Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 11
01 June 2009 | 10:14 AM | 0 comments
“Selamat pagi!”

Subuh-subuh lagi Akim sudah bangun tersengih-sengih ke arah Aishah yang baru keluar dari biliknya.

“Pagi.”Jawab Aishah sepatah.

(Aik,pagi-pagi dah moody?)Akim memandang kiri dan kanan.Line clear.

“Aishah dah sembahyang?”

“Belum.”

“Dah mandi?”

“Nanti.”

(Aik sepatah je jawab?)

“Dah basuh baju?”

“Karang.”

“Dah sikat rambut?”

“Tadi.”

Aishah sekadar tersenyum sedikit dan berlalu ke bilik air sambil membawa berus gigi dan pencuci muka.Akim terkebil-kebil memandangnya.(Nak kata dia marah?Dia bercakap juga.Tapi macam ada sesuatu yang tak kena aje?)

Akim mengekori Aishah ke tandas.Pintu tandas tidak di tutup kerana Aishah sekadar menggosok gigi dan mencuci muka.Tanpa mempedulikan Akim,Aishah menggosok giginya.Akim berdiri di sebelah Aishah,dia juga turut mengambil berus giginya,menyapu ubat gigi dan menggosok giginya.

Sengaja ditirunya,ke kiri Aishah menggosok giginya,ke kirilah Akim.Ke kanan Aishah,ke kanan juga Akim.Aishah meludah,dia pun meludah.Aishah mencuci mulutnya,Akim pun mencuci mulutnya.Aishah menarik nafasnya dalam-dalam dan memandang Akim.

“Kau kenapa?”Tanya Aishah.

“Kau yang kenapa?Kau marah aku ke?”

“Aku nampak macam marah ke?”

“Macam tu lah..pasal aku yang rasa bersalah tinggalkan kau kat Sogo.”

“Kau sendiri-sendiri yang rasa bersalah.Aku tak kata apa pun.”

“Sebab kau tak kata apa-apa yang aku tak best.Kau marahlah aku.Kita kan selalu hari-hari gaduh.”Akim tersengih-sengih.

“Akim,kau cari orang lain ler bergaduh dengan kau.Mamak roti ke posmen yang datang pagi-pagi ke.Aku tak larat la Akim.Letih,penat dan tak daya.”

“Jangan macam tu..”Akim memegang tangan Aishah.Perlahan-lahan Aishah menepis tangan Akim.

“Nanti mak long nampak.”Aishah tidak jadi mencuci mukanya dan keluar dari bilik air.Dia berhenti seketika.Matanya memandang Akim.

“Malam ni aku keluar dengan Hafiz.Ada majlis menyambut kepulangan abang tiri dia.”

“Aku pun pergi.Kita keluar sekali.”

“Tak aku nak pergi dengan Hafiz.”

“Nape?Hafiz dah declare boyfriend kau ke?”Ada nada cemburu di dalam kata-kata Akim.

“Kalau betul ya kenapa?”Aishah memandang tepat ke mata Akim.Geram dengan pertanyaan itu.Akim menelan air liurnya.Ada sesuatu tersekat di kerongkongnya.

“Kalau betul,baguslah.”Jawab Akim kembali.Aishah memejamkan matanya seketika. Menarik nafasnya dalam-dalam.Berlalu meninggalkan Akim di depan bilik air.

Jantung Akim berdegup kencang.Geram.Berus giginya dibaling ke lantai.

Di dalam bilik,Aishah duduk termanggu.

(Entahlah,Akim..aku letih,tak larat dan tak berdaya bergaduh dengan kau dan menunggu satu benda yang tak pasti).

Selimut Doraemon itu dipeluknya erat-erat.

*****

“Aril,welcome back to Malaysia.”

“Thank you,datin.”Aril mencium tangan Datin Mimi yang masih cantik walaupun sebaya ibunya.

“Nampaknya cuaca Christchurch menjadikan you makin handsome?”

“Handsome?I born with it,Datin.”Sekali lagi Aril mencium tangan Datin Mimi.

“Nakal,nasib baik my husband tak ikut,boleh I cubit pipi you.”Datin Mimi mencubit pipi Aril sambil ketawa kecil.

“Datin Mimi,are you hitting on my son?”Datin Hajar memeluk Datin Mimi.(Si Mimi ni dari zaman laki pertama aku sampai anak aku dia nak test).

“Tak der la,I cuma memuji kekacakan anak you.Ciptaan Tuhan.”

‘Well.tengoklah siapa mummy dia?Come on Mimi,makan-makan dulu.”

Aril hanya tersenyum nakal memandang Datin Mimi.Kacak,bergaya,ego dan womanizer itulah Aril.Tak hairanlah jika majlis menyambut kepulangannya dipenuhi gadis-gadis dan datin-datin yang terlupa suami.

Hafiz dan Aishah baru sampai.Hafiz mencuit lengan Aishah.

“Jaga-jaga sikit,Abang Aril tu player sangat-sangat..satu perkataan saja boleh buat perempuan jatuh cinta kat dia.”

“Oh,magic.”Aishah tersengih.

Hafiz dan Aishah berjalan menuju ke arah Aril.Aril tersenyum melihat Hafiz dan seorang gadis comel di sebelahnya.

“Hai..”Aril mencium tangan Aishah sambil memandang kepadanya.Aishah berasa sangat tidak selesa dengan cara Aril dan sepintas dia memandang Hafiz.

“Abang,ini Aishah..dia datang dengan Hafiz.”

“Oh,Aishah,welcome to my party.”

“Thanks.”

“Hafiz tak pernah bawa perempuan datang sini..ke kau ada bawa masa abang kat Christchurch?”

Aril masih memegang tangan Aishah.Aishah memandang Hafiz seolah-olah memohon bantuan.(Tolong lerrr!)

“Mana ada,first time.”Hafiz melepaskan pegangan Aril dan dia menarik Aishah ke sebuah meja.Aril hanya tersenyum memandang tingkah adik tirinya.Dia kemudiannya kembali sibuk dengan tetamu yang datang berpusu-pusu.

“Dah jatuh cinta ke?”Hafiz mengusik

“Tak der ler.Takut majlis ni glam sangat.Kita pakai biasa aje.”

“Hafiz pun biasa je.Aril memang,kalau birthday party dia dah macam MTV Party.Ni nasib baik ala koktel.”

Aishah tak sangka yang Hafiz datang dari keluarga yang sangat berada.Kalau dilihat penampilan Hafiz,simple saja.Kereta pun Perodua Kancil.Tak adalah pakaian yang berjenama lumayan yang dipakainya.Sama seperti remaja lain yang memakai jenama B.U.M dan Adidas.Berbeza dengan Aril yang selesa dengan Louis Vuitton,Gucci dan kasut Jimmy Choo.Tersangatlah metroseksual dan anak orang kaya.

“Bro!”

Aishah tersentak melihat Akim yang datang bersalaman dengan Hafiz.

“Bro,nape kau lambat?”

“Jem ah!”(alasan rasmi warga KL)

“Aku ingat kau ikut sekali tadi.”

“Tak de lah,aku ada hal.”Akim memandang Aishah.Atas dan bawah.

“Ni kenapa kau pakai sleeveless ni?”

“Aku punya pasallah!”(Sibuk!)

Hafiz memandang kedua-dua mereka(Dah mula dah!)

“Amik ni!”Akim membuka jaket jeansnya dan menghulurkan kepada Aishah.Aishah tidak mempedulikan Akim.Akim menyarungkan jaket jeansnya secara paksa kepada Aishah.Aishah membulatkan matanya kepada Akim.(Biul lah kau!)

“Apa jeling-jeling?Ingat cantik sangat BCG dia tuh?Kau jangan buka jaket!”

Aishah menghela nafasnya kuat.(Malas aku nak bergaduh dengan kau!).Aishah membetul-betulkan jaket itu.(Dahlah labuh,dah macam Batman aku dibuatnya!).

Mujurlah muzik Ode To Joy daripada Beethoven itu dipasang agak kuat.Kalau tak mahu juga tetamu lain mendengar pertengkaran kecil mereka.Itupun ada juga yang berbisik-bisik dengan penampilan Hafiz,Aishah dan Akim yang datang ala indie bands berbanding dengan tetamu lain yang bergaun dan tuksedo.

Seorang wanita cantik,tinggi lampai dan sofistikated berjalan masuk dan mencuri tumpuan tetamu di situ.Hafiz berbisik perlahan kepada Akim dan Aishah.

“Tu lah Marsha,bakal tunang abang aku.Anak tunggal Tan Sri Ramli.”

“Tan Sri Ramli yang tycoon perkapalan tu?”Aishah memandang Hafiz.Hafiz mengangguk-angguk kepalanya

Akim pula tidak mempedulikan status Marsha,yang bermain di fikirannya tunangan orang.(Bakal tunang?)

*****

Akim menghampiri Aril yang sedang berbual dengan seorang tetamu di tepi kolam.Dia tersenyum dan menepuk bahu Aril.

“Hei,Akim!”Aril pantas memeluk Akim.Memandangkan Akim dan Hafiz bersahabat baik sejak kecil,maka Akim bukanlah orang asing bagi Aril.Akim melepaskan pelukan Aril.

“Saya ada hal nak cakap dengan abang.”

“Okay,excuse me.”Aril meminta izin kepada tetamu di hadapannya.

“Abang ingat Cabby?”

Muka Aril berubah mendengar nama Cabby.Aril menarik Akim ke satu sudut di tepi kolam.

“Kenapa?”

“Cabby sekarang di hospital.”

“Kenapa?’

“Salah diet.Bulimia.”

“Bulimia?Hah!”Aril ketawa kecil. “Bulimia tu masalah jiwa.Bukannya sakit.Orang makan,masuk aje lah dalam perut.Buat apa nak muntah balik?”

“Dia buat macam tu untuk abang jugak.”Akim mengetap bibirnya.Geram.

Ada abang suruh dia buat macam tu?”

“Abang yang kata dia gemuk kan?”

“Aduh,perempuan.Masalah gemuk pun boleh masuk hospital.”

Akim semakin geram mendengar kata-kata Aril.Penumbuknya digenggam.Tapi dia cuba untuk menenangkan dirinya.

“Kalau abang nak tinggalkan dia pun,kalau abang nak kahwin dengan orang lain pun..abang harus bertanggungjawab untuk berpisah secara baik.”

Aril tersenyum memandang Akim.Bahu Akim dipegangnya.

“Terima kasih sebab beritahu abang.Tapi Akim,itu kebodohan dia.Kita..abang,Akim dan semua lelaki ada tanggungjawab yang lebih besar lagi daripada cinta.”

Aril menepuk-nepuk bahu Akim.Akim memandangnya dengan wajah yang merah membara.Marah.Geram.

“Lagi satu,Akim memang sukakan dia kan?Akim ambillah.Abang tak kisah”

Tersirap darah Akim.Satu penumbuk melekat di muka Aril lantas menyebabkan Aril terjatuh ke dalam kolam.Semua tetamu menjerit dengan kejadian yang berlaku.Akim berlalu tanpa mempedulikan sesiapa dan menarik tangan Aishah keluar dari majlis itu.

Hafiz yang terpinga-pinga dengan kejadian itu mendapatkan Aril yang berada di dalam kolam.Hafiz menghulurkan tangannya.

“Apahal ni?”

Aril menyambut tangan Hafiz dan naik ke atas.Habis basah sut Gucci berwarna biru tua itu.Aril membetul-betulkan rambutnya yang basah.

“Tak ada pa-apa.Bergurau je.Chill semua!”Aril tersenyum sambil memegang pipinya yang rasa berdenyut-denyut dengan penumbuk Akim.

*****

Akim menarik tangan Aishah.Jenuh diseretnya kerana Aishah meronta-ronta.

“Kau kenapa buat kecoh majlis orang?”

“Diam..kita balik.”

Aishah cuba untuk melepaskan tangan Akim,tapi genggamannya sungguh kuat hingga menyakitkan Aishah.

“Sakitlah Akim!”

Akim melepaskan genggaman tangannya.Pergelangan tangan kiri Aishah kemerah-merahan.Akim menggosok-gosok pergelangan tangan Aishah.

“Sorry..aku tak sengaja.Tapi,jomlah kita balik.”
“Tak nak lah!”Aishah cuba untuk berpatah balik tapi Akim terus mengangkatnya dan memikulnya ke bahu seperti guni beras.Aishah meronta-ronta dan menumbuk-numbuk belakang Akim.Akim tidak peduli dan terus memikulnya sehingga sampai ke kereta ibunya

Di dalam sana,Hafiz masih tertanya-tanya tentang apa yang berlaku di antara Akim dan Aril.Walaupun abang tiri,Aril tetap ahli keluarganya.Manakala Akim adalah sahabat baiknya sejak kecil sehingga kini.

Sesekali Hafiz terdengar suara Datin Hajar yang membebel-bebel dengan sikap Akim.Hafiz membiarkan sahaja bebelan itu di tenggelami lagu Moonlight Sonata.Masih irama Beethoven.

*****

Sebuah kereta MR2 berwarna hitam memasuki kawasan Hospital Pantai Dalam.Seorang lelaki berjaket labuh jenama Prada memasuki wad.

Selepas bertanya pada seorang jururawat.Lelaki itu menuju ke sebuah bilik.Langkahnya terhenti di situ.Perlahan-lahan daun pintu bilik dibuka.Sekadar dapat dilihat dengan anak mata.Dia melihat seorang gadis yang terbaring lesu di situ.Air mata lelaki menitis perlahan.Namun segera dikesatkan.

Pintu itu lantas ditutup kembali.Jaket labuh Prada itu dibetulkan supaya lebih kemas.Dia melangkah keluar hospital seperti biasa.Yakin dan gagah seolah-olah tiada apa yang menyentuh hatinya.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries