Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

7:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
16 July 2009 | 11:41 AM | 0 comments
Suasana di rumah Encik Ramli agak meriah dengan persiapan rombongan meminang Aishah.Fatimah dan Ramli sibuk menyusun barang-barang hantaran buat kali terakhir.Hafiz dan Mila cuba membantu apa yang patut.Zizi pula sibuk menyiapkan sampin suaminya.
“Macam dia pulak yang nak kahwin.”
“Ish..kalau awak izinkan,seribu kali saya sudi.”Yazid tersengih.Menggatal sebaik mungkin di hari bersejarah adik iparnya.
“Kahwin le kalau rasa ada orang lain yang boleh layan kesengalan awak.”Zizi mencebik bibirnya.Merajuk.
“Senang kata,awak seorang pun saya dah sejuta kali sudi.”
Akim sekadar memerhati gurau senda kakak dan abang iparnya.(Hmm…nak jugak si Yazid ni berbini lain!).Akim merasa sedikit kekurangan tanpa kehadiran neneknya.Kata neneknya ada urusan perniagaan yang tak boleh ditangguhkan.
Bunyi deringan telefon memekik-mekik menambah kekalutan.Bibik berlari-lari mendapatkan telefon.Sesaat seketika mukanya berubah.Gagang telefon diletakkan.Dia berlari-lari mendapatkan Fatimah.Muka Fatimah berubah pucat mendengar bisikan bibik.
Zizi dan Yazid saling berpandangan.Ramli juga terdiam memandang isterinya.Hafiz,Mila dan beberapa kenalan lain mematikan perbualan masing-masing.Akim mendapatkan ibunya yang berdiri tegak dan kaku seolah-olah menerima berita yang dahsyat.
“Ibu..kenapa?”Akim kerisauan melihat tingkah ibunya.
“Aishah..dia kata jangan datang..dan..dia..dia tak nak jumpa Akim lagi..”Fatimah memandang sayu kepada anaknya.
Akim terasa lututnya lembik.Tanpa disedari dia terduduk dengan kaki yang menggeletar.Hafiz mendapatkan rakannya yang kelihatan terkejut dan trauma.
“Ya Allah,Akim..mengucap..sabar..”Hafiz cuba menenangkan Akim yang masih menggigil dan menggeletar.Suasana agak kecoh.Zizi menangis tidak keruan melihat keadaan adiknya.Terpaksa pula dipujuk Yazid.Ramli terdiam seribu bahasa.
Akim?Akim keliru.Pelbagai perasaan berbaur di dalam hatinya.
Sedih,marah,bengang dan kecewa.
(Gurauan apa pulak kali ini Aishah?)
******
Malam itu hanya dihiasi cengkerik yang berirama sesama mereka.Sesekali kedengaran bunyi katak bersahutan selepas hujan lebat senja tadi.
Suasana sunyi dan sepi.Haziq meniarap sambil menyiapkan kerja rumahnya.Fauziah tersandar membisu memandang lampu kalimantang yang dihinggapi satu koloni kelkatu.Aishah sekadar memandang barangan majlis pertunangan untuk Akim yang tak tersentuh.Playstation 3 itu kemungkinan besar diberi saja kepada Haziq.
Telefon bimbitnya langsung dimatikan.Setidak-tidaknya mala mini dia lebih tenang daripada melihat kesakitan ayahnya yang diseksa kumpulan ah long yang tak berhati perut.
Aishah bangun untuk menutup lampu di luar rumahnya.Langkahnya terhenti apabila melihat sesusuk tubuh tinggi lampai berdiri kaku di luar rumahnya.
Aishah menghela nafasnya.Daun pintu dibuka dan dia menuju ke arah tubuh yang tidak bergerak itu.
“Kenapa?”Aishah cuba menahan kesedihannya.Tidak memandang lelaki di hadapannya.
“Kenapa?Akim drive kereta macam orang gila dari KL sampai Johor..sayang tanya kenapa?”Akim tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dari poket jaketnya.“Cincin?Cincin ni Akim nak buat apa dengan cincin ni?”
Aishah tidak menjawab.Sememangnya dia mati akal untuk menjawab pertanyaan Akim.Dia sekadar menunduk ke bawah.
“Kenapa dengan dahi sayang?”Akim melihat balutan di dahi Aishah dengan kehairanan.
“Tak de apa,Aishah terjatuh.Akim baliklah.Antara kita dah tak ada apa-apa.”
“Apa maksud sayang?Lawak gila amenda nih?”Akim memohon pengertian.Dia bertambah celaru melihat wajah Aishah yang dingin dan membeku.
“Tolonglah Akim..baliklah.Jangan panggil sayang-sayang lagi.Baliklah Akim.”Aishah menarik Akim ke arah keretanya.Cuba memaksa Akim untuk pulang.Akim menepis tangan Aishah.
“Akim tahu..mesti pasal datuk tu kan?Sayang dah gilakan datuk tu?”
“Memang!Memang Aishah gilakan datuk tu!Ada masalah?”Aishah membulatkan matanya.Hakikatnya dia sendiri tak tahu datuk mana yang dimaksudkan Akim. “Tak payah lagi panggil sayang..baliklah Akim.”
“Aku benci kau!Dasar perempuan gila harta!”
“Memang Aishah gila harta..Akim apa ada?Harap harta nenek dan pak long sahaja!Langsung tak tahu berdikari!Pergi..Akim..baliklah..balik..”Suara Aishah semakin lemah.Loket AA dikeluarkan dari seluar denimnya.Loket itu diletakkan di atas tangan Akim.Akim bertambah keliru.
Aishah memusing ke belakang tanpa mempedulikan Akim.Akim berdiri kaku di situ melihat Aishah masuk kembali ke dalam rumahnya dan mengunci pintu.
Seperti dirasuk sesuatu,Akim mengetuk-ngetuk pintu rumah Aishah.
“Aishah!Aishah!Aishah!Aishah..”Ketukannya makin lemah dan dia tersandar di daun pintu.Air matanya mengalir tanpa dipinta.Air mata seorang lelaki. Meracau lemah.“Echah…Echah..Echah..Akim minta maaf kalau Akim buat salah..Echah..Chah..Chah..”
Aishah menahan sebaknya di sebalik pintu.Disentuhnya pintu itu seolah-olah seperti menyentuh Akim di sebalik sana.Jarinya digigit untuk menahan sendunya dari berbunyi.Aishah menangis di dalam hati.
♪Ku cari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar

Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia
Tercalar purnama turut sama menjadi kan saksi
Luka cinta ku yang tak berhenti

Malam yang ku dakap mengerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai
Harumnya bunga cinta dibasahi hujan
Sebaknya di hati ku tangisan

Kusimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya kehampaan

Begitulah aku kau persia di pandangan mata
Setelah kian lama dalam dakapan cinta
Patahlah sayapnya malam yang penuh dengan sengsara
Bagai diriku yang kau perdaya♫
*****
Kuala Lumpur dilanda hujan lagi petang ini.Selebat sendu di hati Aishah barangkali.Aishah menarik nafasnya sambil mengesat air jernih yang sedikit tertumpah dari matanya.
Hafiz dan Mila terdiam mendengar penjelasan Aishah.Suasana di balkoni apartment Mila dan Aishah dingin sedingin cuaca di luar sana.
“Mila dah agak..nenek tu memang sesuatu.Jahatnya dia.Tua-tua ni buatlah amal ibadat.Bukannya nak meruntuhkan masjid yang belum dibina.”
Aishah hanya terdiam.Sudah 2 hari dia pulang ke Kuala Lumpur.Sepenuh kekuatan dikumpul untuk menceritakan segalanya kepada Mila dan Hafiz.
“Tapi..kenapa Aishah tak bagitau Akim perkara yang sebenarnya?”Hafiz memandang Aishah dengan rasa simpati.
“Aishah dah terhutang budi dengan Mak Engku..ya,macam kata Mila,dia mungkin manusia jahat.Tapi apa akan jadi pada ayah Aishah kalau tak ada dia?’
“Betul jugak,Hafiz nak tolong pun..Hafiz agak broke sekarang.”Hafiz mengeluh kecil.Aishah memandang Mila.
“Hafiz sekarang tinggal di luar.Aishah tahu sajalah Datin Hajar.”Mila memberi penjelasan.
“Macam-macam kan terjadi?Benda yang kita tak duga.”Aishah cuba tersenyum.Menenangkan hati sendiri.
“Tapi,Aishah memang tabah..kalau Mila,tak tahulah.”
“Aishah pun tak tahu macam mana Aishah mendapat kesabaran sampai tahap ni.”
“Jadi,Aishah tekad nak tinggalkan Akim?”Celah Hafiz.
“Akim dan KL..dan semua kenangan antara dia dan Aishah.”Aishah menguntumkan senyuman dalam kesedihan.Dia menyerahkan kunci kereta Nissan Akim pada Hafiz.
“Harap korang akan sentiasa ingatkan Aishah..”
“Aishah..”Mila memeluknya sambil menangis tersedu-sedu.Aishah cuba menahan air matanya. “Mila janganlah nangis,nanti Aishah pun nangis.”
“Korang ni janganlah..nanti Hafiz pun nangis sama.”Hafiz cuba menahan sebak di dadanya.(Gua kan mamat sensitif).
“Alah..Aishah janji akan sentiasa keep in touch ngan korang berdua.Cuma..jangan bagitau Akim..biarlah dia benci Aishah..mungkin itu jalan yang terbaik.”Aishah mengesatkan air matanya dan juga air mata Mila.
“Okey,janji?”Aishah mengangkat tapak tangan kanannya seperti bersumpah.
“Janji..”Jawab Hafiz dan Mila serentak sambil mengangkat tapak tangan kanan mereka.
*****
Bola skuasy itu bertalu-talu memukul dinding.Seolah-olah melepaskan geram dan amarah kepada dinding itu.
“Arghh!Arghh!Arghhh!”
Raket skuasy itu dibalingnya sehingga melantun dari dinding ke belakang.Akim terduduk lemah di tengah gelanggang.Peluhnya mengalir seiring dengan air matanya.Dia mendongak apabila terasa rambutnya diusap.
“Masih marah?”Engku Mahani menghulurkan tuala kecil dan sebotol air mineral kepada Akim.
Akim mengambil tuala kecil itu dan mengelap mukanya.Pertanyaan Engku Mahani tidak dijawab.
“Banyak lagi perempuan lain,Akim.”
“Nenek,Akim tak peduli perempuan lain.”Akim memandang tepat ke mata Engku Mahani.Ada air mata yang bergenang di matanya. “Akim sayangkan dia.”
“Tapi,dia sayangkan Akim ke?”Engku Mahani tersenyum sinis. “Akim tak perlu menangis atau kecewa untuk perempuan seperti dia.Perempuan yang tak pernah menghargai kasih sayang Akim.”
Akim terdiam.Pandangannya jauh merenung ke hadapan.Seolah-olah menembusi dinding skuasy itu.Mencari-cari wajah kesayangannya.
“Nenek mahu Akim bangun daripada kelukaan ini.Perempuan?Akim boleh jumpa yang lebih baik dan bagus.Nenek percaya cucu nenek boleh bangun semula.Keturunan Engku Mokhzani tak pernah kalah.”
Engku Mahani menepuk bahu Akim sebelum berlalu pergi.Air mineral itu diteguk Akim sehingga habis.Akim mengesat peluh di dahinya.Botol yang kosong itu dicampak ke dinding.
“Aku benci kau Aishah!”
Pedih hati Akim melafazkan kebencian itu.Sedangkan hakikatnya dia tahu,mana mungkin bisa dia bencikan Aishah?
*****
Aishah berdiri di hadapan Ramli.Sampul coklat berisi surat meletak jawatan di hulurkan kepada Ramli.
“Pak Long..Aishah..”
“Pak Long sayangkan Aishah..”Ramli memeluk anak saudaranya dengan rasa hiba. “Mak Long dan semua tetap dan masih sayangkan Aishah.”
“Pak Long..”Aishah tidak dapat menahan sebak.Dia menangis tersedu-sedan lalu mencium tangan Ramli. “Maafkan saya Pak Long..maafkan Aishah..”
Aishah pantas keluar dari pejabat Ramli.Dia berlari-lari keluar dengan tangisan yang bertali arus.Langkahnya terhenti apabila bertembung dengan Datuk Azis di luar pejabat.Datuk Azis memandangnya dari atas ke bawah.Hairan melihat Aishah berjaket jeans dan menggalas beg besar yang saiznya separuh daripada badannya.
“Aishah nak ke mana?”
“Saya nak ke KL Sentral..datuk..”Aishah mengesat air matanya.
Datuk Azis memegang lengannya.
“Mari saya hantar.”
Aishah sekadar menuruti tanpa membantah.
*****
Seperti biasa,orang ramai berpusu-pusu memenuhi KL Sentral.Walaupun tak seramai hari minggu,tapi masih ada insan-insan yang ingin meninggalkan Kuala Lumpur pada malam itu.
“Awak nak ke mana?”
“Entahlah datuk..saya ikut kaki saja.”
“Okay..jaga diri awak baik-baik.”
“Terima kasih datuk..saya akan sentiasa ingat datuk.Datuk mengingatkan saya pada ayah saya.”Aishah tersenyum manis sambil berjabat tangan dengan Datuk Azis.Dia melambai-lambai tangan sebelum berlalu pergi.
“Ayah?”Datuk Azis menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecil.(Padanlah dengan muka kau,Azis!).Dia ketawa terbahak-bahak seorang diri sebelum berlalu pergi.Orang ramai yang sedang lalu-lalang kehairanan melihat kelakuannya.
Datuk Azis terdiam apabila melihat satu kelibat yang dia kenali.(Takkanlah?).
Susuk tubuh yang diamatinya itu akhirnya hilang di celah-celah orang ramai.
*****
Tiket KTMB KL-Padang Besar dimasukkan ke dalam beg galasnya.Inilah pengalaman pertamanya menaiki kereta api.Cuak juga.Malah belum pernah sekalipun dia ke utara tanah air.Seorang diri pulak tu.
Dia memasukkan beg galasnya ke dalam kabin tidur yang disediakan.Tak ramai pula penumpang ke Padang Besar malam ini.
“Oit,cik kak..nih kabin aku okey?”
Aishah merenung jejaka tinggi lampai yang berdiri di hadapannya.Berkulit cerah.Dua batang gigi arnab yang comel menghiasi bibirnya.Aishah mengetap bibirnya.(Muka cute tapi kuwang ajor!).
“Per pulak?Aku dah chartered satu kabin ni.”
“Banyak lah kau.”Lelaki itu membaling beg galasnya ke atas tilam. “Sama ada aku atau kau yang dapat kabin ni.Keluar..keluar..”Lelaki itu mencekak pinggangnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.(Maksiat tul minah ni nak kongsi-kongsi kabin ngan aku).
“Kau lah keluar.”Aishah menjeling.Geram.
“Kau!Kau yang keluar.”Lelaki itu menuding jarinya seinci dari hidung Aishah.
“Eh,Fasha Sandha!”Aishah menunjukkan arah luar kabin.
“Mana?Mana?”Lelaki itu kelihatan teruja sambil keluar dari kabin.
“Nih Fasha Sandha!Hamik!”Aishah membaling beg galas lelaki itu keluar sambil terus mengunci pintu kabin.(Padan muka!).
“Kau memperalatkan Fasha Sandha!”Lelaki itu separuh menjerit.Beg galasnya dipeluk erat.(Bodohlah aku,dengan budak kecik pun kena tipu..Fasha Sandha konon!).
Aishah ketawa kecil dari dalam kabin.(Haha..ada juga manusia naïf macam ni..kat luar jangankan Fasha Sandha..Fasha Sandal pun kau boleh jumpa!).
Tepat jam 9 malam kereta api mula bergerak.Aishah memandang ke luar.Dia terasa haru dan pilu.Air matanya yang mengalir di pipi pantas dikesat.
(Aishah,kuatkan semangat!).




CREDIT LYRIC:MASSA-PATAHNYA SAYAP MALAM

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries