Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 13
03 June 2009 | 10:12 AM | 0 comments
Loceng pintu rumah Datuk Asrul berbunyi.Hafiz membuka pintu dan seperti yang dia jangka Akim berdiri di muka pintu.

“Aku datang ambil Aishah.”

Hafiz menahan Akim seolah-olah melarangnya dari masuk ke rumahnya.

“Biarlah dia di sini malam ni.Lagipun ada bibik dan mummy kat sini.Kau tak perlu risau pasal dia.”

“Apa maksud kau?”

“Maksud aku..”Hafiz terdiam seketika.Dia memandang tepat ke arah Akim. “Biarlah Aishah selesa sebentar.Kau bagilah ruang untuk dia bernafas.Sampai bila kau nak sakitkan hati dia?”

Akim tidak menjawab pertanyaan Hafiz.Dia menolak tangan Hafiz dan masuk ke ruang tamu di mana Aishah ketiduran di sebelah bibik.Bibik itu memandang Hafiz.Hafiz memberi isyarat supaya membiarkan Akim.

“Aishah,bangun..”

Aishah masih lembik dan agak pucat.

“Aishah,bangun..jom,kita balik..”

Akim memimpin Aishah yang separuh mamai dan keletihan.Bibik Hafiz memberikan ubat Aishah kepada Akim.Akim sekadar mengangguk dan memimpin Aishah yang terhuyung-hayang.

Hafiz hanya memandang Akim membawa Aishah pergi.Akim berhenti seketika dan memandang Hafiz.

“Terima kasih sebab sms aku dan bawa Aishah ke klinik.”

“Aku memang nak hantar dia balik rumah kau,tapi dia minta kau yang datang ambil dia.Dia nak pulang dengan kau.”

Kedua pandangan dua sahabat baik itu saling merenung tajam.Satu suasana yang paling tidak selesa sepanjang persahabatan mereka.

“Terima kasih.”

Akim cuba mematikan renungan tajam antara mereka berdua.Dia memimpin Aishah masuk ke dalam kereta.Hafiz mengekori mereka dari belakang.

“Akim,jangan sampai aku tidak mampu lagi menghormati persahabatan kita.”

Akim sekadar memandang Hafiz sekilas dan masuk ke dalam kereta.Nissan Sunny model 1985 berwarna kelabu itu dipecut laju meninggalkan kediaman mewah itu.

*****

Aishah terasa yang kepalanya agak pusing.Lidahnya masih terasa ubat gastrik yang berasa seperti kapur.Perutnya berkeriut-keriut bunyi.Pandangannya agak kabur sebelum dia mengamati ada wajah yang merenungnya sambil tersenyum.

Akim tersenyum di hadapannya seolah-olah menunjukkan barisan giginya yang putih melepak.Aishah terasa geram melihat Akim tersengih.

“Kau pergi mana semalam?”Ringan sahaja tangan Aishah memukul kepala Akim.Bertambah geram hatinya apabila Akim masih tersengih.Diambilnya bantal dan dihempuk berkali-kali ke kepala Akim.

“Kau tau tak yang aku makan pagi sahaja?Aku tunggu kau dari pukul 8!Kenapa kau suka mungkir janji!Geram..geram..geram…”

Akhirnya Aishah sendiri yang lelah apabila Akim tidak membalas langsung.Sampai berserabut rambut Akim dibuatnya.

“Dah?Puas hati?”Tanya Akim kepada Aishah.

“Tak.”Aishah mencapai jam loceng di tepi kepalanya dan tanpa diduga dia membaling tepat mengenai mata kanan Akim.

“Aduh!”(Siamang gagap betul!).Akim menekup matanya yang sakit. “Butalah mata aku…tak nampak dunia,aduh!”

Aishah memandang keadaan Akim yang lebih lorat daripada Kassim Selamat tercucuk garfu.(Biar betik!)

“Kau ni sakit betul ke?”

“Aishah,kau tergamak membutakan aku!”

“Mana buta?Sini tengok?”Aishah menepis tangan Akim dan perlahan-lahan dia meniup mata kanan Akim.Tiupannya berhenti apabila melihat Akim mengenyit-ngenyit matanya sambil tersenyum nakal.

“Kau tipu aku lagi!Aku cucuk kang!”Aishah cuba untuk mencucuk mata Akim dengan jari telunjuknya.Akim menahan tangannya sambil menggeleng-geleng.

“Okay..okay..aku gurau je.Akim minta maaf sangat okay?”Tangan Aishah dipegangnya. “Kau pun satu,kau tak cakap yang kau ada gastrik.”

“Apasal pulak aku nak bagitau semua kat kau?”

“Mestilah..bagitau lah semua kat aku.Aku kan Superman.Superman dia lambat alert.Nak kena tukar baju dulu baru boleh selamatkan orang.Tapi kalau dapat maklumat asas,cepatlah sikit.Ni asyik-asyik Batman rambut kerinting.”

Aishah tersenyum memandang Akim.Pandangan mereka saling bertautan.

“Akim!”

Tetibe saja muncul Zizi ala-ala aksi Chun Li di depan mereka berdua.

“Yaaaaaaaaahhhh!”

Karate Ultraman Zizi bertalu-talu di belakang bahu Akim.Aishah hanya mampu memandang Akim yang tersenget-senget mengelak daripada dipukul kakaknya.

“Oi kak!Kau ni kenapa?”Akim terkebil-kebil menahan sakit apabila tangannya dipulas dan dikunci Zizi.

“Akak dah cakap kau jangan buat pelik-pelik kat Aishah!”

“Mana ada buat pelik?Aishah tu cukup pe mata,kaki,mulut...

aaaah...ahhhh..adeh..adeh...”Akim terasa sengal apabila hidungmya dijentik Zizi bertalu-talu tanpa berhenti.

“Bibik dah cakap kat akak semalam.”

(Cis,bibik…aku seal kau dalam tong hanyut balik Batam!)

“Bibik tu pengaruh sinetron je lebih kak.”(Dah ler muka macam Bawang Putih Bawang Merah si Oma Bartha tu..pandang mata saya..)

“Ahhhhhhhh..akak tak kira!”Zizi sudah menggenggam penumbuknya.Bersedia memberikan tumbukan padu sekencang tiupan Jessica Alba meniup lilin kek harijadi yang ke-28.

“Akak!”Aishah menahan penumbuk Zizi.(Kus semangat..kalau tak pecah ler wajah kesayangan hamba).”Tak per kak,tak per..Aishah okay.”

Zizi melepaskan tangan Akim.Akim bingkas bangun dan berdiri di belakang Aishah seolah-olah meminta perlindungan.

“Akak jangan..saya dah ada bodyguard sekarang.Berani pukullah!”Akim tersengih bangga sambil menepuk-nepuk bahu Aishah.(My heroin!)

Zizi rasa nak aje lempang adiknya.Mengada-ngada betul.

“Denda!Gotong-royong!Kemas rumah bersih-bersih!Denda sebab sorang memang budak jahat.Sorang lagi sebab backing budak jahat!”

Zizi cuba menahan tawanya dan berlalu keluar.(Saja je bagi chance kat diorang!)

Aishah menolak tangan Akim yang memegang bahunya.(Tak fasal-fasal aku pun kena sama!).

“Lagi satu!”Tetiba Zizi muncul kembali sambil memegang telefon bimbit Akim.Terperanjat Akim dan Aishah dibuatnya.

“Telefon Akim ni akak off satu hari..asyik wak mesej,wak mesej..tukar le bunyi ayam ke,gajah,serobong kapal ke…memekak je kat telinga.Ntah siapa ntah..”

Zizi masih membebel perihal telefon bimbit Akim.Akim dan Aishah saling berpandangan.Di dalam kepala mereka berkongsi satu perkara.

(Kalau Yazid datang mesti diam..hehehe..)

*****

Aishah mencuri pandangan pada Akim yang sedang asyik menyiram pokok bunga.Di dalam hatinya sendiri berkembang-kembang flora cinta dari bunga kertas di Malaysia sampai bunga sakura nun di Jepun.Pelik betul bila difikirkan dia boleh jatuh cinta dengan mamat galah panjang.

Memang diakui dia sering bersedih dan sakit hati dengan tindak-tanduk Akim.Tetapi lebih daripada itu dia menghargai masa-masa bahagia Akim.Yang Aishah tahu dia menerima Akim seadanya.

“Echah,jangan macam tu…”

Akim tersenyum malu sambil memandang Aishah.Aishah mengerut dahinya.(Apahal?). “Kau kenapa?”

“Aku tau lah aku handsome,tapi janganlah renung-renung macam tadi.

Malulah.”Akim ketawa kecil sambil menutup mulutnya dengan tangan.(Hihi..).

“Ek eleh,hamik nih!”Aishah membaling kain buruk yang digunakan untuk mengelap cermin kaca sliding door.Tepat mengenai muka Akim.

“Oh,main kasar nampak.”Akim melempar kain buruk itu ke bawah.Dia memancutkan paip air ke arah Aishah.”Hamik nih,serangan bomba beruniform jingga!”

“Woi main air pulak!”Aishah berlari-lari dari dikejar Akim.Habis basah baju Aishah dibuat Akim.Aishah memulas kepala paip air yang kedua dan membalas balik.

“Serangan air Baywatch Pamela Anderson!”

“Pamela Anderson?No hal..ok jer..hehe..”Akim tersenyum gatal sambil mengangkat-angkat keningnya.Aishah menutup kembali kepala paip air dan melempar paip getah itu di tepi.(Benci,muka gatal keluar bila sebut Pamela Anderson).

“Alah..lawak je..Pamela Anderson bukan hot sangat pun.Dah tua.”Akim duduk sebelah Aishah di atas buaian.Aishah sekadar menjelirkan lidahnya.(Bwek!Poyo!)

“Alorh comelnya macam Alvin and The Chipmunks..hihi.”

Akim teringatkan sesuatu benda yang belum diberinya kepada Aishah.Dia bangun seketika meninggalkan Aishah dan kembali semula dengan sebuah kotak yang berbalut kertas berbunga.

“Nih..happy birthday.”Akim meletakkan kotak itu di atas paha Aishah.

“Untuk Aishah ke?”

“Ntahlah..eh,bukan kot..untuk Makcik Tipah sebelah rumah kot.”Aishah mencubit lengan Akim.Akim mengaduh kecil .

“Untuk Aishah ler,takkan Akim nak bagi dekat Makcik Tipah?Karang diparang laki Makcik Tipah.Almarhum pulak nanti.”

“Ye la..ye la..buka sekarang ek?”Aishah tersenyum manja.

“Ikut Aishah ler..nak buka tahun depan pun boleh.Dia tak de expired date hehe.”

Aishah membuka bungkusan hadiah itu dengan cermat.Hatinya agak berdebar apabila melihat kotak rantai.(Relaks Aishah..relaks..)

Kotak rantai itu dibukanya dan hati Aishah semakin berbunga-bunga apabila melihat seutas rantai berloket hati dan terpatri huruf AA.

“AA?”Aishah sengaja menduga Akim.

“AA..emm..Ahmad Albab kot,Aliff Aziz ke..hehe.Tak der lah,satu A untuk Akim..satu A lagi untuk Aishah.”

“Kenapa yer nama kita digabungkan?Atas loket bentuk hati pulak tu.Aishah tak fahamlah.”Aishah tersenyum manja ke arah Akim.Akim pula terasa mukanya merah padam dan panas.(Adoyai…gua dah malu siut!)

“Entahlah,Akim pun tak tau..agaknya kenapa yer?”Akim tidak memandang wajah Aishah.Dia sekadar tersenyum malu.Aishah ketawa kecil melihat Akim yang kelihatan malu sangat.

“Agaknya hati tu tanda Akim sakit hati kat Aishah kot?”

“Tak ada lah,ke situ pula dia.Meh sini Akim pakaikan.”Akim memakaikan rantai emas itu ke leher Aishah.Aishah membetul-betulkan rantai itu.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Lama juga mereka berdua terdiam di atas buaian itu.Akim cuba menyusun kata-katanya sebelum bersuara.

“AA maksudnya nama Aishah berada di dalam hati Akim dan Akim harap mungkin juga nama Akim berada di dalam hati Aishah.”

Tanpa saling memandang Akim memegang tangan Aishah.

“Akim akan sentiasa melindungi Aishah..Akim akan menjadi penjaga Aishah sampai nyawa terakhir Akim Apa yang ada di dalam hati Akim untuk Aishah ialah kasih..sayang…dan…cinta.”

Tanpa ungkapan balasan,Aishah menggenggam erat tangan Akim.Buaian itu tidak berhayun.Yang terhayun hanyalah aura rasa cinta dan sayang di antara mereka.

*****

4 bulan yang lalu..

“Aril sayang mummy atau Cabby?”

“Apa yang mummy cakap ni?”

Kunjungan Datin Hajar ke Christchurch memang tidak diduga Aril.Apatah lagi apabila ibunya ingin menjodohkannya dengan seorang wanita yang tak dikenalinya.

“Mummy cakap yang benar.Mummy dah uruskan supaya Aril berkahwin dengan anak Tan Sri Ramli.Lupakan Cabby.”

“Ini rancangan mummy kan?Aril tahu ayah tak akan buat rancangan macam ini.Walaupun dia sekadar ayah tiri Aril,Aril rasa dia lebih memahami Aril daripada mummy.”

“Ini bukan rancangan,ini takdir yang ditentukan supaya Aril lebih berjaya dalam hidup.”Datin Hajar menggoncang-goncang badan Aril.

“Ini bukan takdir,ini rancangan..Aril tetap dengan Cabby!Aril tak peduli rancangan mummy!”

Aril meninggalkan Datin Hajar seorang diri di lobi Hotel Grand Chancellor.

“Aril!”

Aril tidak mempedulikan kata-kata ibunya.Dia terus berjalan.

“Aril..”Aril tersentak mendengar bunyi orang terjatuh.Dia tergamam melihat Datin Hajar rebah.Sekumpulan paramedik yang kebetulan berada di luar hotel segera mendapatkan Datin Hajar.

Aril memegang tangan ibunya di dalam ambulans.Hatinya berdebar apabila seorang pegawai paramedik memaklumkan yang ibunya menghadapi serangan jantung yang agak serius.

(Ya Allah,selamatkanlah mummy..aku janji akan ikut apa saja cakap mummy)

*****

Aril tersenyum memandang Marsha yang kelihatan anggun dengan busana DKNY yang menyaluti tubuhnya.Ingatannya yang menerawang kembali ke Christchurch menghantuinya.Pada saat dan ketika itulah bermulanya Aril baru yang bercita-cita tinggi,ego,womanizer dan sanggup menepikan kasih dan sayang.Satu bentuk Aril yang diingini Datin Hajar supaya Aril tidakmudah jatuh dalam dunia perniagaan.

Kereta MR2 itu dihentikan di kawasan Hospital Pantai Dalam.Marsha sekadar memandangnya dengan hairan.

“You nak ke mana?”

“I nak tengok kawan I sekejap saja.”

“Ok,better hurry up.”Marsha terus memandang kembali majalah FHM tanpa mempedulikan Aril.

Aril berjalan masuk ke hospital menuju ke bilik Cabby.Dia menarik nafas dan memberanikan diri.Pintu bilik itu dikuaknya.Dilihatnya Cabby sedang tidur lena.Aril duduk disebelahnya dan mengusap lembut rambutnya.Perlahan-lahan Cabby membuka matanya.Hatinya berdebar-debar melihat lelaki di hadapannya.Air mata Cabby menitis perlahan di pipinya.

“Babe,apapun jadi I akan tetap jaga you.”Aril mengesat air mata di pipi Cabby.Tangan Cabby diletakkan di matanya.Aril tidak dapat menahan perasaanya kecuali menangis teresak-esak.(Kenapa kau nak seksa diri demi aku?)

Bercita-cita tinggi,ego,womanizer dan sanggup menepikan kasih-sayang?Itu hanyalah sekadar topeng Aril.Jauh di sudut hatinya masih wujud Aril yang mempunyai perasaan dan emosi.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries