Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

13:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
17 August 2009 | 11:16 PM | 0 comments
“Satu..dua..tiga..”
Dua orang pegawai perubatan mengangkat Aliff ke katil sorong dan dengan pantas menolaknya ke bilik pembedahan.Aishah yang masih tidak melepaskan tangannya daripada perut Aliff turut berlari-lari bersama pegawai perubatan itu.
“Aliff kuatkan semangat!”
Teriak Aishah dengan linangan air mata di pipinya.Aliff masih cuba untuk tersenyum walaupun wajahnya sudah pucat lesi kerana sudah banyak kehilangan darah.
“Cik,cik tunggu kat sini.Cik tak boleh masuk.”
Seorang jururawat menahan Aishah sebaik sahaja menghampiri bilik pembedahan.Aishah akur dan duduk terjelepok di situ.
Dia menangis tersedu-sedu seperti anak ayam kehilangan ibu.Pak Ash yang baru sahaja sampai memimpin Aishah untuk duduk di lobi wad Hospital Tunku Fauziah.
“Cik Aishah bertenang,bila cik dah bertenang kita buat report polis.”
“Pak Ash..”
Aishah tidak mampu meneruskan kata-katanya.Dia hanya mampu menangis.Jam di dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi.
Waktu yang sama.Bezanya cuma 1 kilometer dari arah hospital.Seorang lelaki terpaksa memimpin seorang gadis yang berjalan terhuyung-hayang.
“I am Supergirl!”
Farah mengangkat tangannya seperti mahu terbang.Kerana tidak seimbang dia hampir-hampir rebah ke bumi sebelum ditahan Akim.
Bengang Akim dibuatnya.Peristiwa sejam lebih sebelum ini bermain-main di mindanya.
Jam 3 pagi.Lokasi Medan Selera Makanan Laut Kuala Perlis.
Seorang penyanyi wanita menyanyikan lagu dangdut daripada Inul.Suasana dinihari di situ masih muda kerana terdapat sambutan Hari Merdeka tajaan sebuah kelab bukan kerajaan.Keadaan yang sesak memang merimaskan Akim.Dia sendiri separuh mamai kerana digerakkan Farah jam 2 pagi.Sudahlah dia sendiri tidur lewat kerana asyik melayan percikan bunga api di jendela Hotel Putra Palace.Rasanya sekejap saja dia tidur sebelum digerakkan Farah melalui ketukan pintu.
“Aik,mengantuk ke?”
“Eh,mestilah.”
Akim menguap malas sambil menarik zip sweather B.U.M berwarna biru tua.Farah tersengih melihat Akim melayan karenah gilanya.Semalaman dia tak dapat tidur kerana mengingati apa yang berlaku antaranya dan Adam.Boleh pecah kepalanya kalau asyik terperap di bilik hotel dan menangisi takdirnya.
“Kita makan kerang rebus nak?”
Akim mengangguk kepala sekadar mengiyakan.Dia tidak pasti sama ada dia akan makan atau tidur dalam mangkuk kerang rebus itu.
“Amboi,cunnya bumper..dijamin oleh Sirim ke?”
Kata-kata yang tidak enak itu dilontarkan oleh seorang pemuda yang disambut hilai tawa rakan-rakannya.Mata Akim terkebil-kebil melihata wajah Farah yang merah padam.(Habislah..habislah..).
“Kau..kurang ajar!”
Penampar Farah hinggap di pipi lelaki bertubuh kurus itu.Situasi itu menambah hilai tawa rakan-rakannya dan sengihan Akim.Lelaki itu tidak membalas tetapi wajahnya terkandung seribu dendam.
“Jom,lepak gerai sana.”
Farah tersenyum mengajak Akim seolah-olah tiada apa yang berlaku.Akim sekadar menuruti.Di palingnya ke belakang.Pemuda yang mengusik Farah tadi telah menghilang.Yang ada hanya rakan-rakannya.Akim kehairanan.
“Akim nak makan apa?”
Tanya Farah sambil duduk di atas kerusi.
“Ikut Farah.”
“Dua mangkuk kerang rebus dan dua coke.”
Lelaki yang mengambil pesanan itu mengangguk dan menuju ke belakang.Akim sedikit kaget melihat lelaki yang ditampar tadi tiba-tiba muncul di belakang gerai dan membisikkan sesuatu di telinga pelayan lelaki itu.
“Jangan risau,esok kita bangun pagi,kita cari Aishah.”
Kata-kata Farah mengganggu tumpuan Akim.Sekelip mata lelaki yang mengusik Farah tadi telah hilang.
“Akim cari siapa?”
“Hah?Tak de..saja tengok orang.”
Dua botol coke dan dua gelas air batu diletakkan di atas meja.Setiap satu dibahagikan antara Akim dan Farah.Farah menuang botol coke itu ke dalam gelas dan menyedutnya.
“Hmm..apasal coke ni rasa lain?Macam sedap tapi rasa lain.”
Akim tidak mempedulikan kata-kata Farah.Matanya masih melilau mencari lelaki itu.Entah kenapa tetapi naluri hatinya terhidu perkara yang tidak enak.
“Akim,Farah rasa pening la.”
“Itulah..tak tidur.”Jawab Akim malas.(Mana mamat tadi pergi?)
“Akim,kepala Akim ada bintang.”
“Bintang?”Akim menyapu-nyapu kepalanya kerana difikirnya mungkin Farah memaksudkan kumbang atau yang sama spesies dengannya.
“Kihkih..twinkle twinkle little star..”
Akim memandang Farah tanpa berkelip.(Macam tak betul aje minah ni?).
“Akim..Farah nak lompat.”
Farah pantas naik ke kerusi untuk melompat sebelum ditarik Akim.
“Woo..woo..jom kita balik.”Akim memegang lengan Farah.Botol coke yang telah kosong itu dihidunya.Akim mencebik apabila terbau sesuatu yang aneh.(Ini bukan coca cola..macam bau arak!)
Akim mengetap bibirnya.Geram melihat pelayan lelaki itu tersenyum kepadanya.Not 50 dicampaknya ke meja.Tangannya masih memegang lengan Farah yang asyik tersengih dan terhuyung hayang.
Ketika melalui kumpulan lelaki tadi,muncul semula lelaki yang ditampar Farah sambil tersenyum sinis.Akim menahan perasaan amarahnya.
(Tak pe..tempat kau,hari kau..nanti sampai tempat aku dan hari aku)
Akim masih cuba untuk mendirikan Farah tetapi tidak berjaya.Sudahlah Farah mabuk,dia pula tak ingat arah pulang ke Putra Palace.Mahu tak mahu dia terpaksa berhenti di rumah tumpangan Hotel Malaysia.
“Akim,Farah nak muntah..buweeekk!”
Akim terpaku menyaksikan sweather B.U.M yang dipakainya dipenuhi muntah Farah.Cepat-cepat sweather itu dibuka dan dibalingnya ke tong sampah berhampiran.Kalau dibasuh pun belum tentu dipakainya semula.
“Boleh berdiri?”
“Bolehhh..”Farah tersengih sambil mengelap mulutnya.Tak sampai sesaat dia rebah ke dada Akim.
“Oops..terjatuh..hehe..”
Farah masih bersuara dengan mukanya yang tersembam di dada Akim.Akim menghela nafasnya.Mahu tak mahu dia terpaksa memikul Farah.
“Wooooo..macam naik helikopter..ang..ang..takakupta!”
Akim tersengih mendengar Farah menyanyikan lagu Doraemon.(Patutlah Islam mengharamkan arak..buruk benar kalau dah mabuk..).
Lelaki cina yang duduk di kaunter terkejut melihat Akim masuk dengan memikul Farah.
“Lu gila ka mau bawak lari anak dara orang?”
“Bukanlah..dia mabuk.”
Akim meletakkan not seratus di atas kaunter.
“Lu gila ka bawak pompuan mabuk?”
“Dia tak sengaja mabuk la!”
Akim meletakkan sekeping lagi not seratus.
“Lu gila ka..”
‘Lu tak nak,gua ambik balik.”Akim cuba mengambil semula wangnya tetapi ditahan lelaki cina itu.Dia tersengih-sengih sambil mengambil kunci.
“Merdeka punya pasal,bilik ada satu saja tau.Datang Jabatan Agama lu jawap sendiri ler.”
“Tak pe dia bini gua.”(Apasal aku suka guna alasan ni?).
“Bini?Bini tak pa,gua tak lisau..ini kunci.”
“Thank you tokey.”
Akim mengambil kunci bilik sambil menoleh ke arah tangga.Membelakangi lelaki cina itu.Dengan wajah kemerah-merahan Farah tersengih ke arah lelaki cina itu.
“Selamat pengantin baru,apek!”
“Ya.ya..pengantin balu.”Lelaki cina itu tersengih.(Gila punya bini mabuk-mabuk!).
Akim menggunakan sepenuh tenaganya untuk memikul Farah ke tingkat satu.Rumah tumpangan sebegini mana ada lif.
“12?”
Akim mengesat peluh di dahinya sambil memasukkan kunci ke tombol pintu.Farah masih merapu menyanyi-nyanyi lagu Hindi dan dangdut.Akim menendang pintu hotel itu dan mencampak Farah ke atas katil.(Patah bahu pak cik!).
“Wuhuuu..macam lompat tinggi!”
“Syy..syy..”Akim menutup mulut Farah.“Cuba diam sikit karang tak pepasal kita kena kahwin.Adoi!”
Akim menarik tangannya yang digigit Farah.Farah tersengih.Muka tak bersalah.Akim menarik nafasnya dalam-dalam.Diambilnya sebiji bantal dan dibalingnya ke muka Farah.(Hamik kau!).
“Tak sakit pun..”
Perlahan-lahan mata Farah terpejam.Akim menggelengkan kepalanya.Dia tahu bukan salah Farah.Dah mabuk.Akim menanggalkan kasut tumit tinggi Prada yang dipakai Farah.Pendingin hawa dibuka.Selimut berbelang-belang itu diambil dan diselimuti Farah.Bantal yang dibalingnya tadi diambilnya.
“Boo..”
Akim tersentak apabila tangannya ditarik Farah dengan kasar.Hampir-hampir dia terjatuh ke atas Farah kalau tangannya tidak menahan.Farah merapatkan wajahnya ke arah Akim.Akim menelan air liurnya.Peluh dingin mengalir deras di dahinya.(Akim,orang mabuk jangan diambil kesempatan!).
“Boo..baby tak suka coca cola,baby suka..shoka shola..erk..”
Farah rebah semula dengan mata yang terpejam.Akim menarik nafas lega.Pegangan tangan Farah dirungkaikan.Kunci bilik hotel itu diletak di atas televisyen.Sesekali Akim masih terdengar Farah meracau-racau nama manja ‘boo’.Akim tersenyum.Melangkah keluar sambil menekan punat kunci di belakang tombol pintu.
Dia pantas menuruni anak tangga ke bawah.Lelaki cina tadi sudah tidak kelihatan.Pintu kereta Storm dibuka dan dia masuk sambil membaringkan kerusi.Akim memejam mata.Cuba memanfaatkan tidurnya untuk 2 jam sebelum matahari bersinar esoknya.
*****
Matanya yang dalam menyorot tajam ke arah lelaki berbadan sasa di hadapannya.Serentak dengan itu tangan kanannya melayang menampar pipi lelaki itu.
“Bodoh!”
Engku Mahani menggigil.Tangannya terketar-ketar menahan marah.
“Maafkan saya Mak Engku.Tapi orang Thai yang kita upah tu dah bunuh dirinya semasa dalam lokap.Buat masa sekarang,Mak Engku selamat.”
Burn menggosok-gosok pipinya.
“Buat masa sekarang,kita diamkan dulu.Nanti kita susun semula.Aku tak boleh menghalang Akim mencari dia.Nanti dia akan syak.Sudah.Keluar!”
Burn sekadar mengangguk dan keluar dari pejabat Engku Mahani.Bersilih ganti dengan setiausaha yang masuk dan menundukkan kepalanya seperti orang Jepun memberi hormat.
“Engku,ada seorang perempuan nak jumpa.Katanya cucu perempuan Engku.”
“Suruh dia masuk.”
Engku Mahani membetul-betulkan blaus G&B dan tersenyum ke arah wanita muda yang masuk ke dalam pejabatnya.
“Nenek.”
Zizi dan Engku Mahani saling berpandangan.Wajah yang serius.
*****
Sesekali Akim menguap keletihan.Bingit lagu ‘Set Your on Fire’ daripada Pop Shuvit belum dapat menghilangkan mengantuknya.
Farah di sebelahnya agak serius.Kepalanya masih berpinar-pinar.Antara ingat dan tidak ingat apa yang terjadi.Yang dia ingat ada seseorang memikulnya.Dilihatnya Akim di sebelahnya(Mustahil!).Mungkin dia bermimpi.
Akim ada memaklumkan yang dia mabuk teruk kerana terminum ‘shoka shola’.Entah apa ‘shoka shola’ pun dia tak tahu.Selebihnya Akim hanya ketawa.Geram Farah memikirkan apa yang berlaku kepadanya semalam.
Wajah Farah kelihatan agak pucat tanpa secalit mekap.Tapi masih kelihatan ayu.Akim terpandang jari manisnya yang berbekas cincin.Kehairanan.Rasanya jari manis itu sentiasa di jari manis Farah.
(Takkanlah dia..?Patutlah asyik meracau ‘boo’..)
Akim memberhentikan Storm di tepi sebuah gerai di tepi jalan.
“Farah,breakfast jom!”
Dengan langkah malas Farah menuruti langkah Akim ke gerai kecil itu.Bau sambal bilis menggoda perut Farah yang kelaparan.
“Pak cik,dua nasi lemak dan teh tarik.”Akim memandang Farah memohon persetujuan permintaannya.Farah mengangguk.Lelaki tua itu juga mengangguk-angguk.
Akim menggosok-gosok kedua belah tangannya.Hujan mulai turun menambahkan lagi kedinginan.Bunyi hujan dapat didengar di atas atap zink gerai itu.
“Farah dengan Adam okay?”
Farah sedikit tersentak dengan pertanyaan Akim.Soalan itu masih tidak terjawab sehingga dua gelas teh tarik terhidang di atas meja.
“Farah dan Adam perlukan sedikit masa untuk diri sendiri.Itu saja.”
“Cincin tu?”
Farah meneguk teh tarik yang masih panas dan berbuih.
“Akim,Farah tak nak cakap hal ni,boleh?”
Akim memegang bahu Farah.
“Kalau Farah rasa ada sesuatu untuk diberitahu seseorang,Akim akan mendengar.Apa gunanya sahabat kan?Farah pun dah banyak tolong Akim.Akim pun dah banyak sangat tolong Farah,bukan orang lain pun”
Akim teringatkan sweather B.U.M nya yang bersemadi di dalam tong sampah.Farah mengerut dahinya.(Mamat ni suka berkias-kias).
“Kita fikir masalah Akim dulu.Hemm,sekarang kita kat Beseri,sekejap je dalam masa 15 minit kita akan sampai Padang Besar.Farah call abang Farah dulu.”
Belum sempat Farah membuat panggilan,telefon bimbitnya terlebih dahulu yang berdering.Telefon bimbit itu dirapatkan ke telinga.
“Hello.Oh,Pak Ash..apa?!!”
Akim cemas melihat wajah Farah yang mengandung seribu kerisauan.
“Akim,kita patah balik Kangar,abang Farah kena tikam.”
Akim pantas menarik tangan Farah.Dibayar bil kepada lelaki tua yang terpinga-pinga kerana nasi lemak belum dihidangkan lagi.
Storm berwarna kuning itu membuat pusingan U dan memecut ke bandar Kangar semula.
*****
Pendingin hawa di pejabat Engku Mahani langsung tidak menyejukkan hati Zizi.Nescafe panas yang telah lama disediakan juga sudah sejuk.
“Maafkan nenek sebab tak sempat jumpa Zizi sebelum ni.”
“Ya.Pelik juga.rasanya sudah lebih sebulan nenek di Malaysia kan?”
“Nenek sibuk jadi nenek tak sempat.”
Zizi bangun dari kerusi dan melihat potret allahyarham datuknya,Engku Mokhzani yang tergantung di dinding pejabat itu.
“Arwah datuk ada iras-iras Zizi kan?”
Zizi mengeluh kecil.Ada sesuatu yang terpendam di lubuknya.Kalau diluahkan bimbang dianggap biadab.Tapi itu tujuannya datang menemui neneknya.
“Apa tujuan nenek rapat dengan Akim?”
“Apa maksud Zizi?”
“Entah.Berpuluh-puluh tahun kami ingat nenek tiada dalam dunia ni.Nenek datang.Akim pun tinggal dengan nenek.Keluarga bahagia kami dah tak macam dulu.Apa niat nenek?”
“Siapa yang hantar Zizi?Ibu kamu?”
“Ibu?Ibu tak ada kena mengena dengan tujuan saya ke sini.Kenapa?Nenek ada masalah dengan ibu?”
Engku Mahani terdiam.Cuba menyusun kata.Dia tersenyum dan menghampiri Zizi.
“Nenek tak ada masalah dengan ibu.Nenek nak jumpa kamu,tapi ada perkara yang membabitkan aset Engku Mokhzani yang memerlukan nenek menemui Akim dahulu.”
“Oh,semua pasal harta.Jadi,nenek jumpa Akim kerana harta dan bukan kerana dia cucu nenek?”
“Jangan rumitkan keadaan,Zizi.Nenek sayang kamu sama macam nenek sayang Akim.”
“Saya tak ada masalah dengan kasih-sayang nenek.Saya pun sudah ada keluarga saya sendiri.Saya mohon nenek ikhlas dengan kami.Itu saja.”
Zizi pantas mengambil tas tangannya dan keluar daripada pejabat Engku Mahani.Engku Mahani menghela nafasnya.Tiada apa yang lebih berharga daripada keturunan serta aset Engku Mokhzani,Engku Ahmad dan cucu-cucunya.Semua itu perkara yang disayangi dalam hidupnya.Tapi nampaknya takdir mengizinkannya hanya utuk mendapat separuh daripada keinginannya.
Air Nescafe panas itu semakin keruh kerana sejuk.
*****
Sudah 6 jam lebih Aliff tidak sedarkan diri.Dia bergantung sepenuhnya kepada tabung gas oksigen.Pemindahan darah sudah pun dilakukan.Cuma menanti Aliff membuka mata.
Suasana di wad ICU tu agak muram dan tegang.Selain Aliff ada dua orang lagi pesakit yang dimasukkan kerana kemalangan jalan raya.
Aishah mengesatkan air matanya yang tidak kenal erti berhenti sejak Aliff dimasukkan ke ICU.Entah kenapa sebak hatinya melihat Aliff diperlakukan begitu.Jangankan Aliff,sesiapa pun yang diperlakukan begitu bisa merobek hatinya.Aishah teringatkan keadaan ayahnya semasa dibelasah along.Teringat pula kepada keluarganya.Tapi dia bimbang jika Engku Mahani masih mempunyai ‘mata-mata’.
(Jangan-jangan Mak Engku terlibat..)
Lamunannya terhenti apabila lengannya dicuit seseorang.
“Cik,ada pegawai polis hendak berjumpa cik di luar.”
Aishah mengangguk-angguk kepada jururawat itu seraya keluar dari wad ICU itu.Di luar wad seorang lelaki berambut pendek menunggunya.
“Saya Inspektor Qhaud dari IPK Kangar.Boleh saya cakap dengan Cik Aishah sekarang?”
“Boleh.Kenapa encik?”
“Terima kasih sebab cik dah buat report polis.Tapi kita ada masalah.”
“Masalah?”
“Lelaki yang menyerang cik itu mati bunuh diri di dalam lokap.Kami pun tak tahu bagaimana dia menyembunyikan pisau belit dan menyeludup masuk ke dalam lokap.”
“Jadi,kami tak akan tahu motif dia menyerang kami?”
“Suspek mempunyai banyak rekod jenayah di Thailand dan Malaysia.Dia dikaitkan dengan dadah dan kongsi gelap.Kami pun tak tahu apa motif dia menyerang cik dan Encik Aliff.Bagaimanapun kes ini masih disiasat walaupun suspek sudah meninggal dunia.”
“Okay.Terima kasih atas maklumat inspektor.”
“Jangan keluar dari Malaysia.Mana tahu,kami memerlukan cik dan Encik Aliff dalam masa terdekat ni.”
Inspektor Qhaud tersenyum sebelum melangkah kaki keluar dari wad.Aishah berdiri di luar wad ICU.Meraba-raba lehernya.Lehernya masih sakit walaupun dia sudah diberi rawatan pesakit luar.
“Abang saya macam mana Pak Ash?”
Suara seorang gadis menarik perhatian Aishah.Kelihatan seorang gadis cantik dipimpin oleh Pak Ash masuk ke dalam wad.Wajahnya kelihatan cemas dan risau.
“Cik Farah,abang Cik Farah okay cuma dia tak sedar lagi.”
Dahi Aishah berkerut mendengar perbualan Pak Ash dan gadis itu.
(Abang?Farah?Adik Aliff ke?)
Gadis itu menghentikan langkahnya di hadapan Aishah.Dia kelihatan tergamam melihat Aishah seperti melihat hantu.
“Awak Aishah?”
Aishah semakin kaget.(Macam mana dia tahu nama aku?).
“Macam mana awak..”
Belum sempat menghabiskan pertanyaannya bayangan sesusuk tubuh tinggi lampai yang baru masuk ke wad menghentikan degupan jantungnya.
“Farah,Akim..”
Kata-kata Akim mati apabila melihat Aishah berdiri di hadapannya.Aishah yang sebenar dan bukannya Aishah dalam mimpi atau igauannya.
“Aishah..”Bisik Akim perlahan.Seluruh sendinya lemah.Kunci Storm yang dipegangnya terjatuh ke lantai.Berdeting bunyinya mengisi setiap ruang wad yang hening.
Nafas Aishah berombak-ombak.Menahan sebak.Sepantas kilat dia menolak Akim dan keluar dari wad itu.Akim memandang ke arah Farah.Farah mengangguk seolah-olah meminta Akim mengejar Aishah.
“Aishah!Aishah!”
Akim berlari mengikuti langkah Aishah yang tidak tentu destinasinya.
Farah mengutip kunci Storm di lantai dan memasukkan ke kocek jeans Apple berwarna hijau tua.Dia melangkah masuk perlahan menuju ke wad ICU tanpa mempedulikan Pak Ash yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Tanpa disedarinya air matanya mengalir.Farah tidak tahu mengapa.Bukankah sepatutnya dia bergembira kerana akhirnya Akim menemui Aishah.Ataupun mungkin dia menangis kerana keadaan abangnya.Farah mengesat air mata di pipinya.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries