Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 15
05 June 2009 | 10:09 AM | 0 comments
Jam di dinding sudah berdetik menandakan pukul 3 pagi.Akim menutup pintu rumah perlahan-lahan,di perhatikan kiri dan kanan.Suasana yang begitu senyap sekali.Langkahnya terhenti di hadapan pintu Aishah.Lama juga dia berdiri di situ.Dia menarik nafasnya sedalam-dalamnya sebelum berlalu pergi.

*****

Anak mata Akim mengekori Aishah yang menuruni tangga.Sepatutnya ini adalah minggu terakhir Aishah di sini,tetapi Akim mengagak Aishah mungkin balik lebih awal memandangkan tragedi yang melanda di antara mereka.Seperti pagi-pagi Ahad yang lalu,Zizi dan Puan Fatimah jarang berada di rumah.Akim juga perasan yang ayahnya sudah lama tidak pulang.Agaknya belum selesai kerja arkitektur di Thailand.

Aishah berlagak seperti biasa.Beberapa kali Akim mengerling mencuri sekilas pandang.Sesekali Aishah berbual mesra dengan bibik.

Tuk!Tuk!

Akim bangun membuka pintu dan terkejut melihat sejambak bunga di hadapannya.Ditolaknya bunga itu ke tepi.Terkesima sekejap dia melihat Hafiz tersengih di sebalik bunga itu.(Kau kenapa bro???)

“Bro?Pehal ni bro?”Akim menunjukkan bunga yang di bawa Hafiz.

“Pehal apanya?”

“Takkan lu nak bagi wa bunga kot..agak-agak ah.”

“Siapa nak bagi kat kau pulak bro?”Hafiz masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Akim.

“Hai Hafiz!”

“Hai Aishah…untuk Aishah.”

Mata Akim tidak berkelip memandang mereka berdua.Aishah mencium bunga itu sambil tersenyum memandang Hafiz. “Tunggu ek..Aishah siap-siap dulu.”

Terkebil-kebil Akim melihat Aishah menaiki tangga naik ke atas.Dilihatnya pula Hafiz yang tersenyum memanjang macam terkena sapu minyak dagu.

“Kau nak bawa dia ke mana?”

“Adalah jalan-jalan.”Hafiz tersenyum sambil duduk.

“Nak jalan?Jalan ke mana?”

“Jalan atas darat ler..takkan sungai pulak?”

“Kau..kau..ajak dia keluar tak minta izin waris dia ke?”

“Waris?Oo..aku dah minta izin mak kau.”

“Ooo..mak aku bagi ye?”(Relaks Akim,kau kenapa?).

Tidak sampai 10 minit Aishah turun sambil tersenyum ke arah Hafiz.

“Jom,Hafiz.”

“Jom!”

Aishah berjalan seiringan dengan Hafiz keluar dari rumah.Akim merasakan dirinya ibarat bapa mertua yang tak dipeduli dek anak menantu.

“Balik pukul berapa ek?”Akim cuba tersenyum ke arah Aishah.

“Ntah,tak balik kot.”Jawab Aishah sambil masuk ke dalam kereta Hafiz.

Tanpa disedari Akim tangannya gatal mencabut kelopak bunga yang diberi Hafiz kepada Aishah. (Tak balik?Biar betik!)

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.Bayang Aishah langsung tak nampak.Akim berjalan ke hulu hilir macam ibu ayam hilang anak.

(Ke mana Hafiz bawak Aishah sampai ke malam ni?Nak kata bawa ke masjid,Isyak dah lama abis..)

“Akim,cuba kau duduk.Akak nak tengok tv pun asyik terganggu kosentrasi.”

“Tak de,Aishah ni dah malam-malam pun tak balik?”

Zizi yang sedang asyik melayan Master Potato ketawa kecil.

“Bukannya keluar dengan siapa-siapa pun,dia keluar dengan Hafiz.Kita satu keluarga dah kenal Hafiz dari kecik lagi.Biarlah,Aishah pun single and available kan?”

“Ntah..senang cerita..cuba duduk.”Sampuk Yazid yang manja-manja berkongsi Master Potato dengan Zizi.Di tengah-tengah mereka Puan Fatimah yang ala ibu sporting turut berkongsi kasih sayang Master Potato.

Akim memandang geram ke arah Yazid.(Mamat senang cerita nih dah pukul 9 lebih pun melepak umah tunang lagi).

Akhirnya Akim duduk juga di atas sofa.Itupun duduknya seba tak senang.Ditambah berbulunya hati melihat tiga sekawan Master Potato yang tidak mempedulikannya.

*****

Suasana di Kampung Baru yang sentiasa hidup pada waktu malam tidak menjemukan Aishah.Apalagi dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang asyik bertukar-tukar lampu.

“Dan sebenarnya ku mengharapkan sebalik senyumanmu itu..kau juga mencintai aku.”Hafiz menyanyi-nyanyi kecil sambil ketawa.

“Apa maksud Hafiz tu?”

Ada lagi..apakah perasaan benci ini sebenarnya cinta?Yang masih bersemadi untukmu…hehe.”Hafiz ketawa kecil.Aishah mengangkat keningnya seolah-olah tidak memahami apa yang ingin disampaikan Hafiz.

“Perasaan Aishah untuk Akim.”

Senyuman Aishah berubah menjadi kelat mendengar kata-kata Hafiz.Dia mengeluh.Seolah-olah membuang segala duka dan lara di dalam hatinya.

“Masih sakit hati lagi?”

“Bukan masih..sedang..dan terlalu sangat.”

Hafiz tersenyum memandang loket AA yang masih dipakai Aishah.

“Benci..cinta..benci..cinta..sakitnya membenci dia..sakit lagi mencintai dia,kan?”

“Hafiz terlalu memahami perasaan Aishah kan?”Aishah tersenyum memandang Hafiz. “Aishah terima Akim seadanya.Aishah akui yang Aishah akan terluka..tapi Aishah pun tak tau bila perasaan sayang itu hadir.Semakin Aishah cuba untuk membenci Akim..semakin kuat lagi rasa sayang Aishah pada Akim.”

Aishah mengesat air matanya yang mula bergenang di mata.

“Perasaan kita akan mudah terluka dengan orang yang kita sayang.Hafiz cuba tak nak masuk campur dengan mana-mana pihak.Tapi Hafiz akui yang Hafiz lebih bias pihak Aishah.Hafiz kan Batman rambut kerinting?”

Aishah ketawa kecil sambil bermain rambut kerinting Hafiz.

“Wah,lepas ni Hafiz tak akan syampu rambut sebab Aishah dah pegang.”

“Alah,Aishah yang pegang..bukannya Liyana Jasmay.”

“Kalau Liyana Jasmay,Hafiz botakkan rambut ni simpan dalam muzium..hehe”

Aishah dan Hafiz ketawa serentak.

“Terima kasih sebab menggembirakan Aishah.Kenapa Hafiz terlalu baik pada Aishah?”

Hafiz terdiam seketika dengan pertanyaan Aishah.Cuba untuk menyusun ayat.

“Pada pandangan Hafiz,dalam hidup seorang perempuan,dia akan mendapat seorang kekasih dan seorang soulmate.Ada setengah orang ,dapat 2 dalam 1..Aishah pula mungkin ditakdirkan dapat asing-asing.”

“Hafiz tu kategori mana?Kekasih ke soul mate?”

“Nanti Hafiz calculate formula dia..Batman Aishah,sentiasa menemani kesedihan Aishah..bersedia menerima kelukaan Aishah.Tapi tak mungkin Aishah cintai..well,Hafiz menerima diri Hafiz sebagai soulmate Aishah.”

“Terharunya Aishah dengar..betul Hafiz,terharu sangat..”

Aishah tersenyum memandang Hafiz.Hafiz sekadar ketawa kecil sambil sekilas memandang ke arah lain.(Janganlah senyum comel sangat…nanti ada pula yang jatuh cinta).

Mereka asyik menikmati minuman dan berkongsi cerita di gerai di Jalan Raja Abdullah sehinggalah jam 11 malam.

*****

Akim kelam kabut mendapatkan gitarnya setelah mendengar bunyi enjin kereta Perodua Kancil yang amat dikenalinya.Dia berlari-lari keluar dan duduk di atas buaian sambil berpura-pura memetik gitar.Tunggang langgang kod muziknya.Sekali dengar macam lagu mak yong.

Anak matanya mengekori Aishah yang tersengih-sengih berjalan seiringan dengan Hafiz.

“Kita jumpa lagi esok,okay?”

“Okay,selamat malam Aishah.”

“Selamat malam,Hafiz.Bye.”

“Bye”

(Selamat malam Aishah..selamat malam Hafiz..pegi rah!).Akim masih memetik gitar ikut suka hatinya.Aishah tidak mempedulikannya dan terus masuk ke dalam rumah.

“Ai bang..lain macam je bunyi lagu?Praktis untuk wayang kulit ke?”Hafiz ketawa kecil dan duduk di sebelah Akim.

“Apa abang-abang?Bila masa aku kawin dengan kakak kau?”

“Amboi,garangnya!Makan tebuan ke?”

“Tebuan ke lebah ke..kau apahal sampai malam baru bawa dia balik?”

Hafiz tidak menjawab pertanyaan Akim.Dia bingkas bangun dan menepuk bahu Akim. “Dah lewatlah.Aku balik dulu.”

“Hafiz.”

“Ye?”Hafiz memandang ke arah Akim.

“Kau ada apa-apa dengan dia ke?”

“Apa hak kau nak tanya?”

Akim terdiam dengan pertanyaan Hafiz.Dia sekadar melihat Hafiz berjalan menuju kembali ke arahnya.Hafiz memandang tepat ke matanya.Serius.

“Kau ingat tak bila aku cakap kat kau,jangan sampai aku tak menghormati persahabatan kita?Inilah.”

“Maksud kau?”

“Kau benci dia kan?Kau sendiri cakap yang kau tak hadap dia.Kau tau tak walaupun apa pun kau..dia tetap terima kau.Tapi kau…kau memberi harapan,bergunung-gunung..kemudian menarik balik sekali rentap saja.Kau ingat Aishah tu apa?”

“Kau tak perlu tahu apa perasaan aku pada Aishah.”

“Tapi ini kau perlu tahu..mulai saat dan malam ni,Hafiz akan sentiasa menemani Aishah.Aku akan isi tempat yang kau kosongkan!”Berbaur nada geram dalam suara Hafiz.Dia berlalu masuk ke dalam keretanya.Meninggalkan Akim yang berdiri terpacak di situ.

Akim sekadar menelan air liurnya mendengar cabaran Hafiz.Pandangannya terus ke depan sehingga kereta Hafiz lenyap dari pandangan matanya.

(Ambillah!Ada aku kisah?)

*****

Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi.Bau perfume Intense Hugo menyucuk-nyucuk hidung Akim.Aishah sudah bersiap cantik sepertinya mahu keluar.

“Aishah..”Suara Akim tersekat di kerongkong.

“Hem.”

“Kau nak keluar ek?”

“Ya.”Aishah membetul-betulkan rambutnya.

“Dengan siapa?”

“Hafiz.”

“Oh,baguslah.”

“Memang bagus pun Hafiz.”

Mata Akim ke hulur hilir mengikut pergerakan Aishah.

“Aishah,hari ni Bibik balik Batam.”

“So?”

“Aku nak wish satu permintaan saja sebelum kau keluar dengan Hafiz.”

“Apa?”

“Aku tak tau masak nasi.Boleh kau tolong tanak nasi tak?”

Aishah membulatkan matanya. “Aku dah nak keluar baru kau nak cakap.Makanlah mee segera.”

“Aishah,sakit perut aku nanti…sekarang pun aku dah lapar gila.”

“Kau ni letak nasi pun tak tau..”Aishah membebel sambil ke dapur.Diambilnya beras,dibasuh dan diletakkan di dalam periuk nasi elektrik.Akim mengeluh perlahan.(Eh,macam tu je ke masak nasi?Sekejapnya.Tak payah pakai sabun ek?).

“Nanti dia dah warm kau boleh makan.”Aishah mengambil telefon bimbitnya dan memasukkannya ke dalam tas tangan.Akim masih terkebil-kebil berdiri di situ.

“Aishah..”

Aishah membulatkan matanya kepada Akim.Geram betul hatinya.Macam nak tinggal anak kecil kat rumah.

“Jangan jegil mata macam tu…tak de la,takkan makan nasi je?Lauk tak de?”

Deringan nada deringan “I’m Yours’ mengalihkan pandangan Aishah daripada masalah remeh sistem penghadaman Akim.

“Hello Aishah,dah siap?”

“Dah…”

Pemikirannya terganggu dengan mata Akim yang terkebil-kebil memohon simpati menguruskan sistem penghadamannya terlebih dahulu.

“Hafiz,kita keluar lewat sikit.Bibik tak ada.Akim nak makan tapi bodoh tak tahu masak..okay,bye..”Aishah menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.

Akim tersenyum gembira.(Bodoh pun bodohlah..keputusan markah 1-0..satu untuk Akim..kosong untuk Hafiz..hahahhahahaha!)

*****

“Apasal ayam tu goreng je?Buatlah masak gulai ke..masak kicap ke?”

Aishah menjeling ke arah Akim.(Demand!).

“Tak de la..cadangan je..janganlah marah.”Akim yang menyibuk di dapur menundukkan kepalanya.Tahu juga takut.

(Tak pasal-pasal aku memasak ala cantik macam nak buat rancangan memasak kat tv..cakap banyak pulak!).

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu menyebabkan Akim berlari-lari ke hadapan.

“Alarm pintu kau tak repair ke?Melepuh buku lima aku mengetuk.”

Akim memandang Hafiz yang selamba masuk tanpa diundang.Di tangannya ada bungkusan tomyam dan daging masak merah.

“Hafiz,sorry lambat.Ada orang kebuluran pagi-pagi lagi.”

“Tak pe,Hafiz faham.Ops lupa,ni untuk Akim.Nah!”

Akim menerima bungkusan tomyam dan daging masak merah itu dengan mata yang terkebil-kebil.

“Cantik ler tu,tadi Aishah dah goreng ayam.Jom kita keluar.”Aishah mendapatkan tas tangannya.

“Err..tak tukar baju ke?Bau ayam tu.”

“Tak kisah.”Kata Hafiz dan Aishah serentak.

Kedua-dua mereka berjalan seiringan keluar dari rumah.Akim masih berdiri dengan bungkusan tomyam dan daging masak merah.Perlahan-lahan dia terduduk di atas sofa.(Keputusan markah..1-1..satu untuk Akim dan satu juga untuk Hafiz..huhu..)

Bak kata nenek-moyang,terlajak perahu boleh diundur terlajak kata?Sendiri mau ingatlah.

*****

“Hari ni plan Operasi Kenakan Akim ialah kita pergi ambil adik angkat Hafiz kat rumah anak yatim.”

“Terima kasih,Hafiz.”

“Tak ada hal.”

Aishah tidak pasti dengan rancangan Hafiz.Kata-kata yang Akim lafazkan benar-benar menyiat-nyiat hatinya sehingga dia sendiri sukar mentafsirkan.Bagaimanapun Hafiz tetap meyakinkannya bahawa Akim tidak pernah mencintai seseorang perempuan seperti mana Akim mencintainya.

“Apa yang dimenungkan?Percayalah cakap Hafiz.Hafiz tahu ada satu perkara yang Akim sembunyikan dari kita.Kita ikut saja rentak dia.Okay?”

“Okay deh!”

Aishah cuba untuk mengukirkan senyuman.

Kereta yang comel itu menuju ke arah Jalan Ipoh.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries