Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

11:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
06 August 2009 | 11:22 PM | 0 comments
Akim menuju ke arah pelayan kedai itu.Dia pasti itu wajah Aishah.Tak mungkin matanya bisa membohongi dirinya.Apalagi kata hatinya.
“Tadi berita yang pasal pesta siam tu kat mana?”
“Mana saya tau bang.”Terkejut lelaki bertubuh kecil itu apabila bahunya digoncang Akim.
Kan kau yang kuatkan tv tadi..pesta tu kat mana?”
Akim meninggikan suaranya.Beberapa pelanggan yang berada di situ mula kecoh dengan tindakan Akim.Farah bangun dan mendapatkan pelayan kedai itu.
“Sorry dik,kitaorang balik dulu.”Farah membayar bil kepada lelaki itu sambil menarik Akim dari gerai itu.
“Farah,Akim pasti itu Aishah!”
“Okay..encik..okay,Akim..kita akan siasat.Akim tak boleh buat kecoh kat sini.”
“Tapi,itu memang Aishah!Perempuan baju hijau tu memang Aishah!”Akim mengambil gambar Aishah daripada dompetnya.Dia menunjukkan gambar itu kepada Farah.Farah mengambil gambar itu dan sepantas kilat menyimpannya di dalam saku jaket Gucci.
“Farah tahu..Farah tahu..kita balik dulu.Farah janji akan setle pasal benda ni.”
Farah menyerahkan helmet yang dipakainya kepada Akim.
“Akim balik dulu.”
“Farah?”
“Farah balik nanti..Akim balik dulu.”
Farah menolak-nolak Akim ke arah motosikal.Dalam kebingungan Akim menghidupkan enjin motosikal itu.
Farah mengambil telefon bimbit daripada beg tangannya.Dia menekan-nekan papan nombor di dada LG Prada berwarna hitam itu.
“Sid,aku ni Farah.Kau kerja kat berita tv3 lagi?”
“Oi,kau..aku kat sini lagi.Nape?”
“Boss kau marah tak kalau aku nak tengok balik berita terkini jam 5.30 tadi?”
“Kau nak copy pun aku leh bagi.Kau buat tesis ke?”
“Thanks Sid..ade la..nanti aku pergi kat kau.”
“Tak pe..aku hantar office kau.”
“Thanks again,Sid.”
“No hal,babe.”
Telefon bimbit itu dimatikan.Farah sendiri tak tahu mengapa dia beriya ingin menolong Akim.Sedangkan dia baru saja kenal lelaki itu.Malah lelaki itu sering bertindak di luar kawalan.Naluri hatinya terus mendesak untuk menolong Akim.
Teksi berwarna merah dan putih itu berhenti di hadapannya.Farah masuk ke dalam perut teksi yang kemudiannya mencelah di antara kenderaan-kenderaan lain di Jalan Raja Alang.
*****
Mila mendengar demo lagu yang diberikan Hafiz dengan penuh khusyuk.Dia mematikan Ipod berwarna merah jambu itu setelah selesai mendengarkannya.
“Best..apa tajuk lagu tu?”
“Soulmate.”
“Soulmate?Hei,siapa soulmate Hafiz?”Mila menyiku lengan Hafiz dengan gaya manjanya.
“Hafiz yang menjadi soulmate seseorang..pernah menjadi..terus menjadi.”Hafiz tersenyum.Wajah Aishah bermain di mindanya.(Di mana dia sekarang?).
“Bertuah kan seseorang tu?”
“Hafiz sekadar soulmate dia saja,Mila.Mungkin itu takdir Hafiz.”
“Kalau Mila jadi soulmate Hafiz?”Selamba Mila bertanya sambil jari jemarinya bermain-main memetik tali gitar Hafiz.Hatinya sedikit berdebar.(Cabul lah kau Mila!).
Mila mengeluh kecil apabila pertanyaannya tidak dijawab Hafiz.Sebaliknya,jejaka berambut kerinting di hadapannya hanya kaku memandang ke hadapan.Entah apa yang dilamunkan.
“Hafiz!”
“Ya?”Hafiz tersentak apabila namanya dipanggil.“Ada apa,Mila?”
“Tak de apa..eh,Hafiz ada dengar berita tentang Aishah?”(Baik aku ubah topik).
“Sekali dia ada telefon Hafiz.Tapi panggilan tu terputus.”
“Mana dia ek?Akim pun dah lama tak jumpa.”
“Entahlah,Mila.Pasal Akim pun..tak taulah,lama dia tak lepak dengan Hafiz.”
Kedua-dua mereka sekadar membisu.Selain menginati Aishah,Hafiz terasa juga rindu pada Akim dan ayahnya.Sejak dia keluar dari rumah,ayahnya langsung tidak bertanyakan khabarnya.Dia pun begitu juga.Masing-masing dengan ego masing-masing.Akim pula seolah-olah menghilangkan diri sejak pertunangannya yang tidak menjadi.
“Hafiz.”Mila memecahkan kesunyian yang membosankan jiwanya.
“Ya?”
‘Esok..esok kita jumpa lagi kat sini.”
Hafiz tersenyum sambil mengangguk.
*****
Engku Mahani asyik menyusun buah catur di atas papan catur.Menunggu kepulangan Akim untuk bermain catur dengan cucu kesayangannya.
Jam di dinding berbunyi menandakan pukul 6 petang.Bunyi pintunya diketuk menceriakan hati Engku Mahani.(Akim..)
“Masuk,nenek baru susun chess.”
Sepasang sepatu putih bergerak masuk ke dalam bilik.Bau Burberry memenuhi ruang kamar Engku Mahani.Engku Mahani berasa cuak.Burberry dan bukannya Paco Rabanne.
“Siapa?”
Buah catur bersimbol raja itu dibaling ke arah pintu dan ditangkap oleh seorang pemuda.
“King.King untuk Engku Nasharul Aweera.Apa khabar nenek?”
Aweera cuba untuk mencium pipi Engku Mahani tapi wajahnya dipalingkan.
“Aik,nenek tak gembira dengan kehadiran cucu saudara,nenek?”
Aweera ketawa kecil.Menghempaskan tubuh kurusnya di atas sofa.Kakinya diletak di atas meja dan disilangkan.
“Macam mana kau masuk rumah aku?”Engku Mahani langsung tidak memandang Aweera.Perasaan menyampahnya meluap-luap.
“Pintu dah terbuka..saya masuk saja.”
` “Apa tujuan kau?”
“Tujuan?”
Aweera melemparkan sebuah fail berwarna biru di atas meja.
“17 Februari 1983,seorang gadis muda bernama Fatimah telah ditembak ketika keluar dari teksi.Berita yang menggemparkan kedutaan Malaysia di London.Nenek tahu siapa nama penembak upahan tu?”
“Mana aku tahu.”
“Mana boleh nenek tak tahu!”Aweera bingkas bangun dan menghampiri Engku Mahani.“Nama lelaki itu Steve..Stephen Alexander.Nenek telah mengupah Steve!Dalam fail tu ada salinan cek 500 ribu pound sterling daripada nenek untuk Steve!Nenek cuba membunuh isteri Uncle Ahmad!”
“Apa kau nak?!”Jeritan Engku Mahani memenuhi ruang kamarnya.Bibirnya diketap.Geram.Tangannya menggigil.
“Bertenang nenek,duduk.Nanti kalau nenek diserang sakit jantung.Siapa yang susah?Saya juga.”Aweera secara sinis menepuk-nepuk sofa meminta Engku Mahani duduk.“Beginilah,nenek.Kalau saya laporkan perkara ni kepada pihak polis..emm,susahlah kan?Susahkan polis nak buka fail lama dan susahkan nenek.”
“Kau jangan merapu panjang-panjang boleh?”
“Ni nak pendekkanlah ni.Macam ni lah,nenek jangan kacau syarikat saya,saya takkan kacau nenek.Saya selamat,nenek selamat.”Aweera mengeluarkan beberapa helai dokumen daripada briefcase.“Saya kesian nenek dah tua.Saya tak susahkan nenek.Semua dokumen pembatalan perkongsian syarikat saya dan syarikat Mokhzani peguam saya dah sediakan.Pen pun saya dah sedia.Nenek tandatangan aje.”
Dengan wajah selamba Aweera menghulurkan pen berdakwat hitam itu kepada Engku Mahani.Engku Mahani mendengus kasar ketika mengambil pen itu daripada tangan Aweera.Cepat-cepat ditandatanganinya dokumen itu.Bimbang dilihat Akim.
“Sudah.Kau keluar dari sini!”
“Saya memang nak keluar pun dari sini.Sini panaslah dan rimas.Terima kasih nenek!”Sepantas kilat Aweera mencium pipi Engku Mahani lalu ketawa besar.Engku Mahani mengesat pipinya dengan tangan.Geram.(Kurang ajar budak ni!).
Aweera melangkah megah keluar dari kamar rumah agam itu.Langkahnya terhenti apabila melihat seorang pemuda keluar dari kereta Ferrari merah.
(Ini pasti cucu kesayangan nenek kebayan).
Akim memandang Aweera dengan seribu pertanyaan.Aweera menghulurkan tangannya kepada Akim.Berjabat tangan.
“Aweera,cucu saudara Allahyarham Engku Mokhzani.”
“Akim..”
“Cucu Engku Mokhzani.Aku tau.Kita saudara.”
“Oh..kau dah nak balik?”
“Ya,aku balik.Aku pasti kita akan jumpa lagi.”
Aweera tersenyum sinis sambil menepuk bahu Akim.Dia berlalu begitu saja meninggalkan Akim.Akim menjungkitkan bahunya.(Whatever..).
*****
“Thanks baby,sebab ambil balik tender Mokhzani tu.”
Adam mencuit pipi Farah.Senyuman manja terukir di wajahnya yang kacak.
“Puas hati boo?”
“Boo puas hati pun untuk kita berdua.Esok kita pergi office Mokhzani.Siapa nama cucu dia tu?”
“Afiq Hakim.Kenapa?”
Adam menghampiri Farah.Berbisik perlahan ke telinga Farah.“Baby jangan rapat sangat dengan dia.Ingat,Farah Diana hanya milik Adam.”
Farah memandang Adam dengan kehairanan.
“What are..”
Adam meletakkan jari telunjuknya di bibir Farah.
“Syy..mata boo ada di mana-mana..tapi,boo tetap percaya baby.”Dia meletakkan sampul surat berwarna coklat di atas meja Farah.“Mokhzani penting untuk syarikat kecil macam kita.Baby,ingat..hanya syarikat Mokhzani.Jangan mencampuri sebarang masalah peribadi mereka.Nanti hati baby yang akan terluka.”
Adam pantas bangun dan meninggalkan Farah dengan seribu persoalan.Jangan mencampuri masalah peribadi keluarga Mokhzani?Atau hatinya yang akan terluka?Farah bingung dengan kata-kata Adam.
Sampul berwarna coklat itu dibukanya.Sekeping CD-Rom bertanda ‘BERITA TERKINI TV3’ dikeluarkanya.
(Sid..)
Farah memasukkan CD-Rom itu ke dalam DVD player.Televisyen dihidupkan.
Berita terkini.Pesta Songkran diadakan di Padang Besar,Malaysia.Sambutan ini disambut dengan meriah walaupun hanya minoriti masyarakat Siam terdapat di Malaysia.Suasana meriah di sempadan Malaysia-Thailand ini dapat anda saksikan sekarang.Saya,Nurul Syuhada melaporkan daripada Padang Besar.
Farah mengamati gadis berbaju hijau berwajah sugul yang terselit di celah-celah gadis Thai yang seronok menikmati Pesta Air.Di amati pula gambar Aishah yang diambilnya daripada Akim.(Orang yang sama..)
Farah menyandarkan tubuh kecilnya di sofa.Jangan mencampuri urusan peribadi keluarga Mokhzani.Kata-kata Adam berlegar-legar di mindanya.(Apa misterinya di sebalik keluarga yang mewah dan ternama ini?).
Empati dan simpatinya pada Akim merupakan sesuatu yang dia tak dapat elakkan.Dia sudah berjanji dengan jejaka malang itu untuk membantunya.Farah pasrah.Telefon bimbitnya dicapai.Nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Hello,Akim.Farah dah dapat tahu.Aishah sekarang di Padang Besar.”
*****
Orang ramai memenuhi pasar pagi di Wang Kelian.Di celah-celah orang ramai seorang gadis comel cuba mengikut langkah kaki panjang seorang pemuda yang tampan.
Aliff tersenyum nakal melihat gelagat Aishah yang mengikutnya seperti anak kecil.Sengaja langkahnya dilajukan untuk mengelak menjawab pertanyaan Aishah.
“Awak,apa maksud kata-kata awak tu?”
“Yang mana satu ni?Tak ingatlah.”Aliff ketawa kecil sambil mengangkat tangan kepada seorang penjual durian.
“Yang phom rok khun tu.”
Penjual durian itu memandang Aishah lantas ketawa besar.Aliff juga turut ketawa sambil sesekali bercakap bahasa siam dengan lelaki itu.Sakit hati Aishah melihat gelagat mereka berdua.
“Ah,sudahlah!”
Aishah mencebik bibirnya sambil berjalan ke hadapan menuju ke gerai menjual baju.Aliff menjungkit bahunya kepada penjual durian itu.Ketawa mereka kedengaran sayup-sayup menyakitkan hati Aishah.
“Adik,mai tengok.Murah-murah saja.”Seorang wanita Pattani bertudung menghampiri Aishah dengan senyumannya yang manis.
“Saya tengok dulu..”Kata-kata Aishah terhenti.Teringatkan sesuatu.Dia menggamit wanita itu meminta mendekatinya.Dalam nada separuh berbisik dia bertanya.
“Akak tahu tak maksud phom rok khun?”
Wajah wanita itu kemerah-merahan.Dia tersipu-sipu malu dengan pertanyaan Aishah.
“Akak bagitau la..mamat galah panjang tu cakap benda ni kat saya.Dia kutuk saya,ek?”(Ceh!Kalau kutuk aku,siap!).
“Dia bukan kutuk,adik.Dia cakap…dia cintakan adik.”
Giliran Aishah pula berwajah kemerah-merahan.Lidahnya kelu.Dari jauh Aliff melambai-lambai tangan kepada Aishah.Senyuman manis dilemparkan kepada Aishah.
Wajah Akim menjelma di bayangan mindanya.Hatinya remuk bercampur rindu.Berselang-seli wajah bongkak Engku Mahani.Terhambur air mata jernih mengalir ke pipinya.Wajah Aliff berubah melihat tingkah Aishah.Dengan dada yang berombak,Aishah berlari di celah-celah orang ramai.
“Aishah!Aishah!”Aliff berlari mengejarnya.Dia bingung melihat Aishah yang menangis secara tiba-tiba.Aishah pula semakin pantas melarikan dirinya daripada Aliff.
“Aishah!”
Aliff cepat-cepat merangkul Aishah yang cuba memboloskan dirinya.
“Aliff..Akim..Akim..”
“Akim?”Aliff terpaksa menguatkan lagi rangkulannya melihatkan keadaan Aishah yang tidak dapat dikawal.Menangis tersedu-sedu sehingga menarik perhatian orang ramai di pasar pagi itu.
“Aishah..Aishah masih sayangkan Akim,Aliff.”
“Syy..syy..okay,okay..Aliff faham,Aishah masih sayangkan Akim..”Aliff cuba memujuk Aishah.Peluh dingin membasahi dahinya.Dia tidak tahu mengapa Aishah bersikap seperti dirasuk hantu.Dahinya berkerut-kerut memikirkan nama jejaka yang disebut Aishah.
(Akim?Siapa Akim?)
Tidak,dia tidak membenci Aliff.Kalau tidak kerana Aliff,entah bagaimana nasibnya di sini.Aliff lelaki yang baik,malah terlalu baik.Aishah tidak sanggup melukakan hati Aliff.Hakikatnya,dia masih menyayangi Akim.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries