Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

10:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
31 July 2009 | 11:25 PM | 0 comments
Pagi itu mentari menyinar ceria di ufuk timur.Warga kota sudah memenuhi ruang-ruang jalan seperti kelkatu selepas hujan.
Akim membetulkan tali lehernya.Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya.Dia tekad untuk meneruskan kehidupannya seperti sebelumnya.Sekurang-kurangnya dia mencuba untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Kereta Ferrari itu bergerak ke ibu kota.Berkumandang lagu ‘Cinta Yang Terbiar’ daripada Jamal Abdillah di corong radio Sinar FM.Serba sedikit bait-bait liriknya mencalar hati Akim.
♫Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan lara dibalut kerinduan
Cinta itu amat mengasyikan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran
Apalah ertinya cinta yang terbiar
Bagai biduk hanyut di lautan
Apalah dayaku jodoh tiada
Sudah suratan takdirnya begitu♪
(Siapalah Akim tanpa Aishah?)….
*****
Aishah menyusun batu-batu sungai yang licin dan berkilau.Dia tersenyum sendirian melihat batu-batu yang disusun membentuk arca yang mudah tapi cantik.
“Cantik.”
Entah dari mana Aliff datang sambil tersenyum.
“Apa nama arca ni?”
Aishah terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan Aliff.“Hati batu seorang wanita.”
“Hati batu?”Aliff menyoal lagi.Ingin tahu.
“Ya.Hati batu.Hati batu seorang Aishah barangkali.”
Aliff memandang Aishah.Cuba memancing maksud tersirat di sebalik kata-kata sinis itu. “Batu boleh dilembutkan dengan air.”
“Yang memakan masa berabad lama.”Aishah tersenyum.
“Complicated hati seorang Aishah,ye?”Aliff tersenyum kembali.Comel.Wajah keanak-anakannya terserlah setiap kali dia tersenyum.Bila direnungkan,ada iras-iras Akim.Sama tapi tak serupa.Tapi cukup mengganggu jiwa Aishah.
“Aliff,kita ke pekan sekejap boleh?Saya nak beli nombor baru.”Aishah cuba mengubah topik.
“Kenapa dengan nombor lama awak?”
“Tak de..dah lama tak pakai..dah dipotong.”(Bohong.Bohong sunat!).
“Okay..tapi,eh..hari ni berapa hari bulan?”
“Emm,13 April..kenapa?”
“Pesta Songkran.”
“Pesta Songkran?”
Pertanyaan Aishah sekadar dijawab dengan senyuman comel Aliff.
*****
“Cik Farah,ada despatch hantar bunga.”
Farah memandang intercom di atas meja.Mengerutkan dahinya.(Adam nih buang tebiat ke?)
“Okay,bagi dia masuk.”
“Baik,Cik Farah.”
Tidak lama kemudian seorang lelaki masuk dengan wajahnya dilindungi sejambak mawar kuning.Berbaju biru dan juga topi biru.Pekerja courier.
“Okay,letak saja kat meja.”Farah berkata setelah melihat lelaki itu tercegat berdiri di situ.Tetapi,lelaki itu masih berdiri di situ.Tegak berdiri seperti patung.Farah menarik nafasnya.(Ish..despatch pulak wat hal).Farah menarik bunga itu.
“Saya cakap..letak aje..”Farah terhenti apabila muncul wajah Akim tersengih di sebalik jambangan bunga itu.Farah mengecilkan matanya.
“Apa masalah Encik Akim?Daripada COO dah jadi despatch?”
“Saya nak minta maaf.”
“Saya tak suka bunga.”Farah duduk di kerusinya tanpa mempedulikan Akim.Meneruskan kerjanya yang terbengkalai.Akim meletakkan jambangan bunga itu di atas meja.Dia menghulurkan tangannya kepada Farah.
“Kita mula semula.Selamat berkenalan.Saya,Akim.”
Huluran tangan Akim tidak disambut Farah.Dingin.
“Sekurang-kurangnya sambut salam persahabatan daripada saya.Sekurang-kurangnya sebagai manusia,saya ada hak untuk menerangkan kenapa saya bersikap bodoh dan bahlul kelmarin.”
“Dan bangang.”Tambah Farah.Merenung tajam ke arah Akim.
“Okay..bangang.”Akim tersenyum dan masih menghulurkan tangannya.Farah menggelengkan kepalanya.Tangan Akim disambutnya.
“Belanja saya cendol.Tak mau kat bawah.”
“Okay..kita pergi Kampung Baru.”
Farah cuba untuk tersenyum.(Apa-apa ajelah!).Dia kehairanan apabila Akim menghulurkan helmet kepadanya.
“Saya pinjam motor kapcai despatch saya.”
“Dua helmet?”
“Saya tau awak akan lembut hati dengan saya.”Akim tersenyum penuh keyakinan.
Farah memandang Akim dengan rasa yang poyo.(Sabar ajelah!).
*****
Suasana di pekan kecil Padang Besar meriah dengan Pesta Songkran.Pesta air untuk masyarakat Siam.Pada hari ini pemuda-pemuda mengambil kesempatan untuk mengusik mana-mana gadis pujaan mereka dengan menyimbah air.Peluang untuk berkenalan dengan lebih lanjut.
Jip Cherokee berwarna merah itu berhenti di hadapan sebuah kedai runcit.Aishah asyik melihat kemeriahan Pesta Songkran.Beberapa orang pemuda di atas lori pikap menembak pancutan air menggunakan senapang air ke arah sekumpulan gadis yang membalasnya semula dengan tembakan air.Hilai ketawa mereka menambahkan lagi keceriaan suasana.
Tidak jauh dari situ,ada seorang pengantara berita dan jurukamera membuat liputan mengenai pesta itu.
“Cepat beli,nanti ada orang tu basah kuyup.”
Aliff berkata sambil memetik jari mematikan lamunan Aishah.Aishah segera menuju ke kedai runcit yang menjual kad sim telefon.
“Kop khun kap.”Lelaki Siam itu mengucapkan terima kasih apabila Aishah membayar duit kepadanya.
Aishah sekadar mengangguk-angguk sambil tersenyum comel.
“Miss,khun na ruk mak.”Lelaki Siam itu berkata sambil tersenyum.Mata Aishah berkelip-kelip tidak memahami.Dia menuju ke arah kereta.Aliff tersenyum memandangnya.
“Khun na ruk mak.Dia kata awak nampak comel.”Aliff merenung manja ke arah Aishah.
“Terrornya cakap Siam.Cakap lagi..hehe..”
“Cakap lagi ek?Apa ye?”Aliff merenung tepat ke mata Aishah.Dia menarik nafasnya dalam-dalam“Phom rok khun.Ben faen phom dai mai?”
“Terlebey laks sudah!Hehe..apa tu?”
“Apa tu?Phom..rok..khun..”
Aishah menggelengkan kepala.Tidak memahami.Aliff tersenyum nakal.Dia menarik tangan Aishah dan berlari di tengah keramaian Pesta Songkran.
“Aishah,phom rok khun!”
Aliff menjerit di tengah-tengah orang ramai.Orang ramai yang berada di keramaian itu bertepuk tangan sambil menembak Aishah dengan pistol air.Aishah tidak menghiraukan bajunya yang basah.Dia cuma tertanya-tanya apa yang dimaksudkan Aliff.
Pesta Songkran bertambah meriah apabila hujan turun menyimbah bumi.Pesta air bagaikan satu rahmat bagi masyarakat Siam Malaysia.Aliff turut menari di celah-celah pemuda Siam itu.Sesekali dia ketawa nakal melihat wajah keliru Aishah.
Geram Aishah melihat gelagat Aliff.(Phom rok khun?Apa tu?)
*****
Akim menyedut air cendol itu.Seketika pandangannya dilempar jauh kepada pasangan kekasih yang asyik bergurau di hadapannya.Dia melihat Farah terdiam mendengar penjelasannya mengenai hubungannya dengan Aishah.
“Saya pun tak tahu bagaimana cara untuk saya lupakan dia.”
“Kenapa Encik Akim tak cari dia?”
“Dia dah menolak saya.Sebagai lelaki saya tercabar dengan tindakan dia.Kami dah lama bersama.Tapi senang-senang saja dia reject saya.”
“Kalau Encik Akim dah kenal lama dengan Aishah,tentu Encik Akim kenal hati budi dia.Encik Akim tak terfikir ke ada sebab untuk tindakan dia?”Farah menggelengkan kepalanya.Hairan dengan kerapuhan hati Akim.
“Saya dah tanya dia.Tapi dia cakap dia dah ada Datuk mana ntah.”
“Dia cakap macam tu?”
“Saya pertikaikan dia dengan seorang Datuk tu..dan dia akui.”
“Encik Akim,orang perempuan suka bercakap maksud tersirat.Kitaorang tak macam lelaki yang suka cakap direct.Entahlah,saya percaya Aishah ada sebab untuk tindakannya.Walaupun saya tak kenal dia..tapi mustahil dia nak buat hal selepas dia tunggu Encik Akim selama 4 tahun kan?”Farah menyedut air cendol yang sudah tinggal sedikit.
“Entahlah.Hei,apapun..terima kasih pasal sudi dengar explain saya.”
“No hal..kalau Encik Akim cakap awal-awal taklah saya cop Encik Akim ni mamat hensem tapi psiko.”
Akim ketawa kecil mendengar kata-kata Farah.Dia mengeluarkan sekeping fail daripada beg sandang berwarna biru.
“Sudi design office saya balik?”
Farah mengetuk-ngetuk jari di dahinya seolah-olah berfikir.Matanya dikerling ke atas seperti tidak sudi dengan tawaran itu.
“Okay,janji Encik Akim tak psiko lagi.”Farah tersenyum nakal.
“Okay,janji awak panggil saya Akim aje..tak payah encik-encik.Okay?”
“Okay,boss.”Farah sengaja menjulingkan matanya.
Akim ketawa melihat gelagat Farah.(Comel tapi senget!).Seorang pelayan di situ menguatkan suara televisyen yang memaparkan berita terkini daripada TV3.
Berita terkini.Pesta Songkran diadakan di Padang Besar,Malaysia.Sambutan ini disambut dengan meriah walaupun hanya minoriti masyarakat Siam terdapat di Malaysia..
Akim tersentak apabila melihat satu wajah yang sangat dikenalinya melalui kaca televisyen.Hatinya berdebar-debar.(Takkanlah?).
*****
Pak Ash sibuk mengangkat bakul-bakul yang berisi udang ke atas lori pikap.Aishah menghampiri lelaki tua yang berjanggut putih itu.
“Assalammualaikum,Pak Ash.”
“Waalaikumussalam.Oh,nak Aishah..ada apa sampai ke kolam udang ni?”Pak Ash tersenyum sambil mengesat peluh di dahinya.
“Saja jer..saya bosan.Pak Ash dah lama kerja dengan Aliff?”
Aishah duduk di atas pangkin.Menghayun-hayunkan kedua-dua kakinya.
“Saya kerja sejak zaman datuk Aliff lagi.Masa tu saya muda lagi..lagi muda daripada Tuan Aliff sekarang.Kacak lagi,tak tua macam sekarang”Pak Ash ketawa kecil.
“Eh,sekarang pun kacak apa.”Aishah menyambut tawa Pak Ash.
Pak Ash turut duduk di atas pangkin.Melepaskan lelahnya.Dia mengeluarkan tembakau dan menggulungkannya ke dalam rokok daun.Mancis digoresnya dan api dinyalakan di hujung rokok daun.Rokok daun itu dihisapnya dalam-dalam sehingga menampakkan pipinya yang cekung.
“Tuan Aliff tu baik,nak Aishah.Dia sanggup menyambung warisan datuknya di sini.Mengusahakan bendang,ladang getah dan kolam udang ni.Mana ada orang muda sekarang ni yang mau buat semua tu.”
“Tak ada pekerja,Pak Ash?”
“Ada.Ada dia upah budak-budak Siam tu uruskan bendang sawah dan ladang getah.Tapi kolam udang ni,ladang rusa ni,homestay ni..semua dia sendiri.Pak Ash bantu mana yang patut saja.”
“Famili?”
“Famili Tuan Aliff?Tuan Aliff ada masalah dengan ayah dia..kalau dia mau ceritakan.Biar dia sendiri yang ceritakan kepada nak Aishah.”
Rokok daun itu dihisapnya lagi.Aishah melihat persekitaran sekelilingnya.Secara peribadi Aishah kagum dengan semangat Aliff.Semua yang dilakukan berasaskan sumber tempatan.Kerjaya perladangan yang langsung tak menarik minat anak muda yang lain.Yang kotor dan tak glamour.
“Pak Ash tahu tak Bahasa Siam?”
“Tau juga sikit-sikit.Ada apa nak Aishah?”
“Apa maksud phom rok khun?”
Pak Ash tersenyum mendengar pertanyaan Aishah.Dia bangun dan menuju kea rah lori pikapnya.Pintu lori itu dibukanya.Dia menoleh ke arah Aishah.
“Kalau ucapan itu datangnya daripada Tuan Aliff.Saya harap nak Aishah jawap balik kepada dia chan rok khun.Saya pergi dulu.”
Aishah memerhati Pak ash yang selamba meninggalkannya dengan seribu pertanyaan.
(Kenapa ni?Amenda phom rok khun niiiii??????)
Suara monyet dari dusun yang terletak di atas bukit seolah-olah mentertawakan Aishah yang tidak memahami sepatah haram apa yang diucapkan Aliff.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries