mengangguk sambil tersenyum.Perlahan-lahan Pak Cik Raja hilang daripada pandangan mereka berdua.Akim menyiku lengan Aishah.
“Apa tu?Selamat berjaya untuk apa?”
“Itu rahsia Aishah dengan Pak Cik Raja.”
Akim menggelengkan kepalanya.(Baru kenal 2 hari satu malam dah berkongsi rahsia).
Hujan rintik-rintik menimpa di atas khemah sementara yang didirikan.
“At last,kita tinggal dua orang.”Akim tersenyum sambil menarik kolar jaket kulitnya ke atas.
“At last.”Aishah membalas senyuman.
“Aishah..”
Jari kelingking Akim menguis jari kelingking Aishah.Akim menarik nafasnya.Dia tidak mendengar apa-apa kecuali degupan jantungnya sendiri.
Aishah menelan air liur.Jantungnya sendiri berdetap-detup seperti mahu pecah.
“Aishah..Akim..”
Hujan rintik-rintik semakin galak menimpa bumi.
“Aishah..Akim nak cakap..”
Jari jemari halus Aishah dipegangnya erat.
“Aishah!”
Aliff menjerit lalu pantas memeluk Aishah dari belakang.Akim melepaskan pegangan tangannya.Aishah yang tergamam dengan kehadiran Aliff melepaskan pegangan tangan lelaki itu di pinggangnya.
“Hai..A..Aliff.”
“Syukur Aishah selamat..kita pulang sekarang.Mak ayah Aishah ada di rumah Aliff.”Aliff memegang erat tangan Aishah.
“Mak ayah Aishah?”
“Ya,Aliff tak tahu nak cakap apa.Aliff minta maaf tapi Aliff dah minta izin ayah Aishah untuk kita berkahwin.”
Serentak dengan kata-kata itu kilat sabung-menyabung di ruang angkasa.Seperti memahami perasaan Akim.
“Berkahwin?”Aishah menghela nafasnya.
“Ya.”Aliff kelihatan ceria. “Tapi terpulang pada Aishah.Aliff tak paksa.Tapi Aliff tak mahu kehilangan Aishah lagi.”
Pegangan tangan Aliff semakin erat.Seolah-olah tak ingin melepaskan Aishah buat selama-lamanya.
“Yang penting kita pulang dulu.”
Aliff baru menyedari kehadiran Akim di sebelah Aishah yang berdiri terpaku tanpa sebarang kata.
“Afiq,terima kasih sebab selamatkan Aishah.Aku terhutang budi pada kau.”
Akim cuba tersenyum.Tetapi kelat.Dia mengangguk perlahan.
“Eh,marilah kita balik.Afiq jom..Aishah,jom!”
Aliff menarik tangan Aishah.Seperti anak patung,Aishah menuruti tanpa bicara.Beberapa orang wartawan yang baru sampai cuba untuk menemu ramah Aishah.Dengan penuh rasa hormat,Aliff meminta mereka supaya memberi ruang untuk Aishah berehat.
Cahaya-cahaya kamera mula memancari Akim di belakang Aishah.
“Encik Afiq siapa nama sebenar Encik Afiq?”
“Bagaimana Encik Afiq dan Cik Aishah terselamat?”
“Dengar cerita ada lelaki misteri yang membantu?”
Akim langsung tidak menjawab soalan wartawan-wartawan itu.Langkahnya terasa makin lambat.Titis-titis hujan yang membasahi tubuhnya seiring dengan rintik-rintik duka yang mengalir di dalam hatinya.
Akim menggosok-gosok kedua tangannya yang kesejukan.Di hadapannya Aliff dengan wajah yang cukup manis berdampingan dengan Aishah yang juga terdiam seribu bahasa.
*****
Aweera menghembus nafasnya perlahan.Kesejukan.Dicampur sedikit gentar melihat ular sawa besar menelan seekor ayam hidup-hidup di dalam kandang.
“Seperti ular sawa tu.Makan makhluk yang kecil daripadanya.Atau saya perlu samakan dia dengan anaconda?Yang makan pasangan dia sendiri?Ada teori antara aristokrat yang mengatakan Engku Mahani sendiri yang membunuh Pak Engku.”
“Hah?”Farah bertanya.Hairan bercampur tidak percaya.
“Teori.Tak tahulah betul ke tidak.Kata mereka,Engku Mahani meracun Pak Engku.Tidak secara langsung tapi secara ubat-ubatan.Tapi pasal Puan Fatimah,memang kerja dia.Akim tak tahu.Pasal manipulasi hutang ayah Aishah pun kerja dia.Aishah tak tahu.Bunga-bunga hutang tu tak wujud.Saya ada bukti.Tapi benda tu tak ada kena mengena dengan saya.”
“Yang kena-mengena dengan awak?’
“Ayah saya.Misteri kehilangan ayah saya.Tiba-tiba ayah tinggal ibu saya.Naluri saya kuat mengatakan ia ada kaitan dengan Engku Mahani.”
“Hem,pasal manipulasi kes ah long tu kenapa awak tak beritahu Aishah?’
“Saya ada perjanjian dengan Engku Mahani pasal tu.Saya dapat batalkan kontrak pengambilan syarikat saya jika saya tak bocorkan rahsia itu kepada Aishah atau Akim.”
“Dan sekarang kenapa awak libatkan diri?”
“Hei,saya cuma janji mengenai kes ah long aje.Saya tak janji perkara-perkara lain.”Aweera ketawa kecil sambil menyapu rambutnya ke belakang.
“Kenapa Engku Mahani boleh bertindak sejauh tu?”
“Saya pun tak tahu Farah.Hanya dia yang tahu dirinya.”
Farah menuruni tangga Taman Ular itu perlahan-perlahan.Tangga itu sedikit licin kerana dibasahi hujan yang turun rintik-rintik.
“Sekarang apa rancangan awak?”
“Awak.”
“Saya?”
“Bongkarkan perihal Mahani kepada Akim perlahan-lahan.”
“Untuk apa?Saya fikir awak nak terus bawa perkara ni kepada polis.”
“Mulanya,ya.Saya fikir biar polis selesaikan.Tapi kita bercakap tentang VVIP Farah.Dia mungkin boleh memboloskan diri.Saya rasa biar dia tenggelam dalam dosa dia sendiri.Dihukum ahli keluarganya.Lagi perit kan ?”
Perbualan mereka terhenti apabila deringan telefon bimbit LG Prada Farah menjerit-jerit dari dalam tas tangannya.Telefon berwarna hitam itu dirapatkan ke telinga.Farah sekadar mengangguk sambil menyebut perkataan ‘ya’ berkali-kali.LG Prada itu dimasukkan semula ke dalam Dolce & Gabbana berwarna coklat itu.
“Akim dan Aishah dah pulang.”
Aweera tersenyum mendengar berita itu.
“Bawa saya berjumpa mereka.”
Farah menarik nafasnya.Berfikir.Mahu tak mahu dia terpaksa mempercayai Aweera buat waktu ini.
Dia menganggukkan kepalanya.
*****
Roslan dan Fauziah memeluk anak mereka dengan esak tangis.Haziq juga turut memeluk kakaknya.
Roslan merenung wajah Akim.Mengerut-ngerut mengingati sesuatu.
“Ini Ak …”
“Saya Afiq.Afiq pak cik.”
“Tapi muka kamu macam..”
“Saya Afiq.”Akim mengulangi nama itu.Aishah memejamkan matanya.(Akim..)
Roslan terdiam.Memang dia sudah lama tidak berjumpa anak saudara isterinya.Sejak Akim berusia 7 tahun.Tetapi pemuda di hadapannya persis Akim.Bezanya versi dewasa.
“Macam Akim kan ?”
Roslan bertanyakan Fauziah.Fauziah mengamati wajah Akim seraya mengangguk.
“Akim?”Aliff memandang Akim.Kehairanan.
“Akim mana pulak.Aku Afiq.Kan Aishah?”
Aishah tidak menjawab.Seribu perasaan berkecamuk di jiwanya.Datuk Azis yang baru sampai ke ruang tamu terperanjat melihat Aishah.
“Aishah?”
“Datuk?”Aishah kelihatan terkejut.
“Papa kenal Aishah?”Aliff memandang papanya.
“Oh..tak kenal rapat sangat.Papa kenal bapa saudaranya,Ramli.”
Aishah menggelengkan kepalanya.(Kecilnya dunia.Macam mana Datuk Azis boleh jadi bapa Aliff?)
Akim menjeling ke arah Datuk Azis.(Ini bukan datuk gatal ke?)
Pintu ruang tamu itu terkuak luas.Farah berdiri di hadapan pintu dengan Aweera di sebelahnya.
“Hai..banyaknya orang.Err,ni kawan baru Farah,Aweera.”
Aweera mengangkat tangannya.
Farah tersenyum memandang Akim dan mendapatkannya.
“Akim,okay?”Bisik Farah perlahan ke telinga Akim.Lidahnya rasa lebih selesa menyebut nama Akim berbanding Afiq.
“Okay.Farah okay?”Akim mengukir senyuman manisnya.
“Farah okay.Ni Aweera.Kenal kan ?”
Farah menarik Aweera.Akim mengangguk.(Lelaki yang menemui nenek)
“Saudara jauh aku.”
“Ya.Kita jumpa kat sini.”Aweera berjabat tangan dengan Akim.
Dari jauh Farah dapat melihat Aishah yang berwajah sugul.Setelah mencuri baca diari Aishah,Farah berasa serba salah untuk bersemuka dengannya.Apalagi diari itu tidak sempat diletakkan semula ke tempat asalnya.Apapun dia gembira kerana Aishah selamat.Dia juga amat gembira kerana Akim selamat.
“Okay,minta perhatian semua!”
Aliff mengetuk-ngetuk gelas kaca dengan sudu kecil.Semua yang berada di situ terdiam secara automatik.
“Okay,papa,pak cik,mak cik,Aishah,Farah,Afiq,Haziq dan kawan baru Farah.”
“Aweera.”Aweera pantas menjawab sambil tersenyum.Farah menjeling ke arahnya.(Wah,baru datang dah mesreeee…)
“Okay,Aweera.”Aliff mengangkat ibu jarinya. “Okay,emm..saya ada satu pengumuman.”
Aliff tersenyum memandang Aishah.Aishah cuba membalas senyuman itu.Mengukir senyuman perlahan-lahan.
“Saya dah minta izin dari pak cik dan mak cik untuk menyunting Aishah sebagai suri dalam hidup saya.”
Farah tergamam mendengar kata-kata abangnya.(What?).
“Jadi di hadapan orang ramai di sini,secara ikhlas..”Aliff menghampiri Aishah dan memegang tangannya.“Aliff dah tak ingat untuk kali ke berapa.Tapi,sudi tak Aishah berkahwin dengan Aliff?”
Aishah terdiam.Dia memandang wajah ibu dan adiknya yang tersenyum bangga sambil mengangguk.Wajah ayahnya yang tenang.Datuk Azis yang tersenyum.Farah yang kelihatan keliru.Teman baru Farah yang tidak memberi apa respons.Akhirnya dia menatap wajah Akim.Lelaki itu hanya tertunduk.Di hujung kelopak mata lelaki itu digenangi air mata yang jernih.Remuknya hati Aishah hanya Tuhan yang tahu.Mana mungkin dia bisa melihat Akim dalam keadaan sebegitu.
Gambaran keegoan Engku Mahani dan ungkapan perjanjian yang ditekan berkali-kali menghantui fikiran Aishah.
Tinggalkan Akim dan pergi jauh dari hidupnya!
Kata-kata Engku Mahani bermain-main di mindanya.Satu perjanjian.Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.Kekuatan dirinya dikumpul.Matanya dipejam.
“Aishah..Aishah terima Aliff.”Tersekat-sekat kata-kata itu keluar dari mulutnya.Aliff tersenyum manis sambil menggenggam erat tangan Aishah.
Ungkapan keramat yang keluar dari mulut Aishah meragut jantung Akim.Berkecai dan pecah.Air mata lelakinya perlahan-lahan menitis jatuh ke lantai.
♪This romeo is bleeding
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up
It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up
Now I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
Well, I guess I'm not that good anymore
But baby, that's just me
And I will love you, baby
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up
It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up
Now I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
Well, I guess I'm not that good anymore
But baby, that's just me
And I will love you, baby
Always
And I'll be there forever and a day
And I'll be there forever and a day
Always
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and
The words don't rhyme
And when I die, you'll be on my mind
And I'll love you
I'll be there till the stars don't shine
Till the heavens burst and
The words don't rhyme
And when I die, you'll be on my mind
And I'll love you
Always
Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some that made us cry
One that made you have to say goodbye
What I'd give to run my fingers through your hair
Touch your lips, to hold you near
When you say your prayers try to understand
I've made mistakes, I'm just a man
When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words you've been needing to hear
I'll wish I was him with these words of mine
To say to you till the end of time
That I will love you baby
Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some that made us cry
One that made you have to say goodbye
What I'd give to run my fingers through your hair
Touch your lips, to hold you near
When you say your prayers try to understand
I've made mistakes, I'm just a man
When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words you've been needing to hear
I'll wish I was him with these words of mine
To say to you till the end of time
That I will love you baby
Always
And I'll be there forever and a day
And I'll be there forever and a day
Always
If you told me to cry for you
I could
If you told me to die for you
I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you
Well, there ain't no luck
in these loaded dice
but baby if you give me just one more try
we can pack up our old dreams
and our old lives
We'll find a place where the sun still shines♫♫
If you told me to cry for you
I could
If you told me to die for you
I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you
Well, there ain't no luck
in these loaded dice
but baby if you give me just one more try
we can pack up our old dreams
and our old lives
We'll find a place where the sun still shines♫♫
Aishah masih memejamkan matanya.Rapat.(Maafkan Aishah,Akim..maafkan Aishah sekali lagi..)
Credit:Jon Bon Jovi ‘Always’.
Labels: AISHAH, aishkim, akim, masihkah aku kau yang punya




