Offical Aishkim Blog
+Follow | Dashboard

15:Masihkah Aku Kau Yang Punya?
27 August 2009 | 11:12 PM | 0 comments
Akim menghempaskan pintu kayu itu sekuat-kuatnya.Kakinya pantas menyepak kerusi kayu.Pecah dan terpelanting tidak berapa jauh dari Farah.Farah membatukan dirinya.Jantungnya berdegup kencang melihat amukan Akim.
“Arghhhhh!”
Akim menjerit kecil apabila tapak kakinya berdarah terkena serpihan kayu kerusi yang disepaknya.Serpihan kayu kecil itu dicabut dan dilemparnya ke tepi.Farah mengambil kotak first aid dari dalam almari kaca.Mengeluarkan antiseptik dan kapas putih.Tanpa berkata apa dia menuap kapas itu dengan air panas dan mencuci luka di tapak kaki Akim.Sesekali Akim mengaduh kecil.
“Jangan putus asa.”Farah menyapu antiseptik dengan menggunakan kapas yang lain.“Jangan sampai keegoan masing-masing memusnahkan satu perhubungan yang dah lama terjalin.”
Farah meletakkan handyplast di atas luka itu.Dia bangun dan mengutip serpihan kayu yang berterabur di dalam rumah abangnya.
“Farah kena setle benda ni.Tak pe,abang bukan jenis yang ingat barang-barang dia diletak di mana.”
Akim memandang Farah.Anak matanya mengekori gerak-geri Farah.Gadis itu kelihatan bercelaru.Berkecamuk dengan pelbagai cerita antara abangnya,Akim dan Adam.Akim mengeluh kecil.Tak patut dia menyusahkan hidup gadis itu.
“Farah..”
“Farah kena simpan first aid ni.”
“Farah..”
“Kalau abang tau Farah keluarkan first aid ni banyak soalannya nanti.”
“Farah.”Akim menghampiri Farah.Terjengkot-jengkot.Dia mengambil kotak first aid daripada tangan Farah dan diletakkan di atas meja.
“Maafkan Akim pasal tadi.”
Air muka Farah tidak menunjukkan apa-apa perasaan.Dia sekadar menunduk.Akim meletakkan kepala Farah ke bahunya.Farah menghela nafasnya.Sesaat kemudian dia menangis tersedu-sedu di atas bahu Akim.
“Jangan seksa diri Akim..”
“Akim janji takkan menyeksa diri Akim.”
Cuaca petang itu agak kelam.
*****
Aishah mengesatkan air matanya dan perlahan-lahan melepaskan tangan Aliff.Aliff menarik sofa berbunga merah itu lalu duduk.
“Dah okay?”
Aishah sekadar mengangguk.
“Sebenarnya kenapa?”
“Entahlah,Aishah rasa tak sedap hati.Aliff baru keluar dari hospital.Err,kita pun hampir-hampir dibunuh.Aliff nak ke hutan pula.”Aishah cuba berselindung.
Aliff tersenyum.Kedua belah tangan Aishah dipegangnya.
“Tak ada apalah.Lagipun Pak Ash ada sama.Aliff tak suka Aishah macam ni,senyum sikit boleh?”
Aishah mengangguk dan tersenyum.
“Aliff,Aishah ikut sama boleh?”
Aliff melepaskan tangan Aishah.Dia menyandarkan badannya ke sofa.Tangannya diletak ke dahi seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Boleh,tapi mesti ikut satu syarat.”
Aishah mengerutkan dahinya.
“Syarat?Syarat apa?”
“Isunya bukan apa syarat tu,tapi mesti kena ikut syarat.”
“Okay,Aishah ikut syaratnya.Apa syaratnya?”
“Makan malam dengan Aliff malam ni.”
Aishah mengeleng-gelengkan kepalanya.(Ingatkan apa tadi..)
*****
Sebuah helikopter mendarat di satu kawasan padang yang luas.Seorang lelaki berbadan tegap turun dengan mejinjing sebuah beg yang panjang.
Cermin mata hitamnya dibuka.Gambar seorang gadis ditelitinya betul-betul.Perlu diamati dan diingati.Takut tersilap sasaran.
Lelaki itu menyimpan semula gambar itu ke dalam koceknya.Dia berjalan menyusuri lalang yang meliuk lentuk dipukul angin daripada kipas helikopter yang masih berputar-putar.
*****
Aliff memberhentikan Cheerokee merah itu di sebuah restoran mewah masakan Thai.Dia membuka pintu untuk Aishah.Menunduk seolah memberi hormat.Aishah ketawa kecil melihat tingkah laku Aliff.
Seorang pelayan lelaki membuka pintu restoran untuk Aliff dan Aishah sambil menunjukkan sebuah meja yang ditempah khas.Aishah tersenyum melihat sebatang lilin dan sekuntum mawar merah di dalam vase berwarna putih.
“Amboi,romantik.”
“Sesekali jadi mat jiwang.”
Kedua-dua mereka ketawa kecil.
Pelayan lelaki yang tadi datang menghampiri mereka sambil membawa menu.
“Aishah nak makan apa?”
“Ikut Aliff.”
Aliff membelek-belek menu.
“Okay,saya nak ikan siakap masak stim,tomyam campur,sayur campur,telur dadar dan nasi putih untuk dua orang makan.”
Pelayan lelaki itu mengangguk sambil mengambil semula buku menu itu.
“Opps..saya nak aiskrim untuk appetizer.”
“Aiskrim untuk appetizer?Selalu orang ambil aiskrim untuk dessert.”
“Aliff suka aiskrim untuk appetizer.”
Pelayan lelaki itu tersenyum ketika meninggalkan mereka berdua yang masih berbalah sama ada aiskrim sesuai untuk pembuka selera atau pemanis mulut.
“Aishah masih suka aiskrim untuk dessert.”
“Okay,lain kali kita makan aiskrim untuk dessert.Malam ni kita makan aiskrim untuk appetizer.Okay?Muktamad.”
Aishah menjeling matanya.Aliff tersenyum melihat Aishah yang mula terasa bara untuk hal aiskrim.Tidak berapa lama kemudian pelayan tadi membawa dua mangkuk aiskrim 3 perisa strawberry,coklat dan vanilla.
Tanpa mempelawa Aliff.Aishah terus makan aiskrim yang terhidang di atas meja.Aliff hanya memandang Aishah dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.
Aishah langsung tidak mempedulikan.(Appetizer katanya..makanlah!)
Aishah terhenti apabila dia tergigit sesuatu yang keras.Kaget.Sebentuk cincin emas hampir-hampir menjadi salah satu menu pembuka seleranya.Aishah tergamam melihat cincin yang diselaputi aiskrim itu.
“Aliff ada cincin dalam aiskrim.Chef punya ke?”
“Mana?Mana?”Aliff menghampiri Aishah dan mengambil cincin itu.“A’ah..betullah cincin.”
Cincin itu dicelup ke dalam air kosong dan Aliff mengambil napkin dan mengelapnya.
“Cantiknya.Cuba Aishah pakai,padan tak?”
Selamba Aliff menyarung cincin itu ke jari manis Aishah.“Eh,padanlah!”
“Ni bukan cincin Aishah.”
Aishah cuba melonggarkan cincin itu dari jarinya tetapi di halang Aliff.
“Aishah pakai sajalah.”
“Tapi ni bukan cincin Aishah.”
“Aishah kahwin dengan Aliff.”
“Tapi ni bukan..”
Kata-kata Aishah terhenti.Dia memandang tepat ke wajah Aliff.“Apa Aliff cakap?”
Aliff tersenyum.Dia mengambil tangan Aishah.
“Aishah kahwin dengan Aliff.Okay Aliff tak paksa.Cincin tu memang untuk Aishah.Dari Aliff untuk Aishah.”
Aishah terdiam.Wajah Aliff yang polos direnungnya.
“Aliff,Aishah rasa perkara ni terlalu cepat.”
Aliff mengeluh kecil.Dia cuba untuk tersenyum.
“Macam Aliff cakap tadi..Aliff tak paksa.Buat sementara ni,Aishah pakai dulu.Fikirkan.Mungkin Aishah boleh jawab ya atau tidak selepas memburu esok.Boleh?”
Aishah mengangguk.Tersenyum.Sekurang-kurangnya memberi sedikit kepuasan buat Aliff.
Sayang itu sudah ada.Cuma dia masih belum pasti apakah perasaan sayang itu untuk sahabat atau lebih daripada itu.
Malam itu berlabuh terlalu awal seolah-olah tidak sabar menanti hari esok.
*****
Kawasan hutan simpan itu agak luas.Bunyi unggas bersahut-sahutan menyambut pagi yang hening.Pak Ash kelihatan berbual-bual dengan seorang renjer hutan sambil menunjukkan beberapa dokumen.Hutan yang tebal dan hijau itu masih di dalam kawasan Malaysia.
Pak Ash tersenyum memberi isyarat selesai sambil menaiki semula Cheerokee merah Aliff.Aliff membalas senyuman lelaki tua itu sambil meneruskan pemanduannya.
Cheerokee itu bergoyang-goyang ketika melalui tanah merah yang tidak rata.Aishah yang duduk di belakang bersama Akim memandang senapang patah yang dipegang kemas oleh Akim.Akim langsung tidak menghiraukannya.
Jip merah itu berhenti di sebuah pokok yang rendang.
“Nak Aishah pasti nak ikut?”Pak Ash memohon kepastian.Aishah mengangguk sambil terjun daripada jip itu.Berderap bunyi but yang dipakainya memijak daun-daun kering.Pak Ash sekadar tersenyum.Membawa seorang gadis bersama mereka bererti perlu lebih berhati-hati.
“Hutan bukan tempat main-main.Mulut perlu dijaga.Hormati habitat makhluk lain.Jangan tembak sebarangan tanpa isyarat dari saya.”
Pak Ash memandang Akim.Akim mengangguk sambil menggalas senapang patah itu ke bahunya.Pak Ash juga turut menggalas selaras senapang patah.Cuma Aliff dan Aishah yang datang sekadar untuk melihat.
Pak Ash memandang ke atas.
“Cuaca nampaknya tak berapa elok.Tapi,tak pe lah.Kita cepat sikit.”
Aishah merapati Aliff apabila melihat Akim menghampiri mereka.Akim langsung tidak menunjukkan tindak balas terhadap perlakuan Aishah.
Hampir 20 minit menyusuri hutan belukar dengan mengikuti denai yang sudah sedia ada mereka melalui kawasan gaung air terjun.
“Rusa-rusa liar ada di seberang sungai sana.”
Pak Ash berkata kepada tiga orang anak muda di hadapannya.Aishah langsung tidak berminat soal berburu.Dia cuma risau jika Akim bertindak di luar kawalan.Aliff mengeluh kecil melihat beberapa ekor pacat berdiri tegak di kaki seluarnya.Pak Ash tersenyum melihat pacat-pacat kecil di kaki Aliff.
“Kita berhenti sekejap.”
Lelaki tua itu mengetuk-ngetuk abu daripada rokok yang dihisapnya ke dalam botol air mineral yang tinggal separuh itu.Dituangnya air abu itu ke kaki seluar Aliff.Pacat-pacat tadi mula mengalah dan meninggalkan kaki Aliff.
Aishah menelan air liurnya melihat pacat-pacat yang tewas ke bumi itu.Ngeri dan geli.Dia melangkah ke tepi gaung melihat air terjun yang mengalir deras ke bawah.Tinggi.Seperti enam tingkat bangunan.Tak sangka masih terdapat air terjun secantik ini.
Tidak jauh dari situ sepasang mata sedang memerhati gerak geri Aishah di sebalik semak.Nafas lelaki itu berdegup kencang.Bimbang jika tidak mengena sasaran.Jari telunjuknya bersedia menarik picu senapang itu bila-bila masa.Apatah lagi sasarannya kini seorang diri.
“1..2..”
Sepantas picu senapang itu ditarik sepantas itu juga kepala lelaki itu diketuk lantas menyebabkan tembakannya menyimpang hampir mengena kaki Aishah.
Malangnya Aishah tidak dapat mengimbangi badannya langsung jatuh ke bawah gaung air terjun bersama jeritannya.
“Aishah!!!”
Tanpa mempedulikan keselamatannya Akim pantas terjun menuruti Aishah.
Aliff yang kaget dengan kejadian yang tak disangka hampir menuruti jejak Akim.Tapi dia dihalang Pak Ash.Pak Ash menunjukkan jarinya ke atas.Langit gelap dengan gumpalan awan yang hitam pekat.
“Kita keluar dan dapatkan bantuan.Cuaca sudah semakin buruk.”
“Tapi Pak Ash..”
“Tuan Aliff,kita dapatkan bantuan.Jangan bertindak sendiri.”
Aliff cemas dan takut.Dia tidak mahu kehilangan Aishah.Kawasan hutan itu langsung tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.Dalam keterpaksaan Aliff ditarik Pak Ash keluar dari kawasan hutan itu untuk mendapatkan bantuan.
Dalam pada masa yang sama seorang lelaki berambut panjang mengheret kasar tubuh lelaki yang diketuk kepalanya.Tangan yang memakai sarung tangan hitam itu turut mejinjing senapang lelaki itu.Lelaki itu pengsan dengan kepala yang berdarah.Seluruh kaki dan tangannya terikat dengan tali.
“Nenek kebayan sampai dah tua nak mampus tak insaf-insaf lagi.”Aweera membebel-bebel sambil terus mengheret tubuh Burn dengan tali.
Perhitungan peribadinya dengan Engku Mahani bakal bermula.
*****
Deruan air hujan yang lebat menimpa-nimpa tubuhnya menyedarkan Akim.Akim terbatuk-batuk lantas mengeluarkan air jernih dari mulutnya.Nasib baik dia tak lemas.Dia sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat keberanian untuk terjun menuruti Aishah.Dia cuma ingat dia terus merangkul leher Aishah dan membiarkan arus deras sungai membawa mereka ke mana-mana.Sedar-sedar dia sudah tersadai di tebing sungai yang asing ini.
“Aishah?Aishah?”
Akim memandang ke kiri dan kanan.Aishah berada lebih kurang 6 meter darinya.Akim pantas bangun dan menarik Aishah ke bawah sepohon pokok untuk berteduh.Akim baru sedar yang senapang patahnya hilang entah ke mana.Mungkin dibawa arus sungai ke tempat lain.Yang ada cuma sebilah parang yang tersemat kemas di tepi pinggangnya di dalam sarung kulit.
“Aishah bangun..bangun..”
Akim menampar-nampar lembut pipi Aishah dengan niat menyedarkannya.Aishah masih memejamkan matanya.Dadanya naik turun menandakan masih bernafas.Akim membuka jaket kulitnya dan memakainya ke badan Aishah.Dia bingung dan berserah.Sekadar menunggu di bawah pohon sementara waktu.
Tiada guruh atau kilat.Tetapi hujan turun dengan lebat.Arus sungai semakin deras mengganas.Angin bertiup kencang.Jauh di sudut hati Akim,dia hanya mampu berdoa semoga pokok yang mereka tumpang berteduh tidak rebah ke bumi.

Labels: , , ,


Older Post | Newer Post
Welcome
Hye dan Assalamualaikum,harap korg suke blog neh.Komen komenla yew :D

Gosip

ShoutMix chat widget

Video ♥
Ucapan Akim

Ucapan Aishah

Ucapan Aidilfitri Akim

Ucapan Aidilfitri Aishah

Lagu Kita feat Aishkim

Aishkim


Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

Aishkimmers Linkies Entries