Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

12:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
14 August 2009 | 11:19 PM | 0 comments
Kipas antik di homestay itu berputar ligat.Sesekali kedengaran bunyi cicak yang melekat di atas siling berwarna putih itu.
Aliff sekadar mendengar luahan Aishah.Aishah menarik nafasnya dan memandang ke arah Aliff.Segala kisahnya dengan Akim diluahkan sepenuhnya kepada Aliff.Lega.
“Aishah cuba untuk melupakan Akim.Tapi semakin Aishah cuba untuk lupakan dia..semakin rasa cinta itu semakin mendalam di dalam hati Aishah.”
Aliff mengesat air mata yang membasahi pipi Aishah.Dia tersenyum.
“Aliff tidak memaksa Aishah untuk menerima Aliff.Aliff minta maaf pasal phom rok khun tu..tapi,Aliff pun tak tahu bila perasaan sayang tu hadir.”
Aishah memandang wajah Aliff.Wajahnya kelihatan tenang.
“Sama ada Aishah akan terus mencintai Akim atau sebaliknya.Aliff cuma nak beritahu perasaan Aliff ikhlas.Terpulang pada Aishah sama ada untuk menerima Aliff atau tidak.Aliff tak pandai nak bina ayat-ayat jiwang.Hakikatnya,siapa pun Aliff di sisi Aishah,Aliff akan menjaga Aishah sehingga nafas akhir Aliff.”
“Aliff..”
“Jangan cakap apa-apa lagi.”Aliff meletakkan jari telunjuknya di bibir Aishah.“Let it flows.Kalau ada jodoh kita,hati Aishah akan terbuka untuk Aliff.Jika jodoh Aishah masih kuat dengan Akim,Aliff terima seadanya.Buat masa sekarang..let it flows.Kalau tak,Aliff akan rasa janggal sangat.”
“Aliff..terima kasih sebab memahami Aishah.”
“Sama-sama.Macam skema pulak kan?”
Aliff ketawa kecil.Dalam pada masa yang sama wajahnya kemerah-merahan menahan rasa malu meluahkan perasaannya kepada Aishah.
Aishah cuba untuk tersenyum.Tetapi terasa berat.Aliff di hadapannya membebel-bebel mengenai makan malam yang belum disiapkan.Seolah-olah tiada sesi luahan rasa yang dilangsungkan.Aishah tahu Aliff cuba meneutralkan semula persahabatan mereka.
Menolak lelaki sebaik Aliff mungkin satu kebodohan.Terus melupakan Akim juga bukan satu langkah yang bijak.Aishah melepaskan keluhan kecil.Air mata rindunya sudah kering di pipi.
*****
Suasana di tepi kolam rumah agam itu hanya disinari dengan lampu samar berwarna kuning dan biru.
Farah menghulurkan cebisan kertas kecil kepada Akim.
“Kawan Farah bagi alamat tempat mereka buat scoop pasal Pesta Air tu.Tapi Farah tak tahu di mana tempat Aishah tinggal sebenarnya.Tapi kalau Akim nak tinggal di situ.Abang Farah ada di situ.”
Akim merenung-renung cebisan kertas kecil itu.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Tersepit di antara keegoan dan kerinduannya.Perasaan itu berbelah bahagi.
“Akim,cari Aishah!”Pinta Farah separuh menjerit.Geram dengan sikap membatu Akim.Seolah-olah memahami kebuntuan dan kedegilan Akim.
“Bagaimana kalau dia masih menolak Akim?”Akim bersuara perlahan.Cebisan kertas kecil itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
“Akim cari dia dulu.Yang penting Akim hadapi Aishah.” Farah mengeluh melihat wajah murung Akim.“Akim cari dia!”
Farah menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum berlalu pergi.
“Farah..”
Langkah Farah terhenti di hadapan pintu keretanya.Dia memaling wajahnya ke arah Akim.
“Akim akan cari Aishah.Farah..Farah boleh teman Akim?Kita pergi sama-sama.”
Akim menguntumkan senyuman yang manis.Farah membalas senyuman itu.Dia menggangguk-angguk kepalanya.
Di sebalik jendela,Engku Mahani mengetap bibirnya.Darahnya menyirap sehingga ke kepala.Perasaan marahnya membuak-buak.
(Tak habis-habis lagi dengan budak hingusan itu!)
Engku Mahani mengambil telefon bimbitnya.Dirapatkan di telinga.
“Burn..selesaikan budak hingusan tu.”
Sanggulnya dibetulkan.Terukir senyuman sinis di wajahnya.
*****
Aliff memandang Aishah yang asyik menyusun semula perabot-perabot yang ada di situ.Dia mencekak pinggangnya sambil anak matanya mengikut pergerakan Aishah.Tiba-tiba Aishah terpaku di hadapan tingkap.Pandangannya menyorot tajam ke arah Aliff.Aliff sedikit suspens dengan pandangan itu.
“Alif!”
“Opocot..kus semangat..kenapa?”Aliff sedikit tersentak dengan jeritan Aishah.Aishah ketawa kecil sambil menepuk bahu Aliff.
“Takut ek?Tak de..Aishah terfikirkan tanah kosong di belakang tu.Aliff punya ye?”
“A’ah..nape?”
“Aliff perasan tak?Kawasan ni tak ada chalet yang berdekatan walaupun dekat dengan tasik?”
“Apa maksud Cik Aishah?”
Aliff menarik kerusi.Duduk.Mendengar penjelasan dengan lebih lanjut.Wajahnya sengaja di buat-buat serius dengan dahi yang berkerut.
“Maksudnya,kawasan ni dah cantik.Unsur-unsur alam semulajadi bak kata orang begitu memberangsangkan.Aliff tak terfikir nak buat chalet dengan adanya tasik buatan manusia kat tanah belakang tu?Ladang rusa tu?”
“Entahlah,kawasan ni macam penuh nilai sentimental untuk Aliff.Rasa macam tak mahu ubah”Jawab Aliff dengan nada malas.
“Okay..Aishah sekadar bagi cadangan.Aishah just suggests..tak paksa.”
Aishah sedikit terkilan kerana cadangannya tidak diterima secara serius oleh Aliff.Aliff bangun dan menarik tangan Aishah ke pejabat kecilnya di homestay itu.
“Duduk.”
Seperti robot Aishah menurut kata-kata Aliff.Aliff mengambil sebuah fail daripada dalam almari.
“Orang dah fikir dulu sebelum dia.Ni proposal Aliff untuk buat loan dengan MARA.”
Aishah mengambil proposal itu dan membacanya dengan teliti.
“Bijak..bijak.”Aishah memberikan semula proposal itu kepada Aliff.
“Dalam minggu depan baru Aliff dapat tau proposal nih diluluskan atau tidak.Cagarannya tanah ladang ni.Aliff takut juga kalau chalet tu tak mampu bertahan.”
“Aliff,kita akan sama-sama membangunkan bumi Malaysia ni!”
“Semangat nampak?Teruja gile babas.”Aliff ketawa nakal.
“Aliff.”Aishah menarik nafasnya.Cuba menyusun ayat.Takut melukakan hati Aliff.“Apa yang membuatkan Aliff di sini?”
Perlahan-lahan tawa Aliff menyepi.Dia tersenyum memandang Aishah.
“Mama.Tempat ni menghimpun banyak kenangan untuk Aliff,adik dan mama.”
“Papa Aliff?”Aishah bertanya perlahan.
Aliff mengambil tangan kanan Aishah.Jari-jemarinya mengusap lembut tangan yang mulus itu.
“Papa terlalu cepat melupakan mama.Dia bukan kaki perempuan.Tapi Aliff sukar menerima sikapnya yang mudah jatuh cinta dengan perempuan muda.Papa hampir-hampir mengahwini setiausahanya yang hanya tua setahun daripada Aliff.Berlaku pertengkaran.Di sini Aliff dan di sana papa.Berpatah arang,berkerat rotan.”
Tanpa disedari,kelopak matanya dipenuhi air jernih.Aliff melepaskan tangan Aishah perlahan-lahan.Air matanya dikesat.
“Aliff..”Aishah bersuara perlahan persis memujuk.
“Aliff tinggalkan adik Aliff dengan papa.Aliff sayang papa,tapi..prinsip kami berbeza.Dia dengan kekasih yang muda dan kemewahannya.Aliff macam Aliff.Aliff sayangkan banglo ni,tanah ni,ladang rusa,getah,kolam udang,tasik..kesemua warisan mama ni.”
“Aliff,maafkan Aishah sebab tanya soalan ni kat Aliff.”
Aliff menggelengkan kepalanya.
“Tak pe..tak de hal lah.Eh,Aishah pernah tak tengok orang menoreh getah?”Aliff cuba mengalih topik perbualan mereka.
“Tak.nape?”
“Jom.Esok pagi ikut Aliff selia budak-budak Siam tu kat ladang getah.Pukul 4 pagi”
“Pukul 4 pagi?”
“Ya,4 pagi.Tidur sekarang,tidur.”
Aliff menolak Aishah keluar dari pejabatnya.
*****
Jam di dinding berdetik 12 kali menandakan pukul 12 tengah malam.Walaupun begitu banglo di atas bukit ini masih menerima kunjungan tetamu.
Datuk Azis memandang Adam yang berdiri di hadapannya.Jejaka itu kelihatan agak cemas dan risau.
“Uncle,saya nak jumpa Farah sekejap.”
“Dia ada di atas.Adam,ada masalah?”
“Tak de masalah,uncle.Terima kasih.”
Datuk Azis kehairanan.Tidak pernah tunang anaknya datang lewat malam begini.Hatinya sedikit berdebar.(Kenapa pula budak-budak ni?).
Adam menaiki tangga seperti lipas kudung.Rasanya seperti lambat sampai ke kamar Farah.Pintu kamar itu sudah terbuka apabila Adam sampai.Dilihatnya Farah yang sedang mengemaskan pakaiannya ke dalam beg.Adam mengetuk pintu kamar itu.
“Boo?”Farah sedikit kehairanan melihat Adam berdiri terpacak di sebelah pintu.“Dah midnight,boo.Masuklah.”
Adam duduk di penjuru katil.Wajahnya masih tak keruan.
“Baby,baby nak ikut cucu Mokhzani tu?”
“Yes,boo.I nak tolong dia cari ex-girlfriend dia.I don’t know..somehow I rasa kesian kat dia.You don’t mind kan boo?”Farah tersenyum memandang Adam.
“Of course I mind.Dah berapa kali boo cakap,stay away from skandal keluarga Mokhzani.”Adam sedikit melenting.
“I try,boo.Tapi I kesian kat dia.”
“You kesian ke?Atau..you suka kat dia?’
“Adam!”Farah memandang Adam dengan wajah yang kemerah-merahan.Menahan marah.“What’s your suggestion?”
“It’s true what?Baby,you banyak habiskan masa dengan budak Akim ni daripada I.I cakap ambil tender syarikat Mokhzani..bukan ambil cucu Mokhzani.”
“Keluar,Adam.Leave me alone.”Farah menolak Adam keluar.Geram dengan kata-kata cemburu buta Adam.
“Okay,now you are calling me Adam again.So pissed off la kan?What’s your suggestion?Putus tunang?”
“That’s not mine.That’s your suggestion.”
“Okay,baby.You cabar I.Kita putus tunang!”
Farah tersentak apabila cincin perak yang diberikannya kepada Adam dicampak dengan kasar di atas katil.
“Adam!”
Adam tidak mempedulikan panggilan Farah.Langkahnya semakin dilajukan apabila menuruni anak tangga.Farah terduduk lemah di depan kamarnya.Dadanya terasa sakit dan sebak.Air matanya bercucuran di pipi.
Bukan sekali mereka bergaduh,dalam hubungan yang sudah lama itu rasanya sudah beratus kali mereka bergaduh.Tapi,semua pergaduhan itu sekadar perencah dalam perhubungan mereka.Belum pernah Adam memperlakunya begitu.
“Papa..Adam..”kata-katanya tidak dapat diteruskan.Wajahnya disembam ke bahu Datuk Azis.Datuk Azis membelai rambut anak gadisnya.Berkongsi empati dan simpati.
*****
Sebuah Storm berwarna kuning berhenti di hadapan rumah Datuk Azis.Akim turun dari kenderaan pacuan 4 roda itu.Dia tersenyum melihat Farah yang keluar dari pintu pagar dengan menggalas beg besar di belakangnya.Senyumannya hilang apabila melihat mata Farah yang bengkak dan merah.
“Farah,okay ke?”
Farah tidak menjawab pertanyaan Akim sebaliknya membaling beg galasnya ke belakang Storm.Akim memandang kaget ke arah Farah yang bersikap agak aneh.
“Akim,nak pergi ke tak ni?”
Farah bertanya setelah melihat Akim hanya membatu.
“Farah okey ke tak okey ni?”
“Farah okey!”Farah mengetap bibirnya.Menahan sebak.Akim menghampiri Farah dan memegang bahu gadis itu.
“Akim tak mau jadi selfish.Kalau Farah ada masalah,kita delay aje hal ni.”
Farah menarik nafasnya dalam-dalam.Dia mengesat air matanya dengan kedua belah tangannya.Sesaat kemudian dia kembali tersenyum.
“Farah okay!Jom,kita cari Aishah!”
Farah melompat masuk ke dalam Storm.Secara automatik anginnya bertukar ceria,Akim masih tidak berpuas hati dengan jawapan Farah.Hatinya sedikit berat untuk meneruskan perjalanan.
Apapun rancangan tetap diteruskan seperti biasa.Atas permintaan Farah!
*****
Langit masih gelap tanpa bintang.Kemungkinan besar hujan akan turun dengan gumpalan awan gelap yang melindungi bulan.
“Mengantuknya..”
Aishah menguap sambil menarik zip sweather Guess berwarna biru muda itu.Aliff tersenyum sambil menghulurkan botol kaca berisi kopi panas.
“Minum kopi bagi hilang mengantuk.”
“Tak nak ah..”Aishah menepis perlahan tangan Aliff. “Lambat lagi ke Aliff?”
“Kejap je..nanti sampailah..eh,lori rosak ke?”
Sebuah lori tidak bergerak di tengah-tengah jalan merah menuju ke ladang getah.Aliff membunyikan hon Cheerokee itu bertalu-talu.Seorang lelaki keluar dari lori sambil mengangkat tangan ke arah Aliff.
“Lori dia rosak agaknya.Aishah tunggu dalam.”
Aliff keluar dari jip Cheerokee itu dan menuju ke arah pemandu lori itu.Aishah menyandarkan badannya.Menyelesakan diri.
Dari jauh Aishah melihat Aliff berbual sesuatu dengan lelaki itu.Dia tersentak apabila tanpa diduga,lelaki itu mengeluarkan pisau dan menikam perut Aliff.
“Aliff!!!!!!!!!!!!!!!!”
Jeritan Aishah ternyata mengumpan dirinya sendiri.Lelaki itu terus berlari ke arahnya.Aishah keluar dari jip itu tetapi malangnya dia ditangkap lelaki itu.
Aishah tidak dapat bersuara apabila tangan kasar lelaki itu mencekak lehernya.Matanya kemerah-merahan akibat oksigen tidak dapat disalurkan ke otaknya.Aishah cuba bersuara tetapi gagal.Kakinya terawang-awang dek tidak seimbang dengan ketinggian lelaki itu.
Aishah cuma pasrah apabila melihat lelaki itu menghunus pisau yang masih pekat dengan darah Aliff ke lehernya.
Gedeguk!
Seraya dengan bunyi itu Aishah terjatuh apabila lelaki itu tiba-tiba rebah ke bumi.Di belakang lelaki itu berdiri Aliff dengan batu besar di tangan dan dalam keadaan bongkok menahan perit luka di perutnya.
“Aliff..”
Aishah mendapatkan Aliff yang akhirnya tumbang ke bumi.Wajahnya pucat dengan darah yang membuak di perutnya.
“Aliff,Aliff jangan tinggal Aishah.”Aishah merangkul Aliff.Tangan kanannya menutup luka di perut Aliff.Air matanya tidak dapat dibendung melihat keadaan Aliff.
“Aishah..”
Bisik Aliff perlahan.Badannya terasa semakin lemah.Matanya hampir terpejam.
“Aliff,bangun!Bangun!Aliff janji akan sentiasa jaga Aishah..bangun!”Aishah cuba mengejutkan Aliff daripada tertidur.Bimbang jika Aliff tidak bisa terjaga lagi dari tidurnya.
Aishah memandang sekelilingnya.Gelap.Ladang getah semata-mata.
“Tolong!Tolong!!!”
Suaranya sudah serak menjerit meminta tolong.Dari jauh Aishah dapat melihat samar-samar cahaya lampu.Sekumpulan penoreh getah bergegas mendapatkan mereka berdua.
Mereka bergegas mengangkat Aliff ke dalam jipnya.Seorang daripada penoreh getah itu memandu jip itu.
Aishah meriba Aliff dengan bajunya yang dipenuhi darah.Dalam keadaan panik,berkali-kali dia menggerakkan Aliff daripada pengsan.Ketika itu juga dalam keperitan Aliff cuba untuk tersenyum memuaskan hati Aishah.
Aishah bingung.Siapa lelaki itu?Kenapa dia cuba membunuh dirinya dan Aliff?

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries