Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

5:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
08 July 2009 | 9:49 AM | 0 comments
Marsha mencapai kaca mata hitam Guess dan dipakainya.Suasana di luar Suria KLCC terik dengan matahari yang berpancar garang.Panasnya membara seolah-olah memberi alamat yang petangnya akan hujan.
Kelibat seorang lelaki dan wanita menarik perhatian Marsha.Dia cuba berselindung di sebalik tiang.Cermin matanya ditanggalkan.Dibulatkan mata untuk meyakinkan syak wasangkanya.Panasnya hati menyelubungi ke seluruh pembuluh darahnya.Memang sah itu suaminya dan seorang perempuan.Bibirnya diketap geram.
Di langit,awan hitam mula menyelubungi bumi.Hujan turun selebat-lebatnya.
*****
Hujan yang turun tidak berhenti-henti sejak tengah hari menyebabkan jalan raya di Kuala Lumpur dinaiki banjir kilat.Enjin Nissan Sunny lama itu berkali-kali cuba dihidupkan Aishah.Tapi hampa.Hatinya memaki-maki pemandu kereta lain yang asyik membunyikan hon.Hand-brake kereta itu ditekan ke bawah.Mahu tak mahu Aishah terpaksa turun menolak keretanya dengan kudrat tubuh yang kecil.Paling menyakitkan hati apabila terpaksa meredah hujan yang lebat.
(Lelaki Malaysia dah hilang nilai gentleman!).Aishah geram melihat lelaki gemuk yang membunyikan hon di belakangnya.
“Biar saya yang tolak.”
Aishah terasa bahunya disentuh.Dilihatnya Datuk Azis dan pemandunya sudah menolak kereta itu ke tepi.Keadaan jalan raya semakin bernafas apabila kenderaan yang tersekat tadi bergerak seperti kura-kura.Aishah menolak rambutnya yang basah ke belakang.
“Terima kasih,Datuk.”
Datuk Azis menjawab balas ucapan trimas itu.Kot Dunhill yang dipakainya ditanggalkan.Kot itu diletakkan di bahu Aishah yang menggigil kesejukan.
“Saya hantar Aishah pulang.”
Dia mengiringi Aishah memasuki keretanya.Sebuah kereta Ferrari merah melalui Lamborghini biru itu.Pemuda di dalam kereta itu memaling sekilas ke arah gadis yang dipapah seorang lelaki sebaya bapanya.Dahinya berkerut-kerut melihat kejadian itu.
Telefon bimbit Blackberry dicapai.Dia menekan-nekan kekunci nombor.Diletaknya ke telinga.Hampa kerana panggilannya terus masuk ke dalam peti suara.Timbul rasa cemburu dan curiga.
“Tak ada apa-apalah.”Akim cuba menenangkan dirinya.Dia cuba yakin dengan Aishah.Masih ragu-ragu tapi cuba untuk percaya.
*****
“Saya nak ajak Datuk masuk,tapi tak manis pula pasal housemate saya tak ada.”
Datuk Azis hanya tersenyum.Dia mengangguk-angguk.
“Tak apa,nanti awak belanja saya minum petang.”
“Boleh,Datuk.Terima kasih.”
“Sama-sama.Kereta awak nanti mekanik saya ambil.”
“Baik Datuk,terima kasih banyak-banyak.”
Datuk Azis tersenyum lagi.Aishah memerhati Lamborghini itu meluncur laju sehingga lenyap dari pandangan matanya.Badannya masih menggigil kesejukan.Ditariknya kot itu melitupi tubuhnya.
“Alamak!”Aishah menepuk dahinya.Dilihatnya kot hitam yang dipakainya.(Lupa pula nak bagi).
“Aishah kenapa?”Mila menutup payungnya yang berwarna pink.Di tangan kirinya terdapat sebuah beg besar dan sekotak Pizza Hut.Aishah melihat beg besar yang diheret Mila.
“Tak habis lagi beg?”
Ada lagi dua.”Mila tersenyum.Dia baru saja berpindah ke apartmen Aishah.Saja nak cuba hidup bujang.Lagipun Aishah tinggal seorang sahaja.
“Pizza?”
“Yup.”
“Hawaiian?”
“Yup..dengan chicken wing,garlic bread dan chicken soup.”
“Ohh..sedap.Lapar..sejuk nih.”Aishah menarik Mila masuk ke dalam lif.Mila yang terpinga-pinga sekadar menuruti.
Di luar hujan sudah mula renyai-renyai.
*****
“You are such a..”
“Such a what?”
“Such a…whatever!”Marsha cuba menahan mulutnya daripada mencarut.Pinggangnya dicekak.Mukanya kemerahan.Bengang.Panas.
Aril menanggalkan tali lehernya dan mencampakkannya ke atas katil.Dia pun tak tahu apa punca Marsha menyinga sebaik saja dia pulang.
“Who’s that b*tch?”
“What do you mean with that?”Aril merenung tajam ke arah Marsha.
“You know really well what I’m talking about!”Marsha menjerit ke muka Aril.Aril menggelengkan kepalanya.
“Psycho!”
“Oh,I psycho?Habis you apa?Lelaki gatal tak cukup bini?”
“Shut up!Aku tak boleh dengar satu patah perkataan pun keluar dari mulut kau!”Muka Aril merah padam.
“Do I care?You’re such a loser and nothing without my dad!”
“Tuhanku.”Aril berlalu keluar dari bilik.Daun pintu dihempasnya dengan kuat.Sambil menuruni tangga.Dia bertembung dengan Datin Hajar yang sedang mencekak pinggangnya.Aril tidak peduli dan terus berlalu.
Datin Hajar memerhatikan anaknya keluar dari rumah.Tidak lama kemudian kedengaran bunyi enjin kereta menderu.Datin Hajar mendapatkan suaminya yang seolah-olah tidak mempedulikan sama ada langit akan menimpa bumi atau tidak.
“You tahu kan Aril ada perempuan lain?”
“You nak dia kahwin dengan Marsha kan?”Pertanyaan isterinya dijawab dengan pertanyaan.Matanya tidak beralih dari suratkhabar di tangannya.
“You tak jawab soalan I.”
“Everything has a price..you nak dia kahwin dengan Marsha.Dia ikut.Tapi dia juga ada pilihan dia sendiri.And don’t get mad..dia dah lama kahwin dengan Cabby.”Datuk Asrul masih tenang.Sekurangnya cuba untuk bertenang.
“You maksudkan Cabby?”Datin Hajar membeliakkan matanya.Menahan nafas marahnya.Tercungap-cungap.
“Hajar,don’t start your heart attack’s drama again.”Datuk Asrul meletakkan suratkhabar itu di atas meja. “Hajar,cukuplah.You pun tahu asal usul I.You jangan la megahkan sangat bab elit or what.Fed up!I pun anak driver Engku Mahani saja.You pun bukannya anak socialite sesiapa pun.”
Datuk Asrul berlalu masuk ke dalam bilik bacaan.Datin Hajar terdiam mendengar kata-kata suaminya.Pedih tapi benar.Menyakitkan pun ada.
Hafiz yang baru masuk menyanyi-nyanyi kecil sambil menggalas gitar di belakangnya.
“You,you nak jadi apa?Belajar konon kat Berkeley.You jadi komposer macam Mozart ke?Mummy tengok you mampu ajar budak hingusan saja!”
Hafiz tersentak mendengar kata-kata Datin Hajar.Dia keluar semula sambil menghempas pintu.
Satu hari yang cuacanya tidak menentu.Sekejap panas.Sekejap dingin.
*****
Akim tersenyum lebar melihat pejabatnya yang luas.Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum duduk di atas kerusi empuk itu.Tersengih.
“Tapi..entahlah nenek..Akim tak pandai lah..Akim Cuma tahu shipping engineering.Nak handle satu syarikat yang besar macam ni..Akim nervous sangat.”
Engku Mahani tersenyum sambil memaut lengan cucunya.
“Take your time.Nanti nenek kenalkan seseorang untuk membantu Akim.”
Seorang lelaki berkot hitam masuk ke dalam bilik.Lelaki sama yang sentiasa mengiringi neneknya ke mana-mana.Akim memandang neneknya dengan kehairanan.Engku Mahani merapati lelaki bertubuh sasa itu.
“Nenek jaga dia dari kecil.Setia dan tidak pernah mengkhianati nenek.Macam anjing dengan tuan.Dia cukup masak dengan susur galur perniagaan kita.Sekarang,Burn akan membantu Akim.”Engku Mahani menepuk-nepuk bahu Burn.
Akim bukannya gerun melihat tubuh sasa Burn atau wajahnya yang ala penggusti WWE.Tetapi dia lebih gerun mendengar kata-kata neneknya.(Anjing dan tuan?Macam mafia la pulak bunyinya nenek aku!)
*****
Fatimah asyik menyusun barangan hantaran untuk peminangan Aishah.Semua urusan diuruskan olehnya dan Zizi.Nak harapkan Akim?Semangat nak bertunang saja lebih tapi tuannya entah ke mana.Fatimah perasan juga semenjak kehadiran Engku Mahani,Akim lebih banyak menghabiskan masa dengan neneknya berbanding keluarganya atau Aishah.
Fatimah cuba berfikiran positif.Dia tidak mahu menganggap yang buruk-buruk mengenai ibu mertuanya.Walaupun begitu,jauh di sudut hatinya mana mungkin dia melupakan apa yang telah dilakukan Engku Mahani kepadanya.Peristiwa yang hampir meragut nyawanya masih bermain-main di mindanya.
London,1983
Suasana di St. Mary Hospital agak kelam kabut dengan kehadiran mangsa curi tembak.Mangsa di bawa dengan troli oleh jururawat dan seorang pemuda tampan dan tinggi lampai setia mengiringinya.
“Fetty,be strong..please..be strong..”Engku Ahmad menggenggam erat tangan Fatimah yang berlumuran darah.Membuak-buak dari perutnya.
Fatimah hanya mendengar sayup-sayup suara di sekelilingnya.Pandangan kabur dan nafasnya tercungap-cungap.Segalanya berlaku terlalu pantas,sebaik sahaja dia keluar dari cab,dia terdengar bunyi letupan sebelum dia terasa pedih di perutnya.Terlalu pantas sehingga dia tak tahu siapa yang menembaknya.Yang pasti dia terus rebah di situ juga.
Asrul mendapatkan Engku Ahmad yang masih terpinga-pinga.Fatimah dapat melihat Asrul membisikkan sesuatu di telinga Engku Ahmad.Engku Ahmad tiba-tiba berubah muka,sebelum meninggalkannya dengan baju yang berlumuran darah.
Perlahan-lahan bayangan Engku Ahmad hilang apabila dia ditolak masuk ke dalam wad ICU.
Kebenarannya?Hanya dia,suaminya dan Asrul yang tahu betapa kejamnya Engku Mahani di sebalik topeng wajah jelita dan sopannya.Fatimah berharap masa dapat mengubah hati kering wanita itu.
“Ibu..ibu..”
Lamunannya terhenti apabila mendengar suara Zizi memanggilnya.Fatimah sedikit tersentak. “Ada apa,Zizi?”
“Ibu ni..dah banyak kali Zizi panggil.Ni Zizi nak tanya,kasut LV ni susun macam ni,okay tak?”
“Okay.”Jawab Fatimah sepatah sambil melihat Zizi yang bersemangat menyusun hantaran adiknya.Fatimah memegang tangan anaknya. “Zizi pernah jumpa nenek?”
“Tak.Dia pun bukan nak jumpa Zizi.”Jawab Zizi selamba.Dalam hatinya cemburu juga kerana nenek yang tak pernah diketahuinya melebihkan adiknya.
Fatimah memikir-mikirkan sesuatu.(Apa rancangan Mak Engku kali ni?Kenapa dia terlalu rapat dengan Akim?)
*****
Aishah memandu keretanya sambil menguap.Letih yang amat sangat menyusuri lebuhraya .Kereta buruk yang pernah dipakai Akim itu dipenuhi dengan barang hantaran peminangan.Kereta yang baru diambilnya dari bengkel.Kereta yang penuh nilai sentimental buat Aishah.
Terpaksa dia pulang ke kampung untuk urusan pertunangan mereka.Tinggal dua hari lagi masanya untuk melangsungkan pertunangannya dengan Akim Sebagai anak sulung,Aishah sudah biasa berdikari dalam apa segala hal.Telefon bimbitnya berbunyi-bunyi mendendangkan lagu ‘Unforgiven’.
“Hello..”
“Ka..kak..cepat balik!Ayah..ayah..ce..pat..”
Panggilan telefon terputus secara tiba-tiba.Hati Aishah berdegup kencang mendengar suara adiknya yang terketar-ketar.
Kereta buruk itu meluncur laju melebihi had kelajuan yang ditetapkan.Fikiran Aishah mula membayangkan perkara-perkara buruk.
*****
Aishah sampai di rumahnya hampir tengah malam.Lampu keretanya menyoroti rumah separuh batu dan bata.Perasaannya sedikit bercelaru.
Aishah berlari masuk meluru ke dalam rumahnya.Dia tergamam melihat ayahnya yang terbaring dengan lebam dan bengkak di mukanya.Ibunya di sebelah berteleku dengan muka yang muram dan mata yang bengkak seperti baru lepas menangis.Adik lelakinya yang baru berusia 10 tahun memandangnya yang masih tercegat di muka pintu.
Ada orang pukul ayah.”Sebaris ayat keluar dari mulut adiknya,Haziq.Aishah mencium tangan ayah dan ibunya.Perasaan hiba melihat ayahnya tidak dapat ditahan.Dia mula menangis teresak-esak.
“Apa..apa..jadi ayah?”
Ayahnya tidak menjawab.Hanya air mata yang mengalir di pipinya.
“Along..”Ibunya menjawab perlahan.Air mata yang mengalir dikesat di hujung bajunya.
“Along?Ayah…hutang apa..ibu?”Suara Aishah tersekat-sekat.
“Masa Aishah belajar dulu..tapi rasanya semua dah selesai..tiba-tiba dia datang balik minta bunga berkali-kali ganda..”Ibunya menerang hiba.
“Berapa?”
“Mereka minta 500 ribu..”
“Setengah juta?Gila apa?Diaorang ingat..”
Belum sempat Aishah menghabiskan ayatnya,pintu kayu itu terkuak dengan luas. Pastinya setelah ditendang dengan kuat.Aishah tergamam melihat tiga orang lelaki berdiri di hadapannya.Seorang lelaki Cina dan dua orang lelaki Melayu.
“Roslan..bila lu mau bayar?Lu mau mati ka?”Lelaki Cina itu tiba-tiba membentak sambil mengeluarkan parang yang panjang dan tajam dari sisi pinggangnya.
“Pagi tadi kau datang..malam pun kau datang!”Jerit Fauziah separuh gila.
“Perempuan!Lu diam!”Lelaki Cina itu menolak ibunya ke tepi.Aishah tersentak melihat kejadian itu.Haziq cuba menggigit lengan lelaki itu tetapi dia juga ditolak ke dinding.Dua orang lelaki Melayu yang mungkin kuncunya mengheret Roslan yang sedang berbaring keluar dari rumah tanpa belas kasihan.Aishah terus mendapatkan lelaki Cina itu.Kaki lelaki cina itu dipegangnya dengan erat.
“Lepaskan ayah saya!Tolong lepaskan..saya akan selesaikan hutang kamu..tolong..tolong..”Pinta Aishah sambil menangis.Terketar-ketar.
Lelaki Cina itu menunjukkan tanda berhenti kepada kuncu-kuncunya.Kedua lelaki itu mengikut seperti robot.Roslan dicampak semula ke dalam rumah seperti sampah yang tidak berguna.Lelaki Cina itu tersenyum sambil memegang dagu Aishah.
“Amoi,kalau tak pasal lu,gua dah lama kerat bapak lu!Lu pegang janji lu!Besok!”Tangan kasarnya menolak wajah Aishah sehingga tersembam ke lantai.
Ketiga-tiga lelaki itu keluar dari rumah keluarga malang itu.Lampu jiran sebelah yang sebelumnya cerah menjadi kelam.Mungkin tidak mahu masuk campur atau sudah hilang nilai perikemanusiaan?Membiarkan yang lemah terus ditindas.
Dari jauh Engku Mahani menaikkan cermin keretanya.Wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa ekspressi tentang apa yang dilihatnya.Hatinya kering,sekering daun tua yang gugur dari pokok.Dipetiknya jari meminta Burn memandu kereta.
Malam itu semakin lewat dengan bunyi reriang menyanyi-nyanyi seolah-olah tidak memahami apa yang berlaku.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries