Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

14:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
21 August 2009 | 10:14 PM | 0 comments
Akim terduduk di kaki jalan hospital.Lemah.Dia sendiri tak cukup tidur semalam.Kudratnya tak sepenuh mana untuk mengejar Aishah.
“Larilah dari Akim jika itu yang Aishah mahu!”
Nafas Akim berombak-ombak menahan lelah.Aishah menghentikan langkahnya.Masih tidak memandang Akim.Air matanya dikesat.Cuba menguatkan dirinya.
“Mengapa Akim cari Aishah?”
Keringat dingin mengalir di hujung hidungnya.
“Akim tak tahu..Akim bukan lagi Akim sejak Aishah menghilangkan diri begitu saja dari Akim.Apa salah Akim?Akim cuma mencari Aishah”.
“Akim,sudahlah.Sepatutnya antara kita sudah tak ada apa-apa lagi yang perlu ditanyakan apa,kenapa,mengapa atau bagaimana!”
Akim berdiri dan melangkah lemah ke arah Aishah.Aishah masih tidak memandang ke arahnya.Tangan Aishah dipegangnya.
“Akim sayang Aishah.Akim masih memerlukan Aishah.”
Aishah melepaskan pegangan tangan Akim.Mendengus kasar.
“Jiwang la Akim..”
Belum sempat Aishah menghabiskan kata-katanya,Pak Ash muncul di belakang Akim.
“Tuan Aliff dah sedar.Dia sudah dipindahkan ke wad 1.”
Tanpa mempedulikan Akim,Aishah meluru masuk semula ke wad.Pak Ash tersenyum memandang Akim.
“Anak,marilah masuk.”
Akim sekadar mengangguk sambil menuruti langkah Pak Ash.Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu Akim.Memberi sedikit semangat buat Akim yang nampak sangat lemah dan tidak berdaya.
Langkah demi langkah dia sendiri tidak sedar bila dia sudah berada di wad kelas satu.Aliff sudah pun dipindahkan ke wad biasa setelah keadaannya semakin stabil.Akim tergamam melihat Aishah yang menangis di bahu Aliff.
“Hei,Aliff dah okey la.”
Aliff bersuara lembut seolah-olah memujuk Aishah.
Farah dan Akim saling berpandangan.Masing-masing cuba memahami situasi yang berlaku.
“Kenapa Adam tak datang sama?Dan ini..?”
Aliff memandang ke arah Akim dengan wajah yang terkandung seribu pertanyaan.
“Ini kawan Farah.Nama dia A..”
“Afiq.”Aishah pantas memotong percakapan Farah.Farah memandang Akim.Akim cuba untuk tersenyum.Dia menghulurkan tangannya kepada Aliff.
“Ya,saya kawan Farah.Afiq.”
“Oh..macam mana Aishah tahu?”
Aishah terperangkap dengan pertanyaan Aliff.Dia langsung membisu.Aliff mengerutkan dahinya. “Kawan Aishah juga ke?”
“Tak,tadi kitaorang berkenalan di luar masa abang tak sedarkan diri/”
Farah pantas berbicara.Dia tak tahu mengapa tapi dia dapat merasakan keadaan dan masa ini tidak mengizinkan Aliff,Aishah dan Akim untuk membongkar kebenaran.Apatah lagi melihat kemesraan abangnya dan Aishah.Dia tidak pasti tetapi dia harus melakukan sesuatu.
“Okay,abang rehat dulu.Nanti petang kitaorang datang balik.”
“Tapi abang..”
“Abang rehat dulu nanti kitaorang datang balik.”
Farah mengusap-usap rambut Aliff sambil tersenyum.Dia menarik tangan Akim keluar dari situ.
Akim sempat menoleh ke belakang melihat Aliff mengesat air mata Aishah.Matanya dipejamkan.Menahan kesedihan.(Terlewatkah aku?).
Aishah menuruti langkah Akim dan Farah.Hanya Pak Ash yang masih menunggu Aliff di wad itu.
“Tunggu!”
Langkah Akim terhenti mendengar suara Aishah.Farah juga menghentikan langkahnya.Kedua mereka berpaling ke arah Aishah.
Aishah berhenti di hadapan Akim.Merenung tajam.
“Akim dah jumpa Aishah kan?Jadi,sekarang Akim pulang.”
“Tapi,Aishah..Akim cuma..”
“Akim pulang.Pulang ke KL sekarang.”
Terasa luluh hati Akim mendengar kata-kata tegas Aishah.Semangatnya berkecai persis kaca terhempas ke batu.Farah berdiri di antara mereka dan memandang tepat ke mata Aishah.
“Aishah,Akim datang dengan Farah dan dia akan pulang bila Farah pulang.”
Kedua mereka saling berpandangan.Aishah menarik nafas sedalam-dalamnya.Geram.(Kau tak tahu apa yang berlaku dan kau nak masuk campur?).
“Farah tak peduli apa yang terjadi antara korang.Abang Farah baru saja sedar.Jangan buat kacau.Farah memang pentingkan diri sendiri demi abang.Kunci Storm ni ada pada Farah.Farah tak peduli Storm ni siapa punya.Farah akan drive dan korang mesti ikut Farah balik homestay sekarang.”
Farah melangkah keluar dari wad itu dengan sedikit perasaan berkecamuk.Akim memandang Aishah yang masih dengan muka masam.
“Aishah..”
Aishah berlalu di hadapan Akim.Bahu Akim dilanggarnya.Akim menghela nafasnya.Mahu tidak mahu dia juga menuruti langkah dua gadis di hadapannya.
*****
Engku Mahani duduk di kerusi malas.Dia memandang Burn yang hanya tertunduk.Membisu.Hening dan sepi.
“Sekarang kau cakap,apa nak buat?”
Burn tidak menjawab.Dia masih menundukkan kepalanya.
“Dia dah pun berjumpa budak hingusan tu.Apa nak buat?”
Engku Mahani berdiri dan menghampiri Burn.
“Fikir.Selesaikan.”
Burn hanya terdiam.Wajah Engku Mahani tidak dipandangnya.Seperti anjing yang takut akan tuannya.Biarpun berbadan besar dan garang.Tetap ekornya terjatuh apabila digertak si tuan.
*****
Aishah membuka pintu Storm dengan kasar.Menghempas sekuat mungkin.Tanpa mempedulikan Akim dan Farah dia masuk ke dalam homestay itu.
Akim mengeluh.Keluhan putus asa.Melepaskan kesedihan.Farah mengambil beg galasnya sambil menepuk bahu Akim.
“Sudahlah.Masuk.”
“Farah,kita pulang.”
Farah meletakkan beg galasnya ke atas tanah.
“Pulang?Akim dah jumpa Aishah dan Akim nak pulang?”
“Akim rasa dia pun dah jumpa orang sepatutnya untuk dia.”
“Siapa?Abang?Oh.tolonglah!”Farah menggoncang bahu Akim.”Akim tau tak nih dialog orang yang mudah menyerah kalah.Kita belum tahu lagi apa situasi abang dengan Aishah.Akim keluar sekarang!”
“Farah!”
Akim merenung tepat ke mata Farah.Bergenang air jernih di matanya yang redup.Dadanya berombak-ombak dengan nafas yang laju.
“Akim dah musnahkan sejuta keegoan Akim dengan bersetuju untuk mencari Aishah.Malah Akim sudah kehilangan semua ego Akim menghadapi penafian Aishah.Naluri hati Akim dapat merasakan yang Aishah tertulis untuk abang Farah.”
“Akim..”
“Akim tak berdaya Farah..tapi Akim berjanji akan cuba.”
Kedua tangan Farah ditekapkan ke mukanya.Farah dapat merasakan air mata seorang lelaki di telapak tangannya.Air mata seseorang yang patah hatinya dan juga seorang lelaki yang berasa kehancuran egonya.
“Akim,kuatkan semangat..”
Bisik Farah perlahan.
Di mana lelaki yang mudah baran dan angkuh yang mula-mula dikenalinya?
*****
Hafiz merenung banglo besar tiga tingkat yang tersergam mewah di hadapannya.Nafasnya ditarik dan dilepas.Dia rindukan ayah.Tapi selagi dia tak berjaya dalam hidupnya,sukar untuk dia menebalkan mukanya untuk menghadap ayah dan mummy terutamanya.
Pandangannya terhenti kepada kereta MR2 yang baru hendak masuk ke dalam banglo itu.Aril menurunkan cermin keretanya dan mengangkat tangan seolah-olah meminta Hafiz menunggunya.
Hafiz mengeluh kecil.(Alamak..).
Aril turun dari keretanya dan melintas ke seberang jalan.
“Kau kenapa kat luar?Masuklah.”
“Tak naklah saya dah nak balik pun.”
“Kau macam mana?Okay hidup?”
“Bolehlah.Buat sementara ni saya jadi guru muzik private.Saya ada juga hantar demo lagu ciptaan saya kat beberapa buah syarikat rakaman.”
“Kalau kau nak,abang ada kawan..”
“Tak nak.Saya nak berusaha sendiri dari bawah.Abang tu macam mana?”
“Aku?Aku macam akulah.”(Marsha..Cabby..Marsha..Cabby..macam dialog Sarimah dalam ‘Madu Tiga’..sampai Abang Jamil mampus..).
“Good luck.”
Hafiz tersenyum.Dia berjabat tangan dengan Aril sebelum masuk semula ke dalam keretanya.Aril menggeleng-gelengkan kepala melihat kereta Kancil Hafiz berlalu meninggalkannya berdiri di situ.Cermin mata Gucci itu dipakainya semula.
Bunyi lagu ‘Supermassive Blackhole’ dari telefon bimbit Hafiz memenuhi ruang kereta.
“Hello…Aishah?Apa?Cuba cakap satu-satu..Akim kat sana?Bukan Hafiz yang bagitau..Aishah?Aishah?”
Hafiz mencampak telefon bimbit itu ke kerusi penumpang.
(Selalu cakap tak sempat habis!)
Akim?Sudah lama dia tak bertemu Akim.Dia pun tak tahu mengapa Akim menjauhkan diri daripadanya.
Tidak berapa lama kemudian berbunyi pula mesej pesanan ringkas.Hafiz mengambil semula telefon bimbitnya dan membaca paparan mesej.
(Alamat Aishah?Dia nak aku datang ke?)
*****
Aishah tersenyum melihat Aliff yang sedang merehatkan diri sambil memejamkan matanya di atas kerusi malas di bawah pohon mangga yang rendang.Baru saja Aishah bersiap-siap untuk melawat Aliff di hospital,Pak Ash menelefon mereka mengatakan dia dan Aliff dalam perjalanan pulang.
“Kenapa tak nak stay hospital?Tiba-tiba je balik.”
Aliff membuka matanya.Tersenyum.
“Aliff dah okay.Duk hospital lama-lama bukan best pun.”
“Aliff..”
“Hmm?”
“Terima kasih sebab selamatkan Aishah.”
“Hei,Aliff ikhlas.Lagipun kan Aliff dah kata apa pun terjadi antara kita,Aliff akan sentiasa jaga Aishah.”
“Tapi peristiwa tu betul-betul menakutkan Aishah.”
“Orang tu pun dah mati,Aishah pun dah selamat.Tak ada apa yang perlu merisaukan Aishah.”
“Bukan pasal tu..Aishah risau Aliff..Aishah takut kehilangan Aliff.”
Aliff memandang ke arah Aishah.Terkesima dengan penyataan itu.Aishah mengangguk.
“Betul,Aishah takut kehilangan Aliff.”
“Terima kasih sebab..takut kehilangan Aliff.”
Aishah ketawa kecil mendengar kata-kata Aliff.Aliff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Entahlah mengapa,tapi dia sendiri rasa malu alah dengan kata-katanya.
“Aduh!Tiba-tiba rasa macam sakit.”
“Sakit?”
Wajah Aishah berkerut.Risau.Dia mendekati Aliff dan memegang bahu Aliff.
“Aliff sakit kat mana?Tu pasal Aishah cakap..patut Aliff duduk di hospital..bukannya kat rumah..tapi Aliff..”
Aliff meletakkan jari telunjuknya di bibir Aishah.
“Aliff sakit kat hati..rasa macam jatuh hati.”
Merah padam muka Aishah dibuatnya.Aishah bangun sambil mencekak pinggangnya.
“Buat lawak..nanti perut tu karang Aishah rodok ngan parang baru tau.”
“Wah,garangnya!”
“Mestilah garang.Aishah masuk dululah.Aliff duduk la sini sampai malam.”
Aishah membebel-bebel sambil masuk ke dalam homestay.Aliff hanya tersengih.
Aishah menutup pintu banglo itu.Nafasnya ditarik dan dilepas.Sebagai manusia biasa,Aishah tidak dapat menidakkan yang sedikit tak banyak dia sudah mula menyenangi Aliff.Tapi dia sendiri tidak pasti dengan rasa itu.Apatah lagi dengan kemunculan Akim yang dia cuba padamkan dalam ingatannya.
Dia tiada niat untuk berbohong tentang Akim kepada Aliff.Hanya Tuhan yang tahu niat sebenar di dalam hatinya.Aliff sudah tahu siapa Akim di hatinya tetapi lelaki itu tidak tahu wajah sebenar Akim.Aishah tidak sanggup melukai hati Aliff dengan kehadiran Akim.Lelaki itu sudah hampir berkorban nyawa untuknya.Dia juga seorang lelaki yang baik.
Aishah tersentak mendengar pintu dikuak.Seraut wajah yang tidak asing kepadanya memasuki ruang tamu homestay itu.
“Buat..buat apa Akim masuk sini?”
Suara Aishah agak menggigil.Akim tidak menjawab.Dia membuka almari seolah-olah mencari sesuatu.
“Akim buat apa?”
(Bukankah Akim sepatutnya tinggal di rumah Pak Ash?)
Akim masih tidak menjawab.Tiba-tiba matanya terhenti memandang ke arah Aishah.Aishah menelan air liurnya melihat Akim melangkah ke arahnya dengan pandangan mata yang menyorot tajam.
“Akim datang dekat dengan Aishah.Aishah menjerit.”
Aishah berdebar-debar melihat Akim yang menghampirinya.Belum sempat dia menjerit,Akim menolaknya kasar sehingga jatuh ke atas sofa.
Aishah tergamam melihat Akim mengambil senapang patah yang tersangkut di dinding.
“Akim nak buat apa dengan senapang patah tu?”
“Memburu.”
Jawab Akim pendek.Senapang itu di belek-beleknya.
“Memburu apa?”
Aishah hampir menangis ketika melontarkan pertanyaan itu.Akim mengangkat senapang itu ke arah Aishah.Muncung senapang itu hampir mengenai kepala Aishah.
“Akim nak bunuh Aishah?Bunuhlah!”
Aishah separuh menjerit.Akim menyangkut senapang patah itu ke bahunya.Dia tersenyum sinis.
“Kalau nak bunuh..Akim hanya akan membunuh burung,tupai atau mungkin beruang..beruang bernama Aliff barangkali.”
Wajah Akim kelihatan serius.Seolah-olah kata-kata yang dilemparkan itu benar-benar datang dari hatinya.
“Akim..”
Belum sempat Aishah menghabiskan kata-katanya,Aliff masuk sambil tersenyum.
“Afiq dah jumpa senapang patah tu?”
“Dah.”Akim tersenyum memandang Aliff.Aishah mengesat-ngesat air matanya dengan hujung lengan bajunya.Kelakuannya menimbulkan kehairanan kepada Aliff.
“Aishah,kenapa?Alah,esok Pak Ash dengan Akim nak pergi berburu.Aliff ikut aje..Aliff..”
“Aliff..Aliff jangan pergi.”
Bertambah kehairanan Aliff apabila Aishah memegang erat tangannya sambil menangis.Akim mengetap bibirnya.Geram.
“Eh,kenapa ni?”
Farah yang baru masuk kelihatan terpinga-pinga.
“Tak de apa.Kitaorang nak berburu esok.”Jawab Akim sambil tersenyum.
“Okay..tapi kenapa Aishah..”
“Aliff peluru ada di mana?”Pertanyaan Farah dipotong oleh Akim.
“Kat rumah aku,rumah yang belakang homestay ni.”Aliff masih bercelaru dengan keadaan Aishah.
“Farah,temankan Ak..Afiq ke sana.”
Akim menggengam erat tangan Farah dan menariknya keluar dari situ.Seperti anak kecil dipaksa ibu Farah hanya menurut.
Aishah memandang Akim dan senapang patah yang tersangkut kemas di bahunya.Hatinya berdebar-debar.Apakah mungkin benar gejolak rasa hatinya?Tapi tak mungkin Akim segila itu.Tak mungkin.
Aishah cuba memujuk hatinya.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries