Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

6:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
16 July 2009 | 9:45 AM | 0 comments
Sesekali terdengar ayahnya mengerang kesakitan di bilik sebelah.Pedih dan merintih.Sudah cukup untuk membuat Aishah pilu dan ngilu.Matanya langsung tidak dapat dipejamkan.Apakan tidak,air matanya tidak berhenti-henti mengalir di pipi.Sendunya cuba ditahan di dalam hati.Bimbang jika mengejutkan Haziq yang tidur keletihan di bawah.Jari-jemarinya mengusap kepala adiknya yang sedikit benjol akibat ditolak ke dinding.
(500 ribu?Mana aku nak cari?Pinjam pada Pak Long?Tak mungkin!)
Sedangkan Akim pun tak tahu apa yang berlaku,masakan dia mahu pinjam wang daripada Pak Longnya.
Lamunan Aishah terhenti apabila mendengar bunyi SMS berdesing di telinganya.
SAYA ADA DI LUAR RUMAH KAMU SEKARANG.JUMPA SAYA.-ENGKU MAHANI.
Aishah memandang jam di dinding.Sudah pukul 1 pagi.Dia bangun dan mencapai sweather Nike yang disangkut di belakang pintu.Berjalan perlahan-lahan dalam kegelapan malam.Bimbang didengar ibu dan bapanya.Hatinya pula masih tertanya-tanya.
(Apa yang dimahu Mak Engku?)
*****
Boom boom boom, now
Boom boom boom, now
Boom boom pow
Boom boom
Suara Will i.am dan Fergie memenuhi ruang pejabat yang serba moden.Sistem bunyi dolby digital surround memenuhi setiap penjuru seperti di dalam disko.
Matanya yang tajam menyorot pandangan ke arah pembantu peribadinya yang berlari-lari mendapatkannya.Aweera mencebik bibirnya.(Dia ni tak berlari tak boleh ke?Macam kartun Scooby Doo).
“Boss.”Lelaki itu membisik sesuatu ke telinga Aweera.Dia kemudiannya menyerahkan beberapa keping gambar dan fail.Aweera memandangkan gambar-gambar dan isi kandungan fail yang telah disalin cetak sambil menggelengkan kepalanya.
“Dahsyatnya plan nenek kebayan ni..ish,ish.Tak takut neraka ke?”Aweera memandang pembantu peribadinya sambil tersenyum.”Tak pe,kita biar dia menari tango dulu…biar dia dengan glorious moment dia.”
Fail itu dibaling ke atas mejanya.
“Ringgo,kes yang 1983 tu kau dah check?”
“Dalam proses,boss.Dulu mana ada simpan dalam hard disk..semua hard copy.Hard copy semua dah dimakan lipas”Ringgo tersengih-sengih.
“Banyaklah cikadak kau..okey,kalau boleh,cepat sikit..okeh?”Aweera memandang tepat ke mata Ringgo.Sedikit berbulu hatinya.(Ringgo konon..nama Rahman Soud..Ringgo..ceh!)
Gambar potret Engku Mokhzani dan Engku Mahani yang menghiasi dinding pejabatnya direnung.(Kau tak kenal lagi siapa Aweera?Bukan budak kecil hingusan macam dulu.Dasar nenek kebayan!).
I'm so 3008
You so 2000 and late
I got that boom, boom, boom
That future boom, boom, boom
Let me get it now
Aweera tersenyum mendengar lirik lagu itu.Sesuatu!
*****
Engku Mahani langsung tidak memandang Aishah yang masuk ke dalam keretanya.Jarinya dipetik sebaik sahaja pintu kereta ditutup Aishah.
“Burn,pandu saja mana-mana.”
Seperti robot,Burn hanya mengikut arahan tanpa membantah.Aishah menarik nafasnya dalam-dalam.Dia memandang tepat ke arah wajah Engku Mahani.
“Apa yang Mak Engku mahu?”
“Amboi,berlagak lagi budak hingusan ni.”Engku Mahani tersenyum sinis.Matanya yang bercelak hitam dengan bulu mata palsu yang panjang menyorot tajam ke arah mata Aishah.
“Saya tahu apa yang terjadi.Dalam beg ni ada satu juta,tunai.Saya tak tahu betapa hutang ayah kamu.Tapi atas dasar kasihan,saya boleh bagi kamu pinjam.”
Aishah memandang wajah Engku Mahani dengan seribu kejelekan.Kalau tak fikirkan ayahnya,mahu saja dicakar wajah orang tua sombong di sebelahnya.
“Pinjam?Pastinya bukan percuma.Cagaran apa yang Mak Engku mahu?”Aishah cuba untuk bertenang.
“Haa..macam tu lah,budak baik.Senang saja,saya halalkan duit ni asalkan..”Engku Mahani tersenyum seketika sebelum menyambung kata-katanya yang tergantung. “Asalkan kamu tinggalkan Akim dan..pergi jauh dari hidup dia.”
Kata-kata Engku Mahani seperti meragut jantung Aishah.Berguguran dan jatuh berkecai.Bibirnya diketap geram.
“Berhenti!Berhenti di sini!”
Jerit Aishah menyebabkan Burn menekan brake secara mengejut.Aishah membuka pintu kereta itu seluas-luasnya.
“Mak Engku,jangan fikir harta boleh membeli segala-galanya!”
Pintu kereta mewah itu dihempasnya dengan kuat.Benci betul hatinya bila memikirkan orang tua yang sombong itu.Rumah kata pergi,kubur kata mari pun masih bongkak seperti dunia miliknya seorang.Hatinya terus membebel-bebel sambil meredah kegelapan malam untuk pulang ke rumahnya.Hanya disinari bulan dan bintang.
Engku Mahani hanya tersenyum.Rambutnya yang sedikit memutih dibetulkan sanggulnya.
(Akan sampai nanti masanya..ludah itu akan dijilat semula!)
*****
Suasana di Jalan Masjid India masih sibuk seperti biasa.Beberapa orang kanak-kanak Myanmar masih mengambil peluang menarik-narik baju pelanggan restoran yang sedang minum.Akim menghulurkan not 50 menyebabkan budak kecil yang comot itu menyeringai kegembiraan.Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau ingat tak kita selalu lepak kat sini masa lepas SPM dulu?”
“Mestilah ingat.”Akim meneguk teh tarik yang masih berbuih.
Hafiz menepuk bahu kawan baiknya.
“Dan esok,Aishah akan menjadi tunang kau.”
Akim memandang wajah Hafiz.Ada satu emosi terpendam di sebalik kata-kata Hafiz.Dia memahami.Ada juga rasa cemburu.Mungkin Hafiz masih mengingati Aishah.Tapi Akim cuba memikirkan perkara yang positif.Sudah tentu Aishah bukan saja bertakhta di hatinya.Orang yang comel dan baik seperti kekasihnya bisa bertakhta di hati sesiapa sahaja.
“Ya.Aku pun tak sangka,esok dia akan menjadi tunang aku.Kau taulah kitaorang kan?Berdarah jugak aku nak mendapatkan dia.”Akim ketawa kecil mengingat peristiwa pahit manis antaranya dan Aishah.
“Akim,kau janji dengan aku.”Hafiz memandang tepat ke mata Akim. “Kau janji akan setia dengan dia,jangan sakiti hati dia,kahwin dengan dia dan dapat anak yang semuanya comel macam dia.”
“Amboi,kalau anak-anak kitaorang nanti ikut muka aku?’
“Tak nak ah..karang anak-anak kau semuanya cepat naik angin.”
“Hahaha..banyaklah kau.”Akim ketawa besar mendengar kata-kata Hafiz.(Dia ingat aku kepala angin ke apa?).
Hafiz menyambut tawa besar rakannya.
Jauh di sudut hatinya dia cuba bahagia untuk Aishah.Walaupun wajah Mila dan Sherrina silih berganti di dalam mindanya tapi dalam hatinya masih tersemat wajah itu.Masih lagi buat masa ini.
*****
Aishah memintal-mintal rantai berloket AA yang masih dipakainya.Fikirannya betul-betul buntu memikirkan penyelesaian masalah ayahnya.Haziq baru saja menaiki bas sekolah.Adiknya masih semangat hendak ke sekolah walaupun masih trauma dengan kejadian semalam.
“Kesian,kakak.”Fauziah mengesat air matanya dengan hujung baju kurungnya.Aishah memeluk ibunya.
“Emak,jangan..jangan menangis.”
“Esok kan Mak Long dan Pak Long datang untuk rombongan meminang.Satu benda pun kita tak buat lagi.Ayah pula..”
“Emak..Aishah lebih pentingkan ayah lagi..kita akan selesaikan..percaya..percaya cakap Aishah,emak.”Walaupun tenang,suaranya masih kedengaran tersekat-sekat.
Prangggg!
Bunyi kaca pecah mematikan perbualan kedua beranak itu.Mereka saling memandang.
“Ayah?Emak,ayah..”Aishah terus berlari ke ruang tamu bersama ibunya.Dia tergamam melihat tiga orang lelaki semalam sudah berada di ruang tamunya.Serpihan kaca daripada pasu bunga memenuhi lantai.
Lelaki Cina itu berdiri sambil memijak kepala ayahnya.Satu pemandangan yang menyesakkan nafas.Jelik dan memualkan.
“Korang ni kenapa?Binatang ke?”Jerit Aishah sambil mendapatkan ayahnya.
“Binatang?Lu gila ke talak tau beza binatang sama manusia?Lu nak kita betul-betul jadi binatang?Ini binatang!”Kasut botnya bertalu-talu menyepak kepala Roslan yang separuh lembik.Percikan darah dari kepala Roslan memercik di muka Aishah.Dia tergamam.
Fauziah menjerit seperti orang gila sebelum dirinya yang sediakala lemah rebah tidak bermaya.
“Aku akan bayar lah!Aku bayar!”Jerit Aishah ke muka lelaki itu.
“Gua nak sekarang!”Lelaki itu menjerkahnya kembali.
“Kau gila ke?Mana aku nak cari duit sekarang!”
“Oh..talak duit ke?Kesian gila.Apa kata kalau gua kerat jari bapak lu satu-satu macam lobak merah?”Lelaki Cina itu menolak Aishah ke dinding.Kakinya ditonyoh kuat ke kepala Roslan.Parang di belakangnya ditarik keluar sebelum hayunannya diangkat tinggi.
Aishah dalam keadaan separuh sedar setelah dahinya berbenjol akibat terhantuk ke dinding.Darah pekat mengalir membasahi dahinya.Dalam keadaan samar-samar,dia dapat melihat hayunan parang yang menghampiri jari ayahnya.
“Aku bayar sekarang!”Aishah menjerit serentak dengan parang itu terpacak ke lantai kayu.Terpacak tak sampai seinci dari jari Roslan.
Darah pekat terus mengalir membasahi sehingga ke pipinya.Rantai berloket AA itu digenggamnya erat-erat.Bayangan wajah tiga lelaki yang tersengih di hadapannya memualkan Aishah.
Ayahnya terbaring lemah dan tidak bermaya.Mukanya membengkak dan berlumuran darah.
Hatinya ngilu.Air matanya berjujuran bercampur dengan darah yang mengalir.Rantai berloket AA masih digenggamnya.Aishah merangkak-rangkak menghampiri ayahnya.Dia berbisik perlahan.
“Aishah…akan selamatkan…ayah..”
Rantai itu direntapnya.Loket berbentuk AA jatuh ke lantai.Berpusing-pusing sebelum berhenti dan jatuh membatu.
*****
Gelas teh tarik yang sudah kosong berderai jatuh ke lantai.Kacanya memercik sehingga menyucuk kaki Akim yang hanya bercapal.
“Kau kenapa?”Hafiz memandang kehairanan ke arah Akim.Akim tidak menjawab.Kaca kecil yang menusuk ibu jarinya dicabut.Ada sedikit darah di hujung ibu jarinya.
“Tak ada apa,aku terlepas gelas.”
Mamak yang berbaju putih itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menyapu serpihan kaca yang bertaburan.
Akim terasa jantungnya berdebar-debar.Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia berasa sedemikian.Dahinya dipenuhi dengan percikan peluh.
“Hafiz,kita balik.”
“Okay,jom.”Hafiz masih kehairanan melihat tingkah Akim yang Nampak gelabah dan sedikit celaru.
*****
Aishah memegang jari ayahnya.Dikucup jari-jemari itu bertalu-talu.Air matanya mengalir laju.Dadanya berombak-ombak menahan sendu.Diusapnya rambut ayahnya yang kaku tidak sedarkan diri.Dahi ayahnya dicium bertalu-talu.
Aishah bangun dan keluar dari wad.Di luar hospital sebuah kereta Chevrolet mewah berwarna hitam menunggunya.
Tingkap kereta dibuka.Engku Mahani tersenyum memandang keadaan Aishah yang lemah.Dahinya berbalut.Mukanya pula pucat lesi seperti mayat hidup.(Budak sombong semalam sudah menjadi seperti ayam putih yang sakit).
“Mereka takkan ganggu ayah kau lagi”Engku Mahani memandang kembali ke hadapan.Tidak langsung memandang Aishah.
“Terima kasih..Mak Engku..”Aishah mengangguk lemah.Dia memusing ke kanan untuk meneruskan perjalanan.Maruahnya terasa hilang.
“Aishah,ingat janji kamu!”Engku Mahani separuh menjerit.Cermin kereta itu perlahan-lahan naik ke atas.Aishah berpatah balik dan mengetuk cermin yang sudah tertutup.Perlahan-lahan cermin kereta itu diturunkan.
“Kenapa?Kenapa Mak Engku benci saya?”Ada sendu di hujung pertanyaan itu.
“Aishah..Aishah..”Engku Mahani menggelengkan kepalanya.Dia tersenyum sinis. “Sayangnya,kamu keturunan Fatimah.Aku benci seluruh keturunan Fatimah.”
Cermin kereta itu ditutup semula.Kereta Chevrolet itu bergerak perlahan meninggalkan Aishah yang masih berdiri kaku di situ.
Aishah masih berdiri lagi.Hatinya kosong.Air matanya juga sudah kering.Sesaat kemudian dia bergerak lemah menuju ke tempat parkir kereta di hadapan pagar hospital.
Langkahnya terhenti di hadapan pondok telefon.Tangannya dimasukkan ke saku seluar denim biru tuanya.Mencari-cari syiling.Keliru dan tidak keruan.Nombor-nombor di dada telefon awam ditekan lemah.
(Maafkan Aishah…Akim,maafkan Aishah..)
Wajah Akim yang tersenyum manis berlegar-legar di mindanya.Kenakalannya dan gurau sendanya berputar-putar seperti skrin wayang di kepala Aishah.
Si dia
Janji berpadu ku berikan
Jangan janji keliru yang jadi kenangan
Si dia
Wajahmu umpama rembulan
Yang memancar sinar gemilang di alam
Bila bulan mengambang di pantai
Ombak berderai
Dengan itu juga lara datang
Menyerang kalbuku
Si dia
Wajahmu tak dapat ku lupa
Mungkin kalau ada jodoh kita tak ke mana…




CREDIT:BOOM BOOM BOOM(BLACK EYED PEAS)&SI DIA(ALLAHYARHAMAH RAFEAH BUANG)

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries