Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 16
06 June 2009 | 9:07 AM | 0 comments
“Aishah,ni lah adik angkat Hafiz,nama dia Sherrina.”

“Hai Kak Aishah,nama saya Sherrina.Umur saya 9 tahun.”Budak perempuan comel berusia 9 tahun itu mencium tangan Aishah.

“Comelnya Sherrina.”Aishah tersenyum mencubit pipi Sherrina yang comel dan petah berkata-kata.

“Saya comel pun,ibu bapa saya tetap buang saya dalam tong sampah kan Abang Hafiz?”Sherrina tersenyum sinis sambil masuk ke dalam kereta.

Aishah tergamam mendengar kata-kata Sherrina.Dia memandang ke arah Hafiz yang juga kelihatan agak terkejut dengan kata-kata yang boleh keluar dari mulut anak kecil itu.

“Sayang kan budak yang petah begitu dibuang saja?”Ujar Hafiz sambil memandang Aishah.Aishah mengangguk-angguk tanda setuju.

“Abang dan kakak,jangan lama sangat berdating kat luar.”

Hafiz dan Aishah ketawa mendengar kata-kata Sherrina(Amboi mulut tak ader insurans).

“Kak Aishah bukan girlfriend abang ler.”Kata Hafiz sambil masuk ke dalam kereta.

“Laa,kenapa Abang Hafiz tak jadi boyfriend Kak Aishah?”

“Pasal abang terlambat sikit ler..ada orang cepat lagi.”

Hafiz hanya ketawa kecil.Aishah pula terasa merah padam dijadikan isu budak kecil 9 tahun.

“Kak Aishah tu comel.Lambat betul la Abang Hafiz.”Sherrina memuncung mulutnya.

“Tak pe,nanti kalau abang jumpa awek yang comel dan kecil molek macam Kak Aishah,abang tackle cepat-cepat.Okay?”

Hafiz menghidupkan enjin keretanya sambil mengerling ke arah Aishah yang masih tersipu-sipu.(Alorh!Alorh!)

“Jom kita pergi Zoo Negara!”

“Jom!”Jerit Sherrina sambil ketawa mengekek.

Aishah hanya tersengih melihat telatah Sherrina.Dalam kepetahan dia berbicara seperti orang dewasa,masih terdapat sifat kanak-kanak yang jelas di dalam dirinya.Mungkin juga kedewasaan itu lahir kerana peritnya rasa apabila mengetahui dirinya dibuang oleh orang yang sepatutnya menjaganya.Apakah anak yang diberi Allah itu disamakna dengan sampah-sarap?

Aishah terfikir,apalah sangat masalahnya dengan Akim kalau nak dibandingkan keperitan seorang gadis kecil bernama Sherrina.

*****

Akim tersenyum memandang Aril yang sedang duduk di sebelah Cabby yang kelihatan bertambah sihat.

Betullah kata doktor apa yang dia perlukan hanya sokongan sepenuhnya daripada orang yang dia sayang.Akim tersenyum apabila memikirkan dirinya yang dijadikan sandaran oleh Cabby sehingga meretakkan hubungannya dengan Aishah yang baru hendak berkembang.Akim memahami situasi Cabby yang tertekan.Lebih dari itu kekeliruan perasaan serba salah terhadap Cabby dan sayang kepada Aishah juga berpunca daripada kekhilafan dirinya.

“Awok kau termenung panjang kenapa?”

“Hehe..tak ada apalah,bang.”

“Akim.”Cabby memanggilnya supaya lebih ke hadapan.

“Yup,Cabby?”

“Terima kasih sebab jaga Cabby.”

“Sama..”

“Maaf kalau Cabby ada buat sesuatu yang mengganggu kehidupan Akim.”

“Tak pe Akim ikhlas jaga Cabby.Kita sesama manusia pun mesti saling tolong-menolong kan?Kalau Abang Aril sakit pun Akim akan jaga dia pasal Akim ni Superman.”

“Banyaklah kau punya Superman.”Sampuk Aril sambil ketawa kecil.Dia menepuk-nepuk bahu Akim dan memberi isyarat supaya keluar.Akim sekadar menuruti langkah Aril.

Mereka berdua duduk di atas kerusi di luar bilik Cabby.

“Abang nak kahwin.”

“Siapa?Marsha?”

“Ya..dan Cabby?”

“Dan Cabby?”Akim membulatkan matanya. “Macam mana dengan ibu abang?”

“Mummy takkan tahu..abang hanya dapat restu daripada ayah.Kalau Akim dalam situasi abang pun Akim akan buat benda yang sama.Cabby dah sampai cederakan diri dan mummy pun lebih kurang sama,kalau abang tak kahwin dengan Marsha.”

“Saya faham,lagipun kita memang boleh kahwin empat bang.”

“Akim ingat abang suka dengan keputusan abang?”Aril terdiam seketika.Akim juga turut terdiam.Memberi ruang untuk Aril.

“Apapun abang ucapkan terima kasih sebab selalu membantu abang menjaga Cabby.”

“No hal,bang.Saya nak minta maaf pasal tumbuk abang hari tu.”

“Nasib baik abang rasa bersalah.Kalau abang rasa abang betul mahu bertomoi hari tu.”Aril tersenyum sambil bangun.Dia menepuk bahu Akim.

“Hanya ayah,Hafiz dan Akim yang tahu perkara kahwin ini.Ingat,biar pecah di perut jangan pecah di mulut.”

“Pasti bang.”

Akim memikir-mikirkan masalah yang dia timbulkan dengan Aishah.Dia terlalu sayangkan Aishah.Belum pernah dia mencintai seseorang wanita seperti Aishah.Tapi dia sendiri tidak faham kenapa dia asyik menyakiti hati Aishah.Kadang-kadang dia ingin bersetuju untuk melihat Aishah dan Hafiz.

Tapi jauh di sudut hatinya….dia sukar melepaskan Aishah.

(Tamakkah aku?)

*****

Minggu ini ialah minggu terakhir Aishah di Kuala Lumpur.Aishah tersenyum sendirian memikirkan pelbagai coretan manis dan pahitnya di sini.Bayangan wajah Akim dalam pelbagai cara hadir dalam mindanya.Wajah Akim yang nakal..yang merah padam menahan malu..yang paling menyakitkan hati Aishah..wajahnya yang baran.

Selimut Akim dengan muka comel Doraemon dan Nobita berhelikopter kecil disimpan Aishah di dalam beg pakaiannya.Aishah menggenggam loket AA.Perlahan-lahan rantai itu ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam kotak rantai yang disimpan di dalam beg pakaian.

Mengenai rancangan Hafiz.Dia pasrah jika rancangan itu sekadar telahan Hafiz yang tidak benar.Mungkin sudah takdirnya dia bukan kepunyaan Afiq Hakim.

*****

Akim mengerling ke arah Aishah yang sibuk mengemas pakaian.

(Nak masuk tak nak masuk?Nak masuk tak nak masuk?)

Akim mencongak-congak macam sedang mengira sifir.(Ah,masuklah!)

Akim duduk di atas katil melihat Aishah mengemaskan pakaiannya.

Ada apa-apa yang boleh tolong?”

“Tak payah..aku boleh buat sendiri.”Ada nada hiba bercampur geram di dalam suara Aishah.Baju-baju yang dilipatnya dimasukkan cepat-cepat ke dalam beg pakaian.

Akim hanya terdiam.Dia tak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi yang sebenar kepada Aishah.Dalam kebisuan itu dia terpandang leher Aishah yang kosong tanpa rantai.

“Aishah dah buang rantai yang Akim bagi?”

“Dah,buang dalam longkang.”Jawab Aishah geram.

Akim menelan air liurnya.Hatinya sebak.

“Aishah bahagia dengan Hafiz?”

“Ya Allah..Hafiz!Hafiz!Hafiz!Aishah dah bosan!”Suara Aishah terketar-ketar menahan marah. “Kenapa Akim suka kalau Aishah dan Hafiz?”

“Hafiz lagi baik daripada Akim.”

“Siapa Akim yang nak jodohkan Aishah dengan Hafiz.Semua cakap Akim…Aishah kena ikut?Tolonglah.”

“Akim cuma nakkan Aishah bahagia.Tu saja.”

“Kenapa Akim pedulikan sangat kebahagiaan Aishah?”

“Sebab Aishah satu-satunya perempuan luar yang Akim sayang selain ibu dan kakak.Akim sayang Aishah..Akim tak mahu Aishah disakiti.Itu..itu saja..Akim sayang sangat Aishah.”

“Sayang tapi nak bagi kat orang lain.Cakap apa ni?Cakap orang gila?”

“Akim selalu menyakiti Aishah.”

“Aishah akui yang memang Aishah selalu sedih dengan sikap Akim.Memang Aishah selalu meluah rasa sedih itu dengan Hafiz.Tapi Aishah cuba perlahan-lahan menerima baik buruk Akim.Aishah cuma tak boleh terima apabila Akim menidakkan rasa cinta Akim!Itu yang Aishah benci sekali!”

“Akim bukan yang terbaik untuk Aishah.Hafiz dah terlalu buat buat Aishah.Akim menidakkan rasa cinta Akim supaya Aishah dapat melupakan Akim.”

“Oh,lupakan Akim?Siapa yang tak dapat lupakan siapa?Mengapa Akim serba tak kena apabila Aishah keluar dengan Hafiz.Akim kononnya cuba nak couplekan Aishah dengan Hafiz tapi diri Akim pun jadi macam tak betul.”

Akim terdiam.Dia akui ada kebenaran dalam kata-kata Aishah.Dia cuba untuk melepaskan Aishah tapi dalam pada masa yang sama dia juga sukar membiarkan Aishah pergi.

“Akim keluar..Akim keluar..”Aishah menolak Akim keluar dari bilik.Aishah mengunci pintu bilik.Dia terduduk di belakang pintu.Menangis teresak-esak.Tiket bas jam 2 petang itu digenggamnya.

Di luar pintu Akim mendiamkan diri mendengar tangisan Aishah.Di dalam hatinya terasa lebih ngilu.Yang terdengar hanya bunyi sedu-sedan.Tanpa air mata.Akim menangis di dalam hati.

Apatah lagi ini hari terakhir Aishah di rumahnya.

*****

Hafiz menolak pintu bilik Akim.Di lihatnya Akim duduk termanggu memandang ke luar tingkap.Geram Hafiz melihatnya.

“Aishah dah pergi Akim!”

“Aku tau..dia dah pergi.”

“Kau tak sayang dia Akim?”

“Aku sayang dia..aku memang sayang dia.Kau nak suruh aku cakap apa lagi?Cinta?Lebih daripada rasa cinta!”Akim merenung tepat ke mata Akim.

“Dapatkan dia!Cakap kau sayang dia,jangan cakap kat aku!Cakap kau cinta dia..cakap dan janji yang kau akan berubah lebih baik demi dia.Akim!Kau jangan lepaskan Aishah!Pergi!”Hafiz menarik Akim keluar dari biliknya.

Akim mengangguk-angguk.Macam baru sedar dari mimpi.Dia mula terasa kebodohannya melepaskan Aishah.Badan Hafiz digoncangnya.

“Aku akan cakap!Aku akan cakap..cepat kita kejar dia.”

Akim dan Hafiz berlari-lari ke luar rumah.

“Eh,mana kereta aku?”Tanya Akim.

“Kereta kau?”

Sempat lagi dua sahabat baik itu menggaru-garu kepala.Terpinga-pinga.

“Jom..jom..naik kereta aku.”Hafiz berlari-lari masuk ke dalam kereta.Enjin kereta dihidupkan.Belum pun keluar dari halaman rumah Akim,kereta itu telah mati.Hafiz dan Akim saling memandang.(Puloks!)

“Tak pernah pula kereta ni buat hal.”

Akim terpandang sesuatu dan menunjuk dengan jari telunjuknya.Hafiz memandang ke arah yang ditunjuk Akim.(Alamak dah E..patutlah minyak habis!).

“Pakcik Man!Pakcik Man!”Tiba-tiba Akim menjerit sambil keluar dari kereta Hafiz.Hafiz berlari-lari mengikutnya di belakang.

Seorang lelaki bertubuh kecil yang sedang menyiram bunga tercengang melihat kekalutan Akim dan Hafiz.

“Pakcik Man keluar jual belon tak hari ni?”

“Hari ni tak,pakcik tak jual belon.”

“Saya nak pinjam motor Pakcik Man.

“Boleh,tapi topi keledarnya ada satu saja.Yang lagi satu Makcik Tipah kau pakai.”

“Tak pe..Hafiz kau tinggal sini.”

“Okay.”

Pakcik Man mengeluarkan topi keledarnya dan memberikan kepada Akim.

“Terima kasih pakcik.”

Akim memakai topi keledar dan menghidupkan enjin motosikal Honda Cub C50 yang tertampal penuh stiker bertulis Man Belon.

Motosikal kapcai 70-an itu mengeluarkan asap hitam sepanjang jalan.

(Aishah!Akim datang!)

*****

Baru 2 minit bas Plusliner itu bertolak dari Pudu Raya.Aishah tersenyum sesekali ke arah makcik yang duduk bersebelahannya.

Matanya cuba dipejamkan.Tapi langsung tak boleh tidur.Seolah-olah hanya jasad sahaja yang duduk di dalam bas in.Rohnya masih berada di rumah Akim.

*****

“Nombor berapa akak?WHD 4321..okay,okay..okay kak..Plusliner..saya tahu.”

Telefon bimbit itu disimpan di dalam poket.Akim memecut motor kapcai itu.Semakin laju,semakin bertambah kepulan asapnya.Destinasinya hanya satu,Hentian Tol Duta.

Akim meninjau-ninjau bas yang banyak beratur menunggu giliran membayar tol.Cuaca terik menghalang pandangannya.Bagai orang gila dia hanya mampu menjerit nama Aishah sambil menunggang motosikal.

Aishah berasa tidak sedap hati.Entah kenapa dia pun tak tahu.Langsir bas ditolaknya.Pandangannya terpandang sesusuk tubuh yang dikenalinya.(Akim?)

Aishah memandang Akim berlalu laju dengan motosikal sehinggalah bunyi satu dentuman yang kuat dan Aishah melihat sebuah motosikal terpelanting di hadapan bas.

‘Akimmmmmmmmmmm!”

Jeritan Aishah mengejutkan semua penumpang bas termasuk pemandu bas yang berhenti secara mengejut.

Hati Aishah berdebar-debar.Jantungnya berdegup kencang.

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries