Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

8:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
19 July 2009 | 9:39 AM | 0 comments
Bunyi desiran ombak yang memukul pantai seperti mengalunkan irama lagu menyambut matahari.Bunyi camar laut menambahkan lagi keriuhan siang itu.Aishah menutup sedikit matanya dengan tapak tangan kanannya.Cahaya mentari yang muncul pada pagi itu menyilau pandangan matanya.
“Cantik kan matahari waktu pagi?”Akim duduk di sebelahnya sambil tersenyum senget menampakkan gusinya.Senyuman yang diberikan cukup manis.
“Tak sia-sia kan bangun awal pagi?”Aishah menyelak rambut hadapannya yang menutupi dahinya.Tersenyum kembali kepada Akim.
Akim menepuk tangannya.Aishah sedikit tersentak.Tangan yang ditepuk itu digenggamnya.Tangan kanan yang digenggam itu diletakkan di telinga kanan Aishah.Seperti ahli silap mata,Akim seolah-olah menarik seutas rantai dari telinga Aishah.
“Wow,David Copperfield!”Aishah ketawa manja melihat telatah Akim.Akim memutar-mutarkan loket AA lalu memakaikan rantai itu di leher Aishah.
“Rantai ini sebagai tanda kasih sayang kita berdua.Sayang jaga rantai ini elok-elok tau.”Akim mengusap lembut rambut Aishah.Dia bangun sambil mengundur ke belakang. “Jaga diri sayang baik-baik.Walau di manapun sayang berada..sayang akan sentiasa berada di dalam hati Akim.”
“Sayang!”Aishah sekadar mampu melihat Akim pergi dan hilang dari pandangan matanya.Hilang bersama senyumannya. Dia mula ketakutan dan menangis.
“Sayang..sayang!Akim!Akim!”
Namun Akim terus hilang.
“Akim!!!!!”Aishah terpinga-pinga apabila mendapati dirinya masih tertidur di atas katil.Masih di dalam kereta api.(Ya Allah..aku mimpi rupanya).
“Apa ni?Ngigau nama hakim?Kau ada buat masalah kat mahkamah ke?”
Suara lelaki semalam menjerit di sebalik pintu kabin.Aishah mengeluh kecil.(Sibuk!Ingatkan dah berambus).
Air mata dipipinya dikesat dengan hujung selimut.Rupa-rupanya dia benar-benar menangis di luar mimpinya.Hati Aishah terasa pedih dan ngilu.
“Hello orang dalam?Kau ada masalah ke?”Lelaki di luar masih menjerit.Menambahkan lagi rasa sakit hati Aishah.
Aishah mendiamkan dirinya.Dia tidak dapat menahan sebaknya.Dia hanya mampu menangis tersedu-sedan.Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi.
“Eh..awak kat dalam..eh,jangan menangis.Kalau pasal saya buli awak,saya minta maaf,okay?”Lelaki di luar bersuara lembut.Seolah-olah cuba memujuk.
Aishah masih lagi menangis tersedu-sedu.Seperti orang yang hilang punca.Setelah jauh dari Kuala Lumpur.Dia baru menyedari betapa seksa jiwanya menaggung kehilangan Akim.
“Awak..apapun yang jadi..awak mesti ingat Allah..setiap berlaku pasti ada hikmahnya..okay,awak..?”
Lelaki di luar pintu kabin itu memeluk beg galasnya.Dia tersandar di pintu kabin sambil mendengar tangisan Aishah yang melemahkan jiwa lelakinya.
“Te..rima..kasih..”Aishah cuba mengucapkan terima kasih dengan suara yang tersekat-sekat.
“Sama-sama..”Bisik lelaki itu perlahan-lahan.Aishah masih memeluk patung Winnie The Pooh sambil menangis teresak-esak.
Kereta api terus bergerak menuju ke utara tanah air.
*****
“Akim nak ke mana?”
Fatimah memerhati Akim yang menyimpan pakaiannya dalam bagasi besar.
“Akim nak ke rumah nenek.Mulai sekarang Akim akan tinggal di rumah nenek.”Akim mengambil lagi pakaian dari dalam almari.
“Kenapa?”
“Kenapa?Akim boleh jadi gila kalau tinggal kat sini,ibu.Kiri,kanan,depan,belakang semua mengingatkan Akim pada Aishah.”
Akim menarik dua buah beg besar keluar dari dalam biliknya.Langkahnya terhenti di hadapan pintu biliknya.Tangan dan pipi Fatimah diciumnya.
“Ibu,Akim akan sentiasa hubungi ibu.”
Fatimah tidak menjawab kata-kata anaknya.Dia sekadar mengangguk sambil melihat Akim menuruni tangga.Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi deruman enjin Ferrari dihidupkan dan bunyi itu semakin hilang.
Fatimah sekadar membisu.Dilihatnya kamar Akim yang kosong.Suasana sudah berubah.Zizi tinggal bersama suaminya.Akim juga mengikut jejak kakaknya keluar dari rumah itu.Tinggal bersama neneknya.
Engku Mahani.Nama itu berpusing-pusing di dalam kepala Fatimah.(Apakah Engku Mahani mempunyai kaitan dengan keputusan Aishah?).
Fatimah mengambil kunci keretanya.Dia pasrah dengan destinasi yang ditujuinya.
*****
♪Aku bosan dengan cintamu..aku rasa buang masa..kau selalu mendustakan cintaku..♫
Fikiran Akim masih menerawang.Sukar baginya melupakan Aishah sekelip mata.Bukan sekadar mainan perhubungan itu bagi Akim,niatnya seriusa untuk sehidup semati dengan Aishah.Cinta memerang yang setia pada yang satu.Tapi semua harapannya musnah begitu saja.
“Ya Allah..”Akim cuba mengesat air matanya yang tanpa diminta mengalir begitu saja.Tanpa disedarinya dia hampir melanggar sebuah kereta di hadapannya.Akim cuba menekan brake.Tapi segalanya sudah terlambat.Lamborghini yang disondolnya memasuki parit besar di tepi jalan.
“Oh..habislah!Habislah..papa akan bunuh aku!”
Seorang gadis cantik cuba keluar dari dalam kereta sambil memegang portfolio dari pintu penumpang.Akim keluar dari keretanya dan menarik gadis itu keluar dengan rasa bersalah.
“Opps..sorry..”
Akim berkata sebaik sahaja gadis itu berjaya keluar dari keretanya.Orang ramai sudah mula mengerumuni mereka seperti semut.
“Sorry?What sorry?Apahal dengan kepala lu bro?”
“Relaks aa..nanti saya..hantar kereta cik..”Akim melihat tanda nama yang dipakai gadis itu. “Cik Farah ke bengkel.”
“Masalahnya bukan saja kereta papa saya..tapi saya ada meeting lagi 20 minit..and awak datang macam Schumacher tertinggal brake kat rumah.”
“Sorry..sorry..saya akan hantar awak ke tempat meeting awak..ke mana?”
“Golden Horses.”Farah menjawab pendek sambil menggelengkan kepala.Porfolio itu dipeluknya dengan kemas.
Dengan perasaan bersalah Akim membuka pintu keretanya untuk Farah.
*****
Akim menekan hon keretanya bertalu-talu apabila kereta di hadapannya lambat bergerak setelah lampu isyarat bertukar hijau.
“Sorry..sebenarnya minggu ni macam-macam jadi kat saya.”
“Kenapa?Awak putus tunang ke?”Farah tersenyum sinis memandang Akim.Akim terdiam seketika mendengar pertanyaan Farah.
“Ya..lebih kurang.Sebenarnya,kekasih saya minta putus pada hari pertunangan kami.”
“Sorry..saya tak maksud nak buat joke tadi.”Farah sedikit kesal dengan kata-katanya.(Mulut cabul betul kau!).
“Tak pe..balasan sebab saya langgar kereta awak masuk parit.”Akim cuba tersenyum.Tetapi,sedikit kelat.
“Actually,kereta papa saya.”
“That’s scary.Hopefully papa awak tak bunuh saya.”
Farah ketawa kecil mendengar kenyataan Akim.Ketawanya terhenti apabila melihat seorang pemuda kacak menunggunya di hadapan Golden Horses.
“Err..berhenti sini je..”
Akim memberhentikan keretanya.Dia kehairanan memandang Farah.
“Thanks tumpangkan saya..InsyaAllah..next time kita jumpa lagi.”
“Okay,this is my card.”Akim menghulurkan sekeping kad kepada Farah.Farah pantas memasukkannya ke dalam tas tangan sambil keluar dan melambai-lambaikan tangan.
Akim membalas lambaian tangan itu sambil tersenyum.Dia menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi.Tidak mengerti tentang kekalutan Farah.
“Baby..you lambat 5 minit.Mana kereta you?”Pemuda kacak tadi mencekak pinggangnya menanti kehadiran Farah.
“Adam,I accident okay?”
“Accident?Tak ada luka apa pun?Even I call you pun tak dapat.”
“My handphone in silent mode.Are we gonna argue again?”
“Okay,sorry baby..wakil CEO tengah tunggu.You tentu faham kan betapa pentingnya tender ni untuk business kita.”
“Yes I get it,boo..if we make it,settle the project,you akan propose I.”(Yes,Adam..you mention it a thousand time..will you marry me?I’m so surprise!).
“Okay..baby..sorry again..jom masuk.”Adam menarik tangan Farah.Farah menghembus nafasnya.Melepaskan lelah.
Hubungannya dengan Adam sudah masuk 6 tahun.Sejak dari sekolah menengah lagi.Hubungan yang sentiasa disulami pertengkaran.Ada saja pertengkaran di antara mereka sama ada kecil atau besar.Apatah lagi mereka berkongsi syarikat perniagaan yang sama.Anak syarikat Azis Corperation,Farah-Adam Duo Design.
Kadang-kadang Farah merasakan Adam bukan jodohnya kerana perbezaan pendapat antara mereka.Tapi difikirkan positifnya,mungkin juga itu jodohnya juga kerana alasan yang sama.
Dan kerana itu juga mereka masih kekal berkasih untuk selama 6 tahun.
*****
Engku Mahani tersenyum sinis memandang Fatimah yang berdiri di hadapannya.
“Tetamu yang tak diundang.Hmm..duduklah.”
Fatimah duduk di atas sofa.Engku Mahani meneruskan bacaan New Straits Times tanpa memandang Fatimah.
‘Bonda..”
“Emm..tidak..Mak Engku.Lebih mesra.”Engku Mahani masih lagi tidak memandang Fatimah.Membuka helaian demi helaian suratkhabar.
“Baiklah,Mak Engku.Saya terus kepada tujuan saya.Mak Engku terlibat dalam kes Akim dan Aishah?”
“Ya,ada masalah?”Engku Mahani meletakkan suratkhabar itu di tepi meja.Dia merenung tajam wajah Fatimah.Fatimah sekadar menunduk.Dalam ketar dia cuba berbicara “Mak Engku patut tahu yang Akim sengsara atas tindakan Mak Engku.”
“Siapa kau nak nasihat aku?Perempuan murah yang merampas anak lelaki tunggal aku?Kau nak pula keturunan murah kau terus menguasai keturunan aku?”
“Mak Engku!”Fatimah menjerit sambil memandang wajah bongkak Engku Mahani.Matanya mula berkaca.“Dalam darah Akim dan Zizi,ada darah murah yang Mak Engku sebut.”
“Ya..kau telah mencemar darah keturunan baik-baik aku.Kemudian kau nak menambahkan lagi darah tercemar keturunan kau dengan anak saudara kau pulak.Kau ni kenapa?”
Engku Mahani menunjal dahi Fatimah.Fatimah mengetap bibirnya menahan geram.
“Aku kena selamatkan Akim.Walaupun darah dia dah bercampur dengan darah kotor kau.Dominasinya dia masih keturunan dan waris Engku Mokhzani.Cukup-cukuplah dengan kehadiran kau seorang..tak payahlah kau nak menambah lagi bilangan keturunan kau dalam keluarga aku.Patutnya kau bersyukur dulu aku tak suruh orang tembak kepala kau.”
Engku Mahani terdiam apabila mendengar enjin kereta Ferrari di halaman rumahnya.
“Kalau kau tak nak hilang terus anak kau,baik kau kesat air mata kau.Jijik.”Engku Mahani mencemuh Fatimah yang berusaha mengesat air matanya daripada mengalir deras.
“Nenek..aik,ibu pun ada.”Akim mencium pipi Fatimah dan kemudiannya Engku Mahani.“Akim baru tinggalkan rumah,ibu dah datang.Ibu rindukan Akim?”
“Ibu datang kejap je..ibu dah nak balik.”Fatimah cuba tersenyum.
“Sekejap je Fatimah?Air pun tak tersentuh lagi?”Engku Mahani berpura-pura tersenyum manis sambil memegang tangan Fatimah.
“Tak pe.Akim,ibu pulang dulu.”Fatimah menepuk bahu Akim sambil berlalu keluar.Akim terpinga-pinga melihat kelakuan ibunya.
“Mengapa dengan ibu,nenek?’
“Biasalah..ibu mana yang tak sayang anak kan?Macam nenek sayang ayah kamu.”Engku Mahani membelai mesra rambut cucunya.Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.(Macam-macam hal ibu).
Tidak lama kemudian,Burn masuk sambil membawa beberapa portfolio.
“Mak Engku,ini portfolio syarikat hiasan dalaman yang diterima.Yang lain ini ditolak.”
Burn meletakkan fail-fail keras itu di atas meja.
“Apa tu nenek?”
“Tadi,Burn wakil nenek untuk tender interior design office Akim di Golden Horses”
“Golden Horses?”Akim teringatkan sesuatu.(Farah Lamborghini?)
Akim melihat portfolio syarikat yang diterima.Jacky Design Company.Akim menyemak portfolio yang ditolak.Hampir kesemua portfolio yang ditolak juga bukan milik bumiputera.Kecuali satu.
(Farah-Adam Duo Design.Pemilik syarikat Farah Diana binti Azis dan Adam bin Aizam.).
Akim memandang portfolio itu.Akim rasa Farah patut menerima berita gembira setelah kereta papanya dilanggar olehnya.
*****
Lagu ‘Tujhe Dekha To Ye Jaana Sanaam’ dari filem Shah Rukh Khan,’Dilwale Dulhania Le Jayenge’ kedengaran dari radio kecil seorang peniaga.Hero Bollywood yang seorang ini sangat terkenal di kalangan peniaga Siam Pattani.
Aishah sedikit cuak dan janggal.Sejak pagi tadi dia hanya berpusing-pusing di kawasan stesen kereta api.Beberapa orang peniaga wanita menghampirinya untuk menjual sedikit buah mangga siam.Aishah tersengih-sengih cuba menolak.Wang simpanannya harus digunakan sebaik mungkin walaupun untuk beberapa baht buah mangga.
Sampai pagi tadi,lelaki yang berada di luar kabinnya sudah tiada.Memandangkan dia langsung tak tahu selok-belok di sini,dia harap lelaki yang membulinya tadi boleh membantunya.Sekurang-kurangnya mencari motel murah.
“Cik mai beli cik.Murah saja,tolong la makcik beli mempelam siam ni..sedap makan dengan pulut.”Seorang peniaga cuba meraih simpati Aishah.
“Okaylah..makcik..saya beli.”Aishah mengeluarkan dompet dari beg galasnya.Tiba-tiba,entah muncul dari arah mana seorang lelaki meragut dompetnya sambil berlari pantas.
“Oiii..tolong!Tolong!Peragut!”Aishah menjerit di tengah-tengah orang ramai.Orang ramai yang berada di situ terpinga-pinga sambil cuba mencari peragut yang dimaksudkannya.
Peragut yang memakai baju hijau itu berlari sepantas mungkin apabila melihat Aishah dan beberapa orang lelaki cuba mengejarnya.Di dalam kekalutan itu sebuah but Dr.Cardin melayang dari jauh mengenai kepala lelaki itu.Rebah dan pening dibuatnya.
“Ambik kau!”Seorang lelaki terjengkot-jengkot dengan memakai kasut sebelah.Dia mengambil dompet itu sambil meyepak punggung lelaki itu.
Peragut itu berlari di celah-celah orang ramai.Aishah mendapatkan lelaki itu.Dia memandang lelaki itu dengan wajah kehairanan.
“Awak?”
“Eh,awak?”Lelaki tinggi lampai itu tersenyum. “Awak ni lari dari rumah ke?Macam tak ada tujuan je.Dari pagi tadi kat sini?”
“Ehmm,tak..bukan lari dari rumah..err,kenapa awak lepaskan dia?”Aishah cuba mengalih topik.
“Oh,dia tu budak tempatan.Saya malas nak panjang cerita..”Lelaki itu berkata sambil menghulurkan dompet Aishah.
“Terima kasih..err..encik..”
“Aliff..panggil saya,Aliff.”
“Aliff..thanks dan…emm,sorry pasal semalam.”Aishah sedikit segan dengan sikap kurang sopannya semalam.
“Pasal Fasha Sandha tu ek?Tak pe.Saya pun macam angin sikit semalam.Sorry cik..??”
“Aishah..Aishah je..”
“Okay,Aishah je.”Aliff tersenyum nakal.Aishah sekadar ketawa kecil.“Err..awak ada tempat tinggal ke?”
“Tengah mencari.”
“Okay,saya bawa awak ke satu tempat yang baik punya.”
“Okay,emm..kasut...”Aishah menunjukkan kaki kanan Aliff yang tidak bersepatu.
“A’ah..betul juga.”Alif tersengih-sengih sambil memakai kasutnya.Dia menggalas beg besar Aishah dan keluar dari stesen kereta api.
Mereka menuju ke sebuah jeep Cheerokee lama berwarna merah.
“Sorry,jeep merah buruk aje.Bukan Ferrari merah..hehe..”
Kata-kata Aliff seperti menusuk kalbu Aishah.
(Ferrari merah?Sudah tentu dua perkataaan itu mengingatkannya pada Akim..sukarnya Aishah untuk melupakan Akim).
Suasana di stesen kereta api Padang Besar meriah dan riuh dengan peniaga kecil yang menjual buah-buahan dan barang mainan.Keriuhan itu langsung tidak didengari oleh Aishah yang fikirannya masih melayang-layang di Kuala Lumpur dan..Akim.
Aliff mencuri pandangannya ke arah Aishah.Mahu tidak mahu dia tidak dapat menahan debaran jantungnya yang berdegup kencang.
*****
“I baru dapat panggilan dari Mokhzani’s.Diaorang tolak portfolio kita.You lah punya pasal.Datang lambat.”
Farah mengeluh.(Aku accident,okay?).
“Kalau you datang cepat..at least..”
“Adam,shut up..Farah dah penat bergaduh,okay?”
“So baby..you dah bosan dengan I sekarang?Selalu bila you guna nama maksudnya you tengah marah kat I”
“No,boo..baby tak marah atau bosan.Kalau bosan I dah lama tinggalkan you.”
“Sorry,baby.Cuma you tahu kan,company Engku Mokhzani tu boleh highlight company kita.”Adam memperlahankan sedikit suaranya.Lebih lembut daripada tadi.
“Baby tahu boo.Tapi at least fahamlah yang I nih manusia.You tak bolehlah asyik-asyik nak marah I.”
“I’m sorry baby.”Adam menghela nafasnya.Mencari ketenangan.“Okay..jom,balik.”
Adam menarik tangan Farah.Tapi pegangan tangan itu dilepaskan.
“You baliklah dulu,nanti I balik.”
“Okay,take care”Adam membelai rambut Farah.Dia mengeluh perlahan sambil menyusun langkah keluar.
Farah terduduk di kerusinya.Hari yang memenatkan.Sudahlah kereta papanya menghuni di bengkel.Portfolio yang diusaha berbulan-bulan itu pulak ditolak begitu saja.
Tuk!Tuk!
Farah tersentak apabila mendengar ketukan di pintu pejabatnya.Farah bingkas bangun lalu membuka pintu.
“Boo,you nak apa lagi?Eh..”
Farah terkejut melihat lelaki yang melanggar kereta papanya.
“Okay..I believe I’m not you boo.”Akim tersenyum sambil menunjukkan portfolio syarikat Farah.
“Eh,ni portfolio I?”Bertambah lagi kejutan buat Farah.Dia membulatkan matanya kepada Akim.
“At least,bagi saya duduk.”
Akim tersenyum sambil duduk di atas sofa.Walaupun tak dijemput Farah.
“Saya Afiq Hakim.COO Mokhzani’s Shipping Company.Saya datang pasal portfolio company awak.”
(COO?).Farah membuka tas tangannya dan mengambil kad nama yang diberi Akim.(COO?Kenapalah aku tak bagi terus portfolio kat dia tadi?Slow la kau Farah!).Akim sekadar memandang tingkah Farah.
“Encik Afiq Hakim,saya dah tau portfolio kami ditolak.”Farah cuba untuk tersenyum.(Walaupun..).
“Tak..kami terima portfolio ni.Dan kami bagi tender untuk company Cik Farah.”
“Tak pe lah,encik ..saya faham..apa?Syarikat encik bagi tender untuk kami?”Farah terpinga-pinga.Akim menggangguk tanda ya.
Farah terasa lidahnya kelu.Dia terlalu gembira sehingga tidak mampu berkata apa-apa.Tetapi riak wajahnya cukup girang.
“Okay..rasanya awak patut belanja saya cendol.”Akim cuba menenangkan Farah yang seolah-olahnya dikunci mulut.
“Cendol?Okay..ada gerai cendol yang best kat bawah.”Farah mendapatkan briefcase Louis Vuitton sambil membuka pintu pejabatnya.
“Saya rasa awak amat bersyukur yang saya langgar kereta papa awak.”
Farah ketawa kecil sambil membawa Akim menuju ke lif.
Akim memandang logo LV di briefcase Farah.Jenama yang menjadi kegemaran Aishah.Nama itu masih tertanam lagi di hatinya.Sukar untuk membenci walaupun rasa benci itu sesekali muncul.


CREDIT LYRIC:BENGANG(AKIM AF7)

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries