Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

9:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
23 July 2009 | 9:35 AM | 0 comments
Fatimah masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang longlai.Walaupun tahun silih berganti,dendam Engku Mahani terhadapnya tidak pudar.Malangnya,Aishah yang tidak berdosa pula menjadi galang gantinya.
Dia terdiam seketika.Matanya tidak berkelip memandang dinding.Sesaat kemudian air matanya berhambur keluar.Terkeluar segala duka,kekecewaan dan kemarahannya kepada Engku Mahani.
“Fatimah.”
Ramli mendapatkan isterinya yang kelihatan sungguh lemah dan tidak berdaya.Fatimah tidak berkata apa-apa.Dia menangis tersedu-sedu di bahu suaminya.
“Bonda?”Ramli memohon kepastian.Fatimah menggelengkan kepalanya.Dia sudah kehilangan Aishah,dia tidak mahu pula kehilangan Akim dengan membongkar pengkhianatan Engku Mahani kepada suaminya atau siapa sahaja.
Dadanya berombak-ombak menahan sendu dan kelukaan.
*****
Aishah terpegun melihat beberapa ekor rusa berkejar-kejaran di sebuah ladang rusa yang kecil.Di sebelahnya terdapat pula taman yang memuatkan beberapa ekor burung unta.Seorang lelaki tua di situ mengangkat tangan kepada Aliff.Aliff membunyikan hon sambil mengangkat tangannya.
“Okay..kita dah sampai.”Aliff memberhentikan keretanya di sebuah banglo dua tingkat yang tertera nama ‘AA’s Homestay’.
“AA?”Aishah bersuara perlahan.Degupan jantungnya terasa berdegup kencang.Fikirannya mulai menerawang kembali pada senyuman manis Akim.
“Aishah?”Aliff memetik jarinya.Menghentikan lamunan Aishah.Aliff tersenyum melihat Aishah yang tersentak.“Jom,masuk..”
“Aliff.”Aishah menahan Aliff yang cuba mengambil bagasinya.Aliff mengerdip matanya.Tidak memahami.
“Saya tak nak tinggal satu rumah dengan awak.”Mata bulat Aishah kelihatan jernih dan berkaca.Kecut.
“Ha!Ha!Ha!”Aliff ketawa besar sehingga mengeluarkan air matanya.Aishah geram melihat tingkah Aliff.(Eh,dia ni..).
“Adoi..sakit perut..okay,ambil kunci ni.Aishah duduk sini.Aishah duduk sini sorang-sorang.Saya tak tinggal dengan Aishah.”Aliff menghulurkan kunci banglo kepada Aishah.
“Habis awak tinggal di mana?”
Belum sempat Aliff menjawab pertanyaan Aishah,lelaki tua tadi datang menghampirinya.
“Tuan Aliff,tadi ada orang dari Rumah Sri Budi minta kita bekalkan udang kolam air tawar.”Lelaki itu mengesat peluh di dahinya.
“Okay,kita pergi sana sama-sama,Pak Ash.”
Aishah terkebil-kebil mendengar perbualan Aliff dan orang tua itu.Tanpa ucapan selamat tinggal,Aliff dan lelaki tua itu meninggalkannya bersama kepulan asap jeep Cheerokee.
Juga bersama kunci banglo dan bagasi besar yang separuh saiz badannya.Aishah masih tercegat di situ.Memandang panorama kampung yang masih hijau dan belum tercemar.Bunyi unggas juga jelas kedengaran.
*****
Akim belum lagi dapat menyesuaikan dirinya dengan kerjaya barunya.Walaupun masih berkaitan dengan perkapalan tetapi praktikalnya sebelum ini lebih tertumpu kepada teknikal.Akim masih kekok dengan suasana pejabat.Kepalanya pula agak berpusing kerana tidak sempat bersarapan pagi tadi,
Interkom di mejanya berbunyi.
“Encik Afiq,Cik Farah dari Farah-Adam Duo Design ada appointment dengan encik sekarang.”Suara wanita di interkom bergermesik di telinga Akim.
“Okay.”
Sebaik pintu dibuka,Farah tercegat di hadapan pintu dengan sekeping fail di tangannya.
Akim mula terasa mual.Perutnya berkeriut dengan bunyi angin.
“Encik,saya..”
“Dah makan?”
“Saya?Belum.”
“Jom.”Akim menarik tangan Farah yang agak cuak dengan tindakan Akim.Dia cuba melepaskan pegangan tangan Akim.
“Encik nak buat apa ni?”
“Saya lapar,McD jom.”
Farah sekadar menuruti langkah Akim menuju ke lif.
Sesuatu yang tak disangka..seringkali mendatangi kita..itukah suratan dalam kehidupan..atau sekadar satu kebetulan?
*****
Tidak ramai orang di McDonald Bangsar pada pagi itu.Akim tidak dapat menahan kepedihan perutnya.Berbunyi-bunyi daripada lagu Yuna sampai ke lagu Jason Mraz.Sampai sahaja di hadapan kaunter dia terus memesan 2 set McChicken.
Farah hanya memerhati Akim makan dengan lahapnya.(Kesian..macam berpuasa 2 bulan tanpa henti).Mayonis putih menjejeh di tepi mulut Akim.
“Encik..tepi..”Farah menunjuk syarat ke mulutnya.
Akim menjungkit bahunya tanda tidak mengerti.
“Mayo..ada mayo kat..”Farah mengambil tisu dan tepi mulut Akim.Tiada niat apa. Cuma rasa rimas dengan jejehan mayonis di tepi mulut Akim.
“Thank you,sayang.”
Spontan perkataan itu keluar dari mulut Akim.Mindanya terbayangkan kelembutan tangan Aishah yang menyapu lebihan mayonis itu.Matanya terkebil-kebil setelah menyedari kekhilafannya.Dilihatnya Farah terkejut mendengar ungkapan ‘sayang’ dari mulut Akim.
“Okay..I believe I’m not your sayang.”Farah cuba bergurau bagi menenangkan keadaan.(Nampaknya mamat ni teringatkan ex-girlfriend dia).
“Sayang?Oh..sorry,Aishah..maksud saya,sayang..sorry,Farah..”(Apa kena dengan aku ni?)
“Aishah?Okay,Farah and Aishah...bukan klon atau kembar.Encik Akim boleh tak kita balik ofis?”Farah mula terasa ketebalan mukanya.5 inci setengah,lebih tinggi daripada kasut tumit tinggi Jimmy Choo.Terasa pelik ungkapan manja seperti itu keluar dari mulut lelaki lain selain Adam.
“Boleh..jom,sayang.”
Farah membeliakkan matanya kepada Akim.Akim meletakkan burger McChicken itu diatas dulang.(Okay Akim,aku rasa kau patut mandi bunga).
“Eh,lain kali kalau ada mayonis kat mulut saya,boleh tak biarkan?Ini semua salah awak!”
Orang ramai yang berada di McDonald tersentak mendengar suara keras Akim.Akim pantas bangun sebelum keadaan bertambah merapu lagi mengarut.Nanti cashier dan pencuci lantai McD pun dipanggilnya sayang.Farah merenung geram ke arah Akim.(Tetibe pulak!).Dia meluru ke arah Akim dan menepuk bahu lelaki itu.
“Hallo,excuse me!Mr.Afiq Hakim..apa masalah you nak tengking-tengking I depan orang ramai?”
“I ain’t got no problem?You yang ada masalah?Are you trying to seduce me?”
“Oh,my God..Ya Allah,bantulah hambaMu!”Farah menepuk dahinya. “Kalau you ada masalah peribadi pun,janganlah kaitkan dengan kerja.I tak hairan whether you cucu Mokhzani or even anak Michael Jackson!That’s why girlfriend you tinggalkan you!Ambik ni!”
Farah membaling fail perjanjian syarikatnya dengan Mokhzani ke muka Akim.Dia menolak pintu McDonald
“Oi,Paris Hilton..aku tak hairanlah!”
Farah masuk semula dan merenung tajam ke arah Akim.
“Excuse me,Mr. so Justin Timberlake,ini Farah Diana Datuk Azis okey?Jangan nak cari pasal!And goda you?Tolonglah,I dah ada Rain Bi,okay?”
Farah menghembus anak rambutnya sebelum berlalu pergi.
Akim menghela nafasnya.Matanya dipejam.Fikirannya betul-betul kacau dan bercelaru.Dia tiada niat langsung menengking Farah di hadapan orang ramai.
“Argggggh!Farah!Farah!”
Dia cuba mengejar Farah.Malangnya,Farah sudah pun menaiki cab berwarna merah putih itu.Meninggalkan Akim yang tercegat di situ.
Tak pasal-pasal Farah menjadi tempias kemarahannya.Wajah Aishah bermain di dalam minda dan hatinya.
(Aishah..ke mana kau,Echah?).
Bunyi hon bertalu-talu dari kenderaan-kenderaan yang tak pernah kenal erti penat di Kuala Lumpur ini menambahkan kekusutan fikiran Akim.
*****
“Baby,you batalkan tender kita dengan Mokhzani?”
Adam merenung ke mata Farah.
“Yap..yap,yap,yap,yap..I batalkan.”
“Baby,takkanlah..benda kecik..”
“Takkanlah apa?Benda kecik apa?Pakcik Justin Timberlake tu suddenly panggil I sayang..then macam orang tak betul dia tengking I depan orang ramai.Dia sempat tuduh I nak seduce dia?Pathetic betul!”
“Baby,you pun cakap dia ada personal problem kan?Alah,kira halal la.”
“Ah,banyak kira halal?You ingat ni rancangan Rasa Halal Orient ke?You ni boyfriend siapa?Asyik backing dia aje.”
“Ish,mestilah boo boyfriend baby..tapi,tak sayang ke..”
“Sayang apa?Kontrak tu?Kita boleh hidup tanpa kontrak Mokhzani pun.”
“Okay..nanti kita settle lain..kita chill dulu..pergi minum ke apa.”Adam membuka pintu pejabat.Dia memandang ke arah Farah.Renungan yang manja memujuk kekasihnya.
Farah menghembuskan nafasnya lantas keluar dari pejabat.
Adam mengeluh perlahan.Melepaskan durian runtuh bukanlah sesuatu yang digemarinya.
*****
Hafiz memetik gitar dengan penuh kusyuk.Tangan kanannya sesekali menulis nota-nota lagu.
Ketekunannya terganggu dengan deringan telefon Nokia N96 yang meraung-raung pohon dijawab.
“Hello..”
“Hafiz!Aishah nih..”
“Aishah!Kat mana ni?”Hafiz melihat digit nombor di skrin telefonnya.“Nombor area mana ni?Kat mana ni?”
“Aishah ada kat someway dekat-dekat border Thailand dan Malaysia.”
“Aik,kahwin lari ke?”
“Hafiz..coin habis..kirim salam Mila,kat mak Aishah especially..adik…”
Truttttttt..
“Aishah?Aishah?”(La..dah hilang).
Hafiz cuba menelefon semula nombor telefon yang terpapar di skrinnya.Malangnya,tiada jawapan.Hati Hafiz sedikit gusar.
(Selamat ke dia?).
*****
Suasana malam di Wang Kelian tampak asli.Bau dedaun hijau jelas harum dan segar memenuhi rongga hidung.
Aliff yang menunggu di laman hadapan tersenyum memandang Aishah yang nampak comel dengan topi besar berbunga-bunga.Aishah melambai tangan ke arah Pak Ash yang duduk di atas pangkin.Orang tua itu tersenyum dan melambai kembali kepadanya.
“Tak takut tinggal sini?”
“Takut juga,tak ada perempuan.”Aishah menarik kerusi lalu duduk di hadapan Aliff.
“Perempuan?Ada,Tanty.Esok dia balik sini.Jangan risau,belakang ni ada perkampungan.”
“Lega dengar.Kelmarin awak ke mana?”
“Adalah.Kalau awak duduk lama kat sini,boleh saya bawa awak ke sana.”
Aishah mengeluh perlahan.Tidak berpuas hati dengan jawapan Aliff.
“Awak memang tinggal sini?Homestay ni awak punya?”
“Banglo ni dulu banglo family saya.Saya yang jadikan homestay.Ya,rumah kayu belakang banglo ni,tempat tinggal saya sejak mama meninggal dunia.”
“Oh,sorry..pasal mama awak.”Dahi Aishah berkerut.Kesal dengan pertanyaannya.
“Tak apa.Dah lama dah.Tempat ni banyak kenangan antara saya dan mama.”
“Dan apa yang awak buat di KL?”
“Amboi,banyak betul soalan wartawan CNN ni ye?”Aliff ketawa kecil.Aishah sekadar tersenyum malu.Merah padam wajahnya disindir sedemikian.
“Saya harap..dan harap sangat awak tinggal lebih lama kat sini.Mungkin saya akan jawab soalan awak.”Aliff tersenyum manja di sebalik samar cahaya lilin.
“Okay,ni candle light dinner ke?”
“Ya,betul!Tapi special sikit.”Aliff membuka tudung saji mengkuang itu di atas meja.Tudung saji itu diletakkan di kepalanya.Aishah ketawa kecil melihat aksi comel Aliff.Macam Pak Mamat ada kebun.Iya..Iya..Oh!
“Ni makanan orang Siam..ni pulut,mangga,ada durian,ada santan..berani makan?”
“Okay..macam nasty food aje.”
“Cabaran fear factor!”
Aishah mengambil sehiris mangga berwarna kuning dan seulas durian digaul dengan pulut.
“Kalau berani makanlah macam tu.Nanti mabuk baru tau.”
“Habis tu makan macam mana?Awak tak bagitau.”
“Awak boleh pilih nak makan pulut dengan durian atau pulut dengan mangga.Santan tu boleh dimakan dengan durian.Kurangkan panas durian tu.”
“Oh,macam tu ke?Sengal sangat lah nampak.”Aishah ketawa dengan kenaifannya sendiri.
“Bukan sengal.Kurang tengok Discovery Chanel.”Aliff ketawa berdekah-dekah.Aishah turut ketawa.Suasana banglo yang agak suram sebelum ini seolah-olah bercahaya dengan kehadiran orang baru.Pak Ash yang berada tidak jauh daripada mereka sekadar tersenyum.
“Kuatnya ketawa,Ini ke orang yang sama berebut kabin dengan saya?”
“Oh,mesti.Peminat Fasha Sandha katanya.”
Aliff geli hati mengingatkan pertemuan pertamanya dengan Aishah.Aliff terdiam apabila melihat Aishah tiba-tiba terdiam dan asyik merenung bulan yang bercahaya penuh.Seolah-olah mencari satu wajah di sebalik rembulan itu.
Aliff tertanya-tanya di dalam hatinya.Siapa gerangan insan yang menyebabkan Aishah ke sini.Wajah comel dan manis itu direnunginya.Degup jantungnya bertambah kencang.
(Sayang betul jika gadis seperti ini dilukai hatinya).
*****
Engku Mahani membetul-betulkan sanggulnya yang besar.Cermin mata kecil diletakkan di atas hidung mancungnya.Anak matanya melihat gambar-gambar yang berada di tangannya.
“Bagus,dia tunaikan janjinya.Di mana dia?”
“Sempadan Malaysia-Thailand.”
“Ambil.Jangan sampai Akim nampak.”
Gambar-gambar yang memaparkan seorang gadis di Stesen Kereta Api Padang Besar itu diberikan kepada Burn.Burn memasukkan gambar-gambar itu ke dalam sampul berwarna coklat.
“Lagi satu Mak Engku,Aweera akan datang Kuala Lumpur.”
“Bodoh!”Satu tamparan hinggap di pipi kanan Burn.Burn terdiam menahan keperitan pipinya yang mula kemerah-merahan.
“Aku tak nak dengar nama budak samseng tu.Tapi,awasi dia.Pergi!”
“Baik,Mak Engku.”Burn mengagguk dan berlalu pergi dari situ.Seolah-olah tiada perasaan.Baik marah mahupun bengang.Kering saja wajahnya.
Entah dari mana,Akim datang sambil membimbit briefcase di tangannya.Engku Mahani terkejut melihat kedatangan Akim.Daripada lagak Akim yang keletihan,Engku Mahani dapat mengagak yang Akim tidak tahu-menahu apa yang berlaku sebelum ini.Dengan langkah longlai Akim mencium pipi neneknya.
“Akim tidur dulu,nenek.”
“Baik,sayang.”
Engku Mahani membelai pipi cucunya.Tanpa menambah sebarang kata,Akim berlalu masuk ke rumah agam yang besar itu.
Engku Mahani menarik nafasnya dalam-dalam.Akim benar-benar mengingatkannya kepada anaknya.Dia merindui Engku Ahmad.Anaknya pula melebihkan Fatimah daripada dirinya.Perasaan rindu itu berbaur dengan amarah yang menggunung.
*****
Pendingin hawa itu langsung tidak menggigit kulit Akim.Badannya sekejap berpusing ke kiri.Sekejap ke kanan.Panas.
Matanya langsung tidak boleh dilelapkan.Dia bangun daripada katil.Blackberry dicapai.Akim menghela nafasnya.Dia tekad.Nombor yang setiap hari ditekannya,ditekan sekali lagi.
“Harap maaf,nombor yang anda dail berada di luar kawasan.”
Blackberry itu dicampak ke penjuru katil.Akim berjalan menuju ke balkoni.Malam itu cuaca cerah dengan purnama yang mengambang penuh.Akim memandang keindahan rembulan dengan penuh asyik.
Penuh pengharapan agar Aishah merenung bulan yang sama.Walaupun di mana dia berada.Walaupun meninggalkannya begitu sahaja.Lenyap tanpa berita.Atau perlukah dia mengorbankan keegoannya demi Aishah?
(Sayang..apapun yang terjadi,moga sayang berbahagia..)
Tanpa dipaksa,air mata jernih mengalir di pipinya.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries