Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

Aku Kau Yang Punya 17-Final
06 June 2009 | 10:06 AM | 1 comments
“Buka pintu!Buka pintu!”

Jerit Aishah kepada pemandu bas yang terpinga-pinga.

Sebaik saja pintu bas dibuka,Aishah meluru keluar.Hatinya remuk melihat motosikal yang terputus dua.Aishah menjadi tidak karuan.Bayangan ngeri menghantui mindanya.(Mana Akim?Ya Allah?)

“Akim..Akim..”Air mata membasahi kedua pipinya.”Akim!!!!”

Keadaan trafik sudah terganggu.Hon kereta mula berbunyi bertalu-talu.

“Aishah…”

Aishah berpaling ke arah suara yang memangilnya.Akim yang tersangkut di palang tol jatuh perlahan-lahan.

“Akim..”Aishah mendapatkan Akim dan merangkulnya dengan rasa gembira.

“Aduh..duh..sakit..janganlah peluk kuat sangat..”Akim memegang pinggangnya yang kesakitan.

“Macam mana boleh sangkut kat palang ni?”

“Akim tak sedar..yang Akim termasuk laluan bas dan lori….nampak palang..Akim lompat..tersangkut la pulak…”

“Bodoh..”Ujar Aishah perlahan sambil memeluk Akim.(Kau memang bodoh..laluan bas dan lori pun kau redah!)

“Bodoh..bodoh jer?Sa..sa..yang tak nak cakap ke?”

“Akim bodoh…”Aishah memeluk Akim sambil menangis teresak-esak.Dia tidak dapat bayangkan jika keadaan Akim sama dengan motosikal itu.Dia tentu menyesal seumur hidup.

Semua penumpang bas termasuk toll gate girl di situ terharu melihat Aishah dan Akim.

“Cik..”Seorang pegawai paramedik menepuk bahu Aishah memohon diberikan laluan mereka mengangkat Akim ke dalam ambulans.Aishah melepaskan rangkulannya dan membiarkan dua orang pegawai paramedik yang lain mengangkat Akim.

“Abang..wife saya tu…bagilah dia naik ambulans sekali.”Ujar Akim yang enggan melepaskan tangan Aishah.Aishah membeliakkan matanya(Wife?).

“Wife?Korang bergaduh sampai accident?”Pegawai paramedik itu sekadar tersenyum. “Naik..pergi teman suami puan.”

Aishah tersipu-sipu malu.(Tak guna betul Si Akim nih!)

“Terima kasih abang..”Aishah melihat tanda nama pegawai paramedik itu. “Abang Acis?”

“Kenapa?Tak percaya?”Pegawai paramedik itu berjalan menuju ke ambulans dengan dituruti dua orang pegawai paramedik yang lain dan Akim yang enggan melepaskan Aishah.

Sampai di atas ambulans pun Akim masih menggenggam erat tangan Aishah.Gayanya seperti takut sungguh jika dia kehilangan Aishah sekali lagi.

“Kalau Akim mati…”

“Shhh..”Aishah meletakkan jari telunjuknya di bibir Akim.Dia menggeleng-gelengkan kepala.Akim sekadar tersengih.

“Aishah…”

Ada apa?”

“Cium pipi sket…”

Sepantas kilat Aishah mencubit pinggang Akim yang kesakitan.Raungan Akim memenuhi ruang ambulans seiring dengan bunyi siren.

Dalam kesakitannya,Akim terfikirkan motosikal Pakcik Man Belon yang terputus dua digelek bas.(Habislah aku!).

*****

Sebulan selepas kejadian..

Ramai orang berpusu-pusu menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Encik Ramli dan Puan Fatimah.Maklumlah kena pula dengan cuti semester pertama persekolahan.Yang datang dari kampung mahu masuk dua buah bas.Itu belum masuk sahabat handai yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Hafiz yang datang bersama abangnya Aril tersenyum memandang Akim dan Aishah yang sedondon berpakaian kuning muda.Akim begitu tampan bersongkok dengan sut baju melayu berserta kain samping.Aishah juga nampak anggun dengan baju kurung moden.Nampak sepadan bagai pinang dibelah dua.

Kedua mereka mengiringi pasangan pengantin yang megah sebagai raja sehari.

Yazid dan Zizi yang tak henti tersenyum dengan busana indah warna di-raja.Akim gembira melihat kakaknya berbahagia dan berharap abang iparnya akan sentiasa menyenang cerita rumahtangga mereka berdua.

“Amboi,macam lawan pengantin saja.”Usik Hafiz apabila Akim dan Aishah menghampiri meja mereka.

“Alah,tumpang glamor pengantin,kan sayang?”Akim tersenyum nakal ke arah Aishah.Merah padam muka Aishah dibuatnya.

“Aduh..duh..dah sayang-sayang tu..”Usik Aril pula.

“Biasalah..ni girlfriend kita.”Sengaja Akim mengusik Aishah lagi.Aishah sempat memukul bahunya sebelum berlalu pergi apabila dipanggil Puan Fatimah.

“Abang macam mana?Dah selesai?”Tanya Akim sambil Hafiz tersenyum memandang Aril.

“Macam tu lah.”Aril sekadar tersenyum kelat.Mungkin bunyinya indah pada setengah orang untuk mengemudi dua bahtera tapi tidak bagi Aril.

“Bulan depan Abang Aril akan berkahwin dengan Marsha.Hal Cabby dah selesai.Ikut sajalah rentak mummy.”Hafiz memberi penjelasan setelah melihat wajah Aril yang tidak selesa dengan topik itu.

“Akim,kau jaga Aishah elok-elok.Ibu bapa semua dah restu.Kasih lelaki mungkin banyak,tapi cintanya pada perempuan hanya seorang.”Aril memberi nasihat kepada Akim.Akim tersenyum sambil mengangguk.

“Kau tak cerita hal Cabby pada aku.Nasib baik aku tak tackle Aishah.”Hafiz sengaja mengusiknya.

“Kau betul-betul suka Aishah kan?”

“Kalau aku suka pun,tak ada maknanya pasal dia lebih suka kau.”

“Tau tak pe..hehe..”Akim memeluk Hafiz. “Terima kasih.Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

“Kau pun sama.”

Perbualan mereka terhenti apabila pengantin perempuan ingin membaling bunga pengantin.Sejambak bunga mawar merah terbang tinggi sebelum terjatuh ke tangan Aishah.Anak-anak gadis yang berada di situ mula mengusik-usik Aishah dan Akim.Aishah melambai-lambai bunga itu kepada Akim.

Akim mengenyit mata sambil tersenyum nakal.Dari jauh Aishah menghembuskan ciumannya.Akim pura-pura menangkap ciuman itu,meletakkan ke mulutnya dan diletakkan ke dada seolah-olah memberi maksud disimpan di dalam hatinya.

Walaupun duduk berjauhan kedua mereka saling bertautan pandangan.

*****

6 bulan selepas itu.

Akim akan menyambung pengajian dalam Bidang Kejuruteraan selama 4 tahun di University Of Southern California.Sepatutnya dia mengikuti kursus persediaan dulu di Malaysia.Tapi dia pergi atas tajaan peribadi Datuk Asrul yang agak kecewa dengan pilihan Hafiz yang memilih bidang muzik.

Hafiz akan beransur sebulan kemudian ke Berklee College of Music.Walaupun tidak mendapat galakan sepenuhnya daripada ayahnya,Hafiz tetap dengan cita-citanya untuk menjadi pemuzik yang disegani.Lagipun bukan calang-calang orang dapat mengikuti pengajian muzik di Berklee.Aishah pula sedang menjalani pengajian dalam Sarjana Muda Sains Seni Bina di UKM.

Suasana meriah di KLIA dirasakan muram buat sepasang kekasih muda yang menanti saat berpisah buat seketika.

Aishah memandang Akim.Akim juga memandangnya dengan penuh rasa sayang.Apatah lagi dengan rantai berloket AA yang tidak pernah ditanggal lagi oleh Aishah.Penerbangan Kuala Lumpur-Los Angeles akan berlepas tidak lama lagi.Akim cuba menggunakan masa yang ada bersama Aishah sebaik mungkin.

“Jangan mengorat minah mat salih kat sana..”

Kata-kata Aishah mencuit hati Akim.Dia ketawa kecil sebelum mencabut sehelai rambut Aishah.

“Aduh,Akim buat apa ni?”

Akim tidak menjawab,rambut itu dimasukkan ke dalam sebuah buku.Twilight karya Stephenie Meyer.

“First page.”Akim tersenyum dan memasukkan semula buku itu ke dalam beg silangnya. “Nanti Akim laminate rambut tu..letak dalam frame ke.”

“Oh,simpan rambut Aishah ye?Dulu orang tu geli nak pegang rambut kita.”

“Itu dulu..masa budak-budak.Sekarang Akim nak belai hari-hari.”Ujar Akim sambil membelai rambut Aishah.Wangian rambut yang akan dibawanya sampai ke LA.Kedua mereka saling memandang seolah-olah melepaskan kerinduan untuk seribu tahun.

Pandangan mereka terhenti dengan pengumuman meminta penumpang ke LA bersedia di balai pelepasan.Akim bangun dan memeluk ibunya.

“Ibu,Akim akan rindu ibu sangat-sangat.”

“Ibu pun.”Puan Fatimah menangis teresak-esak.

“Ibu jangan menangis..kalau tak Akim pun sedih.”suara Akim kedengaran agak sebak.Puan Fatimah mengangguk-angguk sambil mengesatkan air matanya dan cuba untuk tersenyum.Encik Ramli juga tidak dapat menahan sebak di dada.Akim memeluk ayahnya dengan erat.

“Akak.”Akim mencium tangan Zizi. “Akak jangan tendang Abang Yazid ye?”

Zizi tidak dapat menjawab soalan nakal Akim.Dia hanya mampu menangis sambil memeluk adiknya.Yazid yang berdiri di sebelahnya memujuk Zizi.Selepas bersalam dengan Yazid,Akim memeluk Hafiz.

“Bro,ingat aku dalam doa mu.”

“Hehe..banyaklah kau..nanti aku fly dari Boston pergi LA.”

“Masa tu Superman dan Batman akan bersatu!”Akim melepaskan pelukannya dan menepuk-nepuk bahu Hafiz.

Sebuah senyuman manis terukir di wajah Akim untuk Aishah.Akim memegang kedua tangan Aishah dengan erat.

“Tunggu Akim,okay.”

“Aishah akan tunggu Akim.”

Akim melepaskan pegangan tangannya perlahan-lahan sehingga ke balai pelepasan.Kedua mereka saling tersenyum sehingga kelibat Akim hilang dari pandangan Aishah.

Aishah menggenggam rantai berloket AA dengan erat.(Aishah akan menunggu kepulangan Akim..pasti).

Andai ada jodoh kita,tak akan ke mana-mana..pastikan sempurna harapan bersama.

*****

“Aishah balik dengan siapa?”

“Aishah balik dengan Kak Zizi,Hafiz.”

“Oh,okay.Hafiz pergi dulu.”

“Hafiz.”

Langkah Hafiz terhenti.Aishah menghampirinya sambil tersenyum

“Terima kasih untuk segalanya.Macam Aishah pernah kata,Hafizlah sahabat Aishah yang paling baik.”

“Lewat lah terima kasih tu..hehe..kebahagiaan Aishah pun kebahagiaan Hafiz jugak.”Hafiz menarik nafasnya dalam. “Okay Aishah,Hafiz pergi dulu.Bye.”

“Bye.”Aishah melambai-lambai tangannya.Hafiz turut melambai tanpa memandang ke hadapan.Aishah membulatkan matanya, “Hafiz!”

Bedebub!

“Aduh!”Hafiz menggosok-gosok dagunya.Dilihatnya gadis kecil-molek di hadapannya menggosok-gosok kepalanya.

“Sorry..sorry..saya tak..eh?”Hafiz cuba mengingati wajah gadis comel yang dilanggarnya.Direnungnya tahi lalat di tepi hidung gadis itu“Mila?”

“Huh?”Mila mengerut-ngerut dahinya.Cuba mengingati sesuatu.“Hafiz?”

“Mila ingat lagi Hafiz?”

“Apa tak ingatnya ketua darjah 1 Biru.Rambut kerinting.Muka tak berubah”

“Mila..kejap..kejap..”Hafiz mengangkat ibu jarinya pada Aishah tanda tiada apa yang terjadi. “Terlanjur jumpa,apa kata Hafiz belanja Mila minum.”

“Boleh juga.Jom.”

Mila tersipu-sipu malu berjalan seiringan dengan Hafiz.

Aishah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Hafiz dan gadis yang dilanggarnya.Aishah tersenyum sendirian mengingatkan seperti déjà vu kali pertama dia berjumpa Akim semula.Kejadian langgar lutut.Muncul semua kenangan manis di antara mereka berdua.Adegan syampu,kejadian hujan dan pantai di Langkawi,kali pertama Akim menyatakan perasaannya dan kemalangan palang tol Jalan Duta.

Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.

(Aishah sudah pun rindukan Akim).

*****

Di dalam kapal terbang,Akim tidak senang duduk.Diseluknya poket seluarnya dan dikeluarkannya sebuah kotak cincin.Kotak itu dibukanya.Sebuah cincin emas belah rotan ditenungnya.

Cincin itu memang ingin diberikan kepada Aishah.Tapi Akim membuat keputusan untuk menyimpannya.Selepas 4 tahun nanti.Selepas bekerja di bawah Syarikat Perkapalan Datuk Asrul.Sebentuk cincin yang lebih sempurna akan diberikannya kepada Aishah untuk disunting menjadi suri dalam hidupnya.

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih Sayang
Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama…

Di ruang angkasa,Akim tersenyum melihat bulan yang indah dan bercahaya.Rasa rindu dan cintanya kepada Aishah disampaikan pada rembulan.

Di daratan,Aishah juga merenung bulan yang sama melahirkan rasa kasih dan sayang yang dikirimkan melalui bulan untuk Akim…

Labels: , , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries